Monday, August 8, 2011

Aku PILIHANMU!


Alhamdulilah kupanjatkan syukur pada Allah kerana masih mampu menikmati pagi INDAH yang penuh dgn agenda ini. Sesungguhnya KAYA seseorang itu lebih penting bila dia menperkayakan dirinya dengan PELUANg PELUANG yang terlalu banyak dan dalam kumpulan peluang peluang itu ada yang TIDAK DATANG BERKALI KALI. Pagi yang Indah walau sedikit terlewat lantaran KEPENATAN kerja kerja pembungkusan semalam. jam 2 pagi barulah boleh berbaring dikatil dan merasai NIKMATNYA tidur.

Semalam yang terlalau INDAH tersimpan dalam MEMORI ini. Berbuka dengan TENANG dinyonya Briyani curve Damansara. Nasi Briyani kambing dgn iringan Acar buah dan timun, Puding Sago, popia yang cute dan teh O Halia. Tenang berdua dgn hubby berbuka setelah menunggu diruang menunggu MPH yang tersergam pelbagai santapan MINDA. Kukuatkan HATI kali ini tidak boleh membeli kerana perlu dihabiskan bacaan yang sedia ada. Sejuk hati melihat hubby begitu khusyuk dgn bacaan informative ISREAL yang diminatinya. Hingga tak sedar waktu berbuka sudah sangat hampir. kami berbuka dengan penuh TENANG sambil bercerita perkara yang MERIHATKAN MINDA teruatma perkembangan business IOPE. Alhamdulilah.

Tepat 8 malam, kami bergegas kekereta untuk terus menuju ke masjid Mutiara Damansara. Alhamdulilah selesai solat penuh ketenagan ruang LUAS terhampar itu bacaan Alquran terus dialunkan sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Solat Isyak berjemaah dan Solat terawikh 8 reakaat seklai solat sunat awwabin hinggalah jam menunjukan TEPAT 10 malam. Terlihat message dari Fuzie...za saya dah sampai di BISTRO. pantas kujawab I am coming...solat baru habis!.Hubby meninggalkan aku di Bistro untuk pertemuan dan perbincanagn dengan Fuzie, sahabat satu universiti yang sudah terpisah hampir 15 tahun. walau pun kami tidak rapat tapi almost saban hari bertegur sapa ketika bertembung dibilik air atau dewan makan. Fuzie seorang yang VOGUE dimata aku!.

Sesampai di Bistro, kami berpelukan terasa kemas peluakan sahabat yang laam tidak bersua. Aku pesan Kopi O panas dan mineral water, mata meleret pada anaka anak Fuzie yang besar besar dan Cantik..wajah KACUKAN lah katakan. fuzie memnag tidak sabar untuk mencuba PRODUCT IOPE yang aku perkenalkan. Mendengar aktiviti sehariannya sebagai GURU YOGA dan TARIAN...alamak hati aku terasa seakan satu PELUANG BESAR bersama FUZIE..Alhamdulilah..Allah yang mengatur rezeki dan peluang kami. hampir satu jam setengah berbual, text message dari hubby memberikan aku isyarat untuk minta diri memmandangkan kerja kerja amsih banyak dirumah. Seklai lagi kami berpelukaan dan Fuzie berjanji untuk SERIOUS melihat FEEDBACK dan menegembangkan PRODUCT ini. Aku yakin dgn Fuzie apalagi pengalamannya dalam De Belle sudah disatu tahap yang tinggi.

Sesampai dirumah,kami singgah dikopitiam, aku menemani hubby SUPPER..aku hanya memesan segelas fresh Oren. selesai jam sudah menunjukan hampir 12 tengah malam. barulah aku memulakan kerja kerja pembungkusan. Aku meraih sepenuh perhatian dan ketekunan terhadap kerja kerja BISNESS ini kerana aku TERFIKIR aku perlu ada satu platform bisness untuk masa depan. Aku tidak pernah terfikir dari dunia kausneling akan bertukar ke dunia KOSMETIK...terasa Janggal paad diriku tetapi disebalik Kosmetik itu..itulah dunia sebenar yang aku cari...DUNIA Bisness...business sambil berkongsi...bisness berasaskan KEBENARAN dan kekuatan Silaturahim. Life is just begin for me. Di usia begini pengalaman menempuh kesukaran sudah menjadi PERISAI diri..aku sudah TAKUT untuk bergerak ke hadapan...aku sudah mahir SENSOR Peluang disekeliling...dan aku gembira bertemu dgn setiap lapisan manusia...Alhamdulilah...setiap hari aku BERDOA semoga apa yang aku CITA CITAKAN untuk diriku yang bakal kuberikan pada orang lain ini dimakbul TUHAN...ya Allah sesungguhnya PERJALANAN HIDUP yang telah kau aturkan TERLALU MANIS SIFATNYA...terlalu MISTERI tidak terjangkau dek akal manusia...betapa besar maarifatmu ya Allah...di sejadah yang yang lembut berselimut kain putih aku berteleku membesarkan zat mu...Subhana Allah..Alhamdulilah..Allahu Akbar...

Alhamduliah ya Allah..kerana aku PILIHANMU!


Alhamdulilah...


Alhamdulilah masih bernafas walau ada sedikit rasa tidak SELESA pada tubuh badan..kaki begitu BERAT..tangan begitu sukar diangkat..namun hati begitu RIANG menguruskan stock dan order customer. Kali ke2 mengambil order dirumah Pilot Air Asia.

Alhamdulilah juga aku sudah begitu wajar bebricara dengan Tuhan dilewat dinahari sebelum mengejutkan ahli keluarga bersahur. Saban hari sahur begitu meriah. geli hati meliahat telatah anak anak dan anak saudara, nasi dan ulam buatku tidak kira masa walau disubuh hari...Nikmatnya. Setelah kali pertama menunaikan solat HAJAT 2 hari lepas...aku mengadu domba semuanya pada Allah..segala yang tersekat segala yang TERKILAN biarlah Alalh yang mendengarnya...sekali gus aku meyampaikan HASRAT dihati kalaulah Alalh itu mengizinkan kalaulah Allah itu memnag menciptakan laluan buatku begitu.

Alhamdulilah melihat rumah disiapan terakhir. Sudah 2 hari juga aku membelikan juadah berbuka buat pekerja yang menyiapakn kerja kerja akhir dibilik air utama dan diberanda depan rumah. Ada sedikit bayaran yang masih TERTUNDA..setakat ini ada keyakinan ada sebuah pertolongan yang tidak disangka sangka..aku ingin berihat seketika dari tekanan keewangan sebelum memulakan projek DRY KITCHEN mak yang abakl emmuatkan koleksi koleksi pinggang mangkuk ku...Alhamdulilah...Seronok sedekah kan mereka juadah berbuka yang kita sendiri geram melihatnya tapi MULUT TIDAK LALU..sepuluh ringgit seorg macam macam sudah boleh dapatkan dari air minuman dan nasi hinggalah kuih muih dan rojak. Pasti berselera mereak makan..terkenang aku saat saat begini ada yang lebih malang etrpaksa meninggalkan anak isteri demi ekhidupan yang lebih baik..alhamdulilah sedikit sumbanganku buat mereka.

Aku sangat bahagia melihat Mak..menari nari laju didapur barunya...teringat jugak aku pada air tangan BONDA ..blog yang merakamakna masakan mak...rasakanya aku perlu kemaskini semula blog tersebut..Insya Allah..selepas raya barulah aku boleh sempurnakan ...mungkin seklai gus dengan teratak kasih bonda..tidak lagi 2 blog yang berbeza...alhamdulilah. malam ini aku bakal menemui Fuzie Miller..akwanku yang sekain alma tidak kutemui..Fuzie satu satunya kawan yang begitu penyokong bisness skin care IOPE aku dan aku akan merakamkan setiap pertemuan dengan belaiu kerana belaiu seorg yang VOGUE untuk dilantik sebagai MODEL product secara serious...Insya Allah.

kiriman demi kiriman aku siapakn..seronok menyediakan sesuatu yang kita nampak untuk hidup dan masa depan...tidaks abar menungggu Mria dan Li pulang untuk agenda perbincanagn bisness dengan lebih mendalam...semoga rezeki ini sangat sempurna pemebrian TUHAN buat kami demi anak anak dan ibu bapa kami. Aku sangat bercita cita untuk tinggal berdekatan dengan Mak disaat saat begini...satu hari nanti aku lah yang sepenuhnya bakal emngambil alih tugas dan kehidupan mak...sering bersama mak menguruskannya...aku bahagia bila melihat mak boleh dapat apa saja yang dia mahu..dan aku bertambah bahagia meliahat anak anakku begitu menghormati dan menyayangi mak...semoga Allah memberikan ruang beribadah yang sangat sempurna buat mak tahun ini sempena ramadan kerana mak tidak eprlu lagi susah hati dengan duit belanja makan...duit raya...hiasan rumah..kini mak mungkin tidak pernah mnyangka dia disanjungi anaknya...dihargai oleh insan insan yang selamam ini dia berkorban penuh kepenatan dan susah payah...hari ini mak begitu TENANG dan SENANg disebuah istana kasih sayang...

malam nanti aku bakal mengadu lagi...menagdu pada Allah tenatng nasib diri...mengadu pada Allah untuk izin menguatkan hati..menerima takdir kehidupan walau sakit didalam...aku tahu aku tidak mampu menegluarkan selumbar dihati BONDAku...tapi biarlah aku sering menyanyi menghiburkan hatinya...hanya itu yang kami mampu...terkadang kasih sayang tidak boleh dipamirkan...tidak boleh disentuh hanya kemas tersimpan dalam lipatan hati...lewat petang ramadahan ke9 yang MULIA ini barulah pertama kali aku bakal berbuka BERDUA dengan sang PENCINTA yang Alalh cipatakn buatku...setia dia menunggu kepulanganku dari pejabat..yang pasti hari ini kami bakal berlabuh diMAk cik Briyani damansara CURVE..dan abakal berjemaah diamsjid MUTIARA Damansara...

Ya Allah aku syukuri atas kehidupan dan rezeki mu yang engkau limpahkan buatku SABAN WAKTU...amin

Wednesday, August 3, 2011

Rahmat dan Barakah RAMADHAN


Sudah terlalu lama tidak berpeluang menjenguk BLOG ini, penuh tulisan tulisan hanya mampu dileraikan dinota iphone. 2 minggu terakhir July situasi menjadi TERLALU SIBUK. Tanpa terduga antara Aku, maria dan Li kamis epakat membawa masuk IOPE untuk dimarketkan di Malaysia dan Alhamdulilah teori teori Bisness yang aku apply dari SAM sangat BERJAYA. inilah punca yang menyebabkan aku sangat kesuntukan MASA tapi sangat TERASA KESERONOKANNYA. At last aku bertemu dgn satu GROUND Business yang berpotensi. Alhamdulilah ternyata PINTU REZEKI semakin TERBUKA buat aku.

Hari ini hari ke 4 Umat Islam di Malaysia BERPUASA. Budaya bersahur dan berbuka menjadi sebahagian Ibadat tambah kemeriahan dengan Solat Terawikh dan Tahlil menjelang waktu berbuka. ya Allah nikmatnya Ramadhan karim ini dan Nikmatnya kali ini menusuk keseluruh jantung dan tangkai hati. Semenjak dua hari ini jugalah, jejak terawikh ku terus mengatur langkahnya. Malam pertama di masjid At Taqwa taman Tun Dr ismail dan malam Ke 2 di Masjid Asyakirin Bandar Utama, aku merancang malam ini ke masjid Mujahiddin Damansara Utama. 2 malam bersama anakku Nana, kami bebuka, bertaddarus dan berterawikh dimasjid, cuma malam pertama hubby turut serta, Meriahnya cahaya kasih Ramadhan yang kami rasakan, menambah erat kasih sayang dengan keeratan kasih Allah yang sedang dinikmati Alhamdulilah. Hari ini aku keseorangan, hubby bertugas diwaktu ptg dan malam dan anak ku Nana sudah kembali ke Asrama. Sedari pagi tadi, aku sudah memulakan misi bersahur dengan Roti telur, nescafe dan Mineral water dan terus segera ke Masjid Kolej Islam bersebelahan campus PJ. Disambut wajah wajah ceria jemaah TETAP masjid sambil bertanya itu dan ini padaku...bahgianyaaaa. Bermula solat tahayatul masjid, hinggalah solat tahajjud dan solat hajat diselangi dengan surah hari khamis surah Luqman dan sambungan surah yusuf hinggalah masuk waktu untuk sunat rawatib dan solat subuh berjemaah dan tazkirah. Alhamdulilah terasa JIWAku kenyang dan kental dengan santapan santapan rohani seawal pagi indah ini.

Hujung minggu aku pasti kembali untuk bersama mak, bak, fayyadh dan harraz,kali ini aku cuba menyusun programme terawikh di chukai kemaman untuk mendengar alunan bacaan pak syeikh Arab yang menusuk Kalbu. semoga hajat ini kesampaian dan UMPANku buat fayyadh dan harraz ialah berbuka dgn fast food kegemaran mereka.semoga Allah memakabulkan hasrat hati untuk anak anak menghayati barakah ramadhan dan bukan hanya tertumpu pada BAZAAR RAMADHAN. sayang sekali, sang ayah terlalu jarang boleh bersama anak anak untuk turut membina keutuhan kasih sayang yang berpaksikan ketuhanan. dalam diam diam hubby memnag bangga dgn cara aku, cara aku mendidik, cara aku komunikasi dan cara aku mengolah kehidupan Alhamdulilah walau dia banyak bersetuju dan jarang membantah itu sudah cukup memberi kebahgiaan pada anak anakku. Alhamdulilah.

Aku akur, dalam banyak keadaan masih TERLALU BANYAK diluar DUGAAN kita, yang datang sebagai UJIAN dan akus ering berkata kata dalam hati mengaku KALAH pada TAKDIR, terasa diri begitu KERDIL, terasa waktu begitu cepat berputar, terasa terlalu banyak INPUT yang perlu diolah sebaiknya demi kehidupan yang masih bersisa. Satu kenytaan KEPASRAHANku..aku hanya MAMPU SUJUD, aku tidak mampu lagi untuk berdiri tegak memberitahu STAND dan PRINSIPKU kerana terlalu sikit insan insan yang mengerti cukuplah aku alunkan bisikan demi bisikan, aduan demia duan kehadrat Allah yang maha mendengar, maha melihat maha bijaksana.

Masih terasa PANAS air mata seminggu yang lepas dihadapan hubbyku. Airmata KEKESALAN, airmata KEBUNTUAN, airmata KEPASRAHAN, airmata KERINDUAN, airmata KASIH SAYANG ..namun apalah daya diri, nun disudut hati aku AKUR, apalah DAYAKU LAGI, semakin banyak aku berjuang dengan manusia, semakin KUAT JERAT terasa. manusia disekeliling kita bukan semuanya SEJENIS dgn kita walau Adik beradik sendiri, itulah hakikatnya. Ada manusia kaya raya tapi hatinya baik dan sangat luhur, ada juga yang kaya raya tapi sebaliknya, malah ada manusia MISKIN malah bertambah miskin akal dan hatinya ada jugak manusia miskin dan berkadar diri. tak paayh melihat jauh jauh cukup sketsa watak watak dalam keluarga sendiri. Dunia kecil didepan mataku.

Hakikatnya juga manusia senang membuat ANDAIAN dan terus MENGHUKUM dengan kadar segera, sedang untuk mengenali seseorang itu dengan lebih dekat memerlukan waktu yang panajng, memrlukan pelbagai aktiviti dan bentuk pertemuan justeru itulah ramai yang tidak mengenali walau SUAMI sendir. Itu belum lagi mengambil kira soal betapa hebat seseorang dalam skill manipulasi mereka. Senang mengucap kata MAAf dan ya terlalu senang untuk memberi MAAf tapi kesan dihati tidak pernah PADAM apalagi kesan itu dibuat BERULANG ULANG. Bagaimana HATI kecikku menilai Sengsara yang ditanggung ibuku, walau tersergam sebuah kemewahan sekali pun HATI IBUKKU tetap meratap PILU didalam. Itulah hati ibu yang sekali lagi telah memberikan aku sumber INspirasi untuk mula MENULIS sebuah tulisan yang berbentuk NOVEL merakam kisah kisah kehidupan kami dan Novel adalah jalan terbaik untuk menyampai pengajaran paad semua lapisan masyarakat. 3 hari ramdhan, kesucian hati ini sudah mampu koordinasikan tangan dan minda untuk mula menulis. SELUMBAR di HATI BONDA. Aku akan terus mengenangi HATI ibuku yang sekaan KERING air matanya itu, hidup berulam derita dan tekanan yang tidak putus putus. Memahaminya menjadikan aku bertambah sayang padanya, seperti mana aku, aku juga perlu kata pada IBUKU...KITA HANYA MAMPU SUJUD MAK!

Semoga aku masih ada 26 hari RAMADHAN untuk BERSUJUD penuh rasa kekerdilan diri sebagai MAKHLUK nya ya RAbbi.