Monday, May 16, 2011

Hati TERUS Berbisik....


Musim SAKIT menjenguk bila cuaca sangat PANAS dan hujan sesekali datang tiba tiba. Sedari Khamis terasa badan seakan BERAT dan seram sejuk. suara pula GARAU semacam dan kepala kerap berdenyut, Hidung jarang boleh bernafas seperti biasa. Hingga saat ini masih gagah dudk dikerusi berpusing hitam ini dan masih gagah untuk meliaht kerja kerja dengan penuh terperinci malah masih gagah untuk meneruskan STAY UP hari isnin ini sebagai ganti lewat masuk pejabat tadi lantaran menyiapkan hal hal keewangan projek rumah mak di 2 buah BANK. Alhamdulilah aku rindu untuk meneruskan hari hari BUSY..hari hari yang seronok dilalui bila kita ada CLEAR OUTCOME yang datang dari WELL FORMED OUTCOME.

Ubat masih bersisa menemani aku, Ubat DEMAM warna Pink yang aku dapat dari Dr Subash jumaat lalu. Dr juga memebekalkan aku ubat FLU tapi kalau aku makan ubat ini nescaya jasad saja bergerak minda terus lelap dek kesan ubat yang teramat mengantuk ini. Di luar sana sejenak dari kepanasan yang memeritkan kulit, sudah kelihatan awan awan hitam berkumpul dan hujan lebat bakal berlaku waktu petang menjelang malam. keadaan ini menjadikan FLU semakin kuat block pernafasan aku. Setiap kalimenjawab panggilan telefon semua bertanya...you tak sihat ke za?..agaknya ketara sangat suaraku dikedengaran mereka. I am still OK..and will be FINE.

Memang Best kalau dapat tidur tapi tiada maknanya kalau fikiran teringat KERJA dan TO DO LIST, kerja kita kita JUNJUNG ..kerja orang kita KELEK, yang penting seronok melalaui PENGALAMAN walau JELEK sekali pun. Malam ni perlu lebih beritirehat kerana besok ada agenda bersama 2 adik adik untuk ke Asrama Puteri anak perempuanku Wahida. Sudah lama aku tidak menziarahinya diasrama melihat kehidupannya disana walau dia sering pulang setiap 2 minggu sekali.

Khamis yang lepas sungguh bererti padaku bila aku menegndalikan serious session bersama seorg sahabat. Kesnya agak mencabar namun aku gembira melihat satu luahan rasanya yang sudah cukup memberitahu aku proses kaunseling sudah berada dipenghujung sebaliknya proses coaching seakan baru bermula. Aku meninggalkannya dengan satu agenda yang perlu disiapkannya agenda PERSONAL OUTCOME. Dia perlu mengahalakan dirinya mengapa dia perlukan personal OUTCOMEnya dalam usaha usahanya untuk memebebaskan diri dari mangsa SITUASI yang sering menghantuinya. tiada yang elbih membahagiakan bila melihat sepasang sinar matanya sebagai tanda dia sudah tahu apa yang dia mahu cuma dia perlukan sokongan dan kekuatan. Dia mahukan sebuah INDEPENDENT,sebuah definasi baru dalam hubungan perkahwinan yang matang, perlahan lahan aku mengulurkannya IDEA memahamkannya disetiap persimpangan sulit ada PELUANG yang terselit. Pelukan kami kemas bila session berakhir dan berjanji untuk follow up dan sejurus aku menuju kekereta dalam renyai petang itu, kepalaku berdenyut kencang disitulah bermulanya SAKIT yang datang hingga hari ini.

Kali ini dalam sakit aku mampu mengendalikan KES, dalam sakit aku mampu pulang kekampung, keluar mencari bahan masakan dengan mak, kipas dan lampu untuk rumah baru, membayar bil bil untuk mak. Alhamdulilah, cuma mak perasan aku tidak seceria seperti biasa, aku berbisik pada mak..tubuh saya tidak kuat sangat mak, masih terasa seram sejuk, dan pada malam sabtu dalam programme makan piza ramai ramai aku hanya melihat mereka berjamu selera dan aku hanya melangsaikan Bil makan, aku tidak lalau makan, mulutku terlalu pahit. Aku masih demam, aku masih tidur bertemankan ubat demam dan selsema. Alhamdulilah aku terasa UPAYA yang lebih walau aku sakit hanya kerana OLAHAN MINDA yang telah kuat selepas melalui programme bersama SAM.

Aku ada beberapa hari untuk menyiapkan kerja pejabat, beberapa hari untuk menyiapkan barang kiriman Adik Li dari Korea dan beberapa hari untuk menyiapkan urusan bank dan keewangan sebelum aku berlepas ke KOREA. Kali ini seklai lagi aku terbang seorang diri setelah Nelli menarik diri disaat akhir. Aku tidak terasa dengan keputusan Nelli malah aku perlu menghormati dan memahami situasinya sebaliknya berklai aku MENYATAKAN pada diri sendiri aku yang decide apa yang aku MAHU dan dalam mencapai apa yang aku MAHU aku tidak boleh meletakkan ORANG LAIN sebagai PENGHALANG. Aku tidak perlu takut dalam MENCAPAI apa yang aku IMPIKAN kerana TIADA orang lain yang aku buatkan untuk kita malah tiada orang lain yang TOLONG FIKIRKAN UNTUK kita. Kita fikir kita buat, kita ikhtiyarkan kita yang dapat sekurang kurangnya PENGALAMAN yang bila terkumpul menjadi SKILL yang memantapkan lagi PENAMPILAN DIRI....

Bukankah hidup ini penuh WARNA dan semestinya INDAH SEKALI.....tidak akan sesekali kuhentikan langkah langkah ini...Allah tetap disampingku selama mana disetiap bisikan hati ini terus MEMINTA PADANYA SEGALANYA..Aminnnn