Tuesday, May 17, 2011

Tenaga Semakin BANYAK!!


Tengah malam ini tiba tiba terasa SUNYI menjenguk hati. Lantas terbuka Lap top hubby diatas meja dan sepantas melihat document lama yang tersimpan dan ada yang perlu dideletekan dan ada yang masih perlu dilihat dari masa kesemasa. Sedang tangan pantas click lantas terclick gambar yang tertulis dengan nama Alya anak saudara kesayanganku dan terlihat gambar arwah adikku Azman. Lama aku merenung wajah itu, wajah terakhirnya, wajah yang teramat kurindu dan sempat aku berkata kata didalam hati dan sesekali terlafaz dibibir...Dik! pantas masa berlalu Alya dah pandai berlari..afiq semakin matured..Adi masih terus menyebut abahnya...cahaya kesedihan dimata Izan semakin bertukar Sinar...segalanya atas kuasa Allah dik...sebagaimana cepat adk pergi mengadap ilahi..secepat itulah Allah perlihatkanperubahan disekeliling kami. semadilah dengan aman disana dik...setiap khamis mlm jumaat rindu dihati ini akan terus mengikat lafaz bacaan penawar yasin pengikat silaturahim kita dunia akhirat sayang...

Dalam ketidak sedaran beberapa titik jernih mengaburi pandangan mataku. Aku menangis, aku menyapu air mata...dan aku menyambung berkata kata pada gambar man..tanpa Man..angah terus meneruskan hajat man..man nak mak selesa kan?..arghhhh...beginilah hidup aturan tuhan ..sedih dan sakit terkadang menjadi PULLING factor menguatkan lagi WILL POWER kita bila kita memilih untuk terus melangkah dengan positif. Selain dari nikmat kasih sayang anak, bitter sweet cinta anugerah jodoh tuhan dari suami, kasih dunia akhirat ibu bapa, kasih adik beradik seakan tidak lekang dari hati. Aku tidak mampu mengenepikan mereka, aku tidak mampu lena dengan membiarkan kesengaraan menimpa mereka KECUALI bila mereka selamanya TERUS MEMBEBANKAN KAMI tanpa terfikir untuk menghentikan sikap keterlaluan yang berulang semenjak dulu.

Hari ini sedari pagi aku begitu sibuk. Padat 12 jam dengan TO DO LIST bermula dengan VISIT WAHIDA dan berakhir dengan Reading time selama 1 jam setengan di white coffee. dalam kesibukan yang terancang itu, aku sempat berkejar dalam hujan untuk menunaikan temujanji dgn Yatt...sahabat yang mengajak aku berbincang usul parenting dalam penulisan Home maker. Seronok bertemu yatt yang sudah lebih 15 tahun tidak berjumpa. Anugerah kekayaan dan rezeki perkahwinannya melimpah ruah tapi dia sedikit pun tidak berubah malah sikap humblenya dan suami menjadikan aku seedikit pun tidak KEKOK berbincang dengannya. Kami berbincang selama hampir 3 jam sambil bertanya khabar diri, keluarga, kehidupan dan kawan kawan yang lain. Alhamduliah rezeki persahabatan, perkongsian minda dan Contact untuk projek community ..3 dalam 1 Allah temukan buat aku..Alhamduliah..tidak sia sia merempuh hujan dan pemanduan SESAK dan tidak sia sia juga keluardari zone selesa kali ini untuk memandu sendirian meredah IOI Mall puchong.

Dalam menuju agenda utama hari ini dengan yatt, aku juga merancang agenda utama melawat wahida bersama adik adikku kerana kebetulan hubby ON DUTY. Wahida bakal memulakan misi lawatan sambil belajar ke Hadyai Thailand, terasa KURANG sebagai seorang ibu SIBUK seperti aku kalau tidak MEMILIH untuk ADA WAKT untk dia, anak perempuan kesayangan aku. Ku gengam nota yang tertulis...tentative programme....ubat ubatan PCM dan Piriton..kad pengenalan wahida dan makanan kegemarannya terutama CHIPSMORE. Pelukan kemas kami serta ciuman rindu aku buatnya terubat bila melihat senyum dan sinar mata anak ini...anak yang sangat GIGIH dan sedang TEKUN berjuang untuk masa depannya...Aku sebagai IBU ..nun disudut hati begitu BANGGA dan sangat bahagia melihat perkembangannya...apakah ini RETURN yang aku dapat..Ya Allah kau permudahkan perjuangan anakku ini..bisik hati kecilku dikala mataku menhantar wahida berjalan menuju ke asrama. kami sempat berbual dan berbincang sambil bergambar selama 1 jam. Aku sermpat berbisik ketelinganya...Enjoy your trip..dont forget to jot down your moment..then you will appreciate it when it comes to a good lesson for life one day..dia senyum manis sekali...dan GOOD LUCK your exam!. Kami meluncur laju menuju ke Spa di Kota Damansara.

Spa Sole to soul ini adalah milik seorang kawan India yang aku panggil Lynda. pada asalnya dia mengendalikan prasanti Spa didepan rumahku dan aku sudah membeli pakej murah yang ditawarkannya dulu. Lynda seorang HR manager yang HEBAT ..Skill PRnya very well dan marketing plannya begitu Smart. Lynda pernah merancang untuk meminta aku menjadi associate kaunselor ditempatnya. Kami masih merancang untuk memberikan clinet dispanya terutama mereka yang datang kerana STRESS dgn situasi perkahwinan dan kehidupan. Atas persoalan itulah aku dan Lynda menjadi rapat. hari ini kunjungan aku bersama adik beradikku tanpa bertemu Lynda. dia sedang sibuk mengendalikan setting baru diPangkor. spa barunya begitu elegent dan mendamaikan. 3 jam kami disana ntuk pakej sauna, Lulur dan traditional massage. senyum puas dari wajah adik adik ..Linda dan fatin membuatkan aku terasa perkongsian ini lebih manis dari rawatan Spa itu sendiri. Power contact menjadikan semuanya Murah dan nikmat berganda bila semuanya dikongsi. Hidup lebih CERIA dan hubungan kasih sayang lebih BERMAKNA. Thanks Lynda...we planned to have some follow up session at your place!

9 malam barulah aku sedari pagi perut belum diisi dengan begitu sempurna. Lantas aku emgacapi buku dan NOTE untuk meluangkan waktu makan malam SEORANG yang BERMAKNA bersama satu topik bacaan dan a thinking about tomorrow TO DO LIST again. selepas menikmati makan malam dan short reading on power of attitude, ada 30 TO DO LIST yang sempat difikirkan..ALHAMDULIAH...

Kita dianugerahkan 24 jam sehari tidak lebih dan tidak kurang, banyak kita merancang, banyaklah yang mampu kita laksanakan tanpa perancangan jangka panjang dan jangka pendek kita seakan tidak buat apa apa. apalagi bila TERKADANG ribut kehidupan melanda diri, usah dibuai diri dengan mainan perasaan yang terkadang memeprlihatkan kita seakan DUNIA INI TERLALU SEMPIT...sedang Allah menghidupkan kita bersama limpahan rahmat dan rezeki, susurlah mencari hala liku rahmat itu yang terkadang semuanya begitu HAMPIR dengan kita...Alhamdulilah..SubhanaAllah..Allah hu Akbar!!!

Tiba tiba terasa TENAGA SEMAKIN BANYAK!! :))

Monday, May 16, 2011

Hati TERUS Berbisik....


Musim SAKIT menjenguk bila cuaca sangat PANAS dan hujan sesekali datang tiba tiba. Sedari Khamis terasa badan seakan BERAT dan seram sejuk. suara pula GARAU semacam dan kepala kerap berdenyut, Hidung jarang boleh bernafas seperti biasa. Hingga saat ini masih gagah dudk dikerusi berpusing hitam ini dan masih gagah untuk meliaht kerja kerja dengan penuh terperinci malah masih gagah untuk meneruskan STAY UP hari isnin ini sebagai ganti lewat masuk pejabat tadi lantaran menyiapkan hal hal keewangan projek rumah mak di 2 buah BANK. Alhamdulilah aku rindu untuk meneruskan hari hari BUSY..hari hari yang seronok dilalui bila kita ada CLEAR OUTCOME yang datang dari WELL FORMED OUTCOME.

Ubat masih bersisa menemani aku, Ubat DEMAM warna Pink yang aku dapat dari Dr Subash jumaat lalu. Dr juga memebekalkan aku ubat FLU tapi kalau aku makan ubat ini nescaya jasad saja bergerak minda terus lelap dek kesan ubat yang teramat mengantuk ini. Di luar sana sejenak dari kepanasan yang memeritkan kulit, sudah kelihatan awan awan hitam berkumpul dan hujan lebat bakal berlaku waktu petang menjelang malam. keadaan ini menjadikan FLU semakin kuat block pernafasan aku. Setiap kalimenjawab panggilan telefon semua bertanya...you tak sihat ke za?..agaknya ketara sangat suaraku dikedengaran mereka. I am still OK..and will be FINE.

Memang Best kalau dapat tidur tapi tiada maknanya kalau fikiran teringat KERJA dan TO DO LIST, kerja kita kita JUNJUNG ..kerja orang kita KELEK, yang penting seronok melalaui PENGALAMAN walau JELEK sekali pun. Malam ni perlu lebih beritirehat kerana besok ada agenda bersama 2 adik adik untuk ke Asrama Puteri anak perempuanku Wahida. Sudah lama aku tidak menziarahinya diasrama melihat kehidupannya disana walau dia sering pulang setiap 2 minggu sekali.

Khamis yang lepas sungguh bererti padaku bila aku menegndalikan serious session bersama seorg sahabat. Kesnya agak mencabar namun aku gembira melihat satu luahan rasanya yang sudah cukup memberitahu aku proses kaunseling sudah berada dipenghujung sebaliknya proses coaching seakan baru bermula. Aku meninggalkannya dengan satu agenda yang perlu disiapkannya agenda PERSONAL OUTCOME. Dia perlu mengahalakan dirinya mengapa dia perlukan personal OUTCOMEnya dalam usaha usahanya untuk memebebaskan diri dari mangsa SITUASI yang sering menghantuinya. tiada yang elbih membahagiakan bila melihat sepasang sinar matanya sebagai tanda dia sudah tahu apa yang dia mahu cuma dia perlukan sokongan dan kekuatan. Dia mahukan sebuah INDEPENDENT,sebuah definasi baru dalam hubungan perkahwinan yang matang, perlahan lahan aku mengulurkannya IDEA memahamkannya disetiap persimpangan sulit ada PELUANG yang terselit. Pelukan kami kemas bila session berakhir dan berjanji untuk follow up dan sejurus aku menuju kekereta dalam renyai petang itu, kepalaku berdenyut kencang disitulah bermulanya SAKIT yang datang hingga hari ini.

Kali ini dalam sakit aku mampu mengendalikan KES, dalam sakit aku mampu pulang kekampung, keluar mencari bahan masakan dengan mak, kipas dan lampu untuk rumah baru, membayar bil bil untuk mak. Alhamdulilah, cuma mak perasan aku tidak seceria seperti biasa, aku berbisik pada mak..tubuh saya tidak kuat sangat mak, masih terasa seram sejuk, dan pada malam sabtu dalam programme makan piza ramai ramai aku hanya melihat mereka berjamu selera dan aku hanya melangsaikan Bil makan, aku tidak lalau makan, mulutku terlalu pahit. Aku masih demam, aku masih tidur bertemankan ubat demam dan selsema. Alhamdulilah aku terasa UPAYA yang lebih walau aku sakit hanya kerana OLAHAN MINDA yang telah kuat selepas melalui programme bersama SAM.

Aku ada beberapa hari untuk menyiapkan kerja pejabat, beberapa hari untuk menyiapkan barang kiriman Adik Li dari Korea dan beberapa hari untuk menyiapkan urusan bank dan keewangan sebelum aku berlepas ke KOREA. Kali ini seklai lagi aku terbang seorang diri setelah Nelli menarik diri disaat akhir. Aku tidak terasa dengan keputusan Nelli malah aku perlu menghormati dan memahami situasinya sebaliknya berklai aku MENYATAKAN pada diri sendiri aku yang decide apa yang aku MAHU dan dalam mencapai apa yang aku MAHU aku tidak boleh meletakkan ORANG LAIN sebagai PENGHALANG. Aku tidak perlu takut dalam MENCAPAI apa yang aku IMPIKAN kerana TIADA orang lain yang aku buatkan untuk kita malah tiada orang lain yang TOLONG FIKIRKAN UNTUK kita. Kita fikir kita buat, kita ikhtiyarkan kita yang dapat sekurang kurangnya PENGALAMAN yang bila terkumpul menjadi SKILL yang memantapkan lagi PENAMPILAN DIRI....

Bukankah hidup ini penuh WARNA dan semestinya INDAH SEKALI.....tidak akan sesekali kuhentikan langkah langkah ini...Allah tetap disampingku selama mana disetiap bisikan hati ini terus MEMINTA PADANYA SEGALANYA..Aminnnn

Tuesday, May 10, 2011

tanpa MU siapalah AKU !


Hari ini seakan OVER FLOWING ideas buat aku hinggakan terasa kepala seakan senak.Semua planning kulalui detik demi detik dan sesekali terganggu dengan lintasan idea kerana itulah sentiasa kena siapakan satu note untuk mencatat apa saja yang terlintas...aku yang sudah tua untuk meletakkan semuanya diminda atau idea datang mencurah curah bila banyak limiting belief direframmingkan.

2 konsep paper ditahap separuh siap hanya meneruskan pada lampiran tarikh dan budget. Namun part penting yang agak sukar dalam process drafting ideas untuk meyakinkan Bos kenapa programme itu perlu. Alhamdulilah dan semestinya esok bakal diteruskan dan aku harus EARLY ARRIVE HABIT at my office. Kerja kerja juga banyak terganggu dengan panggilan telefon kepada speaker dan dari speaker. Hingga sekarang masih menunggu jawapan speaker yang dicadangkan setelah Aksyah terpaksa menolak perlawaan untuk programme lantaran commit dengan Hypnosis Course. satu programme yang aku sangat berminat tapi apakan daya ada lebih dari 3 faktor utama untuk aku sign tanda ingin menyertai course itu antaranya keewangan, masa dan bayak sangat TO DO LIST yang perlu dikejar dan tidak boleh ditangguh lagi.

Menjelang pukul 4.45 petang bila mood aku sudah mula reflect pada solat asar yang bakal didirikan, seorang sahabat dari bahagian lain datang bertandang sambil bertanya urusan CONTACT. Contact yang aku ada. Semenjak pagi tadi hingga hampir waktu pulang situasi kerja hari ini banyak berkisar pada Tragedy Contact. Contact yang gagal aku dapatkan atas banyak sebab lantaran kelalaian diri untuk mempertahankan CONTACT.

Kita lalai kerana kita tidak melihat dan merasai BAGAIMANA PENTINGnya sebuah contact. Come to me suddenly semenjak akhir akhir ini Contact sangat penting. Come to me to raelise how contact can make a big dream to reality. Pentingnya CONTACT. Bila tidak melihat kepentingan, tidak merasai kepentingan, tidak mendengar tentang kepentingan maka kita hanya akan mencari contact bila kita ada HAJAT TERSENDIRI sahaja which is terlalu SUBTLE atau fragile malah bersifat situasi. Ini antara punca kemunduran diri. Ini antara punca gagal untuk bertindah ON TIME. Ini antara gagal dan membuang masa.

Bila Contact hanya disimpan ditelefon bila telefon bertukar atau malangnya bila telefon HILANG Tiba tiba dunia terasa GELAP dan tergapai gapai mencari dan cuba trace semula. Mungkin kita beruntung kalau kita menyimpan kad kad yang kita dapat dari CONTACT yang kita temui disatu kad book yang kita simapn disatu tenpat khas. Malah mungkin lebih efficient bila kita memiliki satu BUKU TELEFON IKUT ALPHABET yang boleh mencatatkan nama dan no tetefon serta alamat CONTACT kita. langkah ke3 barulah simpan ditelefon dengan menyertakan Kod rahsia dimana perjumpaan pertama dgn CONTACT itu untuk mebantu mengingatinya. Tip ke3 ini sempat saya perhatikan kawan baru saya Raudah yang begitu PRO dan excellence dalam dealing dengan contact dan Customer. I really admire her!!

Saban hari kita terasa masa sangat cepat berlalu. Terkadang terasa seakan tidak terkejar. Tearsa seakan ada HAMBATAN waktu ini nak capai, itu nak pegang dan akhirnya semua tak terbuat. Aku percaya semua ahmpir mengalaminya. menjelang 2011, aku mula perasan aku sangat memerlukan BUKU CATATAN walau aku ada Iphone. Catat diiphone tidak sama catat dibuku dan satu buku ada semua untuk dalam handbeg dan satu buku dipejabat untuk KHAS kerja dan satu buku dirumah untuk khas KERJA RUMAH dan hal peribadi. Alhamdulilah at the end of the day and week and at the end of the month semua catatan ini bukan saja memberikan satu MOTIVATION untuk seterusnya malah ia juga memberi KEPUASAN DIRI dan mencetuskan flowing ideas yang semakin banyak. kepala sekarang sudah tidak mampu menyimpan banyak benda bukan sebab lupa tapi inginkan MANAGEMENT yang lagi kemas untuk menghambat keperluan kerja yangs emakin LUAS dan masa yang terasa semakin CEPAT.

sambil bercakap dengan kak Seri tadi tiba tiba datang sebuah idea berkenaan RELATIONSHIP. Aku melihat dari pengalaman peribadi dan session in any relationship the basic thing is AGGREMENT. As long as the agreement is there, life can cater for both or more who are invole in the form of relationship. Aku tidak pernah melihat atau membaca kenyataan ini dan ini hanya aku tersedar dari pemerhatian sendiri atau mungkin Conscious understanding of Unconscious process seperti yang jelaskan sam dalam power coaching programmenya malam khamis lalu. banyak pengalaman harian aku relate dengan penceritaan sam..dan satu yang paling TERHARU ialah sam pernah mengalami satu pengalaman yang sama dengan aku disatu ketika ada org berkata...awak seorg yang PENTING suatu masa nanti kerana awak mampu menjadikan DUNIA ini sebuah tempat yang SELESA..aminnnnn Alhamduliah dapat aku rasakan semenjak aku menolong mak ALL OUT rezeki terjah dalam hidupku PELBAGAI BENTUK.

Ya ALLAH tanpamu SIAPALAH AKU SELAMANYA.

Monday, May 9, 2011

Tidak Terhitung NIKMATMU


Diam diam sudah seminggu dibulan Mei, Bulan yang membuka tirai penuh tenaga dan pasti bulan yang sangat sibuk persiapan menanti June, July dan August..bagi programme pelajar pelajar.Bulan ini juga merupakan bulan sambungan training Neuro Action bersama Sam Witteveen. Aku tidak PUAS belajar apalagi ilmu ilmu NEURO yang sangat releven dengan kerja kerja counseling dan coaching aku dipejabat. Sepanjang June, July dan August sepenuhnya aku hanya menumpu kepada programme universiti kerana kami hanya ada 3 bulan untuk mengisi masa pelajar disemester 1 2011.

Keletihan 4 hari kursus masih terasa, walaupun pagi ini baru kepenatan itu sangat ketara, namun aku gagahi juga sambil apply teknik reframing limiting belief yang telah dipelajari dan seperti biasa suara hati aku sangat kuat. Hari ini jalan raya sangat sibuk dari rumah lantaran ada jalan yang ditutup dan aku menyusuri jalan yang tidak pernah aku lalui Alhamdulilah akhirnya aku bertemu jalan yang perlu aku lalui untuk kepejabat. Semalam agak sukar tidur lantaran kepala PENUH dengan agenda agenda training hinggalah selesai kerja kerja JOT DOWN. Ada 10 to do list hasil training yang telah dikeluarkan dari minda dan dicatat terperinci dan bakal ditentukan masa untuk dijalankan kecuali hari ini.

To do list pejabat juga tidak kurang banyaknya, sesampai saja dipejabat 10 minit terpaksa mengadap 15 to do list yang berjaya dilakarkan, Alhamdulilah bila ada to do list kerja menjadi agak terancang. Ada satu laluan session, 2 laluan discussion dan masa yang betul betul UP TIME bila menyiapkan RESUME. Aku seorg yang sangat malas untuk menyiap resume, kalaulah bukan kerana TERPAKSA, dan inilah rezeki bila ada peluang tapi aku diminta menghantar resume, maka bermulalah selepas 15 tahun aku mencipta semula resume yang terkini dari aku. Dari bait bait kandungan resume ada beberapa part yang aku tidak PUAS HATI dan aku perlu allocatekan CHANCE dan rasa tidak puas hati itu bakal menjadi PUSH FACTOR. banyak kerja kerja yang melibatkan REVISED hari ini dan beberapa kerja perlu sambungan esok kerana Zul pembantuku CUTI.

Antara benda baru yang aku lakukan hari ini sebelum tenggelam dalam kesibukan dan client mengetuk bilik. aku lakarkan SMS buat hubby meminta izin untuk acara berbuka dan bersolat jemaah dimasjid sempena aku berpuasa.Aku perlu membuat satu jadual hidup yang kemas yang mengimbangi puasa, bersenam, happy time dan programme jemaah dimasjid..I LOVE IT!!! mungkin ini petanda aku sudah jemu berkejar pada perkara yang sudah lama dilalui, aku suka merebut peluang Isnin dan Khamis malah kalau boleh hari hari tapi agak sukar menepis KESIBUKAN.

Nani clientku yang bertuah sedang berada ditahap pertengahan Coaching process. Bertuah kerana Kes nani disertai element element Neuro Action, Kes Nani melalui setting coaching yang panjang selepas aku menerima keseluruahn Training..Alhamdulilah dan aku gembira melihat Nani semkain gembira dengan dirinya, semakin yakin pada diri, semakin berseri seri dan semakin pandai menggunakan KUASA MINDANYA. Untuk hari ini baru Nani dimulakan dengan SUCCESS TRANCE!! Nani sangat gembira melalui pengalaman Trance itu dan dia merasa ingin terus dicoachkan.Ini sudah cukup mengembirakan aku..Mudah mudahan INVESTMENT aku memberi hasil yang sangat lumayan.

Apart from UIA, aku sedang menunggu untuk memulakan service secara part time jemputan dari PNB untuk sekolah berasrama anak anak yatim dan miskinnya Ya Allah sukanya hati diberi peluang berdepan dengan mereka. Semoga kami memiliki sebuah REZEKI PERTEMUAN yang panjang! Aminnn. Bertalu talu Syed menelefon dan bermesej untuk membuat perbincangan setersunya dengan aku selepas aku menghantar resume itu. Alhamdulilah mungkin ini sebhg rezeki Mak, rezeki anak anak, rezeki adik adik dan rezeki insan insan yang hampir dengan aku...Alhamdulilah.

Aku dapat rasakan hidup semakin TERURUS, Minda semakin banyak meneglurkan Idea, Badan semakin kuat dan penuh tenaga dan hati penuh TENANG. Apalagi selepas mendengar TANGISAN dipagi hari ibu dari wahida TERESAK ESAK dia meluahkan perasaan rindu dan sayangnya pada aku MAMAnya...Ya Allah manisnya anugerahmu...Aku rasa terlalu takut untuk tidak terus bersujud tanda syukur dan terharunya atas kurniaanmu Ya Allah. Satu lagi berita istimewa hari ibu yang aku terima bila Adik RAshidy selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya walau tiada KAD UNDANGAN buat aku dan walau tiada undangan dari text, email mau pun telefon. Aku gembira buat dia semoga seterusnya dia bertambah kuat berdepan dengan arus hidup yang juga terkadang datang dari perbuatan kita sendiri. Apa yang kita buat antara cepat dengan lambat akan kembali pada kita, what you give you will get back! Ucapan hari ibu dari mulut mulut monggel fayaydh dan Hararz juga menyentuh hati ku, dalam ucapan itu terdengar permintaan, fayadh kata mama makanlah kat rumah tak payah makan kat kedai, dan ucapan harraz pula, bila Harraz nak jalan jalan dengan mama lagi..dan 2 ucapan dari jantung hatiku ini menambahkan lagi semangat untuk aku melangkah esok hari dengan penuh TERATUR demi menyediakan ruang buat mereka...RUANG YANG TERHAD TAPI PENUH BERMAKNA.

Dalam kesibukan aku dengan training itu, sempat juga aku memebayangkan KERIANGAN BONDAKU Tengku Aini bersama Ibu saudaraku yang seakan Ibu sendiri yang sedari kecil kupanggil UMMI..suara riang mereka berdua kedengaran dicorong telinga gembira sambil mengikuti rombongan pengantin ke PENANG mereka menghabiskan masa bersama. Mak dan ummi pasti bangga dengan handbeg dan sandal baru mereka sebagai hadiah hari ibu dari aku. Kegembiraan mereka mampu memberikan aku rasa bahagia berganda kerana itulah aku merasa seakan TIDAK PENAT dalam menghabiskan hujung minggu dengan KERJA KURSUS.

Hari ini aku dipejabat, menunggu hari gelap untuk bersiap pulang dan berbuka puasa dimsajid serta bersolat jemaah, aku masih terasa pelukan hangat kawan kawan Raudah, Yanie, Irene, kak suria,Anne,Jane, Nadia dan Vanessa...aku selesa dengan pelukan mereka, mereka yang berpendirian sama dengan aku, mereka yang TERSANGAT POSITIF dan tiada LIMITING BELIEF...Aku tidak akan melupakan pelukan pelukan mereka dan aku akan terus berbudaya memebri POSITIVE HUG kepada mereka yang kita kasihi kerana WITHOUT THAT HUG pasti rasa terkilan...when will I see you again...when will I see you again.

Sesungguhnya Ya Allah Setiap detik dan ketika TIDAK TERHITUNG NIKMATMU!!