Saturday, June 18, 2011

Gerhana KASIH mak!!



Begitu LIAT pagi ini..LIAT sekali untuk aku meneruskan pagi yang agak sibuk dari biasa dan kaki menjadi berat, mata seakan tidak mampu terbuka dan kepala seakan kebingungan. Aku perlu gagahkan diri, tanggungjawab pada kerja yang telah diterajui perlu diteruskan, sebelum meluru kebili air, aku sempat SMSkan pembantuku, Zul mengingkatkanya untuk bersedia di tempat programme pukul 8.30 pagi emmandangkan slot pagi adalah slot BOSS yang berpangkat Timbalan Dekan.

Semalaman aku tidak tidur, aku alihakan fikirn pada TV, namun kepala masih bertubi tubi tekanan dan leher terasa tegang, walau berklai kali diurut hubby sambil berbincang isu yang sedang melanda insan yang aku sayang dan sebhg nyawaku iaitu MAK. Perlahan aku berkata pada hubby, kalau org seksa mak , orag itu sebenarnya seka saya bang, sakit dlm badan saya ni kerana saya mengumpul semua kesakitan yang mak rasai, penderitaan, seksa lahir dan batin, arghhh mengapa terlalu sedikit insan yang mengerti, dan hubby minta aku bersabar, dia pun sayangkan mak katanya.

Aku teringat 2 atau 3 hari yang lepas, entah mengapa aku menulis pasal mak, rupanya itulah hari permulaan segala yang dikatakan MUSIBAH ini, aku tidak menganggapnya musibah tapi kasar bahasaku aku menggangapnya kebodohan manusia yang menurut rasa EGO. kerana Ego, hilang segala rasa hormat, hilang segala rasa kasih sayang, hilang segala rasa tanggungjawab dan bersyukur, yang menjadi tulang belakang EGo ini adalah sebuah kemarahan yang mampu memperlihatkan KEBODOHAN SENDIRI. Bila adik iparku berkongsikan sesuatu, aku anggap sekadar ugutan lanatarn marah yang tidak berasas sedikt saja dan pasti tidak melarat, lalau aku arahkan adik iparku atas persetujuan bersama untuk IGNORE saja semuanya, Projek mesti diteruskan, ucapku berkali kali.

Dalam aku kesibukan kerja petang semalam bertlau talu telefon dari Adik linda dan adik iparku zam serta Mak sendiri, bila kerja selesai, barulah aku berkurung dipejabat untuk memudahkan perbincangan dalam talian dan aku NEKAD bertanya selepas mak menyarankan kerana yakin kalau kita berbincang mungkin suasana bertukar, tiada apa yang aku TAKUT walau dia bapak aku sekali pun, sedari dulu aku berpegang BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH, perlahan aku mengdailkan talian dan berbahasa sopan kerana dia adalah AYAHKU. Suara girangnya kedengaran bila ku bertanya khabar dan terus bertanya apa urusanku , lalu aku terus menyuarakan pertanyaan pada kemelut yang sedang TERSIMPUL, lantas suaranya bertukar menjadi PETIR DAN HALIR LINTAR dan menegking aku ditalian, aku seram sejuk tapi bertahan dan cuba menerangkan kebenaran kerja dan situasi hambatan waktu dan budget, tiba tiba talian diputuskan selepas sebuah sergahan yang KUAT, aku cuba mendail berkali kali tapi akhirnya langsung tidak berjawab.

Getar suara zamri yang penuh sebak dtelefon KEBUNTUAN, suara esak tangis Linda terus berpanjangan, seingat aku itulah tangisan panjang dari Linda selepas berita kematian Azman dulu, dan bila aku berbicara dengan mak, sura mak seakan sangat lemah, tapi mak cuba bertahan dan gambarkan padaku dia OK, lantas aku minta mak dpatakan No jiran yang kami anggap macam keluarga, Kak Salma dan pak Adam. Perlahan aku dailkan no kak salma dan cuba berbual sebaik mungkin dan menyampaikan hajatku, kak salma kuanggap seperti ibu saudara, dia yang banyak membantu mak bila kami semua tiada, dia yang mengusung mak kehulu ke hilir untuk berterawikh setiap menjelang ramadhan setelah mak tidak lagi mengusahakan projek Kuih muih. Aku merayu dengan kak Salma untuk ceritakan pada pak Adam, kak salma amat memahami memandangkan ini bukanlah kali pertama ayahku BUAT PERANGAI.

Aku kembali bercakap dengan mak, ketika itu, hati aku sekana melayang bersama mak, mak seakan NEKAD, terlalu HITAM dan HINA kata kata fitnah yang dilemparkan padanya, langsung diketepikan pengorbanannya, hatinya..ya allah kesiannya IBU aku..kesiannya orang yang melahirkan aku..membesarkan aku..sentiasa ada untuk aku hingga kini..ya Allah ..aku sendu dalam tangisan yang penuh sedu sedan...aku sekana tidak berdaya bila melihat mak tersiksa menahan rasa dihatinya..Ya Allah sakitnya perasaan itu, aku pujuk mak mengambil wuduk..aku pujuk mak untuk mengingati Allah, aku pujuk mak untuk ingat, senang dan susah kita dibawah tadbiran Allah, mau rasanya aku terbang..mau rasanya aku berada disisi mak merasai GETAR badannya, merasai panas air matanya..memegang tangannya yang penuh GERAM bertahan demi maruahnya sebagai seorang perempuan yang sudah lebih separu abad diabadaikan pada sebuah keluarga yang padaku tidak sempurna tadbirannya...Aku merintih pada mak..apalah daya saya mak..ampun kan saya mak..ketika itu aku terasa hatiku bagai disayat sayat..dicincang cincang..aku merasa amat bersalah bila aku tidak ada disisi sewaktu GERHANA KASIH begitu.

Sepanjang pemanduan pulang semalam, air mata aku mengaburi pengelihatan dan seseklai aku tidak perasan pada kelajuan kerana aku seakan tidak tahu arah dan rasa badan kerana mengimbangi hati yang sedang menahan dan kepala yang semakin senak. kalau aku ditempat mak, aku memang ada keputusan dan aku sudah boleh buat keputusan kerana bukan lagi anak anak jadi halangan. tapi aku tidak boleh mepengaruhi mak, aku cuma berpesan pada mak untuk bertahan kiranya sesuatu yang lebih jauh berlaku dan sekali mak berpaling, walau pun aku seorang anak, aku tidak akan benarkan mak untuk menoleh semula. sampai dirumah, solat maghrib sekali lagi menheret hati aku penuh sedu sedan, aku hanya menangis begini untuk mak dan dulu aku menagis begini untuk Azman arwah adikku. dalam sujud yang panjang aku bermohon, ya Allah, kalaulah aku ini dikira anak yang baik budi pada pengelihatanmu yang begitu tajam, kalaulah aku ini diciptakan untuk melindungi kelompok keluarga ini, kalaulah aku ini diberi kehidupan untuk menyempurnakan amanah dlm kehidupan ya Allah, aku merayu padamu tuhan yang mencipta sekelian Alam, yang berkuasa pada setiap pergerakan makhluk, yang menyusun dan mengatur takdir penuh ektentuan, Ya Allah sayangilah Ibu aku, kesihanilah ibu aku, angkatlah rahmat mu buat ibu aku, bebaskan ibuku dari belengu ketidak adilan manusia walau siapa pun dia, akhirilah deritanya, izinkan aku mengubati luka kehidupannya..ya Allah ya Allah..itulah rintihan yang termampu aku luahkan. Serasa ringan kepala, serasa diri terawang awangan ketika memanjatkan dia itu, terasa hati bagai ditarik tarik..air mata mengalir laju bagai hujan, aku tenang seketika dalam teleung berteleku pasrah sebagai hambanya yang sangat LEMAH.

Mengapa dalam Allah memberikan cahaya dan nikmat, masih ada manusia yang tidak mampu meliaht cahaya itu, tidak mampu melihat nikmat itu malah ada waktunya mengambil segala nikmat Allah dengan rakus tanpa rasa syukur dan berterimakasih malah penuh keegoan menafikan nikmat nikmat yang disapu rakus. Mengapa ada manusia begitu bijak berbicara, begitu manis berkata kata didepan orang lain, sedang dalam keluarga sendiri penuh nista dan kesombongan, penuh kepura puraan. Mengapa manusia boleh hidup dalam kesombongan, melihat kecil pada manusia yang lebih gerhana nasibnya padahal kita meminta pada tuhan yang sama. Mengapa manusia sanggup memilih untuk mengelar kejam hati hati yang yang menyayangi mereka yang berkorban yangs angup kerugian demi mereka, kerugian masa, kerugian wang ringgit dan menongkah tanggungjawab penuh penuh rasa berat. Mengapa ada siangkuh begini!!! inilah selumbar yang beracun yang menghasilkan racun racun lain dalam kehidupan ku dan insan insan disekelilingku. Allah sesungguhnya memprlihatkan padaku, jangan menunggu TUA baru memilih untuk beribadat sedang ILMU penuh didada, jangan mencaci orang yang beruasaha untuk belajar kerana itulah kejahilan kita, jangan menganaiya orang yang menyuap kemulut kita penuh ikhlas kerana inilah sesombong sombong manusia.

ya Allah..Alhamduliah hari ini ada sedikit rasa tenang, cuaca sudah agak bertahan berkat doa panjangku semalam, berkat tangisan ibu dan adikku penuh berserah padamu semalam dan berkat kasih sayang jiran yang ada tanggungjawab pada tuhannya seperti kak Salma dan pak Adam. Aku berjanji pada diriku, kedua insan ini tidak akan aku ketepikan kerana bukans aja dalam gembira mereka bersama kami tapi aku pernah melihat air mata kak salma dan pak Adam pada Ibuku, dan mereka semestinya ada tempat dihatiku. ya Allah kau berkatilah hidup mereka berdua, berilah kemurahan rezeki dan ketenangan hati yang tiada TOLAK BANDINGNYA buat mereka. Amin!!

Mak malam ini saya ingin bermimpikan senyman manis dan kerdipan sinar yang tenang dan penuh kasih dari mata mak.