Wednesday, August 25, 2010

Pilih KASIH....


Hari ini aku seperti biasa dalam mood semangat yang sederhana. Topik pebualan diradion pun kurang menarik minat aku...KEMRDEKAAN..sudut pandangan yang terhad diolahkan oleh 3 juruhebah berangkai yang kelakar itu semestinya diradio sinar kurang memeberikan aku kepuasan pagi ini. Lagu lagu yang diputarkan lebih kepada lagu merdeka.

Aku menyiapkan imbasan personaliti melalui ringkasan teori bintang kelahiran setakat ini hanya CAPRICORN dan AQUARIOUS. Sedar tak sedar jam sudah menunjukan hampir waktu rehat. banyak data data menarik yang tidak dapat aku baca dengan teliti selain dari mengumpulkannya sahaja. hari ini tidak ramai yang menggangu...cuma sahabat baik yang buat lawak dalam kesibukan sesekali mencuit hati...NELI. Dan lantas aku terfikir untuk menyiapkan Blog di bawah tajuk ini.

Kejujuran dalam pandanagna adalah DASAR abadiku sedari dulu. Tiada siapa mampu menghalang apa yang ingin aku tuliskan diblog kesayanganku ini. walau tidak begitu menarik dari hakikat fizikalnya cukup bermakna untuk orang yang mengambil intipati cerita dan pengajaran. Tajuk ini mungkin agak panas bagi seseorang tetapi aku ada satu sorotan yang menarik untuk dikongsi bertajuk PILIH KASIH ini.

KASIH sifat yang ingin dimilki oleh semua orang. padaku kalau orang kedekut wang tak mengapa janganlah kedekut memberi kasih malah ada yang kedekut salam pun tidak mahu diberikan kepada orang lain. Apakan daya hati manusia berbeza walau rambut hampir sama. Kasih yang aku maksudkan disini ialah Kasih keluarga. Sedari dulu inilah isu pertama yang membawa aku menemui seorang kaunselor satu ketika dulu. Hingga hari ini aku tidak menemui makna yang dikongsi dengan kaunselor tersebut cuma sekadar merasa lega hasil tekana rasa yang SARAT. Sukar untuk aku luahkan satu kenyataan yang mungkin dinafikan orang lain bahawa Aku adalah salah seorang mangsa PILIH KASIH.

Akhir akhir ini, rindu yangs arat dihati aku pendamkan walau dengan rasa dengkil sesekali aku cuba ketepikan dan terus membuat panggilan. Setiap suara ku bersambut dengan keriangan tetapi menyebut nama orang lain. Bukan nama aku, nama anak kesayangan semestinya. Kekadang aku bertanya pada diri...adakah aku dengki?..adakah aku tamak?..adakah aku terlalu inginkan perhatian atau sebusuk buskunya aku mungkin terlalu sensitif. dari tahun ke tahun aku menjawab sendiri persoalan persoalan itu. Kalau aku seorang yang merasa mungkin BETUL aku memiliki banyak sifat yang tidak KENA pada tempatnya. tapi aku pernah menitis air mata mendengar luahan kakakku yang aku anggap dia lebih malang dari aku dan dia lebih membutuhkan kasih sayang itu untuk tidak dibezakan. dan kalau aku silap, aku tidak terfikir pada sebuah diary yang ditulis oleh adik bongsuku. Apalah sangat aku yang lebih dari era kematangan ini jika berbanding dia. Dan kalau aku tidak sempurna nilainnya, mengapa kenyataan ini juga diperakui oleh mereka mereka yang seing melihat suasana yang dikaitakn dengan PILIH KASIH..dan mereka adalah orang luar.

Aku cukup berkata pada hati...maaflah dia..dia ibuku..satu satunya ibu yang melahirkan aku dan membesarkan aku. Dugaan lalu yang aku lalui banyak membentuk aku hari ini. Namun hati ini tidak puas kalau aku tidak meletakkan pada sesuatu yang boleh diambil pengajaran oleh anak anakku. Inilah tempatnya. walau aku sudah pandai mebawa fikirans endiri untuk mendominasi akal..namun kenyataan tetap wujud ..PILIH KASIH ini berlaku. Sesekali aku mengimbas..bagaimana aku dan perasaanku dengan anak. Aku akui ada anak yang sangat mencuit hati kita dan bila kita perhatikan anak yang lain juga sama cuma cuitannya perbeza. Ynag paling menarik itu semestinya mencuit hati kita terlebih dahulu dan kerana kita berfikir dan menilai akhirnya semua anak anak kita melihat keistimewaan TERSENDIRI yang membuatkan kita rasa bersalah untuk MEMBEZA BEZAKAN kasih buat mereka.

Insan yang aku letak ditepi selepas diri sendiri ialah MAK...apa yang aku milki itulah yang akan aku berikan pada MAk mengikut kesesuaiannya. Bukan suami yang aku letak selepas diri sendiri setelah segala dugaan terjadi. Namun...aku dapat rasakan..apapun yang aku buat..apa pun yang aku beri..semuanya teramat rendah NILAInya jika dibandingkan dengan apa yang anak kesayangannya BERI. Justeru itu, aku rasakan seakan satu pertandingan...lalau aku berhenti bertewas perkara yang sia sia...yang tidak akan menyedarkan makdan diamsa yang sama aku semkain tahu aku tidak ammpu merebut tempat ISTIMEWA itu.Sekarang aku lebih berkadar diri, aku memainkan peranan pada kakak ku yang naif itu ..aku perlu kuat meyokong dalamannya dan aku terpaksa melupakan LUKA HATI sendiri dan HARAPAN yang entah kemana sendiri. Apa pun kenyataannya kasih sesama manusia ini itulah seadanya sifat buat hamba..semua manusia ada kekurangan...aku maafkan MAK semenjak dulu walau terlalu banyak insiden yang melukakan hati ini dan aku ketepikan.

Pernah bila aku duduk berteleku di sejadah, aku bertanya aku perlu penuhi permintaan mak atau permintaan Allah...aku ada jawapannya...Aku perlu penuhi permintaan Alalh terhadap mak..bawa mak mengadap kebesran Allah..berkorban untuk mak demi Allah bukan demi CITARASA mak...itu jawapannya. Biarlah apa yang bakal dikritikan mak dan adik beradik terhadap aku...niat aku sekarang hanya satu...kalau aku memijak bumi mekah..aku ingin pijak dengan Mak dan Bak walau aku tahu apa yang aku lakukan ini bukanlah yang terbaik dan teratas di nilaian mereka berbanding apa yang dilakukan anak kesayangan.

Aku tidak irihati pada anak kesayanagn itu..iaitu adik aku sendiri MALAH aku sayangkan dia macama adik beradik yang lain.Cuma aku malas untuk berrebut...mengongkong mak kesiti ke sini seakan mak milik dia seorang sedang aku tahu mak tidak akan mahu mengikut apa yang aku inginkan bersamannya kecuali jika mengajak mereka sekali. Aku tidak faham hati mak terhadap mereka sedang mak boleh mengenepikan aku...malah apa yang aku beri..apa yang aku habiskan...sakit kedengaran dicorong telinga...apa yang aku buat semuanya tidak pernah SEMPURNA. Aku menerima standard itu dan tak usalahlah aku berlari dan berkejaran lagi...sebaliknya carilah apa nilai yang paling SEMPURNA dimata Allah swt...Aku juga seorang mak...aku ingin adil dengan anak anak aku walau seinci...apalagi soal hati ada perasaan...tidak menagpa anak anak aku kurang peka terhadap aku..TETAPI aku ingin menajdi ibu yang sangat PEKA kepada ketiga tiga mereka. Kekurangan yang aku alami akan aku jadikan wadah panduan buat diri sendiri berdepan sebuah peluang keemasan disebalik amanah dan rezeki anak anakku sendiri.

walau aku berani mencoretkan ini semua...AKU MINTA MAAF atas perasaan yang terjadi...aku cuba mengelak..aku cuba rational...tapi semenjak dulu walau masa berllau..walau pengalaman bertambah...perasaan itu kekal malah semkain KUAT...Aku hanya takut dan bermohon pada Allah. Aku tahu Allah maha mengethaui isi hatiku luar dan dalam...semoga dipermudahkan segala kebaikan..dan terus diperkuatkan hati untuk meniti hidup saban hari....yang pasti hati ini tidak reti...untuk berpilih kasih sebaliknya lebih suka berbagi bagi....sekiannnnnnnnnnn