Thursday, November 1, 2012

KEBAHAGIAAN anugerah TERINDAH



1 Nov 2012, sedar sedar lagi 2 bulan akan masuk tahun baru. Begitu cepat masa berlalu, bermakna begitu cepat anak anak akan membesar dan aku akan semakin tua. Sudah agak lama tidak berpeluang menulis, walau idea banyak dan tidak pernah putus, malah coretan demi coretan dicebisan kertas terus terlekat pada dairi kerja. Alhamdulilah kesihatan semakin baik malah berkesempatan menyertai programme screening health anjuran pihak medical centre. cuma berat badan semakin ketara lantaran selera makan sering membara. Alhamdulilah pengambilan Olive Oil extract capsule sedikit sebanyak membantu kesihatan dan kulit.
Persekitaran pejabat semakin mengembirakan. Bila kawan sendiri menjadi orang kanan BOSS BESAR, alhamdulilah sedikit sebanyak kita terasa tempiasnya. Bukan tumpang glamour atau membodek, tapi mana mana yang tidak kena kita berpeluang menyampaikan dan banyak pandangan kita diterima pakai untuk kebaikan semua orang. Alhamdulilah. malah boss baru sendiri juga telah menegur aku secara seloroh menandakan aku masih dikenalinya. Alhamdulilah kerja kerja sukar akan menjadi senang insya Allah JIWA KEBAKTIAN yang ada ini akan semakin subur. Moga Allah permudahkan kerja kerja kami. bila persekitaran terasa bahagia, aku sudah tidak tewas dengan sakit sana sini lagi. malah kalau setakat sakit sikit sikit walau tiada kerja dipejabat, aku rindu untuk duduk dikerusi merahku ini dan berfikir lebih awal apa yang perlu dibuat untuk kebaikan Universiti dan pelajar. Bila keadaan begini rasa IKHLAS bergabung bersama SENSE OF BELONGING.
Seawal pagi aku dikejutkan dengan sms kawan kawan. pelbagai persoalan hidup menimpa mereka, terkadang aku minum pagi sambil berbincang masalah peribadi kawan kawan diluar sana. Bukan aku terlalu arif, malah aku hanya manusia biasa tetapi mencari seseorang yang boleh berkongsi dan rasa seronok berkongsi bukan  mudah. Aku faham apa yang sedang dihadapi oleh kawan kawan aku, alhamdulilah aku sering menjadi harapan mereka, aku sering menjadi BEST FRIEND mereka. Moga ini menjadi saham saham akhirat buat orang miskin macam aku ini. Untuk sentiasa bertenaga dengan kes orang orang sekeliling, aku kena menjadi seorang yang BAHAGIA.
Bila sebut bahagia, ramai orang meletakkan bahagia itu pada kedudukan, status, pangkat, kekayaan, pasangan, harta benda, kebendaan malah macam macam. Menjadi seorang aku, aku berpeluang melihat dapat suami bergaji besar juga sengsara, tinggal rumah besar tapi berulit sepi, berpangkat tinggi tapi dicemuh orang sekeliling malah banyak kawan kawan terdekat aku yang kaya raya hidup dalam KEGELISAHAN. Ternyata ukuran luaran bukan penentu HATI BAHAGIA sebaliknya DALAMAN BAHAGIA yang menentukan sebuah kebahagiaan. Dalaman itu ialah, HATI, IMAN dan ILMU. kalau ada 3 kombinasi ini insya Allah dimana mana kita akan rasa bahagia. Orang yang kuat sebenarnya ialah orang yang mantap jiwanya dan ini hanya boleh dicapai oleh orang orang yang bahagia.

Terima kasih Allah atas sebuah KEBAHAGIAAN anugerah TERINDAH ini.