Friday, November 9, 2012

Family Time : family Comes FIRST


Alhamdulilah Jumaat hari ini hati berbunga riang bila dua jantung hati sudah kembali disisi. fayyadh dan Harraz sudah pulang kepangkuan aku sempena cuti sekolah dan insya Allah tahun depan mereka akan bersekolah semula di Petaling Jaya. Tinggal seorang lagi yang bakal pulang lepas maghrib nanti biasanya dia akan sampai. Lengkaplah keluarga kami. lengkaplah lingkaran keceriaan kami. Rumah kecil aku tidak lagi terasa sepi seperti sebelumnya.

Minda disetkan FAMILY COMES FIRST. Minda disetkan Hati yang BAHAGIA mampu MEMBAHAGIAKAN, minda juga disetkan, KEBERSAMAAN asas utama KASIH SAYANG. Insya Allah malam ini selepas atau semasa makan malam kami akan adakan meeting keluarga. Agendanya sudah siap aku draftkan. Ada 10 perkara termasuk ruang luahan anak anak yang ingin aku dengar. Insya Allah makan malam ini akan aku sediakan Nasi goreng my mum khas buat anak anakku. Selepas meeting, kami akan sama sama menonton "Aku terima nikahnya" bersama sama. Esok pagi akan disediakan breakfast Roti Telur sebelum sama sama ke pasar membeli keperluan dapur untuk 5 hari. Insya Allah semua akan ada TUGAS KHAS sebagai melatih mereka berdikari.

Mungkin kini sudah tiba masanya anak anak betul kembali bersama. taufan yang pernah mengganas dalam rumahtangga kami sudah reda, malah angin sepoi penuh damai atas rahmat Allah terus berlagu. Sesuatu yang kukuh kami bina bersama ialah BINA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Kami saling ingat mengingati, saling membacakan apa yang perlu dikongsikan malah sebuah bilik dijadikan bilik penuh buku buku agama. Bilik kak Nana dan kami pasti dia akan suka. Seminggu lamanya aku bercuti semata mata untuk bersama anak anak, mengakhiri kebuntuan diri keseorangan penuh rindu. Masa seminggu ini juga akan dijadikan peluang untuk suai diri anak anak sebelum aku kembali bekerja. 

Lumrah hidup berkeluarga bagi ibu berkerja seperti aku pagi pagi sudah menyediakan nasi dan lauk diatas didalam kuali. Cuma sarapan pagi bolehlah disediakan roti atau yang lebih mudah. Insya Allah aku akan biasakan anak anak dengan sederhana. Cuma sesekali kami akan makan diluar pada malam Jumaat. Mungkin ada beberapa perubahan lain yang perlu dibuat untuk mengubah suaikan keadaan. Alhamdulilah kini aku sudah begitu bersedia untuk kembali berbakti pada keluarga sendiri terutama anak anak. Selama ini hiruk pikuk suasana taufan masih memebrikan kesan dihati. Alhamdulilah ini tandanya kami sudah kembali lebih bahagia dari pada dulu.

Agenda utama meeting memang akan diberitahu perancanagn spiritual keluarga. Setiap solat WAJIB solat berjemaah. Selepas solat wajib baca Quran secara berterusan. Malam ini bermula surah Al baqarah yang akan diketuai kakak. Setiap hari ada satu surah hafalan. Dan 2 kali seminggu atau dihujung minggu akan mengunjungi masjid berdekatan untuk bercampur dengan masyarakat sambil mendengar kuliah maghrib. Setiap hari ada zikir harian untuk dizikirkan setiap semua. Setiap malam lepas maghrib juga perlu tazkirah sementara menunggu isyak dan tugas tazkirah perlu dibuat ikut giliran. Agenda Spiritual ini sangat penting kerana inilah yang akan memberikan NUR pada ruh setiap ahli keluarga.

Agenda kedua, makan bersama. Semua perlu makan bersama 3 kali sehari walau ketiadaan mama dan ayah dirumah untuk bekerja. Setiap kali lepas makan, semua ada tugas siapa kemas meja, siapa cuci pinggan mangkuk, siapa hidangkan makanan. 

Agenda ke tiga. Membaca buku. Setiap orang satu buku seminggu. Boleh pilih buku yang disukai tetapi WAJIB buku ilmiah dan mesti dihabiskan berserta sebuah presentation. Presentation terbaik akan menerima hadiah paling bagus. Lagi bagus kalau apa yang dibaca terus menjadi bahan tazkirah.

Agenda ke empat ialah FAMILY OUTING. Jadual family Outing akan dibuat. Setiap outing adalah matlamat semua dan setiap ahli perlu participate. Antara tempat outing, Book shop, bowling centre, karaoke,  visit friend, pasar, supermarket, picnic, dan lain lain mengikut keperluan. untuk hujung minggu pertama, pasar  dan book shop pada hari pertama. Pada hari kedua, pusat karaoke pada hari ke 3 iaitu sabtu factory out let Johor Bharu. Sementara mama bercuti, isnin akan ke One utama, dan Rabu akan ke IKEA bersama sama tanpa ayah.

Agenda ke Lima. TUGASAN KHAS. Setiap orang akan diberi tugasan khas. Untuk minggu pertama, tugasan kakak dikitchen dan kain baju, tugasan Harraz dibilik air dan luar rumah dan tugasan fayyadh di Ruang tamu dan bilik. Tugasan akan bertukar setiap minggu. Untuk 3 hari pertama, semua tugasan akan dibuat bersama mama.

Agenda ke enam. untuk setiap kerja bagus yang dinilaikan setiap minggu, akan mendapat hadiah. Hadiah paling besar akan diberikan pada kerja paling bagus. Insya Allah.

Agenda ke tujuh. Agenda ini merupakan agenda perkongsian perasaan yang bakal didengar dari semua anak anak berkenaan apa saja termasuk permintaan yang bakal difikirkan.

Agenda ke lapan ialah agenda harapan. Semua diminta berkongsi harapan pada peluang yang Allah bagi untuk kita kembali hidup bersama dibawah satu bumbung. Setiap orang perlu saling berperanan. Rumah kita ada rumah bersama buakn rumah mama bukan juga rumah ayah. setiap orang juga perlu bertimbang rasa, tolong menolong dan jangan terlalu berkira atau kedekut tenaga. Tugas memasak adalah tugas mama dan siapa pembantu mama untuk minggu pertama ialah kakak.

Insya Allah...kita lakukan bersama belajar dan bermain bersama. semoga Allah permudahkan tugas tugas kita. Amin