Sunday, April 3, 2011

BETTER LATE than NEVER!!



Isnin pertama untuk bulan APRIL. Sedar sedar kita sudah berada dibulan keempat untuk tahun 2011. Begitu pantas masa berlalu. Hari ini sebelah kepala sekakan menekan nekan rasa sakit yang tidak keruan, namun aku kuatkan minda sebelah lagi dengan daya visual yang ada untuk terus merasa TAHAP MAMPU yang aku perolehi. kalau kita katakan LEMAH pada Minda itu..maka lemahlah kita akhirnya.

4 hari berada di NEURO ACTION TECHNOLOGY PROGRAMME bersama SAM WITTEVEEN benar benar memperlihatkan aku peranan besar MINDA dan DERIA dalam menentukan apa yang kita MAHU. Selama 4 hari itu juga aku mempraktikkan pelbagai teknik dan kelas 4 hari itu cukup membuka mata ku untuk melihat aspek aspek kehidupan yang lebih LUAS. Ternyata kurniaan AKAL terlalu Istimewa buat kita dan kita perlu menentukan AKAL yang mengnakhodakan pergerakan tubuhbadan dan perbuatan dengan dilengkapi kekuatan 5 deria yang menyokong fungsi akal tersebut yang kita mementukan penggunaannya bukan sebaliknya.

Maklumat yang kita terima dari sekeliling kita menerusi 5 deria tersebut tidak semestinya betul kerana kita dilingkungi oleh set set pengalaman dan pembelajaran dalam kehidupan yang telah memebentuk sebahagian VALUE dan BELIEF pada diri. Belief dan VALUE ini telah menentukan arahkan kepada AKAL kita dan hasillah MINDA MAP kita yang tersendiri, kerana itulah setiap percakapan orang tidak semestinya betul malah setiap yang kita rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau tidak semestinya betul.

Ujian demi ujian diperlihatkan ternyata hilang kurang satu deria semkain kuranglah bukti kesahihan apa yang kita lihat. gabungan kelima lima deria memebrikan satu ruang hubungan yang MANTAP dengan OTAK dengan syarat letakan LESS LIMITED BELIEF. kerana itu dalam hidup TIADA yang MUSTAHIL.Inilah sudut yang dilihat oleh pakat NEURO ACTION ini dan tools ini sangat perlu untuk hidup.

Jangan kata dunia diluar sana, dalam kelas yang sebesar 30 org itu sudah memperlihatkan aku sekumpulan pelnbagai jenis manusia. Ada yang Diam ada yang bisisng, ada yang serious untuk menuntut ilmu ada yang sekadar datang atas suruhan Boss dan ada juga kerana sudah kosng dan tidak tahu mana arah tujuan hidup. Betul kata SAM, Cuba luaskan ruang WHY kerana semakin luas ruang tersebut semakin kuatlah daya penolah dan penarik kita untuk mengadakan sesuatu.

Dengan seribu kepayahan aku sudah menempuh cabaran COMFORT ZONE yang besar, pertama pengorbanan BAYARAN, RM5000 bukanlahs atu jumlah yang kecil untuk orang sepertii aku, tapi aku aku bertanya mengapa kita sanggup keluarkan sejumlah wang yang besar untuk membina comfort zone yang sedia ada. cabaran yang kedua menegenepikan keseronokan hujung minggu dan masa untuk anak anak yang merupakan inilah Ecology aku, dan aku sudah keluar dari keselesaan Ecology ini. Memang bukan senang, berkata pada diri weeknd 4 hari seperti kerja biasa, menepuh jarak jauh, meminta hubby hantar. Cua dalam usaha usaha ini cuma satu yang seakan menambah kepada comfort zone yang sedia ada iaitu MENEMUI ORANG BARU.

4 hari bersama 30 orang merupakan waktu yang sangat cukup untuk aku menegnali hampir semua mereka, hari pertama aku duduk dibarisan kedua dan aku sempat mengenali Kai, seorang remaja Cina yang pada hematku seorg anak orang kaya yang sedang disua dengan agenda bisness oleh keluarganya, Kei berada dlam keadaan blurrr dengan apa yang dia perlu cari dalam hidup dan apa yang dia sudah ada untuk terus dijuangkan. Aku sempat mendorongnya untuk mengaku dan menyuarakan persoalan pada SAM.Hari kedua aku duduk disebelah RON. Seorang pakar dalam latihan dan cukup berkemahiran dalam konsep Personality tapi dari caranya aku meliaht banyak Nilai Judgemental pada dirinya kerana ilmu personality tersebut. Aku sentiasa mencari peluang untuk melakukan aktiviti skill dengan Ron kerana ingin mellaui test yang mantap kerana RON bijak mengandilkannya berdasar pengalamannya dalam kerjaya.Hari ke3 aku dudk dengan Vanan, seorang lelkai India yang kelihatan agak pendiam tapi Bijak. Vanan kelihatan serious belajar dan sangat respect sesama kawan baru, bila diberikan peluang untuk membuat sesuatu yang kita suka vanan memilih Self Confident. dan hasil selepas itu memnag dia kelihatan lebih confident.Hari 4, merupakan hari terakhir dan aku duduk disebelah Segar seorg pemuda India dari bank Negara, Segar antara yang dihantar oleh companynya untuk upgarding skill for life and career, Segar begitu tekun mendengar dan mengajukan soalan soalan pada Sam.

Keempat empat hari tersebut aku makan tengahrai dengan orang orang berbeza dan semestinya perempuan, namun bukanlah aku kisah sangat sekiranya aku terdudk dan makan bersama kawan kawan lelaki tapi aku hanya tidak kisah as long as ada kawan. Pengalaman makan tengahri diThe Mall bersama kawan terutama kak su dan nadia membuka ruang friendship yang sungguh ajaib. Jen dan syarifah berklai kali mengajak aku makan bersama tapi setiap kali waktu rehat mereka sibuk berbual yang tidak habis habis dan aku terlalu berpegang pada tujuan aku mneyertai programme dan sebolehnya aku sedikit pun tidak mahu ketinggalan lantaran lewat kembali selepas rehat. Aku pasti menggunakan sepenuhnya peluang dari sacrifice wang yang telah aku keluarkan.

Semalam hari terakhir selepas kami melakukan aktiviti DOUBLE DETTACHING teknik yang sangat berkesan mengagani PHOBIA dan TRAUMA, ketika bersalaman dengan kawan kawan aku merasa satu perasaan sedih meninggalkan kumpulan yang banyak ENERGY ini..kumpulan yang empat hari mengajar aku erti keperluan pada kepelbagaian dan syrifah telah meingatkan untuk join group dlm facebook dan sam sendiri salah seorg daripadanya. Aku sebenarnya sangat Bangga berpeluang melalui semua ini dan sesungguhnya BETTER LATE THAN NEVER!!