Wednesday, August 18, 2010

Percaya pada HATI


Setengah hari sudah berlalu...begitu pantas walau pun pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semalam badan terasa agak tidak larat...mungkin kerana kurang pengambilan air..dan tidak megambil vitamin...kena improve kerana banyak lagi hari hari yang bakal dilalui untuk sebuah toutine memasak buat suami dan anak anak..sesungguhnya aku amat lemah untuk menjalankan sesuatu yang bersifat ROUTINE.hehe

Hari ini selepas aku memyemak email aku membaals email Dr Khan yang aku terima semalam. Balasan email yang sekaligus menolak rasa takut aku...aku ingin berdepan dan terus mencari apa yang dikehendaki oleh Dr ini selain dari maklumat masters programme dari universityku. AKu terkejut sebenarnya emailnya berbunyi ingin menjadi kawan aku dan ingin bertemu. dan sepanjang email dan text messagenya di telefon dia tidak henti henti memuji aku...seorang yang hebat katanya. Aku tertanya tanya apa semua ini..memang aku tidak ada jawaban selain terus berdepan.

Aku meletakkan status di FB...i am thinking about seeing someone...pagi ini Jimmy bertanya..adakah aku doubt untuk bertemu dia lantas aku meberitahunya bukan dia yang aku amksudkan tapi Dr Khan...seorang Dr dari Pakistan tapi rupa dan perawakannya macam seorang dari UK..ada campuran English pada raut mukanya. Aku memberitahu Jimmy yang aku bertemunya 2 kali sebagai client di kliniknya dans etiap kali bertemu dia begitu peramah berbual dengan aku dan bertanya pasal kerja dan programme programme ku sehinggalah kali kedua dia meminta aku carikannya maklumat masters degree dan meminta no telefon dan email aku. Sememangnya aku tidak terfikir lebih dari apa yang dia perlukan..alntaran itu aku serious bertanya apa yang dia ingin tahu dan apa yang dia minat untuk pelajarannya..lalau aku meneydiakan beberapa nota pendek dan meminta email dan no teelfonnya. Bila aku berjaya mencari maklumat tersebuat aku terus emailkan padanya. Aku fikir setakat itu sahaja. Jimmy seakan boring mendengar keterangan aku..biasalah jimmy sifatnya CEMBURU..ntah apa yang dicemburukan aku untidak faham..wahal dia ada ekkasih hati ..wahal kami cuma kawan...atau kawan tapi dia ada perasaan...SIUTTTTT betulll le!!!

Aku membalas email Dr Khan..dan mengiyakan kami boleh jadi kawan...malah aku begitu bersikap terbuka pada persoalan BERTEMU...hehe ini semua sekadar ingin membaca dan menilai apa yang Dr ini mahu...aku tidak ingin JUDGEMENTAL...tenguk seterusnya. Aku ada sedikit ketakutan...aku takut kirannya Dr ini akan membiarkan sesuatu yang lebih jauh berlaku ..terlibat hati dan aku juga takut dengan diri aku..sebab kali pertama aku melihat dia aku bndingkan dia dengan JIMMY...dia seakan Jimmy dari segi raut wajah. pada dirinya ada TASTE aku...ohhhh inikah namanya dugaan....aku seperti biasa tiada rahsia dengan suamiku...bila aku ceritakan segalanya ..suami ku hanya memberi komen...macam gatal je Dr tu...makulumat universiti tu alsan je tu..sebenarnya dia ingin mencari alasan untuk dekatd engan Za...kata suamiku..jujur komennya...ya ke??..sejauh mana benar komen suamiku..inilah yang menyebabkan aku ingin melihat dan terus meneroka apa yang sebenarnya yang bermain dikepala Dr dari Pakistan ini.


Aku mengimbas sepintas lalu...aku sudah ada kehidupan bahagia..walau terkadang ahti aku sunyi....walau terkadang aku terasa cinta hatiku seolah olah NOWHERE..kerana aku tidak lagi meletak CINTA seperti dulu...aku bahagai meletak CINTA demai keperluan kebahagiaan orang lain terutama anak anak aku. Merekalah CINTA aku..mereka sangat bahagia dengan transformasi rumahtangga kami...aku juga mampu berperanan sebagai isteri dengan lebih berkesan...bahagai melihat suami makan..bahagia melihat anak anak kenyang...aku sudah 90 peratus Bahagia dan 90 pertus ini akan selama lamanya. kerana 10 peratus lagi adalah aku simpan sedikit buat diriku. Dan semua nya itu sudah lebih dari cukup.

Ntahlah terkadang dalam hidup kita terjuma dengan pelbagai orang...pelbagai ragam...memahami karektor mereka barulah kita boleh membuat kesimpulan...terkadang juga tanpa kita sangka mereka betul betul boleh dijadikan TEMAN..disamping kita menyumbang untuk hari hari bahagia mereka..mereka juga mewarnai hidup kita selagi tidak menyalahi hukum hakam agama...dunia sekarang sudah berubah dengan adanya teknology sms .mms..email networking...semuanya menjadikan mudah..nak jadi baik pun mudah nak jadi jahat pun mudah...namun kita kena positive ..kalau kita percaya dengan diri ..jawapan baik dan jahat tu ada dlm hati kita. Kalu baik hati itu...baiklah...kalau jahat hati itu maka jahatlah.

dan seingat aku...HAti aku memnag BAIK..hati aku bukan PUALAM...aku sangat percayakan hati ini...terimaksih tuhan kerna memnberikana ku sekeping hati sebegini...Hati yang banyak KASIH SAYANG. KAsih sayang yang melimpah ruah dan mampu diagih agih kan pada semua org disekelingku...ALHAMDULILAHHHHH.