Monday, June 10, 2013

Semarak Syabaan


Alhamdulilah, Syabaan datang lagi, betapa bersyukurnya hati kerana diberi peluang lagi oleh Allah kali ini. Kalau sepanjang Rejab hanya mampu berpuasa 5 hari, sepatutnya Syabaan jumplahnya bertambah. Bulan ini bulan yang penuh rahmat untuk membina istiqamah diri. Alhamdulilah juga semalam aku sudah meraikan SEMARAK SYAABAN dengan pengorbanan lapar dan dahagaku hanya kerana Allah taala. Alhamdulilah sungguh nikmat ibadatku semalam.
Hati begitu sayang untuk melepaskan 1 syabaan begitu saja, walau tidak bersahur dan tidak makan makanan berat sepanjang malam, malah kerja kerja bercakap didepan pelajar sebanyak 3 siri, tuhan saja yang tahu gerunnya aku melihat cabaran. Namun rasa untuk terus berpuasa menjadi pilihanku, Alhamdulilah, aku bersaksikan nikmat dan rahmat Allah disebalik sebuah komitment terhadap keagungannya, semalam aku lalui hari dengan begitu mudah, malah terasa segar dan bercakap sebanyak tiga siri langsung tidak memenatkan apalagi mengundang rasa dahaga. Maha kaya dan maha pengasih Allah terhadap hambanya. Ternyata berharap kepada Allah tidak pernah mengecawakan sama sekali.
Berbanding hari ini, aku memilih untuk tidak puasa atas banyak sebab, antaranya ingin menumpukan sepenuh fokus pada kerja kerja power point presentation, lagi pun akan berkejar pulan di petang hari untuk mengurus anak dan suami makan sebelum keluar semula untuk mengikuti SUCCEESS MASTERMIND dengan kawan kawan money and you. Seawal jam 5 pagi, bila terjaga teringat yang aku belum solat Isyak, kepala sudah berdenyut denyut. Hampir rebah aku untuk cergas seperti biasa, aku tahankan diri dan seharian di pejabat dengan kepala berdenyut. Puasa tidak akan menggagalkan apa saja hajat dan kerja kita. Mungkin itulah yang Allah mengajarku disebalik pengalaman ini.
Puasa Syabaan seterusnya ialah Khamis nanti. In sha Allah, moga Allah permudahkan seperti pengalaman terdahulu walau komitment tugas agak berat. Minggu depan juga sukar untuk aku berpuasa kecuali hanya pada hari khamis. Kerja luar dearah dan berdepan dengan orang ramai selama 3 hari pasti memenatkan. Kalau tidak ada aral hari khamis baru boleh berpuasa semula. Seronoknya menghayati puasa di bulan Syaaban dans eronoknya menjadikan puasa satu budaya ibadah setiap isnin dan khamis. Terima kasih Allah kerana memilih aku untuk diberikan nikmatmu, nikmat kelazatan ibadatmu bukan semua manusia mampu mengecapinya. Dan di atas kekurangan aku, aku masih diberi peluang oleh mu tuhanku yang maha pengasih dan penyayang.
Selain dari puasa, aku ingin membanyakkan lagi ibadat ibadat lain dan mencari peluang mengunjungi masjid dan acara acara agama. Semoga keinginan yang baik ini didorongkan dengan mudah oleh Allah taala. Tiada daya upaya diri ini tanpa BANTUAN YA RABBI. Solat sunat, solat dhuha, qiyam, Bacaan Quran dan Quran terjemahan, masjid setiap petang khamis, dan hujung minggu, puasa lebih dari 2 hari seminggu, belajar agama dan menonton rancangan agama. Alhamdulilah, diakhir Rejab, aku sudah memberikan pengisian diri dalam ESQ walau tidak lengkap sehari lantaran sakit belakang yang berterusan.

Ya Allah perkenankan hajat dan impianku..amin