Sunday, June 6, 2010

Sahabatku Nelli



Aku ada sedikit masa. Sedikit saja masa untuk aku melepaskan gian keinginan menulisku seperti biasa di BLOG ini. dan kali ini aku memilih untuk menulis pasal sahabatku Nelli. Mengapa Nelli??

Nelli atau nama sebenarnya ialah Rosneli Roslan. Sedari mula mula aku berkawan dengannya aku amat tertarik dengan gabungan namanya dan nama ayahnya..kedua duanya R yang menjadikan rima namanya CAntik..secantik tuannya. Seawal aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk meyambung pelajaran, seawal itulah aku mengenali Nelli yang lebih mesra dipangil Nel. Nel memang anak orang berada jauh jika dibandingkan dengan aku. Arwah ayahnya yang agak rapat dengan kau dulu ialah seorang editor International DBP , Pak Cik Roslan yang aku kira handsome dan Emaknya Mak cik Rogayah juga seorang ynag becok mulut tapi sangat baik hati dan ikhlas bila berkata kata. paling aku tidak tahan melihat senyuman emaknya..senyuman itu lebih manis dari senyuman Nelli sendiri. Dia orang Kuala Lumpur. Semasa belajar di semester pertama sebagai pelajar baru kami sebilik. Dia mesti balik setiap minggu, tinggallah kami yang jauh dari panta timur ini menjadi hantu untuk buat bising di Bilik di Zone H one Subang Jaya berhampiran dengan KFC dan Subang Parade.

Perawakan Nelli sangat sederhana kerana itulah dia lebih terkenal dikalanagan kawan kawan pantai Timur dan yang pastinya dengan aku dia paling rapat walau pun kami tidak sekelas. Nelli dibidang mass comm dan aku di bidang Psychology. nelli banayk memint aku mengajarnya bahasa Arab dan mungkin kerana budi itulah dia sering mengajak aku bermalam hujung minggu dirumahnya. Rumahnya besar dilereng bukit, seingat aku inilah rumah orang kaya kaya yang kurang anak. Aku suka masakan sambal emaknya sambal bilis dan sambal kerang. Kakak dana diknya juga sekaligus menjadi kawan aku. Setiap kali pulang dari rumahnya...ayahnya atau ibunya sering memebrikan aku wang saku. Malu jangan cakaplah, kalau aku tidak mahu mengambilnya, diletaknya kedalam buku buku ku.

Kami memang berkawan baik sehinggalah kerja. Antara kawan yang sering menghubungi aku ialah Nelli.dan akhir akhir ini bila dunia disatukan dengan kehadiran Face book..aku kembali mencari Nelli. Dialah antara orang pertama yang mengetahui tentang apa yang berlaku dalam hidupku. semenjak hari itu kami kembali akrab dans ering keluar bersama dihujung minggu walau ditemani anak anak dan suami. Nelli sudah sebati dengan aku dan keluargaku.

Minggu lepas, tanpa diduga Nelli membuat permintaan untuk emminta tolong aku menyelesaikan perkara tentang hidupnya yang aku tidak boleh ceritakan disini. Cukuplah aku katakan, aku melihat Nelli sebagai seorang yang tidak ada kekekurangan dalam hidup sehinggalah sekarang baru aku menyedari tuan pasti menduga hambanya dari penjuru yang selayaknya. perkongsiana kami menjadikan kami lagi teguh dan rapat dalam persahabatan. Aku sangat gembira akhirnya Nelli yang sebahagian dari hidupku masa belajar dulu akhirnya berjaya kubawa pulang melihata siapa aku dan bagaimana asal usulku. hati mana tidak bangga bila ibu bapa kita boleh manatapi muka sahabat yang kita selalu sebutkan sedari dulu. Aku amat tidak menyangka Nelli begitu cepat mesra dengan anak anakku dan ibu bapaku.

Kalaulah semua oranag dalam hidup kita Allah aturkan seindah ini alangkah manisnya kehidupan, alangkah lapangnya dada melauai hari hari yang gundah tapi banyak sokongan. Aku sama sekali tidak meyangka, pertemuan persahabatan aku dan Nelli begitu panjang sekali. Alhamdulilah. kami merancang untuk sama sama susah dan senang, saling menyokong antara satu sama lain, malah kami berjanji untuk menunaikan umrah bersama...antara kami tidak ada rahsia langsung. Malah kami berdua sama sama mencipta ruang untuk satu sama lain.

Apa yang sangat membahgiakan dalam hidup kalau bukan kerana kita amsih lagi bersama orang orang yang mampu menyokong kita walau dala apa jua keadaan. terkadang, kita ungkin riuh dengan adik beradik tapi bukan bermakna semua dik ebradik kita sekepala dengan kita, begitu juga terkadang kita menemu jodoh dengan seseorang, terkadang buka semua perkara kita bisa berbincang dengan pasangan kita. manisnya hidup ini bila Allah memberikaan kita lebih dari apa yang kita perlukana, malah lengkap selengkapnya bila kita di berikan seorang kawan yang setia disisi. Indahnya turan tuhan, wlaau bukan dilahirkan dari perut yang sama, walau tidak dibesarkan dlama environment yang sama tapi pertemuan hati yang sebati pasti kekal abadi...Terimakasih Allah aku melihat betapa harum semerbaknya kasih sayangmu melalui kehadiran mereka....termasuklah sahabat dulu kini dan selama seperti dia...sahabatku Nelli.