Tuesday, January 26, 2010

Antara Plasma panasonic TV dengan LCD Sony TV


Salam semua yang setia membaca perkongsian demi perkongsian yang ada disini. Blog inilah permulaan karier penulisan saya satu hari nanti. Semenjak pagi tadi yang agak kelam kabut dan teramat sibuk, hati saya tidak henti henti ketagih menulis diblog ini terutama bila ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi...baru semalam..panas panas lagi!!!

Semalam saya terpaksa bercuti, dan hati tertanya tanya apa agaknya keuntungan waktu hari ini sedangkan arghhh rindu untuk berada di pejabat seperti biasa. lantas teringat ada satu kerja yang telah disebut mak berkali kali untuk disiapkan. Saya memilih menaja cenderamata kepada para jiran yang bakal bersusah paayh dimajlis adik bongsu saya nanti. dan saya bercadang menberikan mereka tuala mandi yang berkualiti. lantas terdetik dihati...yesss inilah masannya...kalau tidak aduhhhh seksannya ke one utama dihujung minggu mendapatkan barangan yang banyak dan menunggu barisan membayar, membalut percuma pula. Dengan segera misi itu dituju. dan berada di supermarket pada hari bekerja ialah satu kelapangan yang tidak terkata..lapang dada melunaskan tanggungjawab itu...masa pun sudah hampir suntuk. Ada lagi dua minggu kenduri adik.

Tangan begitu laju memilih tuala pelbagai warna dan super price untuk J card holder...gumbira bukan kepalang. Sambil menunggu petugas jusco membuat bungkusan, mata meninjau ninjau barangan rumah yang merupakan bahagian kegemaranku bila berkunjung kesitu. tertangkaplah harga separuh barangan elektik display item...aku cepat cepat mengambil periuk nasi kecil yang akhirnnya cuma RM30 dan Multicooker RM50..wahhh seronoknnya...senang untuk pergi kemana mana nanti...masak sendiri!!! masa masih panjang, lantas aku terpaku pada plasma and LCD TV...hehe memang hajat dihati untuk buat home improvement...rumah kecil tak apa asal selesa. Idea keselesaan ruang rumah memang melibatkan TV diruang tamu kerana aku berhajat mengenepikan cabinet TV yang menyemakkan mata itu. Hati tertanya tanya...sekarang masa yang sesuai?..kalau tak bila lagi?..bukan sennag nak ke mari nama je dekat...hehe!!! berdasar fikiran begitulah aku terus menilai satu persatu harga dengan saiz Tv yang aku inginkan. 42" dengan harga sekitar 3700 dan 3900..dar barisan jenama Hitachi, Sony,Samsung, Toshiba, Philips dan aku agak keliru perbezaan plasma dan LCD. lantas datanglah eorang jurujual bahagian yang bertanya spesifikasi aku...dengan lawak aku meberitahu..besar dan murah hehe..lantas dia menunjukka aku latest sony LCD dengan USB RM3200 dan discount 5% tapi 40". Aku kira dia mungkin lebih arif bila katanya LCD lebih baik dari Plasma dari segi energy saving. dan aku berungut pasal 40" katanya pulak alah apalah bezanya sangat 2" dan Sony adalh brand terbaik. Akhirnya walau hati berat dan tidak sedap kerana dia gak beriya iya lalau aku berkata setuju memilih Sony LCD TV dan setelah documentation bayaran mudah expressku ditandatangani dia berkira kira aku perlu mebayar secara cash sebanyak RM800.00 dan aku menangguhkan bayaran dan mengambil TV itu pada malamnnya kerana suamiku perlu turut sama.

Selepas menerima call pada 7.30pm, kami bergegas ke One Utama. Juru jual yang bertugas sudah bertukar orang lalau fileku dirujuk dan beliau pergi mengambil stok. Sementara menunggu tiba tiba aku terpandan Panasonik plasma TV 42" dengan harga RM3200 dicount 5% dan rebet RM600 untuk J card Holder sempena tahun baru cina...tiba tiba aku rasa sakit kepala. Adussssss tawaran didepan mata ini lebih lumayan. dan melintas seorang mecanic tv lalu aku terringan mulut bertanya, apa beza plasma dan LCD...plasma ni gas kak...gambar lagi cantik dan save energy...LCD tv biasa cuma flat dan nipis...tak save energy...alamak..maklumat paling penting sudah bercanggah. bila jurujual membawa naik stok aku, aku kira kali ini aku perlu berani ..aku tidak boleh berhabis dan menyesal dan yang penting ini pilihan hati yang tepat tanpa induced dari luaran yang keterlaluan. Dengan beraninya aku berkata pada juru jual itu...Dik I change my mind!!!hehe..boleh kan??..saya ada right kan??..hehe jurujual itu akur dan memanggil supervisornya. Aku menjelaskan kemahuanku dan aku tidak peduli jika ianya mengambil sedikit masa untuk merubah perjanjian dan document dan yang pasti aku hanya bayar RM100 sahaja balance skim bayran mudah dan aku dapat TV dengan sepenuhnnya specifikasi yang aku mahu dan perfect memenuhi keperluan aku...hehe bila suervisornnya berkata susah sikit aku dengan tegas menjawab...dik akak hanya ada dua pilihan...beli yang akak mahu atau tidak beli langsung..lambat tak mengapa asal akak gembira dan tidak guna akak meneruskan pembelian pemilikan Sony LCD kalau hati terkilan dan teringat ingat keistimewaan Panasonic Plasma ini!!! TIDUR TAK LENA tau!!! kataku lagi RM800 banyak tau!!! hehe dan akhirnya supervisor itu bersetuju dan berjanji menghubungi aku semula dlm masa seminggu. Aku pulang dengan hati yan sangat puas...satu pembelajaran...satu pengalaman...dan untuk pertama kalinnya dalam hidup AKU BERANI BERKATA TIDAK PADA BENDA YANG BUKAN PILIHAN AKU SEPENUHNNYA.....eeiiii seronokkkkknyaaaaaa.

p/s..Bila memilih...pilihlah dari hati sendiri dan jangan dipengaruhi orang lain yang meletak diri dan minat mereka disitu...kita lebih tahu apa yang kita suka dan inginkan!!!!

Tsunami kasih: suratan atau kebetulan.


Arghhhh...sementara menilai idea baru untuk hari ini, inilah masanya untuk aku meneruskan bab kedua tsunami kasihku.Kali ini aku memilih tajuk kecil...suratan atau kebetulan. itulah tajuk lagu yang sering aku hayati liriknnya yang padaku banyak kebenarannya.dan sambungan kisah tsunami kasihku ini adalah suatu suratan atau kebetulan...hanya Allah sahaja yang layak menentukannya.

Profesionku banyak meluaskan skill aku menilai seseorang dari luaran. Tetapi agama mengajar kita untuk sering berbaik sangka. Aku cukup perasan perubahan ketara suamiku pada tahun tahun terakhir dari riak wajahnya, bentuk fizikalnya, sosialnnya, komunikasinya dan cara dia menentukan sesuatu.Terlalu banyak isyarat menampakkan pada aku bahawa ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan suamiku. Sehingga sering terbawa bawa didalam mimpiku. Aku sering bermimpi berjauhan dgn nya...jauh sejauh jauhnnya dan ada satu rasa nyata pada perasaanku.Agaknnya inilah yg dikatakan naluri seorang isteri.Sebenarnnya perasaan inilah yang membuatkan aku selalu memerhatikan gerak geri suamiku dari jauh diluar sedarnnya.Aku nekad untuk menemukannya dengan seorang doktor dan mebawannya ke unit Psikitari UMH. hari pertama aku menjejakkan kaki ke unit itu, ada satu rasa...rasa takut..rasa ngeri..rasa terharu..rasa simpati apalagi bila melihat wajah wajah disekelilingku ketika berada diruang menanti itu.wajah wajah yang kosong..wajah wajah yang tidak mengerti apa yang mereka alami...wajah wajah yang amat mendambakan kasih sayang dan perhatian...wajah wajah yang sangat sarat dengan dugaan tuhan. dan dihatiku berkata inilah wajah suamiku nanti...inilah nasib suamiku nanti..inilah situasi ayah anak anakku...Ya Allah..entah apalah masa depanku...itu saja yang termampu aku keluhkan didalam hati. Luaranku aku terpaksa senyum...terpaksa tonjolkan kepimpinanku..kerana suamiku sedang menyandarkan sepenuhnnya pada diriku. selesai rawatan pertama..kelihatan suamiku tenang dan mengajakku untuk ke kaunter farmasi...beliau diberikan Lexapro.

Dalam perjalanan pulang kerumah, ada satu rasa yakin..yakin inilah jalan yang betul suka atau tidak aku kena laluinya...suka atau tidak suamiku perlu menghadapinnya..dan aku sebagai isteri perlu membuatkan suamiku suka dengan pilihan rawatan ini. namun aku masih sempat berkata pada suamiku sambil tersenyum...janganlah pulak dicampuri ubat doktor dengan benda najis..nanti padah lagi ..dan kelihatan suamiku paling ke arah lain sambil mengatakan tidak...tak adalah...dan hatiku berdenting kuat...ntah mengapa!!!!

Keesokkannya Selepas separuh hari aku sibuk dengan kerja, namun fikiranku tidak pernah berhenti berfikir apalagi yang perlu aku lakukan sebagai membantu suamiku yang dalam keadaan begitu, bolehkah dia bekerja? mampukah dia memberi sumbangan pada tugasnnya, Bolehkah dia bekerjasama dengan team kerjanya...justeru itulah aku terfikir untuk menghubungi majikannya mengusulkan cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji buatnya untuk tempoh rawatan. Aku anggap biarlah depression yang dihadapinya hilang dan dia akan kembali ceria dan sepenuhnnya normal.Anak anakku mendambkan seorang ayah yang sihat mental nya dan bebas dari penyakit sebegini.

Pantas aku mendailkan nombor kwnnnya yang ada dalam simpananku. Aku kira dialah kwn suamiku yang aku boleh berbincang untuk meneruskan perancanganku meminta cuti rehat buat suamiku.... berbayar atau tanpa gaji. Selepas aku menceritakan padannya..tiba tiba suara kwn suamiku itu agak gementar untuk membritahuku sesuatu...lalu aku mengesanya berkali kali..cakaplah! kataku..dan dia meminta aku agar off record.dengan ucapan maaf bertalu talu darinnya akhirnya dia memberitahu aku bahawa sebenarnnya suamiku sudah sekian lama terlibat dengan najis dadah jenis syabu. Mengigil aku meletakkan telefon sambil mengucapkan terimakasih selepas aku hampir menjerit dan seperti halir lintar datang mengelapkan pandangan mataku. Aku terjelepuk terduduk dikerusi dan terus ke lantai..aku merangkak ke bilik bos ku disebelah mengapai ribaannya dan menangis sepuas hati...apalah dosa saya kak ani...apalah kurangnnya kasih sayang saya..apalah tidak bergunannya pengorbanan saya...tanpa segan silu lagi aku menangis ..merintih didepan bos ku itu dan kelihatan dia juga menyapu air mata bila aku menceritakan segalannya sudah terjawab..lakonan suamiku sudah berakhir. Bos memberikan aku cuti serta merta..dan dia meminta aku tenang ..pulang berbincang dengannya sebaik mungkin. Aku cium tangan bos seumpama aku mecium tangan mak sendiri sebenarnnya meminta kekuatan dan aku mendakap kemas bos aku memohon sedikit semangat. Lalu aku capai kunci kereta dan berdesup keretaku meluncur pulang kerumah.Dalam perjalanan air mataku tertumpah mengkaburkan pandangan jalan dan lalu lalang, tak mampu kuseka dan tahan lagi, seram sejuk seluruh badan..mengigil..beberapa kali kuazankan diri...mudah mudah aku tidak tewas pada perasaan...beberapa kali aku membaca ayat ayat suci mencipta kekuatan...Ya Allah tolonglah hambamu ini...hamba mu ini terlalu naif ya Allah.

Sesampai aku dirumah. Aku terus kebilik dan kelihatan dia sedang tidur..selewat jam 2 petang memang tidur itu duniannya...dunia penagihannnya..lalu aku kejutkan dia..dan aku mengunci pintu. Bagai ada satu kekuatan, aku berkata kata didepannya tanpa memaki hamunnya..penuh hati hati...penuh jujur dan mewakili perasaan sejati....apalah kurangnnya hidup dengan Za hingga sangup mengkhianati rumahtangga za abang?..jawab...mengapa dadah yang abang pilih...mengapa pembohongan ini terlalu lama..mengapa khianati za dan anak anak....sampai hati abang...kami hanya ingin menumpang...menumpang mencari bahagia..kami bukan syaratkan harta benda...kami bukan syaratkan pangkat...cuma kasih dan jujur ..tapi mengapa ini balasannya??..tanyaku...mengakulah..mengakulah pada semua yang sudah awak bohongi..awak penagih dadah...sekian lama!!!!barulah terburai air mataku didepannya. pada awalnnya dia masih ingin berdalih, namun aku terus menceritakan dari mana berita dan apa cerita segalannya..hingga tiba tiba dia mengigil dan terbaring sambil meraung raung memukul mukul lantai rumah.kami sama sama menangis..aku tidak tahu apa yang akan aku lalui dan putuskan..tiba tiba satu rasa benci sebenci bencinya bertandan dihatiku dan aku seakan tidak mampu memandang muka suamiku lagi. Aku keluar mencari anak anakku aku memeluk mereka sekemasnnya ..wajah mereka terlopong dan ternganga kehairanan...apa sudah terjadi agaknnya dan aku berkata pada mereka...mama ada sayang...mama akan terus menyayangi kalian hingga akhirat..walau apa pun terjadi..sebenarnya ucapan itu untuk menguatkan diriku sendiri.

jam menunjukan pukul 5 petang, aku perasan suamiku belum makan dari pagi lalu aku mengejutkannya dan kami keluar makan. dia ingin membawa aku ke The Ship tempat mula mula kami makan sebagai suami isteri...aku kata TIDAk...tidak untuk ketika ini disituasi begini aku perlu mengenangi manisnya hidup dalam penipuan...TiDAK sambil aku menitiskan air mata dan esakkan yang sangat panjang. Lalu kami ke gerai biasa..aku duduk dimeja lain..dan dia duduk dimeja lain...memandang mukanya menjadikan makanan didepanku seolah olah makanan basi ketika itu. dan selepas makan aku mengajaknya ke Masjid. Aku hanya ingin meyerahkan hati yang kecewa ini pada Allah..hanya dia yang layak menentukan apakah yang perlu aku rasakan selepas ini...Aku melangakah keruang solat perempuan dengan kosong sekosongnya..dan aku melihat maha besar Allah inilah rumahku..tempat pulangku...takdir hidupku ditangannya...Ya Allah pinjamkan aku sedikit kekuatanmu...sekurang kurangnnya untuk aku melihat esok hari...aku PASRAH ya Allah...PASRAH padamu. Selesai solat Asar. solat sunat dan solat hajat...aku bertafakur..merenung dalam dalam sambil dihati mohonku tidak putus putus..tolonglah aku ya Alalh..tolonglah aku...ku pandang kiri..ada jawapan berCERAILAH..kupandang kanan anak anakku..kesiannya mereka..kupandang depan apa nasibnnya selepas ini..mengapa ini kisah hitamnya yang tersembunyi selama ini. Aku tidak pasti lagi..apa keputusanku...dan mulai malam itu aku tidur penuh ketakutan..penuh kegelisahan..penuh rintihan sedih melihat retak retak pada mahligaiku yang selama ini sangat aku banggakan. Ya Allah sekelip mata aku mungkin kehilangan segalanya!!!

Keesokkan harinya kuhubungi kedua ibu bapaku. Aku perlu berterus terang selama ini mereka sudah banyak susah membantu suamiku..selama ini mereka sudah pening dan tertanya tanya..selama ini segalannya mereka hampir meyalahkan aku semata mata...inilah bahana dadah...perosak urat saraf...hingga akal yang normal boleh hilang dan aku perlu menghadapkan suamiku pada pengadilan kedua orang tuaku. Aku tidak putus putus mendapatkan maklumat, terus mencari pakar AADk, pakar Criminal dikalangan kawan kawan, semuannya mengambarkan padaku ..tipis..setipisnnya unless kalau aku sanggup membuang masa pada perkara yang sia sia menunggunnya. menurut seorang lagi pakar..penagih syabu ibarat babi yang terkena JE..tiada ubat..perlu tembak dan terus tanam ...terkedu aku mendengarnya. Aku menangis di sejadah pada hari aku keluar bertemu kawan kawan untuk mendapatkan advise mereka apa patut aku buat...dan aku perlu mengheret suamiku ke Pusat pemulihan. Lalu aku meyuarakan pada suamiku, dan dia dengan tegasnya berkata TIDAk dan katanya percayalah abang akan berhenti kalau abang ambil lagi maka jatuhlah talak antara kita...tanpa aku minta dia berbuat begitu..dengan rlangnya dia menukarkan keyakinanku padanya dengan TALAK. Aku terus melangkah dengan langkah ketakutan..penuh sangsi..penuh kerisauan..penuh celaru. Saban hari aku keliru seolah olah aku tidak mengenali dirinya yang sebenarnnya lagi. Aku seolah olah tinggal sebumbung dengan orang asing...itulah perasaanku!!!! bersambung.....