Tuesday, September 25, 2012

TENANG dalam GUNDAH




Alhamdulilah LEGA HATI seorang ibu bila mendengar suara anaknya, semalaman menahan rasa gusar didalam hati bila mendengar anak sakit, apakan daya keinginan untuk berada disampingnya terpaksa diketepikan buat sementara memandangkan programme tengah berlangsung. Agak mustahil untuk minggu ini untuk mendahulukan benda lain selain apa yang rancang, semoga Allah tidak menduga aku dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hati yang masih lemah ini. Doa sebagai ibu moga anakku kembali pulih seperti biasa dari serangan asthma. Sebentar tadi aku sempat memintanya mengatakan pada diri…Yad sudah semakin sihat. Begitu besar hutang budiku pada mak. Mak mengantikan tempat aku malah lebih baik dikala dugaan hidup berat melanda diri. Semoga Allah mengurniakan rahmat buat mak dunia akhirat dan semoga Allah izinkan aku membalas jasa keikhlasan mak terhadap anak anak dan cucu cucunya.
Pagi ini SURAM. Cuaca pun Suram. Hujan turun agak lebat namun kerja kerja  pelajarku perlu disokong macam biasa. Aku perlu ketawa dengan mereka macam biasa. Aku perlu teruskan senyuman dan penghargaan macam biasa. Urusan hati yang GUNDAH GULANA aku serahkan pada Allah. Doa didalam hati berserta zikir tidak putus putus. Hari ini insya Allah aku berkesempatan mengunjungi Masjid seperti sedia kala. Aku akan berdoa khas untuk Fayyadh, semga Allah memberikan fayyadh kesihatan yang baik semula. Semoga Fayyadh terus diizinkan tuhan untuk mengembirakan kami didunia ini dan semoga Fayyadh terpilih untuk berbakti kepada dunia. Gambar gambarnya semasa kecil dahulu menjadikan aku terasa dekat dengan dirinya. Minggu lepas dari Isnin hingga khamis kami tinggal berdua, dia menjadi teman setiaku ke sana sini menyediakan hal hal kerja dan programme. Aku tetap terkilan tiada disisinya dikala dia sakit kerana aku tahu KEHADIRAN IBU SATU PENAWAR.
Untung kita masih ada IBU. Untung juga kerana kita berpeluang menjadi IBU. Alangkah ruginya orang orang yang tidak meletakkan KEUTAMAAN pada ibu mereka, malah betapa malang orang orang yang menafikan HAK DAN KEISTIMEWAAN ibu, dan aku hilang hormat orang yang mendurhakai ibu mereka. Kisah hidup aku banyak mengaitkan aku dengan Ibu, walau ibuku bukanw anita sempurna namun dia CUKUP ISTIMEWA dan kerananya aku banyak mengecap rasa BAHAGIA dan PENUH SYUKUR. Ibuku yang aku panggil mak walau dalam banyak perkara kami selalu berbeza pendapat, aku sebagai anak, aku mendahuluinya, aku ACCEPT dan ADAPT dengannya, aku FOKUS rasa bahagia yang terbina dan bukan masalah kecil yang banyak. Alhamdulilah, bersama mak aku mengahayati TARBIYYAH diri secara simbolik Allah datangkan padaku, Alhamdulilah juga aku MAMPU SABAR dengan KERENAH mak malah melayani kerenahnya MENAMBAH LAGI RASA IHSAN DAN KASIH SAYANG.
Mata kiri ini terus bergerak, entah untuk siapa aku akan menangis kali ini. Petanda petanda sebegini kdg kdg terjadi pada aku Cuma cuba untuk tidak mempercayainya secara serius. Aku perlu TERUS TABAH hadapi kemungkinan yang tiba kerana terkadang diluar kemampuan dan keupayaan diri sebagai seorang hamba. Menyedari hakikat itu, aku terus berdoa hanya DOA BOLEH MERUBAH TAKDIR, doa kudus dari sekeping hati yang suci dan berharap HANYA PADA ALLAH. Ya Allah peliharalah anak anakku, semoga semuanya terus baik baik belaka.
Program berterusan dari minggu lepas minggu ini dan minggu depan. SEMANGAT MASIH KUAT Cuma badan yang seakan tidak larat. Minda remaja, tapi badan 40an beginilah jadinya. Alhamdulilah, ada orang minda 40an badan baru 30an. Sedari awal semua bertolak tolak untuk mencuba. Insya Allah aku ingin mencuba segala usaha yang ada dan peluang yang tergolek selagi belum 55. Masih ada 15 tahun jika diizinkan tuhan. Aku juga berazam 15 tahun ini ingin aku kendalikan sebaiknya. Rugi kalau kita sia siakan, masa lalu sudah banyak sia sia, janganlah masa depan juga menjadi mangsa keadan dan perasaan. MINDA perlu diberikan PERANAN UTAMA.
Semalam mata lelap jam 2 pagi, pukul 8 sudah ada di pejabat, petang ini pukul 5.30 perlu drive ke Kampus Gombak, program talk malam ini habis pukul 11 malam dan mungkin pukul 1 pagi baru berada dirumah semula. Kerja kerja rumah banyak bertangguh. Insya Allah esok petang baru agak lega, namun dihati sudah berbisik untuk membawa pelajar perempuan yang bertungkus lumus buat kerja untuk makan malam di Vichudda. Makan Nasi dan Tom Yam. Ini keikhlasan hatiku sendiri sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka dan kesangupan dan deikasi yang tidak berbelah bagi. Kalau tidak jadi appointment dengan yati, awal sedikit akan berada dirumah. Insya Allah Jumaat aku bercuti untuk uruskan wahida, namun aku akan datang untuk breakfast dgn kak Riz dan program talk Al Liqa’ oleh Rektor. Selepas itu barulah pemanduan seorang diri ke Simpang Lima demi kasih terhadap seorang anak. Sesungguhnya tiada yang MUDAH DIDUNIA ini. Allah datangkan CABARAN PELBAGAI BENTUK untuk menguatkan hambanya. Segala kesulitan sama ada berjaya atau tidak diatasi anggaplah sebagai INVESTMENT yang keuntungannya tanpa sedar kita perolehi BERBENTUK ILMU DAN KEMAHIRAN. Namun tidak dinafikan, Allah terus menyelit lebih dari 2 element itu Cuma kita yang agak lambat mencari nilainya.
Setiap saat masa yang dilalui, halakan kearah tujuan baik membina kehidupan, jiwa, minda, pengalaman, diri dan KEIMANAN. Walau ianya terkadang sebuah KESALAHAN dan KESILAPAN. Justeru itu hargailah MASA SEKARANG, dan rancanglah MASA DEPAN penuh harapan berlandaskan pengajaran dari HARI SEMALAM. Allah sangat mengasihi hambanya dan Hanya Allah sebaik baik TEMPAT BERSERAH.

Ampunkan doaku ya ALLAH…selamatkan anak anakku ..dan permudahkan perjuangan hidupku….Amin ya rabbal Alamain