Thursday, May 31, 2012

Tinta Kasih Bonda: June tirai FOKUS dan GIGIH



Alhamdulilah syukur kehadrat Allah yang memudahkan segala yang sukar, dan mengadakan segala yang tiada. Alhamdulilah diam diam Mei sudah sehari kebelakang, dan June 2012 sudah bermula. Bulan yang terkumpul didalamnya permulaan longgokan kerja kerja hakiki sebagai pegawai psychology disini. Aku akur pada apa yang diharapkan Boss dan aku mencuba yang terbaik dan akan terus bermohon semoga segalanya dipermudahkan. Diruang pejabat yang sederhana ini, aku bersama 3 lagi rakan berjuang membina kerja sebagai satu ibadah dan pandai pandailah membawa diri. Dekat dan rapat bukan bermakna sepakat, jauh dan berjarak bukan juga bermakna benci. Ruang sederhana ini walau tidak terisi dengan ceria dan gelak ketawa cukuplah terisi dengan rasa hormat dan tenteram jiwa yang bersederhana semata mata untuk terus berkerja dan berjasa. Alhamdulilah dan dalam apa jua keadaan aku memilih untuk patuh dan mengalah sambil mencari the bright side of everything yang boleh mengembirakan hati sendiri.

Jam 11 pagi, satu jam lagi untuk rehat panjang hari Jumaat. hari yang meriah dengan surah Al Kahfi. Alhamdulilah semalam kami sepakat sekeluarga membaca Yasin beramai ramai.Aku pasti rindu saat saat begini terutama disertai Apik bersama. Minggu depan Jumaatku seorang diri. Sebahagian pagi ini yang agak terisi dengan kerja URGENT dari Boss, malah sempat berbincang mesra sebagai staff dan boss sambil terselit agenda sahabat. Aku akan terus pegang ingatan boss...FOKUS KERJA ZA. Menjalani hidup hari hari sebagai aku yang sederhana dan ingin membuang perkara yang tidak bagus dan membetulkan perkara yang belum sempurna bermula pada diri sendiri. Alhamdulilah kalau ini yang terbaik sebagai rezeki dan aksih sayang Allah pada aku. Jam 12 tengah hari nanti aku ingin pulang untuk bersama anak anak menyediakan makan tengahari yang simple speggeti sup angel hair. Ada satu perasaan INDAH bila menyediakan makanan pada anak anak dan melihat anak dan hubby makan apalagi kali ini aku melihat dan merasai Azman junior ada sekali. Agenda malam ini yang telah aku janjikan dengan mereka ialah NAIK TRAIN KE KLCC.

Inilah maknanya hidup, walau sesibuk mana pun, walau seghairah mana pun PRIORITY adalah anak anak. Melayani mereka sepenuh kasih sayang seakan mengembalikan tenaga dan ketenangan. Kalaulah fayyadh tidak UPSR mau rasanya pindahkan terus mereka kesini. sabarlah hati, tahun depan fayyadh dan kakak ke Asrama, tinggallah harraz dengan mama dan ayah menebus masa masa lalu yang bahang dek kemelut rumahtangga. Kisah kami menjadikan anak anak kami  matang dan sangat bersatu hati. Aku tak pasti orang lain, tapi pada aku, aku tidak akan sesekali mengecewakan hati mereka bertiga, aku akan bantu mereka membina misi hidup yang tersendiri yang penuh kebaktian pada keluarga, masyarakat dan agama Insya Allah.

Masalah akan terus jadi masalah kalau kita melihat dan menerima sebagai masalah, malah hal hal lain pun kana jadi masalah dan kita menjadi terlalu jumud untuk melihat selain dari masalah dan hidup menjadi lemas. Open the mind and Open the heart, there is no life as easy as we think.so we should take things easy to make an easy life. All everything begin with the way we think, perceive, feel and behave. Inilah yang aku katakan pada diri sendiri. Kenyataan ini menjadikan aku melihat dunia ini penuh nikmat dan perlu disyukuri, hari hariku Indah, tadbiri minda untuk tadbiri hati dan diri sebelum mentadbir orang lain. Alhamdulilah, ayat ayat Allah tidak pernah dusta malah penuh MIRACLE. Allah lepaskan kita kedunia diiringi nikmat dan tali kukuh darinya apa nikmat itu perlu didustakan malah tali itu perlu diketepikan?. Dunia ini hanya tempat sementara, bersama nikmat juga diberi rezeki kehidupan dan tanggungjawab. untuk apa kita bertanggungjawab? untuk mereka atau untuk diri sendiri? kalau untuk itu KECEWALAH jawabnya., letihlah akhirnya, sebab semua itu datang dari perancangan Allah, semestinya untuk Allah insya Allah cahaya bahagia pasti mencelah. Bertambah bahagia lagi bila usaha kita dihargai dan dikenang sampai bila bila malah dicontohi sebagai satu pelajaran dan budaya. Ya Allah harumnya kebaikan disisimu itu belum lagi dilihat melalui balasan diakhirat sana.

Hati ini bagai menangis, menginsafi kebesaran Allah,mengingati khilaf diri masa lalu kini dan akan datang. sama sekali sebagai hambanya tidak layak untuk bermegah dan sombong dengan HAK sementara ini. Alhamdulilah ya Allah, aku sedar, aku tidak miliki apa apa selain keinginan untuk dikasihi olehmu, keinginan untuk mengaih cinta dan Keampunanmu, kesanggupan berjuang untuk agama dan umat nabi muhamad, mendaulatakan ilmu agamamu, budayakan bacaan Quranmu, bersihat diri dengan amalan puasa dan Qiyammu, bahagia dengan kasih sayang melalui kemuliaan silaturahimmu ya Allah. Dihari Jumat yang mulia ini, ampuni dosa dosaku, rahmatilah aku, jayakan hasrat dan cita cita baikku, lindunglah aku. tiada selain tempat mengadu buatku ya Allah kerana aku percaya hidup dan matiku hanya untukmu. Sihat dan sakitkku dari mu, bahagia dan deritaku dariimu, susah dan senangku keranamu, cuma aku yang perlu ingat, usah membutakan mata dengan cahaya keimanan, usah menulikan telinga dengan keagunganmu, usah menzalimi nikmat nikmatmu. Tuhan ya Karim, peliharalah insan insan yang aku sayang agar mereka juga disayangi mu, berilah mereka taufik dan hidayahmu. Temukan kami dijannahmu satu hari nanti.

Amin ya rabbal Alamin