Wednesday, October 13, 2010

SIAPALAH aku!!


Siapalah aku ini
yang ingin menegemis cinta mu
siapalah seadanya diriku disisimu

Kau punya segalanya
sedangkan aku INSAN hina
hidupku penuh dengan kisah duka
antara kita jurangnya berbeza

Biarlah Usahlah Bermain dengan API
Kelaknya terbakar SENDIRI
Biarkan kusimpan segala perasaan
KASIHKu..CINTAku
terhadapmu
SIAPALAH AKUUUUUUUU


Inilah lagu Amy Mastura yang terngiang ngiang ditelinga ku seharian. Ada rasa pilu bercampur resah dengan sms yang diterima semlm. Aku hanya mampu lelap sekejap mata ini selewat 4 pagi. pagi ini Nelli menjengah diruang tingkap maya...Nelli sempat mengingatkan aku untuk BERTINDAK.

Ya..aku berkata pada Nelli sahabat yang aku kira dia cukup mengenali hati dan budi aku sebagai kwn rapatnya. Siapalah aku ni NEll!!..aku tak ada apa apa yang boleh dibanggakan, yang boleh diperhitungkan. Yang pasti banyak tanggung jawab dan tugasan sebagai keluarga, profesion yang terbentang. Kenpalah hati ini DEGIL. Hati ini seakan melawan satu rasa, ada satu rasa SERI yang singgah dibirai hati...Ohh Tuhan janganlah diuji lagi hati ini.

Saban petang selewat pukul 8pm, sms mesti berbunyi. Hye apa khabar? Ada kat mana?..dalam seminggu mengundang aku minum paling kurang 3 kali yang aku terpaksa menolak dengan pelbagai alasan yang MUNASABAH. Soalan mengapa aku diam mebisu..tidak sms...bila selesai minum selamba berpesan sms saya!!. Arghhhhhh aku TAKUT!!!! Bila Nelli mengesahkan maksud sms terakhir semlm aku jadi lagi takut. Kalau ternyata dia tidak berniat jahat selepas pelbagai helah dan siasatan, kini ada satu persoalan mengapa aku ingin didampinginya.

Aku sudah malas meneka. jawapannya TERANG. Cuma ada waktunya melemaskan...nak kawan lagi takut tersangkut hati parah.tak nak kawan...org seakan nak cari ketenangan dgn kita..adussss gi mana ya!!! Mengapa hati aku sekarang menjadi takut...kerana aku rasai getarnya..dan dia mnegakui getar itu. Dia suami orang yang aku tidak tahu cerita rumahtangganya cuma gambar kecantikan anaknya yang dikongsi bersama aku Liza Khan. Aku, hari hari yang aku lalui sering lewat batas kesunyian. Sehari terkadang 2 patah pun tidak kedengaran. Seminggu seklai sahaja ada gelak ketawa nyaman itu pun berkisar pada cerita orang. Ruang sunyi ini terlalu getir, walau penuh kuisi dengan aktiviti dengan kawan kawan. dan kenyataannya mengapalah ada sebuah PERTEMUAN. Sapaan mesra seorg Dr dan pesakitnya. Mengapa ada susulan email dan sms. Lemasssssssssssss.

yang pasti jangan membiarkan seseorang bermain dgn perasaan kita...dia tidak ada hak untuk menyentuh hati kita, menerima segala keistimewaan dari kita, kita juga tidak berhak untuk menjadi terlalu istimewa dengannya....

Ada kalanya aku tidak berdaya dan aku meohon pada tuhan...awasilah gerak geriku ya Allah sebgaimana kau telah memeliharaku dari cerita yag sudah sudah...hanya perlindunganmu segala perlindungan yang aku perlukan.


Amin