Sunday, March 25, 2012

PEACE no war


Alhamdulilah, kesihatanku semakin pulih. Aku sangat bersyukur pada Allah atas rezeki pertemuan dengan peluang rawatan alternatif yang sekaligus meleraikan ikatan dengan ubat ubatan doktor semenjak aku kecil lagi. Aku juga sangat berterimakasih pada Boss aku mdm Khairani yang PERCAYA dan CARE lantas diperkenalkan aku dengan DR Dol melalui nombot telefon.

pagi Isnin yang agak mengecewakan kerana aku GAGAL untuk menyertai COURSE LUA yang dianjurkan pihak Universiti. Ahh kalau sudah bukan rezeki kali ini atau rezeki yang lebih baik sedang menanti.Boss sudah meluluskan aku pada hari Jumaat dan nama aku hanya tersenarai dalam waiting list. Cuma aku tidak puas hati mengapa tempoh daftar dan submit terlalu singkat hanya 2 hari sahaja. Boss submit approval aku pada hari Jumaat...peluang sudah tutup. Aku tidak pasti mengapa mungkin juga dia tidak membuka emailnya hari hari dan mungkin juga dia menunggu untuk aku memberitahu dan mengingatkan dia untuk approve permohonan aku. Pada hematku, mana mungkin aku suka suka nak suruh dia buat segera. Dia kan Boss lebih banyak benda nak fikir dan nak buat, ingat aku sorg je ke kena beri layanan sepenuhnya. Sebab itu aku tak selalu jumpa dia kecuali URGENT dan sangat BORING sekadar bertanya khabar.

Aku harus lupakan rasa kecewa ini perlahan lahan, aku sengaja menyatakannya diFB..sebab peluang belajar kalau aku tidak dapat aku memnag sangat kecewa berbanding peluang peluang lain. Badan masih penat walau kesihatan semakin pulih. Aku sudah kembali dengan kemampuan long journey driving. Alhamdulilah seksa kalau aku hanya harapkan orang lain untuk kesana sini. banyak perkara terbengkalai dan banayk agenda tertangguh. Pagi ini walau terburu buru kerana asyik melayan kepenatan atas katil, aku masih sempat membaca Al WAqiah. Surah wajib untukku dipagi hari, cuma solat subuh 2 rekaat tak sempat untuk ditunaikan. semoga masih ada peluang dan waktu.

Seawal pukul 10 semalam aku sudah terbaring selepas solat isyak dan bacaan surah ArRahman...sambil menanti mata terlelap lantaran badan kepenatan, aku membaca secara rawak buku RAHSIA ALAM RUH. Buku itu sangat menarik dan memberikans atu gambaran yang jelas menagpa kita harus berbuat baik dalam hidup. Keyakinan hatiku terhadap berita gembira untuk orang2 sabar semakin bertambah bila membaca buku ini. Alam barzakh ibarat taman taman syurga bagi orang yang banyak amalan. Hilang sedikit rasa sakit dikhinati, hilang sedikit rasa tekanan dengan hakikat org org sekeliling, biarlah mereka dengan minda yang tidak berasas mereka, tapi aku akan terus sabar dan beramal untuk mencapai apa yang Allah telah janjikan.

Pemanduan 3 jam semalam, membawa aku untuk berfikir jauh. nikmat dan hikmah disebalik semua ini. Alhamdulilah aku boleh senaraikan 5 hikmah yang lebih besar yang selama ini tidak terfikir oleh akalku. Aku melihat Peluang yang lebih besar untuk aku 1.BERTENANG dan BERAMAL IBADAT. 2. MEMBUDAYAKAN PERGI MASJID 3. MEMBINA SILTURAHIM YANG LEBIH BERMAKNA DENGAN ORANG YANG BETUL 4. LEBIH TUMPU DAN KEMBANGKAN BUSINESS 5.MEMELIHARA ANAK YATIM DAN ANAK YANG PERLUKAN BIMBINGAN. 6. MENDIDIK ANAK SENDIRI DENGAN LEBIH SEMPURNA. Allah telah memisahkan aku dari berbuat kerja sia sia, menjadi mangsa keadaan, mangsa kebaikan, memberi peluang untuk yang hipokrit semakin mahir dgn hopikrasinya. Aku tidak perlu sayang orang yang tidak sayangkan ALLAH, IBUBAPA DAN KELUARGA apalagi yang membuat KHIANAT sejak dulu secara terang dan tersembunyi. Alhamdulilah atas sisihan ini sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Aku serahkan PERMAINAN MEREKA pada Allah. Sabarlah sedikit masa nanti kita akan tempuh KEMATIAN akan berada disatu alam yang tiada lagi semua itu. Untuk tempuh itu, aku hanya ingin kejar sebanyak mana amal dan kebaikan yang TERMAMPU dengan izin tuhan.

Siap saja penulisan ini, aku akan terus keluar untuk siapkan ORDER yang banyak hari ini sambil skip lunch. Kalau sempat masih boleh mengaji ketika solat zuhur, aku juga perlu settlekan baki tunggakan maxis di kedai maxis untuk on kan balik fon, banyak message tidak terjawab. Terasa gelap hidup seketika dalam dunia yang tidak boleh berinteraksi. tapi sebenarnya ianya lebih baik dari kita terus berinteraksi dengan orang orang NEGATIVE dan orang yang suka JUDGEMENTAL. Aku perlu belajar untuk jadi selective, jgn pening2 kepala dan jgn masukan semua orang dalam kepala kita mereka bukanlah yang bertanggung jawab pun dengan apa yang jadi kat kita, mereka akan lebih bertepuk tangan. kalau mereka memilih jalan untuk DEFEAT..biar mereka dgn diri mereka saja tidak kena mengena lagi dengan kita. Aku akan pantas melangkah meninggalkan SEMALAM dan watak2 yang menakutkan. Alhamdulilah selamanya mereka tidak membayangi hidup aku kerana aku MEMILIH untuk hentikan semua ini. Kami bukan selamanya BODOH, kami juga bukan selamanya boleh diperalatkan...lama lama PETUNJUK ALLAH itu mengatasi segalanya.

TANPA MEREKA, kami menjalani hidup lebih baik. Kehidupan penuh aman dan tenteram.Tiada lagi muka muka manis didepan tapi sandiwara mulut yang tak berkesudahan dibelakang. tiada lagi provokasi dan sindiran tajam. Semoga ketenteraman ini terus dipelihara Allah. Disetiap hujung solatku, aku tidak pernah melupai doa doa buat kedua ibu bapaku, suamiku, anak anakku, anak anak saudaraku,adik beradikku, saudara jauh dan dekat, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Urusan Allah biarlah Allah yang tentukan, kita sudah mencuba sedaya upaya untuk berperanan tapi apakan daya AKHIRNYA KITA SENDIRI DIGIGIT dan DIKENCING. Begitulah manusia walau dilahirkan dari perut yang sama, walau sama hitam rambutnya, namun hati dan akal menentukan apa sikap dan perbuatannya. Alhamdulilah aku lebih cenderung untuk terus berbuat baik bukan PURA PURA BAIK dan dibelakang SIBUK MENGADU DOMBA dan MENYEBARKAN dengan penuh perihatin dan simpati sesuatu hal yang belum pasti. Mereka mereka ini nampak BENDA SENANG seakan sangat SUSAH, benda kecik seakan SANGAT BESAR kerana mereka TROUBLE MAKER.

ya Allah moga kau terus sisihkan aku dengan sipolan dan sipolan yang TROUBLE MAKER...peace no WAR :)