Wednesday, January 9, 2013

RUANG dan PELUANG




Alhamdulilah puji pujian bagi Allah syukur atas nikmat dan rahmatnya hingga kini berdiri disini dan mampu melakukan apa yang dihajati. Sungguh besar nikmat ini, semoga Allah terus membesarkan peluang dan usaha usaha seterusnya. Segalanya menajdi sungguh mudah dengan peranan DOA pada Allah. Hari ini hamper 10 hari berpagi. Satu budaya yang agak asing, namun Alhamdulilah Allah permudahkan untuk aku melaluinya dan merasai nikmatnya. Masa terasa panjang, hidup terasa penuh terisi dan bermakna. Seawal 5.30 pagi tangan tangan ini sudah berbakti walau pada anak sendiri, kalau semalam tangan ini menggoreng nasi, hari ini tangan ini membuat sandwich tuna. Alhamdulilah aku berpeluang melakukannya dan aku sangat menghargai peluang dari Allah ini, kita akan lebih merasa bahagia bila kita suka dan sanggup membahagiakan orang lain.
Sebagaimana banyak rezeki dibelanjakan, tidak akan sama banyaknya rezeki yang datang. Kita saja yang tidak menyedari hakikat itu. Pagi ini sempat makan sandwich bersama kak Nonie, selang 2 jam, kak Umai datang membawa seikat kangkung dari kebun Abg Zainal. Allah Huakbar, rezeki banyak bila kita berpagi. Kami sama sama berjanji untuk pergi menziarahi kawan yang sedang berduka meratapi kehilangan ibu tercinta. Melihat seronoknya Kak nonie makan sandwich sambil memuji muji sedap, aku sepintas teringakt kat Mak dikampung, beginilah seronoknya Mak bila sesekali dimanjai anak anak dengan air tangan sendiri. Insya Allah akan aku lakukan pada Mak nanti.

Allah saban waktu memperlihatkan pada aku PELUANG merata rata. Peluang paling besar untuk aku ialah peluang untuk berubah kea rah yang lebih baik saban hari. Aku yakin semenjak dulu peluang juga adalah bentuk rezeki dari  Allah. 2013 terlalu banyak perubahan dari segala sudut, aku mulakannya dengan MINDA. Minda yang positive, minda yang terasuh dan yang paling penting minda yang mendahulukan KETUHANAN. Aku bahagia begini, segala terasa sangat tersusun sempurna dengan izin Allah.

Semalam separuh hari menghabiskan Behavioral interview untuk executives. Alhamdulilah aku gembira berpeluang melaluinya. Teringat aku satu ketika dulu aku pernah berdoa pada Allah mohon agar diberikan peluang untuk diperlihatakan bahawa kami diketepikan bukan bermakna kami tidak bagus dalam tugasan. Alhamdulilah aku secara optimis megenalkan diri aku penuh tulus dan telus untuk memahamkan mereka siapa dan apa yang aku harapkan pada organisasi. Menjadi seorang kaunselor ialah takdir besar dari Allah buat aku. Profession ini sudah banyak merubah hidup aku kearah yang lebih baik. Sama sekali tidak aku ketepikan hanya kerana kerenah orang orang sekeliling sedang tugas belum selesai, masih banyak yang bermain diminda untuk dilaksanakan. Mohon aku pada Allah yang maha mendengar, banyakanlah idea ideaku untuk aku mencipta modul yang sangat bagus yang mampu merubah cara fikir seseorang dan sekaligus merubah perbuatan dan cara hidup mereka. Aku ingin mengendalikan bangkel diri secara master trainer dengan percuma sebagai khidmat bakti dunia dan akhiratku.

Hari ini golongan cerdik pandai berlumba lumba mencari duit. Harga sebuah kebaikan sudah beribu nilainya sedang mereka yang betul betul mahu berubah tidak semestinya berpeluang untuk membayar. Aku tidak pernah bermimpi untuk terkenal tapi aku berimpian untuk terus menyentuh hati hati insane yang ingin menawan dunia dan akhirat dengan sentuhan hati yang penuh kasih sayang.
Ya Allah berilah aku RUANG dan PELUANG berterusan dari mu. Jayakan impianku, permudahkan urusan hidupku. Amin.