Wednesday, July 17, 2013

Take Charge!!



Alhamdulilah syukur pada Allah, saat ini masih berpeluang duduk di meja dan mengadap pc ini dengan sebuah idea dan pengalaman baru untuk dikongsikan. Alhamdulilah, besar nikmat peluang sebegini dalam hidup ini, sebuah kesempatan itu kadang kadang begitu berharga yang boleh membuat kita menyesal bila kita kehilangannya. Alhamdulilah, hari ini 9 Ramadhan, bermakna sudah 9 hari berjuang menahan lapar dan dahaga namun ianya terasa sangat berbaloi bila dibandingkan kita telah diberi 11 bulan untuk sesuka hati menikmati makanan dan minuman di siang hari. Subhana Allah maha besar kasih sayang Allah itu pada hambanya.
Jan 12.15 pagi, sebelum bergegas mengambil anak dari sekolah, ada baiknya menyiapkan penulisan ini. Penulisan kini sudah menjadi sebahagian dari diri ini dan merasa begitu bahagia bila berpeluang menulis, merasa begitu bahagia bila terpantul sebuah idea baru yang cukup mengajar diri sendiri dan pasti juga mengajar orang lain. Aku terus percaya pada proses hidup yang sebaik baiknya dirancang Allah sejak di Luh Mahfuz sana. Seawal pagi ini sesampai dipejabat, sederat to do list telah disiapkan terlebih dahulu, cepat dan pantas sebab sudah biasa dan setiap kali menuliskan bukan saja rasa bahagia dan bersemangat malah terasa MOVING yang berlaku pada diri. Kini saban hari, baik di pejabat mahupun di rumah bagai sudah terbiasa dengan to do list. Alhamdulilah.
Antara BIG FROG hari ini ialah menghadiri training financial online. Alhamdulilah banyak menafaat ilmu baru yang bakal mencepatkan lagi kerja, sekembali dari training terus menyiapkan surat pemberitahuan kepada pengawal memaklumkan details setiap speaker yang dijemput. Alhamdulilah. Ilmu paling baru hari ini, yang terus menjadi shoulder tap buat aku ialah bila menyedari proses pemberitahuan kepada setiap HOD tidak terlaksana lantaran surat sepi diatas meja. Hari ini Allah memperlihatkan aku bagaimana aku boleh membuat kesalahan tanpa sedikit pun aku tersedar sehingga pagi ini disapa boss sudah submit belum surat kepada HOD dan dengan confidentnya aku menjawab, sudah wahal belum. Bila dingat ingatkan balik, rupanya surat yang aku bagi pada Amir pembantu kami untuk dicopy belum bersign oleh boss dan Amir bagi semula pada Boss dan bila boss pulangkan pada aku, aku sangkakan itulah surat Amir tersilap pulangkan pada Boss. Aku benar benar buat silap. Setiap kesalahan kita perlu kita terima dan bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada siapa bersalah dalam soal ini melainkan diri aku sendiri, entah kemana hilang fokus dan tumpuan, aku seakan akan tidak sepenuhnya berada di pejabat sebaliknya seperti berada ditempat lain. Aku perlu atasi masalah ini untuk menjadi lebih fokus dan presently menghadirkan sepenuh jiwa raga dipejabat. In sha Allah. This is a very silly mistakes happened dan aku kirimkan satu message pada boss mengakuinya dan memohon maaf dan aku perlu ucapkannya sekali lagi bila berdepan dengan boss nanti.
Setiap hari tidak bermakna kita perlu melalui hari yang indah, ada hari tersangat indah dan tenang, ada hari kita lalui pelbagai ujian dan dugaan. Apa pun setiap hari perlu kita lalui dengan tenang dan semangat, setiap dugaan maupun kegembiraan perlu kita raikan sebab keduanya member makna yang tersendiri untuk hidup kita. Alhamdulilah hari ini aku meraikan pembelajaran tentang kekurangan diri. Aku ada ketikanya tidak begitu fokus dan sepenuhnya present, mungkin disebabkan banyak sangat perkara yang tidak selesai masih mengetuk ngetuk ruang fikiran ini. Aku perlu menyusun masa, agar mampu mencari peluang melaksanakan apa yang aku fikir dan jangan dibiarkan begitu lama di stage perlu tindakan pembikinan proposal. Ya Allah permudahkan aku. Sebagai satu langkah untuk melihat semula semua yang perlu diselesaikan dan menyusun semula tempuh masa perlaksanaannya, hari ini, sebelum pukul 4, aku harus mencari peluang untuk membuat senarai dan tempoh perancangan berserta masa dan ketikanya, dan sekirannya semuanya selesai, aku perlu adakan CELEBRATION, satu keraian untuk member impak gembira yang berakar umbi sebagai peransang pada diri.
Pelajar sedang menunggu untuk temujanji pukul 3 petang, aku perlu segerakan solat, agak lebih selesa dan bersedia dengan sessi bersama pelajar. Alhamdulilah melakukan kerja yang kita suka sudah sebesar besar kebahgiaan, Cuma perlu ada penambah baikan dari masa ke semasa agar nilai kerja boleh menjanjikan satu khazanah potensi pelaburan dimasa depan dalam bentuk pengalaman dan boleh digunakan untuk terus menyumbang dalam proses membantu dalam kehidupan manusia. Ya Allah pimpinlah aku, walau sesukar mana pun ranjau perjalanan ini. Amin

Alhamdulilah, hari ini berpeluang berbuka diluar bersama Aziz sambil membincangkan usul Lady trip ke Korea dan usul usul lain yang perlu. Semoga Allah permudahkan setiap perancangan disamping membantu dan membina kebahgiaan orang lain.

Monday, July 15, 2013

Ramadhan Wadah Latihan


Alhamdulilah syukur pada Allah yang memelihara kehidupan kita walau dalam apa wajah sekalipun, disebalik segalanya terkandung himkah yang besar bagi hambanya yang berakal. Alhamdulilah, diam diam kini genap seminggu (7 hari) Ramadhan Kareem, Alhamdulilah selama seminggu ini diri bagai diulit rasa bahagia kerana melalui banyak perubahan diri dalam dan luaran. Dalaman yang semakin tunduk pada iman dan luaran yang semakin sebati dengan bersederhana. Alhamdulilah masih sempat menikmati hidup yang saban waktu menghitung zikir nama nama indah Allah, Masih mampu mengejar banyak bacaan dalam waktu pendek, masjid menjadi wadah ketenteraman jiwa dan hubungan bersama suami dan anak anak. Saban hari memberi ruang untuk menyumbang kebaikan dari diri ini buat orang lain walau sekecil kecil hidangan buat keluarga. Semoga semua ini mendapat penilaian hebat dari Allah swt dan mencatatkan pada catatan diri ini.
Jurnal cinta Ramadhan terus berlansung dari minda ini walau sesekali dihimpit kesihatan diri. Alhamdulilah, rezeki idea tidak pernah putus, malah semakin bercambah penuh takjub, inilah kuasa Allah bila kita memilih Allah, segalanya menjadi mudah. Segalanya Allah permudahkan, segalanya bagai rancangan indah dari Allah termasuk sedikit pengalaman sakit dan tidak bermaya. Moga Ramadhan ini banyak dosa dosa lalau dihapuskan Allah. Alhamdulilah, kami masih menjaga terwikh kami, walau dua kali berterawikh dirumah, namun masih indah berkesempatan membetulkan bacaan dan perlakuan anak dalam mengimamakan solat. Ternayata, tugas membentuk anak anak bukan sepenuhnya di tangan pihak sekolah, pendedahan yang baik perlu bermula dari rumah.
Alhamdulilah peluang bersolat terawikh di surau Assyakirin terus menjadi kesukaan kami, bacaan surah dalam solat oleh imam masjid amat amat menyentuh hati. Setiap kali itulah aku bagai mendoakan pada diri ini agar dikurniakan seorang anak yang lunak suaranya mengalunkan bacaan surah mengimamkan keluarga dan orang orang yang bersolat. Moga satu hari nanti inilah suara fayyadh anakku ya Allah. Ramadhan kali ini memperlihatkan harapan, harapan yang betul yang sekian lama bagai didorongkan Allah, in sya Allah pasti Allah akan memudahkan. Amin.
Ramadhan kali ini juga memperkenalkan aku betapa bahagianya bila emosi berjaya ditadbir, bila minda berjaya diselia, bila iman dan spiritual menajdi tunggak teratas, Alhamdulilah, masuk 7 hari ini juga, kami makan bersama dirumah, walau satu hari terpaksa membeli makanan disebabkan lambat sampai semula dari melawat kakak dan bertemu Eid mengambil barang. Alhamdulilah perencanaan seminggu membeli barang barang dapur cukup untuk seminggu, ternyata bila kita tenang kita tidak akan kerugian kerana kita memiliki banyak tenaga dan tindakan berbanding rungutan dan alasan. Pelbagai menu dihidangkan, selain merapatkan lagi hubungan, kami juga mampu berjimat cermat sebagaimana disarankan dalam agama Islam, kerana sesungguhnya membazir itu saudara syaitan. Ramadhan sesungguhnya wadah latihan yang comprehensif.
Alhamdulilah, hari ini tiba tiba suara hati mengetuk ngetuk untuk berbuka bersama adik adik, akhirnya kami merancang untuk adakan POT LUCK RAMADHAN dirumah aku. Disyaratkan setiap orang membawa 2 ke 3 hidangan, so boleh ada 9 hidangan termasuk kuih muih dan nasi serta air, aku selaku tuan rumah akan menyediakannya. Idea potluck ini hanya kerana takut tidak mampu memasak banyak dan menepati selera dan citarasa sang suami masing masing, lagi pun tidak wajar untuk membebankan sesiapa. Biar sama sama adil, kalau beralah dan bertolak ansur pun sedikit pada siapa yang sanggup, dengan ini lebih membawa makna KESATUAN DAN KEBERSAMAAN. In sha Allah, aku akan sediakan, sayur lemak, ayam masak merah, kerabu pucuk paku dan tepung bunga labu. Sayur lemak itu rasanya sayur lemak terung bersama petai. Sambal belacan dan ulam ulaman seperti biasa. Sudah terbayang pasti meriah walau suasana sempit, in sha Allah malam itu kami akan membaca yasin dan bersolat jemaah bersama. Sudah lama aku impikan saat saat ini, semoga Ramadhan Kareem ini makin mendekatkan hati hati kami.
Diluar sana hujan bercurahan, dalam sekelip mata selepas panas terik. Begitulah besarnya takdir Allah, seperti yang dikehendakinya, tanda tanda awal bukanlah selalu ada pada kekuasaannya, hanya sepantas KUN FAYAKUN. Hujan yang membawa rahmat kesejukan pada bumi yang kering dan kepanasan, hujan yang menyejukan hambanya yang berpuasa, semoga hujan ini datang bersama iman dihati. Betapa kerdilnya kita, betapa agungnya rahsia Allah, betapa ruginya andai kita mengenepikan ruang mengenali Allah dan mendekatan diri padanya. Maha suci Allah pilih aku untuk kecintaanmu dan jadikan aku hambamu yang selalu bersyukur atas nikmat nikmatmu yang tidak pernah putus. Amin


Thursday, July 11, 2013

Ramadhan : Penyucian hati & Pembaikan diri


Alhamdulilah syukur pada Allah, ketenangan udara Ramadhan masih berpeluang untukku menghirupnya…hari ini hari ketiga Ramadhan, masih belum terlewat untuk dilafazkan kata kata aluannya disini …..Marhaban ya Ramadhan kareem, Marhaban ya Ramadhan Kareem..Marhaban ya Ramadhan Kareem. Maha suci tuhanku yang memanjangkan lagi umurku ini untuk menempuh PENYUCIAN HATI dan PEMBAIKAN DIRI.
Ramadhan kali ini aku harapkan agak berbeza, kerana Ramadhan kali ini aku hadapi dengan wajah jiwa yang tidak sama. Aku ingin memutuskan kekangan lama yang dirasakan itulah kehidupan yang betul satu ketika dulu. Kini tujuan atas setiap tindak tanduk diri, terlebih dahulu kupastikan ia sejajar dengan tujuan mengesakan Allah. Berkali aku katakan pada diri, biarlah kali ini berbeza dan sepenuhnya dengan caraku sendiri. Aku ingin mengabadikan diri pada Allah bersama sama mereka yang sanggup mengenepikan segalanya untuk memeriahkan masjid Allah. Bulan ini saja, kita ketepikan segalanya untuk seketika. Alhamdulilah hubby bersetuju dan Harraz bersetuju, Cuma kami hanya ke masjid selepas berbuka bersama di rumah dengan air tanganku sendiri. Ujian pertama untuk terus berbuka di masjid gagal. Harraz tidak boleh terima, dia inginkan rasa selesa, dia inginkan makanan yang terus kenyang, dia inginkan bertambah makan dan minumnya. Anak bongsu itu agak mencabarkan.
Sebagai alternatif, kami berbuka di rumah tapi aku memilih untuk menyediakan makanan yang senang seperti mee goreng, mee rebus, bee hoon goreng, spaghetti, laksa dan sewaktu dengannya. Makan untuk sesenduk bagiku cukup mengalas perut untuk mengagahkan diri berterawikh. Semalam, aku berterawikh sendiri di rumah, bila tiba tiba lepas berbuka hubby sakit kepala. Rancangan manusia macam kita sering saja tidak menjadi kerana ada rancangan yang lebih sempurna disusun indah oleh Allah sejak azali. Kita pelajari susur gelur kegagalan untuk mencari kebaikan yang boleh dipelajari dan diamalkan. Allah tidak pernah menjadikan apa pun sia sia, diwaktu waktu begini, keharmonian perlu diutamakan, terutama keharmonian hati insan insan yang sangat dekat dengan kita. Aku memilih untuk akur dengan kehendak demi ketenangan anak kecil bernama Harraz, tapi sendiri berstrategi untuk tidak melemahkan perut dan badan ini dengan mengambil makanan yang satu pilihan itu berlebihan. Cukup sederhana in sha Allah.
Ramadhan kali ini datang bersama idea. Bukan saja idea untuk merubah cara dan aturan hidup, tetapi juga idea penulisan. Hingga hari ini, idea idea tidak putus putus keluar dari minda ini, dan aku namakannya, JURNAL CINTA RAMADHAN. Sebuah penulisan bersifat spititual psychology yang ditulis sepenuh jiwa. Inilah projek peribadiku sepanjang Ramadhan ini dan ianya datang secara spontan dan terus aku lontarkan pada posting FB dan menulisnya dengan detail dalam manuscript yang akan ditunjukan pada Bro Rahman Baco. Alhamdulilah syukur pada Allah yang memberikan aku rezeki, dan sebesar besar rezeki ialah rezeki keimanan dan buah fikiran untuk berbuat kebaikan dan mencetus kebaikan diminda orang lain.
Ramadhan kali ini benar benar membawa ruh penyucian yang suci buat aku, ketenangannya seluas samudera lautan, subhana Allah terasa indahnya mengetarkan jiwa, malah tidak mampu diucapkan dengan kata kata. Aku hanya mampu berkata, La haulawala kuwwata Illah billahi alillil Azim. Tiada daya upayaku, hanya dengan kebesaran Allah yang maha agung. Hanya perasaan ini yang mampu membantu aku menerokai sudut pandangan cinta sempena hadir ramadhan ini, cinta agung pada Allah yang esa. Hati juga tertanya, apakan ini Ramadhan terakhirku, mengenangkan itu, terasa untuk bersederhana dan tidak mahu melihat dan mengejar kebendaan sebaliknya memenuhi keperluan seorang yang bergelar hamba terhadap rabbnya. Ya Allah apakah aku sedang melalui prose situ? Teringat kata kata dalam bengkel latihan money and you, trust the process, percayalah pada proses. Alhamdulilah , aku lagi mengajak diri bertenang.
Tiga hari bakal berlalu, ada lagi 27 hari akan datang, aku ingin mengahyati hari hari ini dengan penuh erti, berzikir, berdamping dengan Quran hingga capai target untuk khatam lebih awal, bersolat jemaah, bersolat sunat dan berqiyamulail. Izinkan aku ya Allah..izinkan aku ya Allah ..izinkan aku ya Allah. Semoga dikesempatan ini dapat aku bermohon pada Allah tuhan semesta alam untuk menghapuskan dosa dosaku yang terlalu banyak bagai butiran pasr pasir dipantai itu. Semoga Allah menunjukan aku jalan yang benar, semoga Allah mempermudah segala usaha usaha kehidupan dunia dan akhiratku, semoga Allah membuka pintu rezekiku seluas luasnya dan semoga aku berkesempatan berdoa untuk kebaikan orang lain dekat dan jauh. Amin ya rabbal Alamin.