Wednesday, April 6, 2011

Sepohon pokok yang RIMBUN


Ada setengah jam sebelum pukul 5. Lega rasnya bila semuanya masih berada ditahap boleh KAWAL..Alhamdulilah kupanjatkan pada Allah semoga semuanya ada barakah darinya dan barakah itu akan memberi impak ketenagan dihati. Hari ini rabu, rabu adalah hari yang biasanya ada meeting atau programme dengan pelajar tapi masa yang semkain tidak keruan menjadikan perbincangan aku dan zul terpaksa memutuskan meeting dengan pelajar dibuat esok khamis, bolehlah aku bersolat maghrib dimasjid nilai sebelum meeting dan bolehlah aku jadikan agenda yasin sampingan meeting. Alhamdulilah.

Tenaga MINDA terasa lagi banyak, malam ini bolehlah meneruskan pembacaan SUCCESS is NEVER ending and FAILURE is never Final. Buku ini sangat menarik sekali. Malam ini merupakan malam rutin jamming buat Encik Hubby dan kawan kawannya, biasanya 1 atau 2 pagi barulah dia balik harap harap tidur aku tidak terganggu. Aku tidak mahu melepaskan peluang waktu yang ada dari tidak menjenguk DAMIA. Rugi rasanya melihat dia semkain bijak, gebu tanpa disedari...huhuhu jadi malam ini kami bercadang berkampung dirumah Adik fatin dan Adik Linda akan masakan Bee Hoon Goreng..pasti sedapppp tu!! Zamr kemungkinan akan dudk berbincang final touch sebut harga rumah mak..susah jugak zam berjuang..dapat aku rasakan getar suara dan cemas nadanya bila melihat jumlah besar rumah melebihi budget yang tealh diperuntukkan. Semoga Allah memudahkan usaha usaha kami..usaha usaha untuk mak dan bak..mereka mungkin tidak lama lagi biarlah aku satukan mereka yang memahami untuk menjayakan ruang bahagia dan selesa buat mereka dan biarlah aku BERLEBIH demi mak dan bak serta adik adikku.

Tidak sia sia sekali teknik NEURO ACTION yang aku pelajari dan aku praktikkan setiap kali lepas solat dan sudah aku praktikkan pada pelajar dan anakku sendiri. Teknik ini sangat mujarab untuk terus menetukan hala tuju minda kita dan menguatkan seluruh anngota badan menyoong perilaku yang menuju apa yang kita mahukan pada minda. Aku sudah mula lakukan pada encik Hubby dan dia kelihatan terdiam dan terperosok lama, memang akan ada rasa getar pada otak dan latihan kena semain kerap. Apa salahnya kta mencuba sebagai pelbagai ikhtiyar yang disarankan Allah sebelum kita tawakkal. Alalh maha mengetahui dan sedikit pun ilmu Allah tidak sia sia kerana terlalu banyak kebaikannya.

April adalah bulan yang menentu practical yang aku lakukan pada diri sendiri menggunakan teknik ini. Bulan ini juga adalah bulan hari lahirku yang belum ada perancangan lagi. Pasti aku tidak lupakan kawan kawan dan adik adikku. tenguklah bagaimana, kalau boleh raikan serentak lagi bagus, balik berkampung dan pergi Hi tea kat KUANTAN juga berbaloi baloi..kasihs ayang yang hormoni terlalu NIKMAT rasanya..sedih sangat kalau ada hati hati yang sanggup mengkhiantinya.

Aku teringat ujian yang pernah dibuat SAm dalam kelas, Ujian itu membuktikan apa yang kita rasa tidak semestinya BETUL, jadi janganlah kita membawa rasa itu ke minda lalau mengarah seluruh badan untuk bertindak. Ini lah yang berlaku pada sesetengah keadaan, inilah yang biasanya menjadikan seseorang bersifat JUDGEMENTAL. Judgemental adalah sangat menyalahi etika kaunseling kerana dia bersifat opposite dengan konselp UNCONDITIONAL POSITIVE REGARD. namun sedih ramai dikalangan kita terlalu serious dan judging orang, Sam pernah kata , apa yang kita dengar, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa tidak semsestinya BETUL unless kita sudah begitu lama memerhati dan berada dalam situasi yang sama. Apalagi kalau apa yang kita rasa dan dengar itu adalaha dari seseorang yang tidak QUALIFIED dirinya.

Qualified maknanya bukan berdasarkan CERTIFICATE tapi qualified itu lebih menjurus kepada lihat mindanya, cara dia berfikir, keadaan hidupnya..jangan sesekali terpedaya dengan lenggok bahasa yang sangat manis sedangkan hidupnya adalah CERMIN dari hasil mindanya...apalagi kalau hidup itu terang terang SUCK!!!..sedang semua racun itu cukup kemas tersembunyi dalam manisnya hidangan dan hiasan. namun tidak ramai yang mahu berfikir, tidak ramai yang menggunakan akal, malah lebih ramai orang cedik tapi akal tak begiru celik dan hati gelap kalau tidak masakan Kes Anwar Ibrahim sampai sekarang tak sudah sudah.

Aku kerapkali berpesan pada pelajar dan diri sendiri manis bukan bererti GULA..masih banyak disekeliling kita manis menjadi racun dan berpenyakit. Kearna itu kita tidak boleh terburu buru membuat HUKUMAN, mencampuri urusan orang lain yang kita sendiri tidak faham dan jangan mudah terpedaya dengan orang yang meraih SIMPATI, orang steady dia tidak perlukan semua ini...cukup baginya STAND ON THE FIRM GROUND yang bernama KEBENARAN.

Aku akan terus memperjuangkan hidup dengan kuasa minda, namun hati ini akan terus menyayangi apa yang ada disekelilingku, Alalh tidak pernah menjadikan element dalam hidup sia sia tapi cukup kita tahu menggunakannya dan mencari PENGAJARAN disebaliknya. Sujud dan tasbihku hanya buatmu ya ALLAH...tuhan yang memelihara seluruh alam..yang memberikan aku segala kelebihan yang ada dan menyuluh kau atas setiap kekurangan untuk dibetulakan..perkayakan aku dengan kasihs ayangmu kerana aku sangat bersedia untuk menajdi SEPOHON POKOK YANG RIMBUN buat keluargaku yang bersamaku mereka akn terus dilindungi dan dikasihi kami akan terus bersatu keranamu ya Allah. Aminnnnn