Alhamdulilah segala yang diminta sebelum tidur semalam semuanya teratur dengan sempurna hari ini. Dapat aku rasaka, tiap kali sebelum tidur, bila panjatkan doa pada Allah ecara jelas dalam perhitungkan hari esok minta dijayakan, dipermudahkan pasti keesokannya kita akan banyak berlapang dada dan mampu mengukirkan senyuman yang sempurna. Segala puji bagi Allah atas nikmat hubungan hati dan doa terhadapnya. Semoga hari hari seterusnya aku tidak sesekali LUPA untuk meminta dan berserah sebelum melelapkan mata menikmati tidur sebaik anugerah rehat dari Allah itu.
Duty pertama di Gombak untuk bulan Mei hari ini memberikan aku sepenuh kepuasan. Serasa diri betul betul energetic dan productive. Alhamdulilah group Lady trip 2 yang ditemui dalam pukul 9.30pagi memberikan pelukan gembira PUAS dan SERONOK. masih aku terasa aura kegembiraan mereka, ucapan terimakasih bertalu talu dan yang paling best.."za next trip mana?" "insya Allah tahun depan Intai Intai India..hehe ". balas aku...but kalau nak pergi korea lagi anytime dan kalau purposely nak pergi bersama must be on November. Aku DOUBLE HAPPY bila kwn kwn happy, malah sempat jugak aku suntikkan mereka idea idea business apa lagi bila kebanyakan merka adalah pakar tenaga pengajar bidang business dan ekonomi. Kegembiraan mereka sudah memeberikan aku SERIBU KEPUASAN. apalagi bila group balik malamnya terus duit masuk account. Murahnya rezeki mu ya Allah.
Sesungguhnya maha kaya Allah mengatur hidup hambanya. Aku tidak mendambakan kemewahan kerana aku sudar kepentingan insan lain dalam hidupku, bila aku memahami disebalik takdir aku sebagai aku, aku terus meletakan hubungan ini satu amanah. Hubungan aku dengan Allah, dengan suami dan anak anak, dengan kedua ibu bapaku, saudara mara dan kawan kawan. Dalam kemurahan rezeki untuk aku, ada bahagian mereka. Aku hanya pengantara, insya Allah sekurang kurangnya aku mampu tinggalkan satu misi yang teguh buat anak anak sudah memadai sebagai wadah masa depan mereka. Akhirnya hari ini juga Allah mengatur cantik pertemuan yang saban lama tertangguh dengan sepupuku Ja. Tak kisah siapa belanja siap, aku pun berhajat untuk meraikan kejayaan dua bisness aku dengan dia, tapi ja seakan beriya iya sangat untuk belanja aku atas kejayaan PHDnya. sambil makan, kami bercerita, aku dan Ja begitu kuat chemistry mungkin fikrah dan nilai sangat sama, apa lagi darah kami serumpun bersaudara. Dari pukul 12 hingga 1.30 tengah hari, terasa masa terlalu pantas, setiap inci perkataan dan idea bukan sia sia, kami saling sokong menyokong. Aku sayangkan dia macam adik sendiri. Dikala aku mengucapkan selamat tinggal dan sekali lagi dengan ejlas aku ucapkan tahniah dans angat bangga dengan dia, aku terlihat riak air mata dimatanya, air mata itu aku pernah lihat ketika menjenguknya di London dulu. Ja seorang yang CEKAL dalam laluan kehidupannya tersendiri, aku berkali katakan pada wahida, contohi acik Ja safwah how she manage her academic. wahida anakku keen ke arah academic.
Berkejar menunaikan solat zuhur dan temu janji Dr Imah, bekas sahabat ketika di UIA dulu yang beriya iya mengajak aku berbincang sesuatu. tepat pukul 2 pm, aku duduk penuh hormat dihadapannya yang sedang membetulkan atur cara programme pelajarnya. Sambil meyerahkan LAP TOPnya untuk aku baca sesuatu berkenaan discussion itu, ohhh god bisik hatiku...Dia lantik aku untuk salah seorang CO RESEARCHER. Teruja berdepan sesuatu yang baru dengan perasaan INGIN TAHU dan ALAMI dimasa yang sama terfikir juga, mampukah aku memberikan sepenuh komitment. Melihat proposalnya sangat cantik sekurang kurangnya menjadi SUMBANGAN SEUMUR HIDUP. Imah sangat mengenali hati aku, dan Imah ingin aku ketengahkan skill, penaglaman dan thinking yang aku ada. Bersama seorang lagi co reasercher, yang juga seorang yangs angat aku kagumi dari segi committment dan personality iaitu Dr Siti yang mesranya aku panggil Kak Siti. Kami berbincang dari segala aspek termasuk isu lantikan aku. kami sangat faham suasana dan budaya attitude orang sekeliling. Alhamdulilah hasil perbincangan cukup kemas semua persoalan office barrier trmasuk dalam solusi dan sesungguhnya IDEA dan TEAM sangat kemas. Aku memberikan cadangan kepada team untuk usul perlantikan aku dan dimasa yang sama memberi peluang andai ada cadangan lain dari orang atasan. Serentak keduanya menjawab, "kami tak mahu za". Faktor KESERASIAN sangat penting untuk projek yang panjang dan significant. Kami nak you. Terdiam aku antara percaya dengan tidak rupanya masih ada MATA HATI yang memilih aku. Aku tinggalkan team yang sudah dihujung perbincangan kerana mengejar URGENT MATTER dengan pelajar dibilik One Stop Centre. Sebelum pergi, Kak Siti sempat menarik aku untuk kembali berbincang usul PARTNERSHIP BISNESS. ya Allah mudahnya jalan yang dibuka Allah. Aku terpaksa melepaskan dulu peluang berbincang dan memintanya set kan time dan date, usul sudah ada dalam kepala, cuma dibranstormingkan dan diminta ideanya so kami akan berbagi tugas menulis usul dalam kertas. Aku perlu siapan stage stage sebelum duduk bersama Kak Siti ternyata Allah memberi peluang untuk aku bersamanya untuk Bonda Boutiqe dan Accesories. Insya Allah Insya Allah Insya Allah..dalam nada mindanya aku sudah terbaca...hasrat kami hampir sama..kalau menjadi kenyatan, diperingkat cawangan baru aku memilih adik iparku Izan sebagai manager di Terengganu atau pantai Timur.
Selepas membantu pelajar pelajar dengan kuasa yang diberi, aku menghantar mereka pulang ke kolej yang agak jauh untuk berjalan kaki. Aku cuba mengejar pejabat pos untuk barang barang IOPE diposkan, dalam hati berbunga bunga..lalalalala cempedak dah jadi nangka lalalala. Terasa bagai dishower dengan rahmat yang sejuk dari Allah. baru pagi tadi, cetusan persoalan dalam minda ini, how to mutiply my Money. Alhamdulilah. Kerja semakin bertambah, bermakna aku semakin perlu SMART dalam pengurusan diri dan kehidupan. Sekarang hampir tercampak semua unsur yang merugikan masa dan merobekkan hati, yang ada hanya, idea, sokongan dan istiqamah penerokaan, ucapku pada diri, kalau dimasa yang sama aku ada 5 nature business, aku perlu tinggalkan kerja hakiki yang sedang aku buat kini. Kalau pandai menjadi MASTER MIND dan ada orang orang harapan, insya Allah 10 sekali pun boleh diteruskan dengan kerja hakiki KEKAL. Masih teringat kata kata Dr Subash, dont leave your first rice bowl, from time to time it would be easier for you to handle. Ada kebenarannya pada kenyataan itu. yang penting Contact, Chemistry and Chain. Insya Allah, bersama Kak Siti mungkin aku juga boleh mengorak langkah kedua membina modul BUSINESS MINDED: Contact, Chmeistry and Chain. Asas business yang terlalu kurang perlaksanaannya pada orang melayu. Ramai orang suka kan business, ramai orang tahu dengan business lah pintu rezeki terbuka luas, tapi minda melayu masih ditakuk lama, semuanya berkata MODAL dan buat SEPERTI ORANG BUAT. Aku semakin terasa kebenarna disebalik, You be a PEOPLE ORIENTATION, you can build up the empire.
Ya Allah ya tuhanku, dimalam Jumaat yang penuh kemuliaan ini, mohoku kau permudahkanlah apa yang kami rancang, kau jayakanlah hasrat hati dan kumpulan, kau bahagiakan lah sahabat sahabat yang percaya dan sayangkan aku. Terima kasih ya Allah, dalam menghadapi kenyataan sukar KEHILANGAN SAHABAT yang aku sangka PERMATA, kau gantikan aku dengan BERLIAN SEBENAR. Sesungguhnya kau maha pemurah dan penyayang. Amin ya Rabbal Alamin.