Semalam antara hari hari aku melayan kesibukan. Bila ada peluang aku menjengah FB...itulah satu satunya ruang untuk mencari segalanya samada KERJA atau PERSONAL.Ruang untuk aku berpaut kembali dengan sahabat lama, saudara mara..juga ruang untuk aku memudahkan kerja. segalanya lebih cepat dengan FB.
Seketika aku melihat kenyataan Rin dia berada di Swiss garden KL...lalu aku message dia...Swiss garden tu kat mana?.....dan kami berjanji untuk bertemu. Aku ingin seklai menatap wajah sahabatku ini selepas beberapa episod luka berlkau dalam hidupnya. Kita tidak boleh menghukum...jauh sekali mencerca..sebaliknya kita kena menyokong. Kita tidak tahu sejauh mana kesengsaraan yang dilaluinya.
Kalaulah melihat pada kesibukan aku...seakan mmustahil untuk aku mengapai tangan Rin. Bayangkanlah 7.30 aku masih di bahu jalan yang jam di Taman Tun Dr Ismail. Pukul 8.00 barulah aku sampai di Rumah adik Linda untuk menejmput anak anak. Semalam aku sudah malkumkan suamiku. saya mungkin menemui Rin esok...Suamiku sentiasa faham apa yang aku cari dengan kwn kwn. Aku sempat melahaps edikit mee goreng anakku yang tidak habis sekadar mengalas perut. kami berkejar pulang, nasib baiklah anak anak sudah bersiap dan meminjam baju tidur sepupunya.
Sesudah aku berisap, tepat jam 9 malam ..kami mengambil teksi didepan rumah. kalau niat kita baik..semua perkara jadi senang. Driver taxi yang pada mulanya ingin pulang terus menukar fikiran bersetuju mnmbawa aku dan anak anak ke Swiss Garden. Dalam 20 minit kamis ampai...aku sempat berbual dengan Driver Taxi itu...kami berkongsi pengalaman melancung..dia bercerita pasal Siam Reap..satu satunya bandar di Cambodia. Sebelum turun taxi...aku sempat berkata padanay..nice meeting you!!!. banyak orang baik...sebagaimana banyak orang jahat...tenguklah apa rezeki dan nasib kita. Susah senang, lucky atau nightmare itulah takdir yang tertulis. Aku tidak merasa letih..biasalah jiwa aku kalau dengan kawan..apalagi bila ada kaitan KES...aku melangah dengan segar ke Lobby hotel da terus ke Receptionist untuk bertanya Bilik Rin.
seketika Rin turun, kami bersalam..dia mencium anak anakku. hajatnya ingin saja melepak dilobby hotel sambil mendengar muzik tapi Rin beriya mengajak untuk ke bilik. kami bersembangs ambil mengusik anak anak..seketika aku lapar ..lalu aku mengorder makanan...In Dining...habislah RM40..hehe janji sedap..the best Apple Pie with ice cream. Tetingat Jimmy...his specialty..hehe sambil menyuap makan aku mendengar cerita Rin..keluhan Rin..luahan Rin..sesekali Rin ketawa geli hati pada sms yang diteimanya. Rin banyak betul peminat bila orang tahu dia kembali single...tapi aku terfikir satu benda...ramai peminat atau lelkai mengambil kesempatan. Kerana aku sering menerokai DUNIA LELAKI.Sedikit mereka ini serius..yang selebihnya memasang jerat memikat untuk gembirakan hati saja...bila melihat permpuan LENTOK..maka hati lelakinya akan kembang kuncup..KELELAKIANNYA terasa hebat.
Aku kesihankan Rin..seketika aku juga berada disituasi itu walau aku mungkin tidak seteruk situasi Rin. tapi aku tidak mampu memberikan komen bila aku tidak pasti. Asalkan kau bahagia rin...dan kalau ko menangis lagi..aku tetap sahabat ko. itulah bisikan aku didalam hati. Inilah lumrah hidup berteman, kasih sayang kita bukanlah bahan untuk kita menghukum dia...malah kita perlu berdoa agar dia berpeluang menemui apa yang terbaik buatnya.
Seronok sesekali bergolek dikatil dengan kawan lama yang kita tidak ada rahsia. Inilah juga corak persahabatan yang aku lalui dengan Neli..cuma antara aku dan Neli kami lebih pantas mengatur tindakan bijak demi masa depan bersama. Sedikit sebanyak Neli peneman jiwa aku. kami saling berpaut dan aku yakin nelis angat jujur selain neli memiliki asset yang banyak. paling aku suka neli tidak kemaruk dengan Lelaki dan neli suka cara aku psycho untuk lebih memahami apa LELAKI MAHU.
Rin sahabatku dapat aku rasakan sunyinya hati dia. Aku bangga bila aku berjaya mengenepikan rasa penat, rasa bosan malah aku pandang anak Rin mcm anak saudara sendiri. Aku ingin memeluk Rin untuk mengambil sedikit walang hatinya dan aku ingin memberi sedikit rasa segar pada kehidupan yang aku lalui. Sedar tidaks edar jam hampir pukul pagi barulah suamiku menelefon untuk menjemput aku. kelihatan anak anakku dan anak anak Rin masih asyik bermain. dan kami beransur turun ke Lobby untuk ke kereta suami ku yang begitu menyokong kerja kerja amal ku pada kawan kawan. Pada pelukan terakhirku..Rin sempat berkata..That the bset of you ZA..you sentiasa ada waktu untuk or seperti aku...then aku menjawab..always Rin..selagi terdaya...HIDUP INI SINGKAT My dear!!!! balas ku...kami melambai bila kereta perlahan lahan bergerak meninggalkan Rin berdiri memandang sambil memeluk anak lelakinya. jaga Diri Rin...ya Allah selamatkan sahabatku Rin......
ya aku tahu dimana tempatku...TEMPAT yang mmebuatkan aku rasa bahagia bila aku memberikan seribu kepentingan pada insan yang daalm kelemasan, kesempitan dan kegelapan...BANTU kekuatanpun YA Allah...Bila ada mereka yang susah....TEMPATKU DISITU!!!!