
Hari ini Jumaat. hari yang aku rasai kelainannya bermula petang khamis. Hari yang sering aku mulai dengan bacaan yasin buat insan insan tersayang yang sudah pergi. Pagi Jumaat ini juga walau mata hanya terlelap satu jam, aku gagah memandu kereta menuju ke pejabat. Hari ini bermula semula stop by point untuk punch in masuk kerja di Petaling Jaya setelah aku gunakan jalan mudah dan cilok dengan IPhone ynag digunakan semenjak August.
salah tetap salah tapi aku perlu menjawab bagi pihak dan situasi aku. Ada pulling dan pushing factor, semua manusia inginkan kemudahan apalagi jika berada dalam kesempitan dan tekanan itulah hakikatnya. Aku tidak perlu meminta untuk disokong atau dipersetujui oleh sesiapa walau kawan aku sendiri tapi banyak kawan kawan menyokong aku dan mengutuk sistem yang kami gunakan sekarang. Aku tidaks alahkan Bos pertama, bos kedua atau Bos teratas, tanggungjawabku ialah menjawab mengapaa ku menggunakan iphone semenjak August yang lalu. hati tidaklah begitu gusar, jauh seklai berdebar debar sedaris emalam aku nekad untuk berdepan dan jujur dengan diris endiri terpulanglah kalau aku dikatakan tidak baik, tidak bagus. Semua orang berhak menilai, berhak berkata tapi hidup aku bukan untuk memuaskan hati semua orang sedang hati sendiri tiada siapa bertanya sejauh mana kesengsaraannya. Aku tidak minta dibela, kalau mereka merasa aku perlu dibuang kerja ..terpulang, namun aku tetap meberikan jawapan yang betul dari hati dan situasi aku.
Ada kekuatan dari dalam. betulah kata orang...look inside you and be strong...there is hero lies in you. aku dapat rasakan perasaan itu. Aku berhak menerangkan kedudukan aku, situasi aku.
Pagi ini mungkin kerana awal pemanduan sangat lancar dan seronok memandu dengan rasa tenang, bersemangat dan ditemani lagu lagu RETRO. Dari semalam aku tidak terfikir untuk pulang ke kampung memandangkan aku baru pulih dari satu rasa KELETIHAN. Bila mendengar lagu lagu terbayang wajah along, ada lagu lagu yang mengingatkan aku zaman aku bersama along, terbayang wajah mak, lagu lagu yang menemani aku dan mak ketika masa remaja tiba tiba hati menjadi RINDU dan tercetus satu rasa nun disudut KALBU...aku nak balik aku rindu bukan nak makan. Aku perlu turutkan naluri halus ini, aku mempunyai naluri yang sangat kuat dan sering memberi maksud sesuatu. Terus aku letakkan posting diwall FB sebagai menjawab soaln adik adikku...BAlik ke Tidak??..haha tetap akan balik tapi pagi esok aku inginkan perjalanan yang tenang tiada apa yang hendak dikejarkan pun, yang penting cukup istirehat dan capai hasrat. Aku pun teringat untuk menghulur lebih sedikit duit buat mak dan bak. Kesian mereka, duit untuk umrah pun sudah cukup tak payah berrdikit sangat dengan mereka, Allah pasti ganti semula insya Allah.
seketika merenung di PC, Jay rakan sepejabat memanggil aku untuk bacaan yasin dan tahlil di pejabat Arts. Seronoknya ingatkan programme tu sudah habis sempena ramadhan dan syawal sahaja, alhamdulilah En Razak Menganjurkannya setiap Jumaat...makin berserilah hari Jumaat. Aku sedekah bacaan itu buat adindaku Azman yang sering terbayang dimata, aku tidak pernah melupakannya walau sehari. kaus atu satunya adik yang seakan ada kembaran jiwa dan perasaan, semenjak dia sudah dijemput Ilahi jugalah aku semkin sayang pada along. Kami dulu bertiga, Azman ditengah tengah antara peace maker dan trouble maker...kerana itu dia sangat menyenangi aku. sayang Man...kini Afiq saling tak tumpah wajah Man yang aku rasakan seolah olah zaman kanak kanaknya berulang, walau patah tumbuh hilang dan pergi pasti tidak berganti.
Selepas bacaan yasin, sarapan pagi nasi lemak terhidang, Aku dan Azzu mengambil tempat yang strategik sambil makan dan bercerita. Azzu dan Jay semakin rapat dengan aku, itupun setelah aku berusaha keras memesrai mereka. Biasalah salahs atu katogery perhubungan manusia, ada group yang ingin orang mula dulu. Bila pulang semula ke bilik dan mengadap PC, Rin sibuk meluahkan perasaannya, kiranya online sessionlah...secara tidak langsung aku ansihatkan RIn dan diri sendiri, jangan kita biarkan hati kita dicalar orang, kita tidak pasti apa maksud mereka, matlamat perbualan kami tercapai. Rin seakan lega dan meminta izin untuk mandi, haha belum mandi rupannya. hari ini aku juga tenang dengan prinsip yang aku pegang dan DK semakin mengdekatkan dirinya secara terhormat, semalam tengahari rupanya dia berhajat untuk menjengukku dipejabat sambil makan tengahari, sebelum tidur dia telefon lagi bertanya pasal pengambilan xenex dan berpesan kalau terbangun carilah dia ..dia night duty, text or online...tak kuasa aku!!! tak pyh lahhh lelebih..ya jeee...walau kita tak boleh tidur tak pyh cari dia.
Aku dan angah sempat menyamar seseorang mengenakan DK. Dia langsung tidak bertanya siapa malah menjawab dengan rentak dan tarian yang sama..rentak GATAL. Kesunyian lah tu...sambar je melayan sapa sapa janji perempuan dan tidak mahu dikenalinya dan mengenalkan dirinya. BERBEZA cara dia mengenali diri aku...Dias angat berhati hati, dan dia sangat menghormati walau beberapa ayat terlepas dari mulutnya. Lantak Ko!!!
dan pagi ini, selesai dutynya, dia membuat panggilan selamat pagi, aku terus jawab selamat pagi ZOMBIE..haha. berbual sekejap sambil memandu dan dia berjanji untuk menemui aku petang nanti. Aku tidak kisah dan tidak berharap. Usaha usaha kecil sehari dua ini seakan berjaya membina pagar pagar hati. Mohon kekuatan sebenar dari Allah.
Kini aku merasakan ..kita menentukan bagaimana orang treat kita, kalau kita berprinsip orang tidak berani buat sebarangan, jangan pulak keterlaluan dominasi dan strict, tiada orang mahu singgah ditempat yang tiada ruang dan perteduhan. jadilah seadanya kita, bertemu dan berpisah kerana ada keperluan yang bukan bermatlamatkan NAFSU tapi intelectual dan sosial satisfaction as human being. Rasa kebersamaan dan kefahaman menjadikan kita kuat dan bersemangat.
Baru aku faham...we meet with peace for peace.