Sabtu yang tidak begitu sihat memaksa aku meneruskan JANJI. Janji untuk membawa adik adikku ke Medan City Indonesia. kami sudah menemaph tiket dari tahun lepas lagi. harga tiket yang hanya RM105 pergi balik untuk 3 orang. Liatnya aku hnaya tuhan yang tahu, masa membuat penukaran duit lagi mahu rasanya aku ucapakan TAK PAYAH PERGI lah dik..huhuhu mahu mengamuk mereka. Sehari lebih awal aku membuat bayaran kad kredit kerana tidak mahu membawa CASH yang banyak.
Sesampai di airport KL, aku menggigil menelan pascetamol, piriton dan pred. kami bertolak jam 1.40 tengah hari. Sesampai di kota Medan yang hanya 50 minit, kami minum seketika untuk mengelak dari supir supir yang menawarkan khidmat taxi. Aku sudah membaca semua forum dicussion tentang Medan. Selesai minum, kami terus ke tempat taxi air port dan mendapatkan taxi hanya Rupiah 55 ribu sahaja.
Grand Sakura Hotel dikhabarkan oleh supir sebagai hotel yang menjadi sarang kenakalan peria dari Malaysia. manalah aku tahu, aku hanay mencari hotel yang bertaraf 3 bintang yang boleh booking online dan hold booking tanpa memotong terus bayaran kad kredit. Servis counter hotel tersangat lembab. aku mundar mandir kepenatan dan kelaparan bercampur hangat hati kerana booking dilewatkan kerana katanya kamar perlu disiapkan ada tetamu late check out. huuuh dengus hati ku.
Akhirnya aku pergi makan tengahari dicafe hotel dan merayu berkali kali saya sudah kepenatan tolonglah. mau tak penat , badan kurang sihat malah bercampur ubat. Bila dapat saja kunci, kami cepat cepat makan dan naik berehat dan aku tidaks edar paa yang berlaku hinggalah pukul 9 malam aku terbangun untuk mandi dan siapkan diri. memandangkan cuaca hujan dan kami takut utk keluar malam, aku hanya mengaka mereka pergi KARAOKE. kami berkaraoke bertiga selama 3 jam fuhhhh ppuas hati screen so big sound sistem do good...berbaloi baloi...sesekali fun bertiga syokkkkk sgt. Sebelum balik kebilik, sekali lagi kami makan malam chicken sandwich yang enak.
Keesokannya kami breakfast, salah sorg perlu bayar sebab breakfast just for 2. Acik bayar. Aku mcm biasa mana peduli orang, aku datang nak enjoy sapa nak pandang lantaklah...sedang kami breakfast seorg jejaka bengali dibelakang menegur kami.Lantas aku berpaling dan terpandanglah seorg lelaki separuh umur dan kwnnya sedang asyik dgn breakfast dan lap top. Aku memnag biasa dgn org, tiada sebab untuk aku malu dan tiada sebab juga utk aku lebih lebih. Setiap soalan mereka aku jawab sebaik mungkin dan aku memeperkenalkan diriku sebagai business lady. Aku dah malas nak kaitkan diriku dgn UIA.
Semenjak saat itu, mereka banyak plan untuk ekluar bersama , pada hematku untung jugak tak adalah takut tertipu dengan seseorang dan tak adalah risau kalau silap ambik kenderaan awam. Apa lagi setiap kali keluar dan makan makan itu kami hanya suap yang membayarnya salah seorang dari mereka. Aku kurang pasti apa tujuan mereka berdua ke Medan. ahh air asia murah saja..every body can fly. Aku sempat mengenali Erwin, supir hotel yang baik dan peramah. Bila aku yang buat contact dgn Erwin, kami berlima menaiki kenderaan Erwin dan perjalanan menjadi sangat jimat. Pada malamnya kami keluar makan di gerai berdekatan, kalau tiada 2 org kenalan tu aku memnag tidak memilih untuk keluar malam kat tempat orang begini. dapatlah kami rasa Satay Indon, Murtabak Indon dan kami borak berlima. Keesokannya acara jalan jalan beli beli lagi, aku lihat Linda dan fatin bukan main seronok, kami juga membantu memilih apa yang 2 sahabat itu perlukan untuk dibawa pulang buat isteri dan anak mereka. yang paling seronok waktu lunch kami makan NASI PADANG di sebuah restaurant yang sangat bagus. Aku tidak pernah merasa nasi padang sesedap disitu, dgn sambal hijau , dan pucuk betiknya, ayam kampung goreng yang rangup dan gulai otak lembu dan jering. Aku seronok makan sampai lupa kiri kanan. Aku mesti dtg lagi ke restaurant ini.
ptg itu kami sambung acara jalan jalan. Linda dan fatin bukan main seronok aku sangat penat. Cukup kopi dan buku je peneman aku di cafe ground floor sebuah supermarket terbesar MEDAN. bila pulang kami terus bersiap utk ke airport dan kami tumpangkan barang di bilik salahs eorg kwn baru itu. Aku suka Medan. Suasananya tidak susah, flightnya pun pendek tempuh dan paling aku suka makanannya. Di kesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terimakasih pada Hera Singh dan Prof Wan Manan Wan Muda yang secara tidak sengaja menjadi kawan dan body guard kami disana. Umur panjang kita berjumpa lagi.
Jauh Berjalan banyak PENGALAMAN, kenalan dan rakan menambah KECERIAAN! Cheers!