Monday, January 17, 2011

Message buat TEMAN


salam Fa..za baru masuk office ni..agak lewat hehe..semlm susah nak tidur bila minum teh tarik dekat pukul 11 mlm ..kepala ding dong ding dong berfikir. fa tgok posting za dari tgh mlm semlm...posting tu tertulis kerana seakan menjawab persoalan yang ditimbulkan DK. Akhir akhir ni za sangat tertekan dengan hubungan dgn sani...za cuba bertahan dengan pelbagai aktiviti dan setting diminda...za ketepikan seberapa byk faktor stress lain..tapi za tak berjaya juga..semuannya seakan temporary je paling lama seminggu...bial diri tidak terlalu kuat semua tu roboh..berkebetulan pulak kakak buat perangai..tu yang za seakan kalah dengan keadaan. Semalam langsung tidak boleh concentrate kerja dipejabat..sukar untuk focus..semua session terpaksa ditunda hari ini...petang za bercakap telefon dgn sani...seklai lagi za menangis..diam diam dlm hati za merayu dgn Allah ..buka kan sedikit hati sani utk faham keadaan za..Alhamdulilah..kami berbincang dgn penuh baik dan kasih sayang...automatik za jadi segar..za rasa mendapat nafas semula..segala sakit sakit kat belakang hilang. sani begitu naif hatinya namun baik Fa..itu yang za dapat lihat...Tiba tiba ada keyakinan yang banyak dengan sabar dan kasih sayang, za masih boleh mengindahkan hubungan kami..Sehabis bincang dgn sani..DK ajak za minum dan minta hulurkan DVD movie...sambil minum dia bertanya za sebab akhir akhir ini dia perasaan tone suara za sedih dan tertekan..Za ckp alhamdulilah ..Allah terus tunjuk jalan..DK kata dia tidak bersetuju dgn cara za, dia suruh za letak satu standard setting diminda..za hidup dgn sani hanya kerana ada project iaitu jagaan anak. Za boleh treat sani dgn seberapa byk beban..za plan sendirian dlm plot begini..za jauhkan hati dan perasaan. Ini cara terbaik agak za tidak suffer katanya. Fa..ternyata kalau menggunakan brain semata segalanya menjadi IDEALISTIC..inilah cara za melihat advice DK..patutlah advice tidak dibenarkan dlm kaunseling. Manusia perceive life dan issue berbeza plus hati dan minda berbeza...za senyum dan jwb padanya tahnks for your advice but for me it is too idealistic..org bijak pandai memnag byk dan suka pakai kepala je but tidak hati. Bila za balik kerumah..za terus tertulis apa hati za kata pada kenyatan DK..I dont have the heart to hurt him but I can stand still to LOVE him. Kita tidak dilahirkan untuk mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedaifan org lain tapi kita adalah pendidik mendidik adalah tugas hingga ke liang lahad. Namun dalam hubungan sitimewa suami dan isteri selagi ada JODOH..Alalh tetap titiskan mawaddah warahmah..rasa kesian..simpati dan cinta yang halus...moga Allah bantu za..bantu fa..kita terus berjuang untuk bahtera rumahtangga kita Fa..Aminnnnnnnnnn. Inilah peluang untuk meluah yang berjaya ditulis pagi ini. Berkongsi dengan kawan yang sealiran fahaman, kami dibidang kaunseling. Kaunseling yang banyak melihat keunikan hati, minda dan perbuatan manusia.

lagi banyak kita berkomunikasi sebenarnya lagi banyak kita mengenali hati dan fikiran. Allah mengariskan keunikan melalui perbezaan dan persamaan. Namun dalam konteks menolong, kita perlu memahami siapa sebenarnya oranag yang minta pertolongana itu. Untuk memahami semestinya pendengaran yang berkesan dan penuh empati. meletakkan diri kita ditempatnya, menyelami hati , jiwa dan perasaannya. Menyelesaikan masalah tidak semudah menyelesaikan matematik yang bersifat factual. Manusia nampak saja rambut sama hitam namun hati lain lain. Setiap manusia dilahirkan dalam pace tersendiri kerana itu seseorang yang lemah perlu dibimbing dan seseorang yang teguh tidak boleh menongkat langit. Allah ciptakan kita saling perlu memerlukan.

Dalam mentadbir kehidupan, tiada jalan singkat atau system pun yang boleh diterima pakai oleh semua lapisan manusia. Terlalu banyak rahsia Alalh yang masih tersembunyi, namun menguasai ilmu memahami manusia banyak berperanan membantu kita untuk bagaimana mengendalikan manusia. Apa pun bentuk dugaan dan cabaran, semua persimpanagn adalah kemabli kepada Tuhan Rabbu Jalil. tiada satu pun yang terkecuali, bila kita terus meminta penuh harap dikala kebuntuan, Allah pasti datangkan Ilham, Allah yang memegang KUNCI hati manusia, Allah juga pemberi rahmat dan rezeki, kenapa kita masih merasai kita seakan lebih mampu, sedang dalam sekelip mata semuanya boleh berakhir dengan khendak Allah. Keadilan Allah adalah sesuatu yang pasti...jangan takut untuk menycikan hati, merintih memohon simpati dan terus menagih agihan CINTA ILAHI...

Hari ini tasik hati begitu damai seklai, bila ada ilham yang didatangi allah dan dilaksanakan penuh meredah jiwa dan kuasa Rabbi shrahli sadri wayassirli amri wahlu ukdatan minlisani wapkahu kauli..Aminnnnnnnnnnnn

Alhamdulilah...helaan nafasku amat mensyukuri nikmat dan kurnian mu ya Allah.