Alhamdulilah, Syabaan datang lagi, betapa bersyukurnya hati
kerana diberi peluang lagi oleh Allah kali ini. Kalau sepanjang Rejab hanya
mampu berpuasa 5 hari, sepatutnya Syabaan jumplahnya bertambah. Bulan ini bulan
yang penuh rahmat untuk membina istiqamah diri. Alhamdulilah juga semalam aku
sudah meraikan SEMARAK SYAABAN
dengan pengorbanan lapar dan dahagaku hanya kerana Allah taala. Alhamdulilah
sungguh nikmat ibadatku semalam.
Hati begitu sayang untuk melepaskan 1 syabaan begitu saja,
walau tidak bersahur dan tidak makan makanan berat sepanjang malam, malah kerja
kerja bercakap didepan pelajar sebanyak 3 siri, tuhan saja yang tahu gerunnya
aku melihat cabaran. Namun rasa untuk terus berpuasa menjadi pilihanku,
Alhamdulilah, aku bersaksikan nikmat dan rahmat Allah disebalik sebuah
komitment terhadap keagungannya, semalam aku lalui hari dengan begitu mudah,
malah terasa segar dan bercakap sebanyak tiga siri langsung tidak memenatkan
apalagi mengundang rasa dahaga. Maha kaya dan maha pengasih Allah terhadap
hambanya. Ternyata berharap kepada Allah tidak pernah mengecawakan sama sekali.
Berbanding hari ini, aku memilih untuk tidak puasa atas
banyak sebab, antaranya ingin menumpukan sepenuh fokus pada kerja kerja power
point presentation, lagi pun akan berkejar pulan di petang hari untuk mengurus
anak dan suami makan sebelum keluar semula untuk mengikuti SUCCEESS MASTERMIND dengan kawan kawan money and you. Seawal jam 5
pagi, bila terjaga teringat yang aku belum solat Isyak, kepala sudah berdenyut
denyut. Hampir rebah aku untuk cergas seperti biasa, aku tahankan diri dan
seharian di pejabat dengan kepala berdenyut. Puasa tidak akan menggagalkan apa
saja hajat dan kerja kita. Mungkin itulah yang Allah mengajarku disebalik
pengalaman ini.
Puasa Syabaan seterusnya ialah Khamis nanti. In sha Allah,
moga Allah permudahkan seperti pengalaman terdahulu walau komitment tugas agak
berat. Minggu depan juga sukar untuk aku berpuasa kecuali hanya pada hari
khamis. Kerja luar dearah dan berdepan dengan orang ramai selama 3 hari pasti
memenatkan. Kalau tidak ada aral hari khamis baru boleh berpuasa semula.
Seronoknya menghayati puasa di bulan Syaaban dans eronoknya menjadikan puasa
satu budaya ibadah setiap isnin dan khamis. Terima kasih Allah kerana memilih
aku untuk diberikan nikmatmu, nikmat kelazatan ibadatmu bukan semua manusia
mampu mengecapinya. Dan di atas kekurangan aku, aku masih diberi peluang oleh
mu tuhanku yang maha pengasih dan penyayang.
Selain dari puasa, aku ingin membanyakkan lagi ibadat ibadat
lain dan mencari peluang mengunjungi masjid dan acara acara agama. Semoga
keinginan yang baik ini didorongkan dengan mudah oleh Allah taala. Tiada daya
upaya diri ini tanpa BANTUAN YA RABBI.
Solat sunat, solat dhuha, qiyam, Bacaan Quran dan Quran terjemahan, masjid
setiap petang khamis, dan hujung minggu, puasa lebih dari 2 hari seminggu,
belajar agama dan menonton rancangan agama. Alhamdulilah, diakhir Rejab, aku
sudah memberikan pengisian diri dalam ESQ walau tidak lengkap sehari lantaran
sakit belakang yang berterusan.
Ya Allah perkenankan hajat dan impianku..amin