Seawal pagi yang hening di Euro Wembley Hotel kedengaran tapak tapak kaki bergegas dengan urusan masing masing mengejutkan aku dari tidur. sambil menyandar didinding, aku melayani apa yang diprkatakan Mai..itu dan ini...segalanya dipermudahkan Allah aku tidak boleh bersolat sebaik menunaikan solat subuh di Egham. mai mengajak aku ke cafe ..breakfast Inggeris percuma katanya..hehe dia berhajat menegnalkan aku dengans eorag engineer komputer software sahabat barunya...orang Italy. jeng jeng jeng.
kami turun beriringan. Mai begitu simple macam rumah sendiri tapi kecantikannya masih terserlah. sambil makan pagi kami berbual dan sesekali Mai memandang kebelakang mencari kalau kalau sidia sudah tiba. Hingga kami habis dan agak laam menunggu..tidak jugak kelihatan. mai kelihatan agak kecewa...dan aku sebagai kawan untuk diperkenalkan terlepas peluang..hehe
Selepas sarapan, mai mula bersiap siap untuk ke cambridge. dia memang hantu Library..itulah kehebatannya...aku doakan dia dapat apa yang dicarinya. sambil bersiap kami berbual bual...aku cadangakn beberapa perkara antaranya aku ingin melihat rambutnya dibelah tepi..hehe padaku mungkin bertambah cantik!! Akus engaja menunggu dia bersiap sepenuhnya kerana aku tidak mahu dia menunggu aku dibilik air. Lagipun waktu kami bersama agak terhad. bila tiba waktu mai berangkat..dia sempat berpesan pakailah biliknya seberapa hari yang aku mahu..hehe dan aku memeluknya kemas..selamat beristirehat sambil membelai buku buku dan mencari bahan yang diperlukan. kalau ada kesempatan kita berjumpa lagi. itulah Mai...aku tidak pernah menduga..sangat baik orangnya..dan dia banyak kali mengatakan aku seorang yang sangat adaptable!! hehe
Seperginya Mai barulah aku bersiap menunggu sepupuku datang kembali menejmput sampai aku terlelap. senangnya disini..baju tidak berbau..sennag untuk ricycle..hehe aku hanya pakai baju semalam. bila ja datang, destinasi kami kali ini ialah London Cruise. Cuaca kelihatan cerah dan lebih indah dari semalam. namun angin yang bertiup sejuk tersangat sejuk hingga aku terpaksa menaikkan kolar baju jaket. banyak gambar dan pose pose diminta oleh sepupuku..aku ni quite camera shy..tapi dek kerana sayangkan pengalaman..buat je lah gaya tersendiri yang tak mampu menyaingi model..hehe
Sejurus selepas berpusing sungai Thames dengan Cruise kami berjalan mencari suami ja dan terus menuju ke Harrods. selama ini aku hanya mendengar nama Harrods dari kisah lady Diana bercinta dengan Dodi Al Fayed. Aku amat memeinati kisah cinta mereka dan amat berharap ada akhirnya kerana itulah aku abadikan nama Fayyadh sempena nama Al Fayed. tidak sangaka hari ini aku mampu memijak dan merasai kehebatan gedung yang paling mewah di England ini. Terasa begitu asig..dan terasa ini bukan tempat kita..hehe aku dan ja terasa kecil ..tearsa tidak ada apa yangs esuia dengan budget kami..berjalan dan berjalan melihat sekeliling dan bila safwah ingin kebilik air, kami pergi bersama. Tu dia sebuah bilik air yang boleh dibuat tempat tidur. setiap orang keluar masuk akan terus dicuci. Petugas khas menunggu dengan setia. Di suatu sudut kelihatan losyen dan minyak wangi..dan aku melihat wanita wanit anggun dan cantik keluar tandas mebasuh tangan dan menerpa losyen dan minyak wangi. di satu sudut lain pula diletakan mineral water panas dan sejuk...cawannya pakai buang. Di kelilingnya ad runag ruang membetulkan pakaian dan makeup..huuuh terlalu asing pada aku..inilah sebenar benar kemewahan..tandasnya dah cukup mewahhh tahulah kita bagaimana mewahnya customernya..dan agaknay yang paling tidak mewah dan bernasib baik..aku le..hehe.
Akhir sekali kami pergi ke level paling bawah. dalam perjalanan turun terjumpa Memorial lady Diana dan Dodi lalu aku bergambar dan meletakan ucapan kenagan buat mendiang berdua...Rest in peace for both of you...with love Asniza from Malaysia.hehe kalau aku tidak sempat bertemu tuannay bertemu memorialnya pun sudah cukup bermakna. di level paling bawah barulah keliahtan pelbagai barangan yang boleh dijadikan souvenir. Aku tertarik dengan beg, pen dan teddy bear buat Alya. sehebat harrods itulah Alya dimataku. dan aku membelikan beg merah dengan wallet bertulis harrods untuk wahida dan aku..kami boleh berkongsi sebagai ikatan kenangan. Pita lukisan buat Harraz dan 4 batang pen buat sesiapa ynag kena dihati ini.
Selesai mencari souvenir di jalan sebelum ke Malysia Hall, barulah kami makan tengahrai di Malysia Hall. Aku tidak menganggap makana disitu mahal asal kan kena dengan kemelayuan yang ingin diperlihatkan. Aku dan Safwah kenalah 10pound. safwah sungguh berselera makan disitu. kami beransur pulang ke Coventry rumah sepupu ku. Dia belajar di University warwrick peringkat PHD dalam bidang Accounting. dalam perjalanan yang indah itu..taajub aku melihat pemandanga keliling dan kami berhenti untuk sessi foto dalam kesejukan ..lebih sejuk dari London.
2 hari London dalam kenangan Abadi disudut hati....