Ho Chi Min City adalah ibu negara vietnam yang dulunya dikenali sebagai Saigon. Aku tidak pernah terlintas akan menjejaki negara ini dalam tempoh sedekat ini, tetpai benrlah kata orang kalau sudah menjadi rezeki , peluang pasti datang bergolek. dalam aku sibuk berbincang untuk ke Chiang Mai dengan Neli...tiba tiba kak noni menawarkan aku ke Hi Chi Min mengikut group kak Rospita.
Demi menjayakan hasrat aku ingin menjelajah ke semua city dunia terutama asia, aku menyelamatkan sedikit wang dari budget ke London untuk membayar pakej Hi Chi Min ini yang nilainya RM1200. Sebenarnya memang jarak waktu antar pulang dari London dengan sessi lawatan ke Ho Chi Min ini agak dekat dan aku masih penat berjalan. tetapi entah apa yang memanggil aku untuk tidak melepas peluang.
Pagi khamis 10 June, seawal pukul 5 pagi aku sudah bangun dan bersiap, pukul 6 pagi menjemput kak noni di rumahnya...mengantuk usak ceritalah...tersangat mengantuk kerana pada malamnya aku tidak begitu melepakan mata. Sesampai di airport,bersalaman dengan suami dan aku sempat berpesan "sepeninggalan saya..jangan bawa kereta laju laju". aku dengan kak noni menunggu kelibat orang lain, aku terpaksa mendengar segala cerita pejabat yang diluahkan kak Noni..hehe biasalah kak noni kalau tidak bercerita tidak cukup lega agaknya.
kami agak terkejar kejar untuk melepasi crowd yang terlalu ramai memnadangkan waktu penerbangan sudah hampir. Aku sama seklai tidak meyangka sistem MAS jauh lebih leceh berbanding air asia. Akhirnya tepat 9.05 kami terbang ke HoChi Min City. penerbangan mengambil masa 2 jam dan kami sampai tepat pukul 10 pagi waktu Vietnam. Aku tidak lagi cuak melepasi para imigresen semenjak kembali dari London seorang diri..hehe dan setiba kami di pintu ketibaan kami telah disambut oleh pemandu pelancung yang bernam Cristine.
Aku terpegun melihat bandar yang jauh lebih kecil dari bandaraya Kuala Lumpur ini dengan kepesatannya tersendiri. rata rata penduduknya menggunakan motosikal sebagai kenderaan rasmi seharian nampak ringkas dan senang. Acar kami pertama ialah sesi bergambar di emnara arca sibol Ho Chi min dan pejabat pos besarnya. Seterusnya kami makan tengahari di Restauran Shamsuddin..restauran muslim melayu champa..sedap masakannya ada kelainan tapi tidak lari dari ciri kemelayuan. kami dibawa melawat kilang kraftangan yang diusahakan masyarakat cacat mangsa perang...tersentuh naluriku..melihat hidup mereka. tidak hairanlah kesenian mereka terserlah kerana itu saja kegembiraan yang mereka ada...mereka ini kebanyakannya adalah mangsa sejenis bahan yang dinamakan OREN yang diletakan oleh tentera US ke sungai mekong..dan sesiapa yang meminum airnya selama 3 generasi akan tersu cacat. Ada yang bongkok..ada yang tiada kaki..ada yang mata nay senget..ada yang mukanya kecil..ada yang tangannya satu...begitulah hidup...rupanya masih ramai yang MALANG..
Memasuki hotel untuk berihat adalah sesuatu yangs angat dinantikan. cantik hotelnya apalagi ada jacuzi...seronok acar mandiku...tetapi kepala sudah mula tidak selesa akibat cuaca panas dan kekurangan air mineral. malamnya kami keluar makan malam di restauran Tandoori dan berjalan jaalan di Ban Than market.
Aku pada mulanya memang tidak berhasrat untuk berbelanja. Apalagi aku hanya membawa USD200 sahaja. Melihat longgokan telekung yang hanya berharga USD10 dan sutera Vietnam USD10...ohhh ohhh aku kena berbelanja untuk dijual semula kepada kwn kwn. Bukan sennag untuk mencari materials ebegini di Kuala Lumpur . ternyata modalnya rendah sangat dan tiba tiba terlintas sesuatu difikiranku. balik kebilik tersedar aku sudah habis USD100. malam itu kami tidur kepenatan. Keesokannya..acara pagi dimulakan dengan sarapan pagi yang amat menegecewakan. Pihak hotel tidak mengutamakan makanan untuk Muslim yangs angat majoriti dihotel itu. terpakslah kami menelan roti sahaja dan aku memilih telur rebus. kami menuju ke CHU CHI. inailah satus atunya tempat pertempuran tentera gerila vietnam dengan US. kami melihat segala stragtegi dan kemmapuan tentera tersebut..dahsyat..tidak hiranlah Amerika KALAH TERUK.
Aku melahap ubu kayu rebus yang dihidangkan di camp itu kerana terlalu lapar. badan pula sudah terasa seram sejuknya. pulang dari camp yang 4 jam perjalanan pergi dan balik, kami terus mebawa haluan masing masing selepas makan di kedai shamsuddin untuk kali kedua. Aku membeli serba sedikit barang dan petangnya kami ke tempat supplier tudung muslim champa..Ustazah Bashirah. kainnya cantik cantik dan mungkin lebih original. kami keluar makan malam di Cruise sambil berlayar sepanjang sungai mekong. Acara makan yangs angat aku tidak gembira kerana makanannya tidak begitu bagus. Pengalaman sajalah yang agak lain naik cruise waktu malam sambil sempat melihat acara acara hiburan di atas cruise. balik ke bilik aku tersu tertidur keletihan.
keesokannay, kami ada masa separuh hari sebelum check out. Aku berjaklan dgn kak Ros ke Ben than market. buah buah begitu mahal untuk dibeli lagi pun aku malas untuk membawa. Akus empat mebelikan Alya baju tidur cotton yangs enada dengan wahida..inilah 2 orang anak perempuanku..hehe seterusnya aku meninjua ninjau...memang di sana lagi murah kain kain untuk di buat berniaga. Aku berazam pasti datang lagi untuk membeli kain dan telekung. kami pulang dan bersiap..ada sedikit incident kommunikasi dan aku dan kak noni terlepas mkn tengahrai..laparrrnyeeee...tapi sabarrr dan sabar lagi mendengar leteran kak Noni...hehe.Akhirnya kami pulang ke Kuala Lumpur tepat 7 petang dan sampai 9 mlm. Aku melahap nasi goreng didalam kapal terbang...Apa yang dapat aku katakan..Ho Chi Min tempat peningalan semnagat servivor yang tinggi...kalau kita tenguk tiada yang msutahil baila kita terlalu ingin lakukan kerana sudah penat berada dalam tekanan...PEACE VIETNAM!!!!!