Salam semua yang setia membaca perkongsian demi perkongsian yang ada disini. Blog inilah permulaan karier penulisan saya satu hari nanti. Semenjak pagi tadi yang agak kelam kabut dan teramat sibuk, hati saya tidak henti henti ketagih menulis diblog ini terutama bila ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi...baru semalam..panas panas lagi!!!
Semalam saya terpaksa bercuti, dan hati tertanya tanya apa agaknya keuntungan waktu hari ini sedangkan arghhh rindu untuk berada di pejabat seperti biasa. lantas teringat ada satu kerja yang telah disebut mak berkali kali untuk disiapkan. Saya memilih menaja cenderamata kepada para jiran yang bakal bersusah paayh dimajlis adik bongsu saya nanti. dan saya bercadang menberikan mereka tuala mandi yang berkualiti. lantas terdetik dihati...yesss inilah masannya...kalau tidak aduhhhh seksannya ke one utama dihujung minggu mendapatkan barangan yang banyak dan menunggu barisan membayar, membalut percuma pula. Dengan segera misi itu dituju. dan berada di supermarket pada hari bekerja ialah satu kelapangan yang tidak terkata..lapang dada melunaskan tanggungjawab itu...masa pun sudah hampir suntuk. Ada lagi dua minggu kenduri adik.
Tangan begitu laju memilih tuala pelbagai warna dan super price untuk J card holder...gumbira bukan kepalang. Sambil menunggu petugas jusco membuat bungkusan, mata meninjau ninjau barangan rumah yang merupakan bahagian kegemaranku bila berkunjung kesitu. tertangkaplah harga separuh barangan elektik display item...aku cepat cepat mengambil periuk nasi kecil yang akhirnnya cuma RM30 dan Multicooker RM50..wahhh seronoknnya...senang untuk pergi kemana mana nanti...masak sendiri!!! masa masih panjang, lantas aku terpaku pada plasma and LCD TV...hehe memang hajat dihati untuk buat home improvement...rumah kecil tak apa asal selesa. Idea keselesaan ruang rumah memang melibatkan TV diruang tamu kerana aku berhajat mengenepikan cabinet TV yang menyemakkan mata itu. Hati tertanya tanya...sekarang masa yang sesuai?..kalau tak bila lagi?..bukan sennag nak ke mari nama je dekat...hehe!!! berdasar fikiran begitulah aku terus menilai satu persatu harga dengan saiz Tv yang aku inginkan. 42" dengan harga sekitar 3700 dan 3900..dar barisan jenama Hitachi, Sony,Samsung, Toshiba, Philips dan aku agak keliru perbezaan plasma dan LCD. lantas datanglah eorang jurujual bahagian yang bertanya spesifikasi aku...dengan lawak aku meberitahu..besar dan murah hehe..lantas dia menunjukka aku latest sony LCD dengan USB RM3200 dan discount 5% tapi 40". Aku kira dia mungkin lebih arif bila katanya LCD lebih baik dari Plasma dari segi energy saving. dan aku berungut pasal 40" katanya pulak alah apalah bezanya sangat 2" dan Sony adalh brand terbaik. Akhirnya walau hati berat dan tidak sedap kerana dia gak beriya iya lalau aku berkata setuju memilih Sony LCD TV dan setelah documentation bayaran mudah expressku ditandatangani dia berkira kira aku perlu mebayar secara cash sebanyak RM800.00 dan aku menangguhkan bayaran dan mengambil TV itu pada malamnnya kerana suamiku perlu turut sama.
Selepas menerima call pada 7.30pm, kami bergegas ke One Utama. Juru jual yang bertugas sudah bertukar orang lalau fileku dirujuk dan beliau pergi mengambil stok. Sementara menunggu tiba tiba aku terpandan Panasonik plasma TV 42" dengan harga RM3200 dicount 5% dan rebet RM600 untuk J card Holder sempena tahun baru cina...tiba tiba aku rasa sakit kepala. Adussssss tawaran didepan mata ini lebih lumayan. dan melintas seorang mecanic tv lalu aku terringan mulut bertanya, apa beza plasma dan LCD...plasma ni gas kak...gambar lagi cantik dan save energy...LCD tv biasa cuma flat dan nipis...tak save energy...alamak..maklumat paling penting sudah bercanggah. bila jurujual membawa naik stok aku, aku kira kali ini aku perlu berani ..aku tidak boleh berhabis dan menyesal dan yang penting ini pilihan hati yang tepat tanpa induced dari luaran yang keterlaluan. Dengan beraninya aku berkata pada juru jual itu...Dik I change my mind!!!hehe..boleh kan??..saya ada right kan??..hehe jurujual itu akur dan memanggil supervisornya. Aku menjelaskan kemahuanku dan aku tidak peduli jika ianya mengambil sedikit masa untuk merubah perjanjian dan document dan yang pasti aku hanya bayar RM100 sahaja balance skim bayran mudah dan aku dapat TV dengan sepenuhnnya specifikasi yang aku mahu dan perfect memenuhi keperluan aku...hehe bila suervisornnya berkata susah sikit aku dengan tegas menjawab...dik akak hanya ada dua pilihan...beli yang akak mahu atau tidak beli langsung..lambat tak mengapa asal akak gembira dan tidak guna akak meneruskan pembelian pemilikan Sony LCD kalau hati terkilan dan teringat ingat keistimewaan Panasonic Plasma ini!!! TIDUR TAK LENA tau!!! kataku lagi RM800 banyak tau!!! hehe dan akhirnya supervisor itu bersetuju dan berjanji menghubungi aku semula dlm masa seminggu. Aku pulang dengan hati yan sangat puas...satu pembelajaran...satu pengalaman...dan untuk pertama kalinnya dalam hidup AKU BERANI BERKATA TIDAK PADA BENDA YANG BUKAN PILIHAN AKU SEPENUHNNYA.....eeiiii seronokkkkknyaaaaaa.
p/s..Bila memilih...pilihlah dari hati sendiri dan jangan dipengaruhi orang lain yang meletak diri dan minat mereka disitu...kita lebih tahu apa yang kita suka dan inginkan!!!!