SEPETANG BERSAMA KAK RIZ.
Sepetang aku bersama seorang sahabat cukup membuatkan petangku bermakna dan hati ini begitu terisi dengan kisah dan cerita cerita hidupnya. Kesempatan sepanjang hampir 2 jam bersama di ruang dapur rumahnya memperlihatkan padaku betapa beliau seorang wanita yang cukup tabah dan sabar. Mulutnya tidak berhenti berbicara, setiap patah kata katanya penuh keikhlasan dan beliau sendiri memepelajari sesuatu dari pengalamannya sendiri. Aku yang paling untung di sini, cerita dan pengalaman hidupnya cukup mengajar aku bahawa ada sesetengah manusia sungguh istimewa kejadiannya. Hidup kita dikelilingi pelbagai watak, ada yang membahagiakan dan tidak kurang juga yang terlalu mencabar diri kita. Ada watak yang sangat kita banggakan dan ada juga watak yang mampu menimbulkan kebencin. Namun, perjalanan hidup yang panjang kurniaan Allah sesungguhnya membuatkan kita mampu berfikir dari pengalaman, mempelajari apa yang terjadi dan pengajarannya, melihat hikmah dan nikmat disebalik susun atur sebuah perjalanan kehidupan. Akhirnya kita rasakan memang betul tiada yang sia-sia, dia begitu kita begini tapi saling lengap melengkapi. Dunia bukanlah tempat untuk kita memilih hanya mahukan keseronokan, apalagi bukanlah tempat kekal abadi sebaliknya satu peluang perjalanana yang cukup menyediakan kita kepada peluang peluang akhirat yang kita akan bawa bersama.. Aku merasa cukup insaf, Allah memang menjadikan manusia ini pelbagai ada tujuan dan maksud tersendiri. Ada yang terlalu lemah, dan ada juga yang terlalu kuat. Tapi janganlah kita meletakkan perbandingan itu sebagai peluang untuk kita megkelaskan sesame manusia. Sedang manusia sebenarnya saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Si ayah yang lembut, si ibu yang sangat garang dan bijak mengatur. Sisuami yang suka mengurus, si isteri yang baik hati megikut setiap tadbiran dan urusan Cuma sesekali membangkang menyuarakan kemahuan. Dari kedua dua generasi ini terbitlah anak anak yang ada yang bijak mengarah dan megurus…ada juga yang hanya lebih aman memilih untuk megikut. Setiap kejadian yang hampir memecah belahkan dipelajari dihayati dan difahami, apa bila salah seorang menutup mata, penyesalan bersarang dihati. Apakan daya..sudah terlepas kalaulah kita mampu mengundurkan waktu ..memang berat untuk kita teruskan. Kita hanya mampu berdoa semoga kita dimaafkan, diampunkan dan janganlah kita kedekut untuk berkongsi rasa kecewa dan terkilan sebagai pengajaran kepada genersai baru yang merewang2 mencari haluan yang pasti..
Seronok sungguh seronok, perkongsian ikhlas seorang sahabat padaku adalah sebahagian rezeki…rezeki ilmu ..rezeki kasih sayang. Perkongsian itu juga mengeratkan lagi hati kami, penuh kejujuran…penuh kerendahan diri dan pengajaran dari cerita hidup kami... kan kuabadikan segalanya sebagai sebuah pedoman dan akan kuwarwarkan pada generasi akan datang yang mencari cari erti sebuah budi dan hati.
Kak Riz terimakasih atas segalannya....rindu sellau buatmu...