Thursday, May 10, 2012

Kerehatan untuk LEBIH SIHAT


Pagi Jumaat yang kurang INDAH kerana tidak mampu menghayatinya sepenuh hati lantaran KEUZURAN tabii seorang perempuan. jalan raya yang sibuk bertumpu ribuan kereta menuju ketempat kerja masing masing, aku sedikit gelisah, namun cuba tenangkan hati dengan zikir zikir rutin perjalanan ke pejabat dipagi hari, Al Aziz dan Al Jabbar. Alhamdulilah berkat doaku semalam, dalam sibuknya jalan raya dan dalan keterlewatan bangun pagi, aku hanya habiskan 20 minit merentas pelangi damansara ke Seksyen 17 petaling Jaya. Bukankah ajaibnya sebuah doa dan zikir. Alahmdulilah ya Allah. manisnya lankah diringi doa dan zikirmu.

Aku cuba hubungi Nik kawan baru yang semakin rapat denganku kerana IOPE, sudah lama Nik mencari aku untuk lunch atau breakfast bersama sambil mengambil order. Aku sudah awal awal siapkan order Nik, sedaya upaya insya Allah aku tidak mahu hampakan dia. Aku juga hubungi Lynda, lecturer English department yang sudah lama tertangguh pertemuan dengan aku. Alhamdulilah selesai perbincangan dengan mereka untuk janji yang telah diupdate. Agenda besar hari ini ialah mengadap boss, untuk 2 hari cuti sakit dan prosedur permohonan training. Alhamdulilah walau tidak mesra sebab aku sangat berhati hati, namun perbincangan kami tenang. Boss memberitahu dia bekukan sebarang training dan aktiviti lain untuk sepanjang Mei dan June untuk semua kami menumpukan pada progress dalaman Unit. Aku doakan agar idea boss yang bakal diketengahkan dalam meeting minggu depan akan menyatukan kami dalam kerja dan sekaligus membuahkan rasa gembira dan semangat berpasukan terutama untuk aku. Semoga Allah membuka pintu hatinya, alangkah ruginya tenaga kalau melayan rasa tidak puas hati yang tidak berkesudahan. kalau perlu beralah, aku beralah sebaik mungkin demi ketenangan semua pihak. Aku agak teruja untuk meeting unit buat kali ke2 untuk tahun 2012 bersama penganti Zul, semoga ada nafas baru dalam unit ini dan semoga ada berita gembira buat hatiku dengan mereka. Aku tidak berharap untuk bina chemistry, ada ketikanya position dan lokasi kita tidak membawa kepada chemistry tapi kita bertindak profesional, kita berteam demi kerja, semangat kerja berpasukan penuh profesional sama sekali menjauhkan mainan perasaan.

Ada satu kerja sedang menunggu sentuhanku, sementara itu aku mengambil sedikit masa untuk berblog, lama ku tinggalkan lantaran banyak urusan dalam kehidupan.  Hubby menelefon dengan suara penuh gembira, tapi dalam kegembiraan itu bertanya keputusan untuk aku pulang ke kampung atau tidak. Aku tidak mampu menjawab sebab tidak boleh putuskan segera. Serasa demi menjaga kesihatan, aku tidak boleh balik. Bila aku terlalu penat, dengan cuaca sekejap panas dan sekejap hujan ini, aku mudah mendapat demam. Hujung minggu ini, aku ingin tumpukan pada buku, rumah,kain baju, masakan simple, draft idea dan buat kemas kini account IOPE. Kena rancang sebaik baiknya agar 3 hari 2 malam dihujung minggu tidak sia sia, hari ini sudah masuk satu hari. Aku masih binggung, haruskah aku mengikutnya untuk menemui ibunya malam ini. kalau kehadiran kita membuat orang merasa kekok untuk berbincang, mengurang kegembiraan orang, menambah unsur tidak gembira, lebih baik tidak pergi. Itulah jawapan yang bakal aku katakan pada hubby nanti. Kalau pergi biarlah pulang dengan gembira, jangan hati berkata kata. Aku tidak mahu menjadi TITIK menyemak dimata orang lain, kalau aku ini memedihkan mata orang, aku tidak rasa apa apa untuk tarik diri dan disappear. Aku terima kalau beginilah takdir buat aku. Bukan semua orang sukakan kita, itulah hakikatnya. Superstar macam Siti Norhaliza pun ada sekumpulan orang membenci. Itulah manusia penuh cacat celanya, hanya Allah yang boleh menerima kita walau siapapun kita dan bagaimana besar pun dosa kita. Allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Seperti biasa lunch hour hari jumaat agak panjang, aku akan keluar untuk lunch sambil siapkan postage dan keluar lunch. Hajat hari ini untuk lunch dengan adik Linda berdekatan dengan tempat buat postage. Balik office sambung kerja terutama siapkan report dan draft idea programme. Dalam kepala terus untuk merancang untuk plan hujung minggu terbaik siapkan kerja rumah sambil berzikir, penuh pengisian membaca, rehatkan minda dan jiwa. Bila semua ini berhasil idea idea canggih pasti lagi banyak datang dikepala. Alhamdulilah, setiap kali lepas rasa sakit, Allah bagi kesihatan berganda, rasa segar pernafasan, rasa tenang jiwa dan minda. dalam diri aku mengakui tidak pernah ada sesuatu yang sia sia bila sakit itu sendiri menjadi sebuah KEREHATAN DIRI. Sebagai hambanya yang bersyukur, usah berungut bila diduga, laluilah dengan optimis, usah curiga dengan kasih sayang Allah. Aku sayangkan peluang LEBIH SIHAT yang Allah beri ini. Sedari semalam, aku berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik lebih memberi menfaat, lebih membantu, lebih menggunakan peluang, lebih memeriahkan keadaan dengan kasih sayang dan lebih matang dalam setiap tindak tanduk.  Syukur atas ruang umur dan nafas yang masih bersisa, masih banyak TUNTUTAN yang belum selesai, rasa KEHAMBAAN yang belum mantap, NIKMAT IBADAT yang belum sepenuhnya dihayati, Nikmat silaturahim hingga ke syurga, Nikmat berzakat yang belum banyak himpunannya...ya Allah kecilnya aku dalam mengejar TUNTUTAN itu, bantulah aku menjayakan HAKIKAT DIRI dalam Redhamu ya Allah. tiada tempat lain untuk mengadu selain darimu tuhan yang mudah memperkenankan HAJAT HAMBANYA. Aminnnnn 






kasih SEJATI dan penyatuan HATI


12.30am jam ditepi screen computer. Berkejar lepas mandi malam bersihkan badan seharian didewan serbaguna sedari pagi bersama team Ulul Albab Project, Dr rahimah dan Dr Siti Rohimi. Aku menumpang semangat dan kekentalan jiwa mereka berdua, puas hati melihat senyum lebar Dr Imah yang mesranya aku panggil Imah walau sudah bergelar seorang Dr, dan seronok berdamping projek research education begini dengan manusia hebat dan detail mindanya seperti Dr Siti Rohimi yang mesra aku panggil kakak. Alhamdulilah ini juga antara rezeki besar yang allah kirimkan buat aku hambanya yang naif ini, yang sering meminta, yang satu ketika dulu binggung dengan bertali arus dugaan dan ujian dalam hidup. Berkat SABAR dan IKHLAS...Alhamdulilah kini semuanya dikelilingku INDAH belaka. Cuma aku terkilan, kesinambungan projek ini untuk esok hari tidak dapat turut serta turun padang bersama pelajar trainer disebabkan surat perlepasan belum jelas tiba dimeja boss.

Sekembali dari programme yang berakhir jam 11 malam tadi, hati tersebut sebut kak Nana, dan fayyadh, hari ini fayyadh sertai Kem UPSR, Alhamdulilah aku sempat kemaskan baju bajunya didalam beg, dan sempat memberikannya ciuman dan pelukan kasih sayang agar dia tekun berbekalkan kasih sayang dan doa dariku. sekembali dari kampung, aku terlantar 2 hari demam sinus, patutlah mengendalikan urusan bisness di kemaman sangat getir rasanya rupanya aku sudah tidak sabil daris efi kesihatan. 2 hari sakit bermakna 2 hari juga au tinggal dirumah penuh rehat, tapi terasa INDAH bila kak Nana ada disisi, Alhamdulilah aku dikurniakan seorang anak perempuan yang baik, yang tekun dengan solat dan bacaan Quran, yang taat pada aku ibunya dan ayahnya, yang tekun mencari jati diri dan kejayaan. Sebesar besar syukur kehadrat Allah mengirimkan aku teman sejati sepertinya. 3 hari makan bersama, tidur bersama, berbual dan buat kerja rumah bersama menjadikan hatiku sangat RINDU malam ini, rasa ingin tahu bgaimana dia mengatasi persoalan dari guru dan rakan rakan atas kehilangannya 3 hari dari asrama. Berkali kali aku berpesan padanya, tabah hati ya kakak, ceritakan yang benar, mintak cikgu call mama. Dia seorang anak yang kuat dalamannya. Malam ini ternampak nampak aku wajah mongelnya, senyumnya, lembuat tutur katanya, cutenya dia sedari kecil. saban hari dia semakin berubah menjadi anak yang matang. Aku sering berpesan padanya BURULAH CITA CITA , nanti CINTA datang sendiri. Cinta yang datang dikala kita bergelar seseorang lebih bermakna dari cinta yang hadir pada seorang bagai pengemis cinta.

Bergegas melihat message di Inbox FB, bergegas membalas dan copy paste mana yang penting, dan begegas menjawab ringkas teguran Brian, aku tiada masa untuk chat. Hujung minggu ini kena draft programme dgn Brian rakan NLP yang hati aku terbuka untuk plan programme training bersama samada untuk public atau untuk UIA. Minggu lepas sebelum balik kampung sempat minum teh tarik engan Brian sebagais essi berkenalan setelah hampir 5 bulan dia menyapa aku dan memeprkenalkan dirinya di FB. Seorang anak muda cina yang berpewatakan inggeris, sangat lemah lembut dan banyak idea. Dia sudah lama mencari seseorang dari back ground psychology untuk team up. Rezeki datang lagi. Aku tidak harap terlalu lumayan, cukup kalau bersamanya ada keserasian yang membuahkan lebih banyak idea. ang penting, aku boleh melihat bagaimana minda cina bekerja. Minggu depan kena fix a date lagi untuk coffee and discussion dgn Brian di area curve. Alhamdulilah juga pertemuanku dengan mai lewat sabtu yang lepas sangat manis sekali, aku hadiahkan Mai sebuah tomato massage dari korea dan sebentuk brooch. Aku gembira melihat perubahan Mai. Perbualan kami mencakupi pelbagai topik tapi yang paling seronok aku mendapat peluang untuk mengikut Mai berguru di Indonesia. Semoga Allah kabulkan doa aku dan dia. Mai akan menunaikan umrah diwaktu terdekat ini, semoga Allah memilihnya sebagai tetamu yang hebat, aku diamkan dulu pasal agenda tour Europe untuk Lady trip dgn mai, memandangkan Mai penuh bersedia hal hal keagamaan sebagai persiapan mentalnya ke Baitullah.

Lewat kunjungan kerumah Imah petang tadi, aku bawa pulang 3 buah buku yang bakal aku habiskan paling lewat end of Mei, Agar solat tidak sia sia, Bunga Kebahgiaan dan  Izharul Haq. Aku jemput imah kerumah ku yang tidak seberpa, teringin rasanya untuk menjamu anak anaknya nasi ayam air tangan aku. Aku kenal hati dan budi Imah, seorang wanita cekal yang penuh sabar dan dialah salah seorang sahabatku dunia akhirat Alhamdulilah. Teringat ucapanku pada pelajar pelajar tadi yang membuat mata Imah tidak ebrkelip memandang aku...walau siapapun kita, walau bagaimana dan dari mana pun asal kita, hari ini kita ditemukan dibawah satu matlamat. Untuk menjayakan matlamat itu marilah kita bina ukhhuwah penuh rasa CINTA. Kita bertuah hari ini kita mmiliki will dan chance, diluar sana masih banyak orang yang ada will tapi tiada chance, dan ada jugak orang yang disogok dengan pelbagai pelung tapi mensia siakannya. kesatuan rasa CINTA kita demi membina tanggungjawab untuk ummah. Aku berjanji kalaulah melalui Imah Allah kirimkan aku peluang untuk membina kemanisan berkhidmatan dan meninggalkan satu tanda hati buat rakan rakan, pejara pelajar dan universiti, aku akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya. Terimakasih Allah, akhir akhir ini kau sebukkan hidupku dengan insan insan yang berhati mulia. Merekalah teman yang dicelah kemesraaan kami kau titipkan kasih sayang sejati dan penyatuan hati kerana IMAN kepadamu. Amin ya Rabal Alamain.


Semoga esok lebih INDAH buat aku...