Wednesday, April 3, 2013

Layar IMPIAN




Alhamdulilah atas kesinambungan nafas dari Allah yang membolehkan diri ini meneruskan kehidupan dunia dalam mencari redhanya. Masih panjang umur ini bermakna masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan. In sha Allah janji janji Allah itu pasti, atas setiap usaha besar atau kecil atau atas sebab kerananya pasti diberi balasan setimpal. Hidup ini penuh anugerah Cuma terpulang pada kita memiliki minda yang bagaimana, MINDA SYUKUR atau MINDA KUFUR.
April 2013, hari ini sudah 4 hari dibulan April, barulah aku berpeluang meneruskan penulisan disini. Sedari semalam, isu ibu berlegar legar dimindaku. Satu desakan yang kuat untuk telefon mak, tapi sana sini sana sini last last tertidur kepenatan dan kekenyangan dengan rezeki Allah yang tidak disangka sangka. Alhamdulilah, dalam sibuk sibuk menunaikan tanggungjawab dipejabat, Mak menelefon bertanyakan khabar Harraz. Bercakap dengan Mak, aku menyeka air mata sendiri sebab dari semalam aku menyedari besarnya peranan mak dalam hidup aku anaknya. Aku tahu mak sangat terharu mendengarnya.
Semalam Harraz demam, sampai saja dirumah, aku panaskan air untuk mandikan dia dan selimutkan dia dengan selesa. Aku masakan nasi bubur dengan ayam goreng khas untuk Harraz. Aku menyuapkannya makan. Semasa aku menyuapkan Harraz, aku teringatkan Mak, aku rasa aku macam Mak, dulu Mak menyuapkan aku demam, dalam serba kekurangan Mak mengembirakan aku, penuh disisiku air gas, buah dalam tin, asam masin, biskut. Mak buat aku gembira dan aku rasa Mak sangat sayangkan aku. Aku tahan rasa rindu yang tiba tiba datang itu. Alhamdulilah bagaimana Mak sabar dengan aku ketika sakit, begitulah sabarnya aku bila anak aku sakit. Alhamdulilah bangganya jadi ibu, besarnya barakah jadi ibu kalau kena gayanya.
Aku cerita dengan mak perasaan aku semalam. Mak mengadu segalanya. Alhamdulilah inilah peluang yang aku tunggu. Mak kita manusia biasa, kita juga berdepan dengan manusia biasa. Usah semak semak kepala fikir pasal orang lain, kita fikir diri kita dulu, kita bahagiakan diri kita dulu baru kita bahagiakan orang lain. Kita ada Allah Mak, mengadulah dengan Allah. Mengaji dan solat fardhu dan sunat, berbaik sangka, maafkan orang walau jahat macam mana sekalipun mereka pernah kata dan buat pada kita. Alhamdulilah hari ini Allah berikan apa yang aku mahu. Aku terlalu ingin berpeluang cakap dengan Mak begitu dan membina contract kecil yang aku akan pimpin Mak. Mak juga berkali kali bersunggut, Mak nak ikut angah, tolonglah Mak sayang. Hari ini baru terbuka, terbuka sebuah hijab, hijab yang memisahkan kami, kini kami satu haluan. Baru sedikit ilmu dan iman dipraktikan, Allah sudah banyak member jawapan pada setiap doa doaku.
Aku beritahu Mak pasal solat, tidak boleh berdiri kita duduk. Bila ada peluang kita ke Masjid. Aku kongsikan dengan mak bagaimana kagumnya aku melihat orang orang tua yang terketar ketar dan tidak berdaya masih ke masjid dan berdiri disaf pertama, tak kan kita nak tunggu sebegitu lemah baru ingin menrokai NIKMATNYA BERJEMAAH DIMASJID. Aku luahkan pada Mak, surah surah tertentu yang boelh menjaga kita, Waqiah, Sajadah, Dukhan, Arrahman, Yasin dan Almulk. Zikir zikir tertentu yang melembutkan hati kita. Aku juga mengakui pada Mak, aku sudah maafkan semua orang, aku faham kekurangan mereka tapi untuk along yang aku perlu BERSEMUKA untuk membolehkan hubungan adik beradik ini terbina lebih baik. Kalau bukan aku membetulkannya siapa lagi? Mak seakan faham. Untuk kaum keluarga lain, apa yang berlaku lebih banyak hikmah kebaiknnya, aku ada banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Kalau ebrsama mereka terus menerus mengundang  rasa tidak puas hati, redhalah dengan perpisahan sementara ini. In Sha Allah ini lebih baik buat anak anak saya.
Selesai berbual dengan Mak, aku didatangi client bernama Yana. Ini masuk kali ke 3 Yana mengunjungi aku dan tengah tegang dengan sebuah isu kehidupan. Aku luangkan masa untuk Yana satu jam, ternyata, kecil saja ceritanya tapi dipandang yana sangat besar. Ini adalah kesan kelukaan besar dalam hatinya kerana hubungan tidak baik dengan ibunya. Yana kelihatan kasar dan keras hati tapi aku yakin potensi dalam dirinya. Yang pasti Yana tidak hipokrit dan tidak manipulator. Yana bersedia untuk dicoachkan, kami memulakan term coach contract kami dengan sebuah persoalan yang Yana perlu jawab. What is your definition of CHANGE personally?. Dia sebut dia perlu hentikan semua yang menghantuinya, dia perlukan perhatian kerana terlalu kosong hidupnya selama ini, dia perlukan kasih sayang kerana yang ada dalam hatinya dendam dan kekecewaan yang dalam. Yana mengingatkan aku pada Long Cuma bezanya long seorang manipulator hebat yang boleh memperdayakan orang dengan mudah. Itulah yang menyesatkannya dan menjauhnnya dari pembaikan dan kepercayaan kami. Aku nyatakan pada yana, kesanggupan Yana perlu 80 percent dan mdm hanya 50 percent, see how?..bila yana bagi 10 percent baru mdm bagi 100 percent.
Aku bersalam dengan Yana sambil memegang kepalanya dan berdoa, ya Allah permudahkan urusan Yana untuk meniti step step perubahan kearah kebaikan buatnya. Sebagai counselor, bakal life coach, aku terus berdiri dibelakang yana. Yana dan Izzah adalah 2 pelajar yang aku berikan khidmat yang lebih sekaligus menjadi titik permulaan baru dalam profesion baruku. In Sha Allah dari pengalaman setahun bersama mereka, aku akan tenguk bagaimana dan aku akan listkan setiap kebaikan dan perubahan yang perlu dibuat. Istilah SALAH tidak pernah wujud, yang ada hanya PEMBAIK PULIHAN.
Kita semua MANUSIA BIASA, kita buat silap, kita menyedari , bangun membaiki dan terus membina trak kehidupan yang lebih baik. Terima Kasih Allah, sebaik baik peluang dan pemudahan aku hanya sandarkan padamu. Permudahkan usaha usaha IMPIAN dan CITA CITAKU..Amin.