Wednesday, December 19, 2012

Anugerah TERINDAH



Alhamdulilah tiada semulia kalimah untuk mengucap rasa syukur dihati. Syukur pada Allah tuhan yang maha member dan maha mengasihani. Hari ini 20 Dec, sehari selepas mengenggam Anugerah Terindah kejayaan cemerlang kak Nana anak sulung kesayangan aku. Alhamdulilah berkat usaha dan doa Kak Nana berjaya mengondol 9A dalam PMRnya. Maha kaya Allah begitu pemurah dengan pemberiannya sedang aku terasa layakkah aku untuk memiliki anak hebat anugerah Allah ini. Maha adil juga tuhan, dalam sedih dan sengsara dihati, ada berita sangat gembira menngunjungi diri. Alhamdulilah terima kasih Allah.

Terasa bagai mimpi mengenggam slip keputusan yang berderet A. Kakak sudah menunaikan sebahagian impian aku. Alhamdulilah kelebihan dari Allah hari ini menjadikan aku mampu mengadakan ruang lebih banyak lagi buat anak anak. Benar sekali, lebih baik Allah bagi berdikit dan kita beringat dari Allah bagi banyak sekaligus yang bakal mendekatkan kita ke pintu neraka. Aku sangat bersyukur dan yakin aturan Allah sangat hebat. Masih tergambar wajah dan gesture gurunya yang seakan memendam satu keinginan. Melihat wajah itu, melihat reaksi itu aku sudah mendapat clue, anak aku dapat 9A. Alhamdulilah, menitis air mata aku melihat reaksi kak Nana dan cikgunya. Seorang yang penyayang mampu melahirkan banyak lagi insan penyayang Insya Allah.

Sekarang dapat aku rasakan, antara anugerah pemberian Allah, kekayaan, ketinggian pangkat, ketenangan jiwa, kejayaan anak anak, ternyata kejayaan anak anak dan ketenagan jiwa paling bermakna.  Dua yang lain itu terkadang hanya mengundang lebih banyak sengsara kalau jiwa tidak cukup pasrah. Kini aku faham apa yang perlu aku cari dan mohon, apa yang bakal Allah beri dan aku semakin percaya dengan cinta Allah pada hambanya. Semalam aku tidur dengan kak Nana sambil menonton movie sampai jam 3 pagi. Fikrah kami sama, hobi kami sama, dia menjadi penemanku setiap masa. Aku sering memberitahunya, mama tidak mahu kakak melalui dan mengulangi kesalahan mama, sebaliknya mama rasa bertanggungjawab untuk mendorong kakak pada laluan hidup yang baik dan lebih menguntungkan dunia akhirat.

Alhamdulilah mind setting pertama sudah berada ditempatnya, kerja keras dan ibadat terbaik , tinggal lagi melaksanakan mind setting ke dua. Kesenangan hidup bukan hanya bergantung pada pencapaian akademik. Kita tidak pernah tahu keadaan hidup dimasa akan datang, selagi ada peluang belajarlah apa saja skill hidup termasuk memasak, menjahit, serving dan menghias. Cabaran aku sekarang ialah untuk mematahkan BLOCK yang sudah terbina diminda kak Nana memasak ni leceh ada minyak minyak, mencuci pinggang mangkuk leceh ada kotor kotor, semua boleh beli dengan kuasa duit, semua boleh mintak orang buat kalau ada kuasa dan duit, semua boleh order saja. Inilah cabaran buat aku yang aku kesan dari minda kak Nana dan aku sangat yakin kerana sebahagiannya ada juga pada diri aku satu ketika dulu. Insya Allah kalau semua ini berjaya aku lakukan, jadilah kakak seorang anak yang sangat boleh diharap andai takdir pinjaman umur ini tidak panjang. Segalanya akan menjadi mudah buat kakak menunaikan tanggungjawab mengalas tanggungjawab mama mengantikan tempat mama menjaga adik adik dan ayah.

Alhamdulilah Allah nampakkan apa yang harus dibuat untuk anak anak. Semoga Allah terus memberiakan aku petunjuk. Aku selalu kata pada kak Nana, mama tak nak kakak susah macam mama. Sukar untuk ku gambarkan bila satu ketiak berada ditempat teratas dan akhirnya jatuh kebawah dengan sakitnya dan terpaksa bertatih untuk membina semula keperluan hidup tanpa berharap pada oran lain. Kasih ibu berkorban nyawa, kasih saudara hanya ketika masa berada. Tiada siapa yang sanggup dan sempurna menggalas tanggungjawab sebagaimana ibu kita. Semoga bantuan Allah sentiasa datang bersama kami. Untuk tujuan itu, setiap hujung minggu, kami anak beranak memasak bersama. Ke pasar bersama atau kurang kurangnya fayyadh dan Harraz ke pasar bersama ayahnya. Aku sering melibatkan mereka dalam menyiapkan kerja kerja didapur agar mereka alert dan merasa keterlibatan dan sekaligus belajar.

Insya Allah rahsia untuk berjaya sudah tersisip melalui pengalaman ini, mudah mudahan Allah terus membuka jalan, mudah mudahan Allah terus memperlihatkan peluang. Ya Allah hanya pada mu hamba meminta, hanya pada mu hamba berserah. Pilihlah kami untuk menjadi hamba hamba mu diredhai yang merasai nikmat dan tidak putus putus mensyukurinya. Moga kedatangan nikmat nikmat ini menambahkan lagi iman dan ketaqwaan dihati.