Wednesday, April 3, 2013

Layar IMPIAN




Alhamdulilah atas kesinambungan nafas dari Allah yang membolehkan diri ini meneruskan kehidupan dunia dalam mencari redhanya. Masih panjang umur ini bermakna masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan. In sha Allah janji janji Allah itu pasti, atas setiap usaha besar atau kecil atau atas sebab kerananya pasti diberi balasan setimpal. Hidup ini penuh anugerah Cuma terpulang pada kita memiliki minda yang bagaimana, MINDA SYUKUR atau MINDA KUFUR.
April 2013, hari ini sudah 4 hari dibulan April, barulah aku berpeluang meneruskan penulisan disini. Sedari semalam, isu ibu berlegar legar dimindaku. Satu desakan yang kuat untuk telefon mak, tapi sana sini sana sini last last tertidur kepenatan dan kekenyangan dengan rezeki Allah yang tidak disangka sangka. Alhamdulilah, dalam sibuk sibuk menunaikan tanggungjawab dipejabat, Mak menelefon bertanyakan khabar Harraz. Bercakap dengan Mak, aku menyeka air mata sendiri sebab dari semalam aku menyedari besarnya peranan mak dalam hidup aku anaknya. Aku tahu mak sangat terharu mendengarnya.
Semalam Harraz demam, sampai saja dirumah, aku panaskan air untuk mandikan dia dan selimutkan dia dengan selesa. Aku masakan nasi bubur dengan ayam goreng khas untuk Harraz. Aku menyuapkannya makan. Semasa aku menyuapkan Harraz, aku teringatkan Mak, aku rasa aku macam Mak, dulu Mak menyuapkan aku demam, dalam serba kekurangan Mak mengembirakan aku, penuh disisiku air gas, buah dalam tin, asam masin, biskut. Mak buat aku gembira dan aku rasa Mak sangat sayangkan aku. Aku tahan rasa rindu yang tiba tiba datang itu. Alhamdulilah bagaimana Mak sabar dengan aku ketika sakit, begitulah sabarnya aku bila anak aku sakit. Alhamdulilah bangganya jadi ibu, besarnya barakah jadi ibu kalau kena gayanya.
Aku cerita dengan mak perasaan aku semalam. Mak mengadu segalanya. Alhamdulilah inilah peluang yang aku tunggu. Mak kita manusia biasa, kita juga berdepan dengan manusia biasa. Usah semak semak kepala fikir pasal orang lain, kita fikir diri kita dulu, kita bahagiakan diri kita dulu baru kita bahagiakan orang lain. Kita ada Allah Mak, mengadulah dengan Allah. Mengaji dan solat fardhu dan sunat, berbaik sangka, maafkan orang walau jahat macam mana sekalipun mereka pernah kata dan buat pada kita. Alhamdulilah hari ini Allah berikan apa yang aku mahu. Aku terlalu ingin berpeluang cakap dengan Mak begitu dan membina contract kecil yang aku akan pimpin Mak. Mak juga berkali kali bersunggut, Mak nak ikut angah, tolonglah Mak sayang. Hari ini baru terbuka, terbuka sebuah hijab, hijab yang memisahkan kami, kini kami satu haluan. Baru sedikit ilmu dan iman dipraktikan, Allah sudah banyak member jawapan pada setiap doa doaku.
Aku beritahu Mak pasal solat, tidak boleh berdiri kita duduk. Bila ada peluang kita ke Masjid. Aku kongsikan dengan mak bagaimana kagumnya aku melihat orang orang tua yang terketar ketar dan tidak berdaya masih ke masjid dan berdiri disaf pertama, tak kan kita nak tunggu sebegitu lemah baru ingin menrokai NIKMATNYA BERJEMAAH DIMASJID. Aku luahkan pada Mak, surah surah tertentu yang boelh menjaga kita, Waqiah, Sajadah, Dukhan, Arrahman, Yasin dan Almulk. Zikir zikir tertentu yang melembutkan hati kita. Aku juga mengakui pada Mak, aku sudah maafkan semua orang, aku faham kekurangan mereka tapi untuk along yang aku perlu BERSEMUKA untuk membolehkan hubungan adik beradik ini terbina lebih baik. Kalau bukan aku membetulkannya siapa lagi? Mak seakan faham. Untuk kaum keluarga lain, apa yang berlaku lebih banyak hikmah kebaiknnya, aku ada banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Kalau ebrsama mereka terus menerus mengundang  rasa tidak puas hati, redhalah dengan perpisahan sementara ini. In Sha Allah ini lebih baik buat anak anak saya.
Selesai berbual dengan Mak, aku didatangi client bernama Yana. Ini masuk kali ke 3 Yana mengunjungi aku dan tengah tegang dengan sebuah isu kehidupan. Aku luangkan masa untuk Yana satu jam, ternyata, kecil saja ceritanya tapi dipandang yana sangat besar. Ini adalah kesan kelukaan besar dalam hatinya kerana hubungan tidak baik dengan ibunya. Yana kelihatan kasar dan keras hati tapi aku yakin potensi dalam dirinya. Yang pasti Yana tidak hipokrit dan tidak manipulator. Yana bersedia untuk dicoachkan, kami memulakan term coach contract kami dengan sebuah persoalan yang Yana perlu jawab. What is your definition of CHANGE personally?. Dia sebut dia perlu hentikan semua yang menghantuinya, dia perlukan perhatian kerana terlalu kosong hidupnya selama ini, dia perlukan kasih sayang kerana yang ada dalam hatinya dendam dan kekecewaan yang dalam. Yana mengingatkan aku pada Long Cuma bezanya long seorang manipulator hebat yang boleh memperdayakan orang dengan mudah. Itulah yang menyesatkannya dan menjauhnnya dari pembaikan dan kepercayaan kami. Aku nyatakan pada yana, kesanggupan Yana perlu 80 percent dan mdm hanya 50 percent, see how?..bila yana bagi 10 percent baru mdm bagi 100 percent.
Aku bersalam dengan Yana sambil memegang kepalanya dan berdoa, ya Allah permudahkan urusan Yana untuk meniti step step perubahan kearah kebaikan buatnya. Sebagai counselor, bakal life coach, aku terus berdiri dibelakang yana. Yana dan Izzah adalah 2 pelajar yang aku berikan khidmat yang lebih sekaligus menjadi titik permulaan baru dalam profesion baruku. In Sha Allah dari pengalaman setahun bersama mereka, aku akan tenguk bagaimana dan aku akan listkan setiap kebaikan dan perubahan yang perlu dibuat. Istilah SALAH tidak pernah wujud, yang ada hanya PEMBAIK PULIHAN.
Kita semua MANUSIA BIASA, kita buat silap, kita menyedari , bangun membaiki dan terus membina trak kehidupan yang lebih baik. Terima Kasih Allah, sebaik baik peluang dan pemudahan aku hanya sandarkan padamu. Permudahkan usaha usaha IMPIAN dan CITA CITAKU..Amin.

Wednesday, March 20, 2013

Ada KERJA ada TENAGA




Alhamdulilah sykur pada Allah atas kurnia rahmatnya yang terlalu banyak dan melimpah ruah. Ampunkan aku ya Allah andai ada ketikanya aku terlupa akan rahmatmu itu sebaliknya melayan RASA HATI yang sudah terasuk dengan bisikan Syaitan lantas melupai nikmat dan rahmatmu yang berteraburan disana sini. Alhamdulilah hari ini KEKUATAN TENAGA serasa seakan 100 peratus kalau ibarat telefon bimbit yang baterynya fully charged. Alhamdulilah.. Alhamdulilah Alhamdulilah.
Seawal 5.30 pagi kami semua terjaga, Harraz pasti diminta mandi terlebih dulu, dan kami sama sama berada disejadah sebelum ayah mengambil tempat untuk mengimamkan kami SOLAT SUBUH BERSAMA. Alhamdulilah waktu sekang menunggu ayah, sempat mama habiskan Bacaan Surah Alwaqiah. Seronoknya sembahyang Subuh berjemaah, seronoknya berwirid dan berdoa bersama dan bertambah seronok bersalaman dipagi hari sebagai memohon ampun dan maaf sesame sendiri. Subhana Allah aku seakan tidak percaya untuk terpanggil mengadakan semua ini sebagai SATU TANGGUNGJAWAB.
Hidup ini penuh tanggungjawab. Kita dihidupkan dan dijadikan BUKAN UNTUK SUKA SUKA. Mulakan tanggungjawab seawal pagi BEMOHON PADA ALLAH, permudahkan, perkenankan, membina tujuan yang betul sebagaimana yang kita lafaz dalam takbir ketika solat, HIDUP DAN MATIKU KERANAMU YA ALLAH. Tenaga yang ketika itu, seakan 80 percent, ditruskan dengan bacaan Surah Al Maidah dengan terjemahan dan berhenti tepat 7 pagi untuk menggosok baju batik kerana hari ini hari Khamis. Ketika mengosok itulah, hati berkata ‘hari ini khamis, elok puasa, sejak lepas uzur, last Monday tak puasa sebab kelam kabut hadapi dugaan’, hati terus NEKAD, hari ni AKU BERPUASA DEMI ALLAH.
Pemanduan yang tenang ke pejabat dengan dimulai fatihah, 4 Kul dan ayat kursi, dan diteruskan dengan zikir hari khamis, Subha na Allah hal Azim Wa bihamdih hinggalah sampai ke pejabat. Alhamdulilah, timing yang tepat, 7.30 pagi clock in dan ada masa yang sangat baik untuk SOLAT DHUHA dan surah Ar Rahman. Sejurus selesai solat Dhuha dan bacaan Ar Rahman, terasa Fully Charged.  Aktiviti pertama selepas menulis TO DO LIST ialah Memilih kata kata positive utk diri sendiri dan dipostingkan untuk orang lain di FB. Untu hari ini, Hidup ini adalah SEBUAH PERJALANAN yang membentuk kita kepada SIAPA YANG KITA PATUT JADI. Kita memilih dan penentu kelukaan dan kekecewaan even kebahgiaan diri bukan orang lain. Bukan semua hari hari kita Indah, namun kita bertanggungjawab memilih keindahan disebalik semua musibah dan cabaran. Hentikan kerisauan esok hari, gunakan hari ini sepenuhnya. Alhamdulilah semoga tenaga kurniaan Allah hari ini memebri menafaat pada orang orang disekeliling.
Sebelum menumpukan pada kerja seperti biasa, dalam senarai kerja hari ini, ada satu perjumpaan dengan pelajar pada jam 11 pagi. Tiba tiba hati emronta untuk menulis, dan sepantas kilat idea datang untuk merungkai persoalan HIDUP SATU TANGGUNGJAWAB. Tujuan hidup ini berat, sebab itu bersamanya Allah kirimkan Rasul dan Kitab. Allah menyediakan ruang kehidupan yang penuh pancaroba dan dimasa yang sama Allah menguji kita sejauh mana kita kembali mencari FITRAH. Sejauh mana kita berjuang memperjuangkan TANGGUNGJAWAB. Setiap orang ada tanggungjawab masing masing. Aku merenung dalam dalam, aku dilahirkan dalam keluarga ini, ditemukan dengan Sani sebagai suami dan berikan zuriat Nana, fayyadh dan Harraz, ada tujuannya disisi Allah. Aku diberikan persolaiti begini, kelebihan hati dan rasa, kelebihan suara, kelebihan daya fikir, kelebihan rezeki dimasa yang sama kekurangan sifat fizikal, Allah tidak menganugerahkan aku rupa yang sangat cantik, kejelitaan menyerlah, harta yang melimpah ruah dan populariti yang terasak, ini cara Allah memebrikan aksih sayangnya pada aku. Subha Na Allah betapa besar kasih dan cinta Allah buat insan seperti aku yang bernama Asniza.
Gabungan hati dan suara, meneydarkan aku ada peranan CINTAKAN ALLAH dan SAYANGKAN MANUSIA, bantu manusia. Gabungan minda dan sorotan kehidupan, membekalkan aku ilmu, kebijaksanaan dan seklai lagi meletakkan aku pada RUANG KETUHANAN yang BESAR. Subha Na Allah. Benar sekali, sebaik baik anugerah ialah, anugerah kemewahan peluang rezeki dalam bentuk ILMU DAN KESEDARAN yang kembali menjaga kita dan memberikan menafaat buat orang disekeliling kita. Subaha Na Allah. Aku sebenarnya sudah dilayakan Allah untuk memikul tanggungjawab dalam hidup ini, sebab itulah Allah memilih aku melalui semua ini. Merasa larat atau tidak larat sepenuhnya bergantung pada PERGANTUNGAN KITA DENGAN ALLAH. Alhamdulilah, perlahan lahan aku terasa bila bergantung pada tempat yang betul, the ultimate source of power semuanya bagai MUDAH SAHAJA dan tiba tiba terasa BAHAGIA itu berligar ligar dalam ruang hidup kita.
Dengan izin dan BANTUAN BESAR dari Allah, alhamdulilah, seawal pagi bangun dengan penuh rasa tanggungjawab pada Allah, diri, keluarga, dan sebaik keluar dari rumah, baru bermula tanggungjawab pada kerja dan masyarakat. Alhamdulilah, setakat seminggu ini, banyak jadula berubah kerana memberikan laluan tanggungjawab pada Allah yang merupakan tanggungjawab paling utama yang menjadi NADI TENAGA. Ruang tamu kami dilebarkan dengan mengenepikan meja makan. Ruang ini cukup membahagiakan kerana ruang inilah menyatukan kami seawall pagi dan menjelang malam. Alhamdulilah, setiap hari sebelum maghrib, kami bersama sama membaca Yasin dan bersolat maghrib dan isyak bersama. Diwaktu sekang, kami sama sama membetulkan bacaan Quran Harraz. Waktu ini adalah waktu WAJIB SOLAT DAN MENGAJI. Sebagai KELUARGA ISLAM, aku baru terfikir, mengapa kita mendahulukan budaya keluarga bukan Islam yang memilih makan dan aktiviti lain sebagai PENGERAT HUBUNGAN. Kekuatan ikatan kasih sayang, hati dan silaturahim ada dalam SOLAT JEMAAH. Kemudian barulah mengadakan aktiviti lain. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan nikmat nikmat ini.

Alhamdulilah, dengan rezeki TENAGA SERATUS PERATUS dari Allah ini, in sha Allah aku lebih bersedia untuk LEBIH BERTANGGUNG JAWAB pada agenda agenda kehidupan yang sudah diputuskan Allah bahawa akulah INSAN TERBAIK yang ditakdirkannya. Ya Allah permudahkan PERJUANGANKU yang pasti ADA KERJA ADA TENAGA. Amin ya rabbal Alamin. 

Wednesday, March 13, 2013

RAHMAT Ilahi...tidak mampu didustakan




Khamis hari yang selalunya menjadi gelangang ibadat dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah dan meraih kesabaran dari tekanan dalaman. Namun hari ini malah semenjak Isnin lagi keadaan syarie tidak memungkinkan untuk melalui saat saat indah itu seketika. Namun membaca Quran didalam hati dan berzikir  masih berjalan seperti biasa. ALHAMDULILAH.
Saat coretan ini dibuat, mata ini terasa BERAT. Rasa mengantuk menguasai diri mungkin  kerana tidak mengambil sarapan pagi seperti biasa, malah tidak pekena kopi untuk tempoh tempoh begini. Keadaan Hormone kewanitaan yang terganggu ini banyak menjadikan kita juga tidak begitu stabil dari segi kesihatan. Kepala terasa sakit dan badan terasa lemah malah emosi terlalu mudah tersentuh. Alhamdulilah aku tangani dengan lebih baik dari waktu waktu sebelum ini hanya mengulangi zikir zikir Allah dan menggingatkan diri  AKU ADA ALLAH DISISI.
Alhamdulilah, tugasan hidup yang terganggu diganti dengan sesuatu yang lebih menfaat. Semalam hanya 30 minit menonton Tanggang Ayu dan selebihnya hanya mengulit diri dengan buku BIOGRAPHY SYED MOKHTAR ALBUKHARY. Sebuah buku yang menceritakan kisah hidup seorang tokoh, penuh tulus dan penuh inspirasi buat generasi muda yang tercari cari sandaran dan garapan idea. Dua perkara yang begitu menyentuh hati dalam buku tersebut ialah, bagaimana merasai semua kebikan dan kebagusan yang dinikmati HANYA PINJAMAN DARI ALLAH dan harus berbagi bagi. Bagaimana hidup mendambakan PENGORBANAN DIRI SENDIRI memberi peluang kepada orang lain dan hasilnya KETENANGAN DAN BARAKAH YANG MELIMPAH RUAH. Aku membaca buku itu tidak lekang dengan menyapu air mata, terlalu banyak SOFT SPOT dalam diriku disentuh dalam buku itu. KASIH SAYANG, KEKELUARGAAN, PENGORBANAN, RENDAH DIRI, BERJUANG, CARI BAHAGIA, KETUHANAN, LEMAH LEMBUT, AKUI KESILAPAN LALU. Semoga banyak lagi buku buku sebegini dipasaran.
Entah mengapa kali ini BUKU menjadi projection kepada kemelut keadaan. Lagi aku tertekan, lagi banyak buku yang bakal dihabiskan dan dibeli. Lagi serabut, lagi banyak masa untuk buku diberikan. Alhamdulilah. Segalanya masih dalam kawalan diri yang baik. Mungkin kerana doa yang tidak putus putus terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah maha mendengar dn maha mengasihani aku. Semalam sempat menyelesaikan semua berkenaan PALEMBANG. Hotel Rio City ditempah melalui agoda dan terus bayar melalui kad kredit. Aku ingin nikmati waktu berdua dengan kak Nana. Sudah semestinya agenda kami berkisar pada ILMU DAN KEHIDUPAN. LENSA KEHIDUPAN akan dirakam dan akan dicatat in sha Allah boleh kempilkan dan sesekali dikongsikan di wall FB.
Semalam 130313, entah bagaimana hati ini terusik dan akur untuk BERHUBUNG TERUS dengan Pak Wan. Kunjungan sms dari Indonesia dan Bangkok akhirnya membuka semula RUANG PERSAHABATAN kami. Dia tidak pernah putus putus mengutusi aku melalui pesanan ringkas, Cuma aku cuba untuk mengenepikan SESUATU YANG KABUR. Tarikh semalam, aku dan Pak Wan kembali berbual di talian. Aku hanya fokus persoalan Palembang yang pernah ditanyanya. Soal hotel dan tempahan juga jarak perjalanan dari lapangan terbang. Dalam suaranya ada harapan untuk berpergian sekali kemana mana destinasi dan diakhir perbualan kami, berkali kali dia menyatakan akan menghubungi aku lagi. Aku kaget adakah aku TERGAMAK melakukan sesuatu hanya kerana orang lain dan mengenepikan PERSOALAN HUKUM TUHAN. Serasanya tidak. Biarlah dia terus bermain dengan harapan dalam mindanya sendiri. Jika ada waktu dan ketika berhadapan dan ditanya, aku pasti akan BERTERUS TERANG dengan PENDIRIANKU. Lainlah kalau ada sebuah KEBETULAN YANG TERJADI. Kerana semalam, nombornya kembali menghuni dalam rangkaian hubungan ditelefon bimbit yang selama ini sudah aku PADAM TERUS.  
Sesuatu yang kita RANCANG seringkali TIDAK MENJADI, sebaliknya sesuatu KEBETULAN yang tiba lebih MEMBAHAGIA dan MENYENANGKAN. Terasa malas dan liat untuk minum pagi hari ini rupanya menjanjikan KEBETULAN yang BERMAKNA buat aku dan kak Umai. Pukul 10 bila dia tiba dipejabatku, dan mengajak aku minum pagi. Sesekali dapat bersama membuahkan banyak PERTUKARAN CERITA DAN IDEA. Dia ketawa bila aku ceritakan perihal LAKONAN DENGAN HARRAZ. Alhamdulilah pagi ini Allah bukankan tabir rezeki penghubung silaturahim yang manis. Semoga Allah terus mengekalkan kami sebagai sahabat dan semoga Allah terus menyabarkan aku dengan KERENAH MANUSIA dalam usaha usaha MENJINAKKAN HATI mereka.
Hari ini selepas menjemput Harraz dari sekolah dan menguruskannya ke Sekolah Agama, aku menumpang Lily dan Yanti ke Gombak. Setahun sekali menghadirkan diri ke programme QUALITY DAY adalah wajib. Berkebetulan dengan Harraz bersekolah di Sri Damai, aku semakin rapat dengan kawan kawan dikalangan lecturer English malah anak anak mereka menjadi BFF HARRAZ. Aku sukakan mereka, malah merasa sangat bersyukur kerana berpeluang banyak masa dan ruang dengan mereka. Dengan mereka, bila berkongsi dan bercerita semakin membanyakan idea dan ruang positive pada minda, bukankah hati terasa senang dan bahagia. Semoga kehadiran aku juga membahagiakan mereka. Allah hanya akan menemukan kita dan merasa bahagia dengan orang yang sejenis dengan kita. Alhamdulilah.
Ya Allah terima kasih atas setiap INCI RUANG KEBAHGIAAN yang kau berikan pada aku. Sesungguhnya tiada sedikitpun kerahmatanmu yang MAMPU AKU DUSTAKAN. Peliharalah aku, sayangilah aku dan doronglah aku ke jalan DIREDHAI. Amin