Thursday, January 3, 2013

Tentang RINDU




Alhamdulilah, pagi Jumaat pertama untuk Tahun baru 2013, terasa tenang dan damai bila tugasan hidup dunia dan akhirat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Akhirat untuk akhirat dan dunia untuk akhirat. Hanya Allah yang layak menilai dan sebaik baik manusia mereka hanya mampu melihat secara luaran saja. Sedang Allah mengetahui segala lintasan isi hati. Pagi ini terlintas diminda ini untuk menulis kenangan semalam TENTANG RINDU.

Ah persoalan rindu untuk wanita diusia aku akhir akhir ini sudah menjadi terlalu enteng. Alhamdulilah, aku mampu memahami rasanya dan kesannya. Rindu sering datang bersama air mata atau nyanyian sayu perlahan. Rindu begitu dekat dengan rasa sedih. Rindu untuk bertemu dan rindu kerana terpisah. Rindunya Harraz pada abangnya fayyadh dapat aku rasakan. Dua hari ini aku melihat kesuraman wajah Harraz. Mulut Harraz seakan terkunci, hinggalah semalam ketika mengadap makan malam, harraz mengeluarkan air matanya dan menangis sedu sedan dek rindukan fayyadh dan kakaknya.

Terlalu banyak kenangan manis kami mama” Harraz berkata dengan suara bergetar. Suara yang terkandung sebuah perasaan yang sakit. Sebagai ibu, apa lagi berjawatan begini, aku sangat faham dan kes kes begini sudah sebati Cuma bila berdepan anak sendiri hati ini bagai tersentap. Tanganku mengusap lembut bahu Harraz, aku dekatkan pipi kami..”sabarlah sayang, kita berpisah untuk kebaikan, abang dan kakak pergi berjuang, kita berpisah untuk bertemu semula”. “Kami terlalu bahagia bersama mama, kami banyak permainan bersama” tegas harraz lagi. “Mama tahu, sebab tu bila Harraz main dengan fayyadh mama tak kacau sebab tengah enjoy happy”. Kami meneruskan malam malam hanya bila aku katakan pada Harraz, “Alhamdulilah setiap Sabtu kita masih boleh jumpa fayyadh”. “Esok dah Sabtu”. Seakan memujuknya.
Harraz dan Fayyadh dua beradik yang sangat rapat. Umur mereka agak dekat dan mereka sering bersama. Si adik sanggup buat apa saja untuk diterima bermian dan berkawan dengan si abang. Kadang kadang ada kelibat cemburu dari adik bila abang memiliki kawan baik yang lain. Mereka juga kadang kadang bertiga, tapi bukan semua benda berkongsi kerana kakak perempuan. Mereka rapat kerana berkongsi ketawa dan bahagia, mereka juga berkongsi tekanan bila sama sama kena marah. Sebab Harraz begitu dan sebab Fayyadh begitulah menjadikan mereka akrab.Harraz sanggup habiskan duitnya untuk berkongsi gula gula sedan fayyadh simpan saja semua duitnya kerana fayyadh memilih untuk mendengar cakap mama duit perlu disimpan. Harraz tak kisah berbelanja untuk orang orang yang dia sayang, Fayyadh pula hanya membenarkan menggunakan duitnya dlm simpanan bila ada keperluan sebagaimana dia terkejut melihat bayaran studynya yang mahal terus dia bercadang “ Ambik je duit simpanan Fayyadh”. Fayyadh agak berkira dalam banyak perkara tapi tidak terlalu kedekut dan sangat penyayang pada adiknya cara tersendiri.
Hakikat rindu memnag tidak boleh kita sangkal. Bila tiba tiba kita menjalani hidup diluar kebiasaan dan dimasa yang sama kita kehilangan seseorang yang rapat disisi. Cuma bagaimana mengendalikan rindu atau apa apa perasaan bergantung pada diri seseorang. Rindu menjadi lebih sarat bila kita meletakkan isu perasaan penting dan utama. Kenyataan diri Harraz menunjukan Harraz seorang feeling oriented dan Fayyadh mind oriented. Harraz  sebiji nature perangai aku ibunya. Suka berkorban, sukakan accompany. Dia akan banyak tenaga bila dikelilingi orang orang yang dia sayang. Fayyadh kuat dalamannya, Harraz agak fragile dan berorientasikan keseronokan dan Fayyadh lebih cenderung pada keperluan.
Sekarang merupakan waktu waktu permulaan dizone baru yang luar selesa. Harraz sedang berjuang dengan dirinya. Insya Allah lama lama dia pasti kembali normal. Sebagai ibu, aku perlu pastikan masanya terisi penuh, dia sebahagian pengerak jadual kerjaku dirumah, ambil itu ini dan hantar itu ini. Semalam Harraz sudah melalui sebahagian jadual yang dibuat. 10.30pm perlu dengan buku cerita diatas katil. Masa untuk TV sambil bantu mama lipat kain atau sidai kain, 9.30pm hingga 10.30pm. kami solat dan mengaji bersama selepas makan malam. Bila aku memasak simple harraz yang bantu tumbukan bawang atau keluarkan barang dari fridge. Aku perlu melibatkannya agak dia terbiasa dan agak kepalanya sibuk.
Keletah anak anak sangat menghiburkan. Mereka bagaikan cermin kita dan pasangan kita. Melihat Harraz dan fayyadh bagai melihat aku dan hubby, ada sebahagian disana dan sebahagian disini. Namun seperti yang aku percaya, jati diri terbentuk 60 percent pada nurture iaitu didikan, pendedahan dan persekitarannya dan selebihnya nature, trait sebenar pada diri. Alhamdulilah pengalaman sendiri, pembacaan, ilmu yang diterima sedikit sebanyak membantu proses aku mendidik anak anak dan membina rumah tangga walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yang paling penting, Allah sentiasa memberikan peluang dan ruang buat hambanya, jangan berhenti berharap dengan Allah, beramal seolah saat kematian itu sudah terlalu dekat. Doa adalah sebaik baik senjata buat kita orang Islam.
MASIH ADA RINDU dan akan terus simpan rindu dihati buat mereka mereka yang pernah hadir dalam hidup ini tak kira kehadiran mereka sebagai hadiah atau sebagai pengajaran. Di kesempatan ruang terasing ini, aku sibuk membina diri, keimanan dan kehidupan biarlah mereka sibuk berkata kata suatu hari kata kata mereka akan memakan diri mereka sendiri. Alhamdulilah nikmat Allah terlalu banyak dan pelbagai. Ya Allah jauhi kami dari menjadi hama hambamu yang sering menzalimi diri sendiri…Aminnnn.



Wednesday, January 2, 2013

Bina TENANG 2013




TAHUN BARU datang lagi. Tahun 2013 yang masih menjadi tanda tanya besar apakah isi kandungan didalamnya sebagaimana lagaknya kita bila mendapat buku baru. Tertanya tanya apakah isi kandungannya, yang pasti diawal saban tahun kita merancang itu dan ini yang kebanyakan kita menamakannya AZAM. Alhamdulilah sebulan sebelum datangnya awal tahun, Allah perluhatkan padaku TANGGUNGJAWAB. Waktu yang diberikan, masa yang diperuntukan, umur yang telah dipinjamkan ada tanggungjawab disebaliknya.

Biasa kita sibuk dengan Azam, melihat azam tahun yang ditinggalkan mana yang terbengkalai dibawa ke tahun baru. Umur sebegini, aku sudah bosan melakukan perkara CHILDISH ianya seakan berangan angan dan angan yang mana tak jadi dan buka ruang baru untuk terus berangan. Menyedari tanggungjawab yang semakin jelas kelihatan, tugas utama untuk melangkah ketahun baru ialah MELIHAT KESILAPAN DIRI. Sedar atau tidak kita semua tidak boleh lari dari kesilapan. Namun bersyukurlah kalau kita terpilih untuk menyedari apa kesilapan yang kita lakukan dan semakin hebat andai kita mampu mengkaji mengapa kesilapan itu berlaku. Sebaliknya, malanglah kita bila langsung tidak perasan malah tidak menyedari kesilapan kerana sudah TERBIASA hidup sedemikian. Benda biasa sering dianggap betul dan sempurna.
Langkah melihat kesilapan diri bermula dengan aktiviti menyenaraikan semua kesilapan diri dalam satu senarai panjang. Adalah lebih baik kalau mampu dispesifikasikan. Senarai kesilapan dirumah, senarai kesilapan dipejabat, Senarai kesilapan diri sendiri, Senarai kesilapan dengan anak anak dan pasangan. Pasti kita dapat melihat satu senarai besar. Itulah juga senarai tanpa kita sedari kita mungkin mengulanginya semula ditahun ini. Alhamdulilah untuk senarai 1(Dipejabat), reach late in the morning, No list to do, Over excessive usage of FB, No daily planning, weekly planning and monthly planning, No task delegation, No psychological incentive game, Not breakfast on time, not lunch and prayer on time, Over depend on friends around to move fast. Mungkin banyak lagi yang boleh disenaraikan. Sementara untuk Senarai 2 (Dirumah), Feel lazy and lay down, Hook with TV, No well monthly, weekly and daily planning, No Fix schedule, No task delegation, No list of work, No set time limit, Not wake up early. Mungkin juga banyak lagi. Semasa membuat senarai, jujurlah dengan diri sendiri. Selama mana kita tidak merasakannya SALAH, kita sebenarnya membela dan selesa untuk mengulanginya lagi.

Aspek teratas yang pernah dipilih untuk dirancang dengan teliti ditahun lepas iaitu ASPEK SPITITUAL. Inilah elemen terpenting untuk manusia, kerana disinilah terletak kunci ketenangan dan bila tenang energy menjadi semakin banyak, hati bahagia dan sikap positive. 3 ciri ini menjadi asas untuk apa jua aktiviti kehidupan. Aku mengakui, bila terbina spiritual, base diri menjadi kuat, sempena tahun baru ini usaha usaha pelbagai perlu dirancang untuk lebih memperkasakan spiritual ini. Alhamdulilah ada 10 senarai penting yang paling dekat dengan kehidupan, 1. Solat, wajib dan sunat 2. Bacaan Quran dengan bacaan wajib harian sebelum solat dan bacaan berterusan selepas solat, 3. Hafazan satu muka 1 minggu dengan makna setiap kali sebelum tidur, 4.Qiyamulail setiap hari  5. Qiraat harian 5 surah utama  6.Aktiviti Masjid setiap hari Jumaat. 7. Solat jemaah subuh dimasjid, 8. Sightseeing masjid  9. Programme cuci masjid  10. Zikir Harian asmul husna dan imam Ghazali. Insya Allah semoga Allah permudahkan usaha usahaku kearah menjadi lebih baik saban hari, minggu, bulan dan tahun.

Sebulan January menjadi praktikal ground untuk dua elements dan sebulan ini juga menjadi menjadi bulan perancangan terperinci aspek aspek lain. Kunci kelancaran hidup ialah ketenangan, bila diri, jiwa dan tenaga tenang, mudah untuk terus merancang dan melaksanakan.
Aku hanya memilih JALAN ALLAH sebaik baik jalan kembali untuk hidup dunia dan akhirat.


Friday, December 21, 2012

Jumaat yang BUSY



Alhamdulilah Jumaat yang mulia masih mampu dikecapi nikmatnya. Hari ini buat kali pertama menyertai usrah di Ibnu Khaldun. Kuliah yang sangat menarik penuh ajaran yang boleh diamalkan sebagai usaha memperkasakan diri. Semoga ruang pembelajaran dan penerokaan ilmu makin dibuka luas oleh Allah dari masa ke semasa. Amin.
Masa hari ini agak padat. Jam 10 pagi berkejar untuk sessi kaunseling. Semasa staff meneka neka nama siapa yang perlu diticknya, aku menawarkan diri. Rindu untuk bersessi kaunseling dengan pelajar sambil memebrikan sebuah senyuman pada staff sekaligus memudahkan kerjanya. Berkejar makan nasi goreng ajakan kak nonie sejurus selepas kuliah hingga aku pun tidak begitu fokus dengan cerita kak nonie, Cuma sempat aku katakana, sabarlah kak, atas dunia ni banyak manusia melakukan sesuatu tanpa sempat memikirkan kesannya pada orang lain dan terkadangnya pada diri sendiri. Terus aku masuk ke bilik dan memanggil pelajar yang sedia menunggu.
Usul yang diutarakan ialah hajat untuk bertukar programme. Dari Engineering ke Law. Dari perbualan ringkas, aku faham pelajar ini sudah cuba melalui tempoh pengenalan programme dan dia merasa dirinya tidak sesuai. Pelajar yang ingin bertukar programme memang dinasihatkan untuk menemui kami para kaunselor. Tidak menjadi untuk bertukar programme. Ianya salah satu solusi kepada permasalahan pelajar yang stuck juga. Alhamdulilah aku adpati pelajar ini tahu apa yang dia mahu. Kerja menjadi agak mudah. Cuma aku perlu fahamkan dia akan kedudukannya. Setiap pelajar yang diterima untuk bertukar course pelu melalui satu ujian kelayakan. Insya Allah kalau dia lulus, dia perlu melengkapkan diri dengan segala yang berkaitan dengan Law untuk tampil cemerlang dalam Law. Aku juga perlu fahamkan kemungkinan yang boleh berlaku. Andai dia tidak lulus ujian kelayakan. Dia ada dua pilihan, meneruskan Law di univeristi lain atau meneruskan engineering di uia. Minda seseorang pelajar perlu dibuka untuk melihat laluan yang ada dihadapannya dan membuang segala pandangan yang menghalangnya. Alhamdulilah sessi berjalan dengan sempurna, pelajar itu mengaku merasa sangat jelas dan seronok berbincang dengan bantuan aku. Alhamdulilah itulah kekuatan yang Allah bagi pada aku kerana itu aku begitu selesa dengan jawatan ini. Dipenghujung sessi pelajar meminta nombor telefon untuk dihubungi dimasa akan datang.
Setiap kali sessi kaunseling, banyak aspek yang mampu aku lihat, banyak aspek yang mampu aku kongsi, alhamdulilah aku sentiasa pastikan kantung pelajar penuh sebelum dia melangkah meninggalkan bilik ini. Aku sempat menyuntik sedikit element menguatkan minda pada pelajar ini. Minda kita adalah asset paling berharga. Ianya diletakan diatas bukan disisi bukan juga ditepi. Sebaliknya hati dibawah. Kedudukan semua itu ada maksud dari penciptaan Allah. Dahulukan akal bukan hati. Isi akal dengan ilmu, akal mampu mendidik hati. Hati pelru dididik dan dijaga kalau tidak ianya menjadi tempat nafsu bermaharaja lela. Banyak insan insan yang gagal itu kerana dia mengikut hati yang sarat rasa kecewa dan langsung tidak menggunakan akal. Didiklah hati untuk menjadi peneraju akal, untuk mampu menyokong peranan akal. Bagaimana melihat seseorang berfikir, lihatlah cara dia bercakap. Bagaimana ilmunya, lihatlah cara dia mendidik hatinya. Bagaimana imannya, lihatlah cara dia reaksi pada keadaan dan persekitaran.
Sejurus habis sessi kaunseling, aku teringat amalan kebesaran hari Jumaat belum dilaksanakan, aku terus menuju ke bilik air untuk berwuduk selepas pantas membaca email dan message di FB. Solat zuhur ditunaikan dengan tenang dan bacaan Al Kahfi dibaca dengan istiqamah sambil melawan rasa mengantuk waktu tengah hari. Cuma aku belum berkesempatan untuk melakukan bagaimana pesan guru ugama tadi untuk duduk bersimpuh dan membaca 7 kali fatihah, 7 kali Ayat Qul selepas solat dihari jumaat. Insya Allah masih ada masa untuk ditunaikan waktu solat Asar nanti.
Kerja diteruskan sambungan modul semalam. Modul difficulty leads to opportunity. Alhamdulilah penulisan siap untuk situasi pejabat, dan akan diteruskan untuk rumah dan diri sendiri secara detailnya. Sesambil itu, aku menghubungi guru di IQKL, Alhamdulilah, fayyadh dierima, aku membalas mesej ustazah dengan air mata gembira. Allah membuka ruang salah seorang anakku mendapat tempat untuk menajdi hafiz disalah satu institute Quran yang terkemuka. Seorang dari 60 pelajar tingakatan satu yang dijaga oleh ahli ahli agama yang tinggi wawasannya. Insya Allah kalau berkesempatan, fayyadh boleh menyambungnya di Darul Quran Pasir Tumbuh berguru dengan ustaz ustaz yang bertaraf ulama’. Ya Allah perkenanlah doa doaku, agar ideaku dan idea fayyadh bercantum untuk sama sama mengembleng tenaga untuk membina ummah walau sedikit.
Waktu terus berlalu, Asar perlu didahulukan dipejabat dan diperjalanan pulang perlu singgah dikedai kain untuk belikan wahida kain baju dan tudung sekolahnya. Ya Allah kau permudahkan urusan hidupku sebagaimana mudahnya engkau menaburkan rezeki pada seluruh hamba hambamu. Kesihanilah aku ya Allah kerana hanya padamu tempat aku mengadu. Amin