Tuesday, March 20, 2012

TELUS dan TULUS


Alhamdulilah atas nafas yang masih bersisa. Pagi yang sedikit bertenaga dari hari sebelumnya mungkin kerana memberi ruang tidur yang panjang dan hajat untuk menunaikan satu perubahan terlaksana dengan baiknya dengan izin Allah. Siapalah aku untuk bermegah untuk terus Berjaya, siapa juga aku untuk mendabik dada untuk terus bahagia namun disebalik resah dan sengsara aku mencari ruang yang terbaik DEMI KERANA ALLAH dan mendahulukan matlamat itu mungkin segalanya akan terjawab semua kesulitan dan persoalan hidup.
Penulisan hari ini lancar kerana MINDA ini lancer dan segar. Kuliyah Maghrib tafsir surah Al Baqarah di Masjid Bandar utama seakan satu peluang baik buat aku dan hubby. Semalam kami memilih Masjid Bandar Utama sebagai destinasi pertama kami Alhamdulilah perancangan semalam berjaya, Cuma perancangan pagi ini untuk solat subuh berjemaah dimasjid UIA gagal. Gagal mungin kerana aku memerlukan kerehatan yang panjang, badan masih lagi ditahap suaipadan dengan ubatan Homopathy.
Petang semalam sue sudah menghubungi aku untuk kami sama sama membatalkan TRIP MEDAN. Alhamdulilah kalau sue sendiri yang menyuarakannya begitu atas sebab tekanan boss ditempat kerjanya maklumlah dia orang kedua..bukan senang nak suka suka ciluk. Aku dengan hati terbuka terus melihat alternatif yang sudah aku lakarkan diminda. Pulang ke rumah Mak bersama Mia dan anak anak dan terfikir untuk membawa mereka mandi manda diswimming pool. Aku cakap sepatah pada hubby, biasalah dia semua aktiviti dia akan kata ..buat apa buang buang duit. Aku tahu itu ayat ayat tidak bersetuju, perlulah aku ikut aku hanya akan ikut kalau dia bagi alternative, kalau jawapannya tidak tapi aku terkurung dirumah dengan cara dia..minta maaflah..itu bukan cara aku. Sebelum bertolak ke Gombak esok, aku akan beritahu sekali lagi sambil berkata … “bang Tolong izinkan saya demi nak gembirakan sedikit anak anak kita”. Aku pasti dia akan izinkan. Insya Allah.
Sejurus mendengar jawapan Sue, aku hubungi Pak Wan memberitahu kami tidak turut serta ke Medan dan aku berpesan tidak perlu bawa baju Hard Rock aku, bila bila boleh jumpa di KL . Diam saja Pak Wan sangat sibuk agaknya. Biarkan dia usah diganggu. Alhamdulilah dalam terbatal satu perancangan, aku berpeluang melalui perancangan yang lebih baik. Lepak dengan kawan2 bukan atas usul bisness bukanlah pilihan aku sangat, aku cuba ‘create’ peluang bisness kalau ada. Kalau tidak jadi dan tidak solely business punya tujuan lebih baik aku luang masa dengan anak anak. Alhamdulilah pagi ini selamat Residance Inn ditempah untuk 2 hari 1 malam. Aku memang sangat pasti anak anak pasti melonjak gembira dan aku perlukan kegembiraan maksima mereka itu untuk jiwa aku sebagai ibunya.
Sekejap saja kerja kerja programme berjaya disiapkan dengan Zul Alhamdulilah sedari dulu Zul sering membantu aku. Aku akan kenang dia seumur hidup aku kerana itulah aku tidak boleh lokek dengan Zul. Dia selalu cover aku kalau aku lewat atau aklau aku nak ciluk dari pejabat. Rancangnya aku akan bertolak ke Kemaman esok pukul 3pm dari Gombak so Zul akan punch outkan tepat pukul 5. So aku perlu bekerja masa office hours dan aku terhutang 1 jam dengan universiti. Malam ni aku kerja sampai pukul 12 malam rasanya sudah tercover. Aku tidak pernah CLAIM cuti mahu pun duit dengan kerja kerja lebih masa itu, aku berkorban sedikit sebab AKU SUKA.
Masa ada lagi 10 minit, untuk keluar makan dan kedewan solat Masjid Kolej Islam. Melakukan rutin rutin sambil berehat, meminta dan merayu CINTA dengan Ilahi, meminta dikasihani dan terus dilindungi. Alhamdulilah, Allah memberikan aku sekeping hati yang sering berbicara menegur kesalahanku ketika aku sedang tidur. Teguran KUAT yang aku terima menjelang pagi ini dan aku tersedar sambil berkata pada diri Ya Allah ampunkan dosa dosaku aku berjanji aku tidak akan mengulangi lagi. Aku akan memilih kehidupan yang TELUS dan TULUS . Terimakasih ya Allah kerana bukti bukti kasih sayangmu semakin menghampiri aku.

Aku akan terus BERBISIK bahasa KASIH pada KEKASIHNYA…aminnnn

Monday, March 19, 2012

TITIK PERMULAAN


Selasa yang TENANG. Hati ini dibawa bawa bertenang untuk mengadap Bos, mengadap para pelajar yang menunggu nunggu jawapan pertangguhan programme. Alhamdulilah capai perbincangan panjang dengan Bos, dan capai juga perbincangan dengan pelajar pelajar tersayang, bukan meraih simpati dan kasih saying sekadar meminta sedikit rasa faham dan bertolak ansur atas kelemahan diri ini, aku SAKIT, sakit yang dalam proses pembaikan melalui rawatan alternative.
Rasa bisa bisa dan sengal masih bersisa, sesekali kepala berdenyut dan mata kepedihan, namun sepanjang perbincanagn dengan Bos hati rasa TENANG, katalah apa orang nak kata, fikirlah apa org nak fikir, yang penting aku sudah menyampaikan semua yang aku alami dan pendirian aku. Aku amat hargai nasihatnya dan saranannya dan dari matanya aku melihat DIA FAHAM sengsara yang aku tanggung. Alhamdulilah. Aku akan teruskan usaha usaha yang selayak dan termampu, usaha usaha spiritual bagi mencapai pencarian sebenar dalam kehidupan yang sementara ini.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhi aku, tiada siapa yang boleh membuat keputusan untuk aku, semuanya solely Allah bagi UJIAN buat aku, kemelut ini didatangi oleh Allah untuk aku memanjat satu tangga yang lebih atas insya Allah. Inilah rahsia sebenar mengapa aku yang terpilih untuk menghadapi semua ini. Hanya Allah yang menegtahui rahsia besar yang tersurat buat aku. Peluang besar untuk aku MERUBAH dan MEMBENTUK diri yang sebenarnya disisi Allah. Aku dan Boss dua insan yang mempunyai kepakaran kaunseling, kami sama sama melihat dan kami sama sama menerokai limitasi yang bakal aku hampiri. Terimaksih Tuhan sekurang2nya ada juga manusia yang berfikir seperti aku disisi aku saat ini.
Hari ini menjadi TITIK PERMULAAN. Kembara akan aku teruskan dengan mind setting baru, iaitu AKU TERUSKAN KERANA ALLAH. Allah sedang memeberikan aku ruang dlm proses menjadikan aku seorang PEMBIMBING, PEMBERI, KAWAN YG SETIA, ISTERI MITAHLI dan AHLI SYURGA. Semoga aku KUAT dan TABAH mengharungi KEMARAU, RIBUT, TAUFAN dan GERIMIS hanya berpaksikan aku lalui semua ini kerana ALLAH sambil terus berdoa dan meminta tanpa henti AKU REDHA apa saja yang Allah berikan kerana ini yang terbaik buat aku.
Dalam perbincangan aku dan Boss, kami sama sama melihat FLOOR STAGE yang aku perlu turun, diakui bukan mudah dan sangat menyakitkan HANYA KEKUATAN dari ALLAH yang boleh membantu kerana itulah aku perlu terus meminta tanpa henti. Aktiviti yang paling perlu dibuat bersama ialah PERGI MASJID. Aku tidak boleh terlalu ke Utara dan dia ke Selatan, aku ke timur dia ke Barat, aku sarat dengan CITA CITA dan PENCAPAIAN sedang dia kosong dan terus memburu KEKOSONGAN. Aku tidak boleh mengenepikan PERANAN aku sebagai ISTERI dan TAKDIR aku bersamanya sejak dulu. Itulah hakikat pahit yang perlu aku terima, usahakan untuk menjadi manis dan mengharap HANYA ALLAH yang MEMBALAS.
Ya Allah jika selama ini aku tersasar mengatakan apa yang aku RASA dan FIKIR semua BETUL , ampunkan DOSA DOSA hamba mu ini, aku hanya insan kerdil yang ingin terus menikmati kasih sayangmu, ingin terus merasai dicinta olehmu ya Allah, kalaulah ini semua tukarannya AKU REDHA, aku terima dengan hati terbuka penuh rasa insaf dan sedar, namun aku masih bersyukur ya Allah, disebalik hati yang yakin dan minda yang pasti, aku masih terus memelih untuk melihat, merasai dan terus mencari RAHSIA TAKDIRMU. Aku hanyalah manusia biasa, cetek minda dan goyah rasa, malah masih banyak amalan yang tidak sampai. Aku akan terus BERUSAHA dan BERAMAL mengejar MAKRIFATmu ya Allah. Amin.

Sunday, March 18, 2012

Ingin TERUS DICINTAI


Jam pukul 11 pagi, pagi Isnin yang agak biasa dirasakan lantaran hampir seminggu terlantar tidak berdaya lantaran reaksi rawatan Homopaty.Aku masih terasa sengal sengal dan sleepy kesan reaksi tersebut tapi untuk meneruskan cuti adalah MUSTAHIL. Hari ini aku memilih hari khas untuk aku settlekan segala yang tertangguh dan tertunda dek cuti mengejut dalam permulaan tempoh rawatan.

Aku ada satu Jam setengah sebelum ke Masjid untuk makan, rehat, solat dan mengaji, pukul 2.30 petang ada appointment pelajar yang perlu dilayan.Sebenarnya aku sudah menghadkan diri agak tidak menulis blog waktu office, banyak tulisan tulisan disiapkan dirumah dan masih belum diupload ke blog. Tapi dek kerana hari ini dalam aku melayan kerehatan diri sebelum melakukan kerja kerja yang menggunakan minda sepenuhnya pada belah petang, apalagi banyka kerja kerja yang perlukan diprint melalui printer En Zul yang sedang MC dirumah terbengkalai. Semuanya perlu dibuat esok Insya Allah.

Alhamdulilah walau getir aku melalui proses rawatan ini, aku sangat rasa bersyukur sekurang2nya aku berkesempatan mencuba rawatan alternative. Badanku sudah berada ditahap yang sangat teruk lanatran pengambilan ubat doktor sangat kerap. Semuanya bermula semenjak aku kerap demam selang satu minggu pasti ditimpa demam. Alhamdulilah syukur masih berpeluang sebelum sangat terlambat berpeluang untuk kembali sihat seperti sediakala dan berpeluang untuk menghapuskan penyakit perlahan lahan. Aku sangat berterima kasih pada Bos aku Pn Khairani, beliaulah yang menyarankan aku pergi berubat dengan Dr Dol dan belai juga memahami tempoh reaksi yang aku lalui. Terbukti dalam diam diam dia sangat empaty dan mengambil berat tentang diri aku dalam nampak ketegasannya. Aku juga bersyukur, sekurang2nya dia semakin faham apa yang melanda aku, apa yang aku lalaui sebelum, sekarang dan akan datang. Sekurang2nya tiada lagi bisik bisik dibelakang mengatakan aku CULAS atau MENGELAK.

Selama aku sakit, hanya sekali aku sempat menulis Blog yang masih belum diuploadkan, aku hanya akan copy setiap 5 blog seklaigus dibaca semua, diedit dan diupload setiap satu sehari. Kelancaran perjalanannya masih belum bermula lantaran dugaan kesihatan begini. Malam ini aku boleh menulis blog dirumah seterusnya sebelum tidur. Sekaligus terus menjadikan PENULISAN satu therapidan minat buat aku. Aku akan meneruskan rutin rutin lain seperti biasa, yang agak terhenti terutama bacaan Quran disebelah pagi tengah hari, petang dan malam. Hanya sempat meneruskan bacaan biasa hingga surah An Namlu. Semalam aku mencuba sedaya upaya untuk kembali dalam track dengan bacaan yasin lepas maghrib serta bacaan Al Mulk sebelum tidur dan bacaan Al Waqiah selepas solat subuh. Aku ingin teruskan waktu lunch nanti. Aku sangat rindu untuk kembali membina istiqamah jiwa dengan surah surah pilihan itu.

Perut berkeroncong mintak diisi, aku perlu tahankan perut ini sehingga jam 12.45 tengah hari. Aku sudah tiba lewat dipejabat hari ini, mana mungkin untuk keluar lagi mencari ruang breakfast seperti biasa, masa sudah sangat suntuk, timing untuk duduk dikerusi mengadap TO DO LIST dan PC perlu dijaga. Aku berkesempatan membuat booking hotel Grand Sakura dan transfer credit card payment. Kalau ikutkan hati, aku memilih untuk batalkan saja jadual pemergian ke Medan kali ini, memandangkan aku sudah banyak tinggalkan office. Tapi hati kawan kawan perlu dijaga, hati sue, hati Pak wan yang sudah siap sedia membelikan aku baju Hard Rock cafe jakarta dan akan memberikannya pada aku di Hotel Grand sakura. Mungkin aku sendiri perlukan kerehatan sambil bercuti dan tinggal bersama buat seketika dengan kawan yang boleh dibawa berbincang. Semoga ada sesuatu yang bakal Allah selitkan buat aku disini. Pemergian kali ini harus dirahsiakan dengan kawan kawan dan adik adikku supaya tidak riuh diFB dan tidak sampai kepengetahuan kawan2 dan Bos. Aku terpaksa untuk tidak memberitahunya kali ini sebab dia pasti HALANG aku. Aku hanya ambik cuti 1 hari dihari Jumaat dan khamis selepas menyelesaikan berberapa perkara diGombak, aku akan terus ke Air port. Cilukkkkk konon pergi buat urusan bank. Kalau mohon cuti 2 hari memang Kantoi dihalang.

Aku bukanlah suka menipu bukan juga suka berahsia...tapi dalam menjayakan janji janji yang sudah dibuat dengan kawan kawan aku TERPAKSA. Kadang2 orang tidak akan faham prinsip kita, aku memang simpan cuti semata mata untuk menjayakan semua ini tapi manalah aku tahu tiba tiba keadaan kesihatan akan jadi begini. Mungkin ada hikmahnya aku menemui pakar perubatan sebelum ke Medan, aku tidak lagi lenguh2 dan lesu walau travel dan aku boleh mengambil kesempatan ini sambil berihat, berbincang dan merenung sambil beribadat terhadap isu lama yang masih tidak selesai dan adakalanya stuck dan cukup menghimpit diri. Allah lebih mengetahui dan memahami apa yang telah aku lalui dan bakal aku hadapi serta Allah sangat melihat, mendengar dan memahami apa yang sedang aku lalui. Semoga bantuan dan pertolongan Allah yang aku harapkan akan tiba jua satu hari nanti dalam beberpa hal rumit yang sedang aku bergelut. Aku TENANG berserah sambil tidak putus putus berdoa pada Allah dan meneruskan usaha usaha positive pada orang orang sekeliling aku, apa yang telah aku alami sedikit pun tidak akan menjadikan aku serik apa lagi PUTUS ASA dengan sikap manusia. Sebagaimana ramai manusia negetive pasti ramai juga manusia positive dan aku akan terus memburu yang POSITIVE dan meninggalkan seketika mereka mereka yang NEGATIVE.

Banyak hal hal sendiri yang perlu disort out. namun pejabat bukan tempat terbaik untuk fikirkan hal peribadi dan rumah. kalau terlintas dalam minda perlu dituliskan dalam list. Kalau tidak semua boleh terlupa begitu saja. Merenung senarai kerja kerja yang tertangguh esok kerana Zul MC...ada hikmahnya memberikan aku masa untuk menghasilkan tulisan disini. Aku perlu ingatkan diri, suara hati ini tidak pernah berbohong, suara hati ini sering menunjuk jalan walau dikala kebuntuan. Suara hati ini sering berbisik kasih dan rindu pada keluarga dan teman teman namun kini suara hati ini mengerti ada tempat yang kekal untuk dikasihi dan diharapkan, memiliki sepenuh dan sebesar cinta bagi memilihara kehidupan iaitu Rabbul Ilahi tuhan yang menjadikan alam ini sebuah persinggahan yang memberikan kesempatan bagi mereka yang sedar dan berakal untuk memenafaat setiap inci kehidupan pada persinggahan bagi mengutip bekalan yang bakal dibawa pulang sebagai tanda CINTA pada Ilahi yang kekal abadi.

Hati ini ingin terus diCINTAI Tuhan...Aminnnnn