Monday, January 16, 2012

Secebis KEHIDUPAN!


Betapa bijak pun kita MERANCANG, manakan sama kesempurnaan dan finalize dgn perancangan Allah. Kerana itulah usah gusar dan rasa resah dengan sesuatu yang tidak terduga yang sering terjadi dalam hidup kita. Setiap masa kita diduga, setiap masa juga Allah sedang memerhatikan gerak geri kita. Semoga setiap usaha kita tetap teguh dengan TUJUAN mencari REDHA Allah...ya Allah pilihlah aku untuk menikmati semua itu.

Masak merah Ayam yang dirancang bertukar menjadi sambal sotong yang sederhana, perancanagn untuk jumpa ustaz semalam rupanya Allah mengatur dengan lebih sempurna hari ini, dengan lebih banyak masa boleh bercerita dan mengatur perjumpaan seterusnya utk adik beradik semua sekali.Dalam pada itu, ada juga kebetulan yang sangat SEMPURNA Allah takdirkan buat aku diawal pagi ini, Pagi yang tiba tiba STUCK dijalan raya yang teruk tiba tiba terpantul pengumuman ada lori yang rosak dan suasana jalan sangat jam menuju ke pejabat, lalauan alternatif digalakan. rasa ingin kuatkan RADIO, rasa ingin mendengar radia...dari mana rasa datang kalau bukan kerana Allah gerakan...Allah telah bantu usaha usaha ikhlas untuk tiba awal dipejabat hari ini. Alhamdulilah kerana gerak hati itu, terus kereta menyususl laluan menuju ke SS 2 dan terus ke Seksyen 17, melintasi kedai kamal dan terbanyang kewangian sabun CAMEY.

Takdir hari ini juga menentukan acara makan tengahari aku dan Ja sangat bermakna, KFC tiba tiba menjadi sangat sedap padaku...mungkin kesedapn itu kerana ada nilai tambahan dek seronok berbual dengan seseorang yang sudah kita cuba BINA semula persahabatan penuh jujur dan Ikhlas. Moga jodoh persahabatan kami berpanjangan Amin Amin Amin. Sekembali dari makan, kami sama sama menunaikan solat zuhur bersama di masjid UIA, kali ini aku tidak sempat membaca Quran sebagaimana lazimnya setiap waktu solat, jam sudah menunjukan 2.30 pm..waktu sudah 30 minit berlalu untuk perlu berada dibilik pejabat.

Hari ini selasa, aku peruntukan khas hari ini untuk menikmati suasana pasar malam seksyen 17. tempat yang banyak NOLSTALGIA dalam hidupku. Hari ini juga aku peruntukan masa untuk juadah juadah belian yang kurindui dan tak berbaloi untuk buat sendiri seperti Murtabak, kuey teow goreng, yong tau foo, ayam gerangkung, laksa kedah dan macam macam. hari selasa menjadi hari berpasar malam, bermakna tiada agenda makan dengan adik adik. Aku hanya akan keluar semula kalau ada COD yang berdekatan atau ada urgent and important discussion. kalau tiada, cukuplah agenda spiritual dan education mengisi waktu waktu sebelum mata terpejam untuk berihat meneruskan hari esok semula.

sabun camey kemas tersimpan diminda...kewangian menggingatkan aku waktu masa kecil dulu...dari dulu wangi yang tiada banding hingga kini, dulu mak pun suka...masih aku teringat dulu, mak mandi pakais abun Camey...akalu ada stock lebih aku nak belikan untuk mak sekali. Dulu masa aku budak budak mak masih muda, mak mandi sambil menggayakan iklan sabun camey...aku ketawa melihat gelagat mak masa tu. Apa mak tengah buats ekarang, yang pasti hubby telah tiba disana memberi bantuan...dapatlah mak rehat sikit dari diperap rengekan mia..khamis nanti hubby akan pulang dgn anak anak. Aku berhajat membawa anak anak ke Morib sambil observe programme pelajar dan ajakan fayaydh matematik. Ahad aku akan drive kembali ke Cheneh, bolehlah stay dengan mak beberapa hari....mesti anak aank aku sudah tidak sabar untuk pulang kerumah mereka disini, walau rumah ini kecil tapi inilah rumah penuh eknagan dalam hidup mereka...dirumah ini mereka ketawa, menangis, kena marah, belajar..segalanya...kami ada semua walau tidak begitu sempurna ...Alhamdulilah.

malam ini aku ada banayk amas untuk diri sendiri. Aku memilih rumah, buku, sambung kerja kerja mengemas. Entah mengapa akhir akhir ini aku sudah tidak ebgiru betah lagi untuk keluar rumah melainakn URGENT. kalau boleh tangguh aku tangguh dulu...rumah itu sudah kembali menjadi syurga yang menunggu aku untuk menghiasinya...memberikannya cahaya dengan kasihs ayang dan alunan suci ayat ayat Quran...ya Allah..satukanlah kami dengan CINTA SEJATI mu dirumah itu...Aminnnnn

Sunday, January 15, 2012

Pilihan CERIA



Hari ini Aku perlu jumpa Ustaz lagi, sambungkan air minum dan mandian dan air khas buat mandian dan minum hubby juga. Hari ini juga, giliran aku masak dinner buat adik adik, raas teruja untuk gembirakan mereka dengan 3 lauk yang aku bakal sediakan, sayur sawi dan udang, Ayam goreng sambal cili api, dan ikan goreng. Insya Allah...moga Allah permudahkan usaha usaha kami berkasih sayang, bila rapat senang berbincang..senang juga untuk mengajak buat kebaikan apalagi kalau ada agenda besar diamsa akan datang sapa tahu kalau aku dapat satu idea besar, aku tak akan lupa kana dik adikku ini. mereka sebhg dari hidup aku. rabu bakal dinner dirumah fatin dan khamis akan dinner dirumah acik..khamis ini aku mesti puasa, dah banyak hari tangguh, now dah sihat sangat ..jiwa makin kental aku sudah tidak boleh tangguh lagi.

Suasana kerja juga semakin membahagiakan, selepas meeting Jumaat lepas, aku jelas dengan apa yang perlu aku lakukan, terus agenda TO DO LIST bersusun susun untuk dapatkan perhatian, Alhamdulilah, bila datang kerja terus melihat agenda bersusun, satu satu step diatur, dan peruntukan breakfast dan lunch dengan appoinment kawan kawan hal bisness IOPE dan Lady Trip. Hari ni kak Zi abkal menyerahkan senarai geng gengnya yang bakal ke Seoul. Sempatlah aku atur early lunch sambil bincang tarikh dan keperluan deposit secepat mungkin. Alhamdulilah. Pagi tadi denagn Kak Anis, aku hanay memesan Jus Carrot, kak Anis belanja, aku bangga jumpa kak anis, kak anis sedang tercari cari arah..takdir menemukan kami, aku perluak kawan mcm kak Anis, dan kak Anis perlukan org macam aku, melalui penaglaman jatuh tersungkur aku mengorak langkah maju setapak demi setapak, aku kongsi dengan kak Anis moga dia namapk apa yang aku gambarkan dan moga persahabatan kami membuahkan sesuatu. Allah lebih bijak mengetahui dan lebih terperinci dalam aturannya. Aku redha dan aku pasti akan terus mengangkat tanagn ke langit memohon sedikit simpati, kasih sayang, cinta, perhatian, bimbingan, kelembutan dari Allah yang walau sedikit namun cukup sempurna menikmatinya.

Aku terasa, masuk gerbang 2012, aku sudah setkan bentuk gerbangnya, dan bila masuk 16 Januray aku terasa aku memijak STAGE yang lebih tinggi dari sebelumnya, amin ya Allah. Ini semua rezekimu, rezeki yang kau berikan untuk aku agih agihkan. Rezeki untuk aku lebih mengingati kebesaran dan keagunganmu ya Allah. Seawal 16 januray, aku sudah memasuki surah annisa' surah ke3 AlQuran. Alhamdulilah aku tidak akan pisahkan diriku dengan rutin yang telah kemas aku ciptakan untuk SPIRITUAL aku. Moga semakin beransur terbuka ruang yang lebar yang mendorong aku memecah sunyi dan dingin pagi kemasjid, dan memecah gegak gempita senja untuk bertafakkur padamu diwaktu itu juga. Aku memilih, kerana memang betul hidup ini adalah PILIHAN. tiada sebaik baik pilihan, bila kita memilih untuk menjadi PILIHAN ALLAH, Pilihlah aku ya Allah..kasihilah aku seadanya..kerana sayangmu yang menjadi PAKSI segala kebaikan dan kesempurnaan yang tidak terjangkau dek Akal manusia kerdil seperti aku.

ya tidak sabar rasanya untuk melalui hari hari INDAH dalam jagaan mu ESOK hari dan hari hari seterusnya....Alhamdulilah hati aku terus bergetar merasai getaran nikmatmu yang tidak TERHITUNG banyaknya. ya Hayyu Ya qayyum ya Hayyu ya Qayyum!!

Wednesday, January 11, 2012

sleepy mind!!


Hari ini Khamis, sehari sebelum Meeting pertama GCU untuk tahun 2012, aku masih kabur selagi tidak amsuk meeting, apa perancangan , apa kesesuaian, apa persediaan, semuanya bergantung pada meeting esok. Selama 2 minggu ini temph untuk aku suaikan diri semula dgn kehidupan kerja dipejabat petaling jaya ini. dan hari ini juga aku sudah tidak terbendung lagi untuk berkongsi idea YONG TAU FOO pada group pelajar Najah...ahhh tidak salah berbagi kebaikan dan idea. Semenjak semalam kepala aku asyik teringat YONG TAU FOO...kalau lah boleh...memnag boleh..aku perlu boleh...team up dengan iwan...mungkin ini idea utk rezeki masuk...aku nak buka gerai YONG TAU FOO dicheneh...ahhhh tiba tiba idea melompat dalam kepala.

Idea juga bagai rezeki, kalau Allah datangkan rezeki kdg kdg dari sumber tidak terduga. Aku serasa seakan ada jodoh dgn Yong tau Foo, aku terasa seakan ada connection antara aku dan Iwan...Li juga bersetuju dengan idea itu...ahhh kena listkan apa yang perlu..kena tinjau tinjau..kena servey keperluan..persiapan...ya Allah kalau ini rezeki kehidupan buat anak anak dan adik adikku..ko permudahkanlah ya Allah. Aminnnn. Saat aku menulis ini, Li dan Maria masih dirumah, semalam kami tidur lewat bersembang, aku bahagia bila Li sangat rapat dengan hubby, Li juga banyak bercerita kisah hatinya terhadap ibu bapanya, moga Allah mmeberikannya kelegaan satu hari nanti. Semalam juga aku seronok bersama sama mereka makan malam, Li belanja..kesian Li..malam ni biarlah aku belanja mereka pulak sebelum mereka balik...Semalam kami makan Tom yam, kerabu kaki ayam dan Siakap Steam. Li dan Maria sangat berpuas hati dgn food.

Mata masih terasa BERAT, badan pun tidak begitu ringan, rawatan masih perlu diteruskan, jadual hidup belum menemukan aku dengan senaman.rasanya minggu ni tidak boleh pergi ke Johor lagi, memandangkan nak berkemas, minggu depan balik cheneh, lepas tu baru pergi ke johor sambil bentang account dan stock. Kepala dan minda rasa hanyuttt saja. lagi satu jam waktu pulang. Aku perlu segerakan untuk ajak makan maria dan Li kejap lagi. Sambil tunggu kereta siap, sesambil boleh ajak maria tenguk tudung. Aku dan maria mcm adik beradik, dia tidak laayk disakiti, aku tidak pernah jumpa wanita sebaik dan setabah Maria. kami merangka trip seminar kosmetik dijakarta dan Denmark..Maria kata aku perlu ikut..arghhhh tukar bidang..bermakna banyak kena belajar termasuk bahasa korea...huhuhu

Pagi tadi aku dengan dada terbuka suka menerima kedatangan pelajar untuk sessi perbincangan dan kaunseling. Arghhh pejaar ini hebat terasa Aura energy dan positivenya. Masa bersalam pun aku genggam kemas tangannya. Jarang berjumpa dengan pelajar yang ada matlamat REALITY mcm dia. Dia ingin melibatkan diri dengan bisness, ingin menerokai sedari awal. Aku yakin in ten years time dia akan jadi sseorg yang hebat kalau kena gayanya...Aku mengalu alukan dia kalau dia ingin gunakan bisness aku sebagai ground p latihannya. Duit bukanlah matlamat utama, how dia belajar menembusi OCEAN OF CUSTOMER, belajar cope dengan rejection, belajar convince people, belajar menerima kritikan dan terus tampil sebagai people orientation type...akus anggup bersamanya...moga aku ada jodoh dengannya sekaligus melancarkan pacakge skin cae untuk pelajar...murah, terjamin dan simple...semua tu rezeki untuk kehidupan aku, aku tolong dia, dia tolong aku. Bukan volume of sale aku akan pandang, how long and what we are going to share together is the POINT here.


Arghhh masih terasa ketat saja bukaan mata ini...entah mengapa akhir akhir ini dugaan sakit dan ketidak selesaan badan sering terjadi...aku terus merapatkan diri dengan Allah..sujudku makin lama, bacaan ku makin panjang, doa buat semua terutama anak anakku tetap disetiap solat 5 waktuku..ya Allah indahnya kehidupan dibumi mu ini...Alhamdulilah.