Thursday, October 6, 2011

Tuah Kita!


Jumaat pertama dibulan Oktober, Jumaat yang aku memilih utntuk tidak pulang menjenguk anak anak, Jumaat yang sudah dijadualkan programme IEEP untuk staff UIA. Dalam rasa TERKILAN, aku terpaksa aku..kalau namanya SUDAH BERJANJI..perlulah ditunaikan kecuali KESAKITAN dan KEMATIAN.

Badan terasa agak tidak selesa, lantaran tonsil menyerang, sudah pasti perlu mendapatkan ubat dari DR supaya tidak berlarutan. Jam menunjukan 1.11pm, aku hanya menjamah durain crepe seketul on my way pulang dari post office atas usaha dropkan order business yang saban hari semakin banyak. MAsih banyak yang perlu ditunaikan hari ini termasuk berjumpa yatt untuk drop order dan ambik pesanan dari PARIS yang dibelinya, untung ada kawan, asalnya bukanlah aku teringin sangat beg LONG CHAM tu tapi dah yatt beriya iya za...murah kat sana..za boleh pakai yang ORIGINAL. Sahabat jugak pintu REZEKI. Malam ini ada satu lagi appoinment iaitu dgn Jane, tak tahulah apa yang jane nak usulkan, apa pun aku suka dan pasti memebri peluang pada org org positive dan pandai mencari peluang. Cuma bukan semua aku boleh buat. Aku perlu jelas objectives dan commitment, tapi seseklai bercampur dgn org yang berminda istimewa banyak mebgajar kita. Mlm ni aku ingin mengenali JANE.

Semalam makan malam bersama adik adik, sekali gus berbincang final touch trip ke medan. Bantu adik adik buat pertukaran wang dari RM malaysia ke Rupiah Indonesia, dan aku keluarkan sedikit wang saku fatin memnadangkan dia banyak mencari customer untuk iope dan aku juga paskan kerja persiapan party pack utk bday Harraz. Kami hanya makan malam dimc donald, tanpa sedar aku terorder coke dan semakin menjadi jadilah tonsil ku. sebelum tidur terpaksalah menelan percetamol dan sakit semakin kuat pagi ini. Aku plan untuk el atau mc saja bergantung pertemuan dgn dr nanti...aku tak kisah, dah aku tidak berdaya utk drive sejauh 45 minit itu kalau tidak sihat. Bila kita tak sihat nak bangaun pagi pun susah.

Sekrg ni pun aku belajar untuk kuatkan semangat, kerja kerja business tidak boleh diabaikan walau sakit mcm mana pun. memang ebtul, kalau kita minat..kalau hak kita..kita akan jalani dgn lebih sempurna. Selama ini kerja kerja uia pun aku kerjakan sepenuh jiwa raga, malah banyak wang ringgit aku korbankan tapi aku akan lebih kecewa dgn sikap org atasan yang alngsung tidak menjenguk bagaimana untuk lebih memahami, demi menjayakan apa yang aku rancag, aku ketepikan persoalan duit poket, yang penting ada sedikir kepuasan sendiri walau tiada kepuasan dari org lain yang TIDAK SUKA MEMBINA ORG LAIN.

Medan adalah Distinasi kami 3 beradik, aku sudah book GRAND SAKURA HOTEL dan mendapatkan beberapa tip dari Aziz dan Kak Umai. rasanya NO PROBLEM sebab aku sudah berklai kali ke negara orang tapi apa pun perlu BERHATI HATI it pesanku pada adik adikku. Jangan Ramah tamah tak BERTEMPAT.sambil bercuti 3 hari, aku perlukan buku 2 biji, dan selama disana aku fokus untuk berbincang pasal menu dgn adik adikku. Menu air tangan BONDA. Aku perlu siapakan group baru dlm fb yang fokus pada resepi Bondaku dan ini adalah research pertama sebelum agenda business 5 tahun lagi. Adik adikku tidak boleh dihamparkan dgn persoalan berat berat. Mereka memilih untuk tidak mahu berfikir berat berat jadi eknalah aku memilih sesuatu yang SESUAI dgn mereka. semoga aku berhasil dgn apa yang aku ingin dpaatkan dgn bantuan mereka. Aku tetap percayakan TEAM. Team yang bagus akan menghasilkan kerja yang lebih baik.

Ada 2 pan cake Durian yang aku beli kecik saja, dan sangat sedap aku tidak tergamak untuk menhabiskannya kerana aku tahu hubby sangat mengemarinya. Semlm pun kerepek soya dan sea weed yang aku beli kerana teringatkan dia..dengan senyum banggga dia buka sekembali dari kerja. Aku bahagia seklai melihat senyum itu. Kini aku ingin melihat senyum adik adikku seronok bercuti, senyum Harraz kerana dapatkan kek kapal terbang untuknya dan berparty dgn kwn kwn dan senyum sipengirim kain yang sangat ebrharap aku bawa balik kain seakan tolong belikan...NO hal bagiku. Cuma dalam usaha untuk melihat senyum, aku juga terlihat KELAT muka Radzi dan Zamri kerana buat kali pertama melepaskan bini masing masing, dan aku akan terlihat sayu juga mata hubbyku kerana 3 hari tidak kelihatan kelibatku dirumah. Aku sangat hargai KEBEBASAN ini, aku akan menggunakannya sebaik mungkin, aku akan mengisi dengan penuh kebaikan yang memberi PULANGAN BERGANDA. Insya Allah.

Dapat aku rasakan, berjalan dgn adik adik juga seronok sesekali, aku memnag sukakan KEPELBAGAIAN dalam hidup dan aku seorg yang ANTI ROUTINE hehe. Aku tidak suka makan dgn org yang sama hari hari, aku juga tidak suka keluar dgn org yang sama selalu, aku juga tidak suka bercerita dgn individu yang sama selamanya. Mujurlah aku sukai hubby yang sama walau apa pun dugaan dan cabaran kerana dapat aku rasakan siapa pun dia DIA PELENGKAP HIDUPKU. Aku sudah sebati dengan LUAR ZON SELESA. Ini bermakna aku seorang yang sangat bersedia untuk apa pun bentuk cabaran. Amin.

Tepat pukul 2pm, barulah aku berpeluang menjamah makanan dan terus keklinik untuk dptkan ubat tonsil, rehatkan diri dan kemas rumah seketika sambil beribadat sebelum menuju ke sunway pyrimad untuk jumpa yatt. Hari ni Jumaat, alunan yasin adalah wajib dan aklau sempat juga surah Alkahfi. Hanya Allah yang satu, yang tahu apa yang terang dan tersembunyi, yang menyediakan liku liku tertentu buat hambanya, yang tidak pernah melupai janji pada hambanya. Janji Allah pada org yang sabar...Hasil sabar itu sungguh MANIS sekali. Bertuahnya kita lahir sebagai MUSLIM sejak dulu lagi...Alahmdulilah alangkah bertuahnya kita!

Ampuni dosa dosaku dan dosa dosa orang yang menyayangiku ya Allah!

Wednesday, October 5, 2011

Antara PERLU dan MAHU


Oktober sudah masuk hari ke 5. Hujung tahun semakin hampir namun kerja amsih banyak yang belum settle terutama bab bab menyiapkan report. Kenapalah dalam kerja akhir akhir ini sangat banyak report dan kurang meeting. Banyak betul yang perlu diprint dan dihantar dan kekdg aku JUST IGNORE due datenya.

Dalam bulan Oktober 2011, ini lah hari pertama aku masuk kerja, 5 oktober baru menajdi hari pertama, selama 2 hari aku TIDAK SIHAT sepenuhnya dan semalam aku terpaksa berhempas pulas dengan membuat rawatan urut traditional cina. terasa sangat segar dan malamnay aku berbincang usul bisness dengan syed dan wifenya sharifah Raudah dan menyiapkan order untuk keesokannya. Stock sudah hampir habis , nasib baik stock baru ada dengan Aya. So hari ini berakhir dgn pertemuan dgn aya sebelum drop order utk Bita. Sekejap lagi pun kak manizah bakal menjenguk office untuk mengambil pesanan tathionnya. Seronok buat bisness dan seronok sekali melihat duit masuk dalam akaun dan cukup masa duit ditransferkan untuk dimodalkan semula. Alhamdulilah.

Mengingatkan bulan oktober, sebelum pergi bercuti ada baiknya aku menyiapkan kunci akaun, jumlah wang masuk, jumlah wang keluar, jumlah duit cash semuanya dan bentangkan pada LI dan maria. Kalau siapkan sekrg tidaklah cuti terganggu dan kalau siapkan masa cuti tak terbuat nanti dek melayan kerenah adik adik berdua tu. Oktober ini ada 2 trip, satu trip santai dan satu trip business. masih ada permintan telekung dan sutera Vietnam buat kwn kepada kwn. Ok lah tu kalau buat kecil kecilan sekadar lepas duit flight dan hotel. Dimasa yangs ama kwn kwn pun sibuk meminta aku menunjukan pada mereka perihal vietnam dan cara berurus niaga. Aku gembira utk trip ke MEDAN kerana melihat kegembiraan adik adikku. Setakat flight rm105 dan hotel RM300 tu tak apalah. Sesekali berhabis sambil bincang idea idea yang bakal dibina bersama nanti. kami akan tetap bertiga susah dan senang.

Menjelang November sangat ditunggu tunggu. Fully business trip ke korea lagi. sambil menikmati panorama AUTUMN diSEOUL, banyak agenda discussion sambil lunch, dinner dan berkopi kami. Juga banyak exploration product yang perlu dibuat. kali ini kak Umai ikut untuk bercuti dan sanggup sponsor penginapan aku. Ok lah tuh setakat makan je lah yang lain tu banyak guna duit company on purchasing product dan getting trial sample. Sejak berbisness, aku sudah tidak ada lagi perasaan untuk shopping buat diri sendiri, semua passion tu seakan terkambus begitu saja, tapi barangan cantik aku apsti beli untuk jual balik. Semlm aku borong 5 helai kain GULATIS dan 2 cotton semuanya cantik cantik dan minggu depan aku akan berjumpa dgn Ina kwn kat kemaman sambil hantar barang, aku juga akan tunjuk kain kain termasuk telekung dan sutera vietnam. dan aku akan senarai pendek client IOPE yang perlu drop barang. mereka semuanya jenis tidak berkira duit dan sangat senang berurus niaga.

Seawal 4 oktober tahun ini, aku sudah berdepan dgn TRAGEDY. kalaulah oktober agak synonym dgn tergedy oktober, aku jadi takut dan kaget bila melalui pengalaman itu semlm dan ebkali kali juga aku membacakan ayat La Takaf Wa La Tahzan Inna Allah Maana. Jgn takut dan jgn bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. Aku terkurung disituasi yangs angat sedih semlm. tidak terhenti air mata pada tisu hinggalah aku merayu agar hak aku didengari. Aku memang menyangka segalanay seakan sudah berakhir walau aku tahu meneruskan hidup tanpanya bukanlah MUDAH. ini lah dugaan yang perlu aku hadapi, namun begitu disebelah petangnya aku jengkel untuk makan seorang diri dan aku tidak pantas untuk tidak menghubunginya sekadar mengajak ..JOM makan bang!. Sukarnya menjadi aku. mengenepikan orang yang menyakiti aku bukan mudah. terkdg aku rasakan aku yang tidak KUAT, atau aku terlalu kuat...entahlah. kalau kita bertanya orang pasti meerka gunakan definasi dan persepsi mereka. Kisah kita hanya kita yang tahu, org disekeliling kita hanya kita yang faham.

walau pun aku tidak bersalah, asal saja hak untuk meluahkan diberikan padaku, berkan aku 3 atau 4 jam untuk melepaskan diri, aku pasti pulang semula seakan terasa TIDAK ADA APA YANG BERLAKU dan aku boleh sepenuhnya MELUPAKAN segalanya. Melihat pengalaman semalam, aku bisikan pada hati, tiada siapa yang bakal menajga hati kita, diri kita perasan kita even hal ehwal kebajikan kita melainkan kita sendiri, palagi tiad siapa yang sanggup membahagiakan kita melainkan kita sendiri. Aku ingin meletakkan the most powerful source of anything JUST WITHIN MY SELF not totally from others. inilah kekuatan ayng aku dapat dari pengalaman semalam. Sebelum tidur akus empat memohon ampun dan maaf dari suamiku. Apa yang aku luahkan itulah yang sebenar TERBUKU DAN BENGKAK dihati tapi bukan bermakna aku tidak sayang jauh sekali BENCI. namun adpat aku rasakan, manusia kebanyakannya MENGHADKAN peranan mereka. ramai yang hanya berharap dari memberi harap. dan terlalu ramai insan isnan sebegini disekelilingku termasuk the other half of my self hubbyku. Dalam senyum aku terbayang, sebiji kacang yang lengak dimiliki dua belah aku yang besar dan hubbyku yang kecil. Sudah tertulis istimewanya aku sebagai DOMINAN dan hubbyku kecil saja, namun penyatuan kami berdua LENGKAP. Hingga saat ini aku terasa TENANGNYA peluakn kemaafan kami berdua.

terasa benar we meant to each other...Allah berikan yang kita PERLU bukan yang kita MAHU. Saya PERLUKAN abang..kerana dengan abang hidup kita LENGKAP!! antara PERLU dan MAHU hanya Allah yang lebih TAHU!!!

Sunday, September 25, 2011

Kita MEMILIH tapi ALLAH PENENTU


Pagi Isnin yang INDAH 28 Syawal, hari ini aku PERLU dan MEMILIH untuk meneruskan PUASA SYAWAL yang terbantut dek kerana banyak sangat undangan acara silaturahim dan makan makan disekeliling. Hari ini, esok dan lusa kalau tidak ada sakit demam sempatlah aku mentup TIRAI syawal dgn penghayatan puasa syawal ini Amin dan moga Allah permudahkan keinginanku.

Pagi Isnin ini juga dalam minggu terakhir September 2011 ini juga membuatkan aku terasa TERPANGGIL untuk menjenguk calender Siri Training. Terpampang didepan mata agenda agend aTRAINING untuk bulan OKTOBER. Aku memang GHARIRAh menghadiri Training, selain ILMU, aku berkesempatan membanyakkan lagi CONTACTS dan meluaskan lagi PANDANGAn melalui perkongsian IDEA orang lain. Aku memilih ART OF COACHING AND MENTORING pada pertengahan Oktober sekembali dari MEDAN dan sebelum pergi ke Ho Chi Min buat kali ke 3 bersama kawan kawan CFS IIUM yang berminat.

Seketika tadi juga, aku sudah membuat janji dgn Ramadhan dan cuba menghubungi Aziz yang kelihatan MISSED call sebanyak 5 kali semalam discreen telefonku...dalam hati tertanya tanya apalah yang sangat dihajati bekas pelajar yang aku anggap seperti adik sendiri ini. Petang ini aku dan Ramadhan akan berbuka puasa bersama sambil berbincang di KHADIJAH'S KITCHEN. Aku tidak boleh dipisahkan dgn kehadiran bekas bekas pelajar yang sering membuatkan aku bahagia dan teruja dengan KEUNIKAN mereka. Merekalah juga bakal IDOLA anak anakku nanti.

Dalam pemanduan ketempat kerja pagi ini, hati banyak kali berbisik halus RINDUNYA pada anak anak, weekend ni wahida balik dari asrama, weekend ni jugak aku PASTI mengunjungi mak dana ank anak dikampung. kalau satu weeekend tidak balik, isnin sudah sarat RINDU pada mereka, rindu untuk bercakap cakap dengan mereka, rindu untuk melayani mereka makan dan minum, rindu untuk mengusik mereka dan rindu melihat mereka tidur.Ahh segala galanya RINDU..semalam aku melepaskan suamiku pulang untuk menjenguk anak anak dan mak dan hati yang TENANG. Aku tahu suamiku itu sudah sarat kerinduannya pada mereka, sedaya upaya dia cuba memenuhi apa saja yang dipesan oleh anak anak termasuklah carpet NIMO. Hati aku tersentuh denga kesungguhan hubbyku terhadap anak anak, memenuhi kegembiraan mereka, dimata hubbyku JELAS terpancar aksih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak anak yang menjadikan matlamat KUAT yang kami kongsi. BAHGIAKAN ANAK ANAK. AKu bernai katakan aku lebih menyayangi hubbyku sekarang kerana dia semkain jelas memperlihatkan kasih sayang dan keakrabannya dengan anak anak. Aku tahu itulah LUBUK KETENANGAN dan KEGEMBIRAAN dihatinya.

Harraz memesan Chicken Mc Deluxe, fayaydh memesan Mac Chicken. Dulu saban waktu hidup dikelilingi FAST FOOD, sekrg kehidupan emreka sangat sihat dan tenang dengan nikmat kasih sayang dan air tangan BONDA ku sendiri.Cuma aku perlu berkorban perasaan sedikit, berkorban wang ringgit, berkorban masa dan bersedia untuk HIDUP BERKONGSI BAHAGIA. Aku sebenarnya tidak sabar meniti isnin menuju ke jumaat untuk kembali memeluk anak anakku..wahida, fayyadh dan harraz juga tak lupa MIA...semakin hari semakin banyak perangai dia. Geram pun ada...mia oh mia..ummi dah gila bayang kat ahli syurga baru ni...

Belek belek email office rupa rupanya hari ni ada hari pertama kempen integrity UIA. huhuhu patutlah rasa nak berintegrity je semenjak 3 hari lepas setelah berhempas pulak menolak perasaan dengan Akal. Alhamdulilah aku berjaya memang betul aset paling besar dlm kejadian manusia ialah AKAL anugerah TUHAN. deka kerana it is OVER lah aku tidak tersebut didepan sahabat karibku Yati semalam. Cuma aku highlightkan 45 mesti ambik early OPT tie..so kena slowly mula hari ini just right after my 40th birthday. What a coincidence!!..may be 40 make us strong enough to face everything. yati kelihatan gembira melihat retak perniagaan ku dan dia berpesan untuk mencuba product pakai dan makan yang bakal memberi keajaiban pada kulit muaknya. Yati dalam pantang, kesain mukanya sangat teruk...pakai sk11..duit banyak habis. Aku berjanji untuk kerumah yati lagi dalam 40 hari perlepasan pantangnya bersama TAPAI ubi untuk Ma nya . mereka antara orang orang pernting dalam hidupku. mereka meyayangi orang orang yang aku sayang, mereka menghargai persahabatan penuh kejujuran dan keikhlasan. yati sempat mengelarkan aku she is my Life coach didepan husbandnya...dan aku berkongsi sedikit pengalaman selepas menghadiri programme sam..kalau boleh aku ingin yati turut serta dalam sam punya preview. kalau dizinakan tuhan, aku ingin berpadu tenaga dengan yati untuk AIR TANGAN BONDA. Amin amin amin amin amin amin amin. panjangkan umur sahabatku ini ya Allah.

Alhamduliah syukur kupanjatkan pada Allah kerana atas perancangannya aku melalui semua ini, dan melepasi semua ini menjadikan hati ini cukup untuk mencapai SPIRITUAL HAPPINESS. Betul kata kak Ana seorang teman yang sudah teruk melalui pebagai dugaan, Semua semua yang berlaku semua Allah menyediakan peluang untuk kita lebih menikmati dan perjalanan yang lebih bererti bergantunglah pada kita bagaimana kita menghalusi setiap apa yang dinamakan DUGAAN. Bersempena minggu Quality ini, aku terelbih dahulu ingin menyahut seruan untuk memeprtingkatakn INTEGRITY diri penuh bertanggung jawab, lebih menyayangi diri sendiri dan tiada siapa aku benarkan untuk melukakan hati ini jauh sekali menyekat apa yang aku ingin adakan paad diri demi kasihs ayangku pada diri sendiri dan insan insan disekelilingku.


Ingetrity menjadikan waktu lunch aku cukup untuk menguruskan ACTION SEGERA Bisness yang sedang aku jalankan. Aku perlu ADIL..meletak sesuatu yang WAJAR pada TEMPATNYA. Ya Allah bukakan seluas luas JALANMU buatku.