Wednesday, April 6, 2011

Sepohon pokok yang RIMBUN


Ada setengah jam sebelum pukul 5. Lega rasnya bila semuanya masih berada ditahap boleh KAWAL..Alhamdulilah kupanjatkan pada Allah semoga semuanya ada barakah darinya dan barakah itu akan memberi impak ketenagan dihati. Hari ini rabu, rabu adalah hari yang biasanya ada meeting atau programme dengan pelajar tapi masa yang semkain tidak keruan menjadikan perbincangan aku dan zul terpaksa memutuskan meeting dengan pelajar dibuat esok khamis, bolehlah aku bersolat maghrib dimasjid nilai sebelum meeting dan bolehlah aku jadikan agenda yasin sampingan meeting. Alhamdulilah.

Tenaga MINDA terasa lagi banyak, malam ini bolehlah meneruskan pembacaan SUCCESS is NEVER ending and FAILURE is never Final. Buku ini sangat menarik sekali. Malam ini merupakan malam rutin jamming buat Encik Hubby dan kawan kawannya, biasanya 1 atau 2 pagi barulah dia balik harap harap tidur aku tidak terganggu. Aku tidak mahu melepaskan peluang waktu yang ada dari tidak menjenguk DAMIA. Rugi rasanya melihat dia semkain bijak, gebu tanpa disedari...huhuhu jadi malam ini kami bercadang berkampung dirumah Adik fatin dan Adik Linda akan masakan Bee Hoon Goreng..pasti sedapppp tu!! Zamr kemungkinan akan dudk berbincang final touch sebut harga rumah mak..susah jugak zam berjuang..dapat aku rasakan getar suara dan cemas nadanya bila melihat jumlah besar rumah melebihi budget yang tealh diperuntukkan. Semoga Allah memudahkan usaha usaha kami..usaha usaha untuk mak dan bak..mereka mungkin tidak lama lagi biarlah aku satukan mereka yang memahami untuk menjayakan ruang bahagia dan selesa buat mereka dan biarlah aku BERLEBIH demi mak dan bak serta adik adikku.

Tidak sia sia sekali teknik NEURO ACTION yang aku pelajari dan aku praktikkan setiap kali lepas solat dan sudah aku praktikkan pada pelajar dan anakku sendiri. Teknik ini sangat mujarab untuk terus menetukan hala tuju minda kita dan menguatkan seluruh anngota badan menyoong perilaku yang menuju apa yang kita mahukan pada minda. Aku sudah mula lakukan pada encik Hubby dan dia kelihatan terdiam dan terperosok lama, memang akan ada rasa getar pada otak dan latihan kena semain kerap. Apa salahnya kta mencuba sebagai pelbagai ikhtiyar yang disarankan Allah sebelum kita tawakkal. Alalh maha mengetahui dan sedikit pun ilmu Allah tidak sia sia kerana terlalu banyak kebaikannya.

April adalah bulan yang menentu practical yang aku lakukan pada diri sendiri menggunakan teknik ini. Bulan ini juga adalah bulan hari lahirku yang belum ada perancangan lagi. Pasti aku tidak lupakan kawan kawan dan adik adikku. tenguklah bagaimana, kalau boleh raikan serentak lagi bagus, balik berkampung dan pergi Hi tea kat KUANTAN juga berbaloi baloi..kasihs ayang yang hormoni terlalu NIKMAT rasanya..sedih sangat kalau ada hati hati yang sanggup mengkhiantinya.

Aku teringat ujian yang pernah dibuat SAm dalam kelas, Ujian itu membuktikan apa yang kita rasa tidak semestinya BETUL, jadi janganlah kita membawa rasa itu ke minda lalau mengarah seluruh badan untuk bertindak. Ini lah yang berlaku pada sesetengah keadaan, inilah yang biasanya menjadikan seseorang bersifat JUDGEMENTAL. Judgemental adalah sangat menyalahi etika kaunseling kerana dia bersifat opposite dengan konselp UNCONDITIONAL POSITIVE REGARD. namun sedih ramai dikalangan kita terlalu serious dan judging orang, Sam pernah kata , apa yang kita dengar, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa tidak semsestinya BETUL unless kita sudah begitu lama memerhati dan berada dalam situasi yang sama. Apalagi kalau apa yang kita rasa dan dengar itu adalaha dari seseorang yang tidak QUALIFIED dirinya.

Qualified maknanya bukan berdasarkan CERTIFICATE tapi qualified itu lebih menjurus kepada lihat mindanya, cara dia berfikir, keadaan hidupnya..jangan sesekali terpedaya dengan lenggok bahasa yang sangat manis sedangkan hidupnya adalah CERMIN dari hasil mindanya...apalagi kalau hidup itu terang terang SUCK!!!..sedang semua racun itu cukup kemas tersembunyi dalam manisnya hidangan dan hiasan. namun tidak ramai yang mahu berfikir, tidak ramai yang menggunakan akal, malah lebih ramai orang cedik tapi akal tak begiru celik dan hati gelap kalau tidak masakan Kes Anwar Ibrahim sampai sekarang tak sudah sudah.

Aku kerapkali berpesan pada pelajar dan diri sendiri manis bukan bererti GULA..masih banyak disekeliling kita manis menjadi racun dan berpenyakit. Kearna itu kita tidak boleh terburu buru membuat HUKUMAN, mencampuri urusan orang lain yang kita sendiri tidak faham dan jangan mudah terpedaya dengan orang yang meraih SIMPATI, orang steady dia tidak perlukan semua ini...cukup baginya STAND ON THE FIRM GROUND yang bernama KEBENARAN.

Aku akan terus memperjuangkan hidup dengan kuasa minda, namun hati ini akan terus menyayangi apa yang ada disekelilingku, Alalh tidak pernah menjadikan element dalam hidup sia sia tapi cukup kita tahu menggunakannya dan mencari PENGAJARAN disebaliknya. Sujud dan tasbihku hanya buatmu ya ALLAH...tuhan yang memelihara seluruh alam..yang memberikan aku segala kelebihan yang ada dan menyuluh kau atas setiap kekurangan untuk dibetulakan..perkayakan aku dengan kasihs ayangmu kerana aku sangat bersedia untuk menajdi SEPOHON POKOK YANG RIMBUN buat keluargaku yang bersamaku mereka akn terus dilindungi dan dikasihi kami akan terus bersatu keranamu ya Allah. Aminnnnn

Sunday, April 3, 2011

BETTER LATE than NEVER!!



Isnin pertama untuk bulan APRIL. Sedar sedar kita sudah berada dibulan keempat untuk tahun 2011. Begitu pantas masa berlalu. Hari ini sebelah kepala sekakan menekan nekan rasa sakit yang tidak keruan, namun aku kuatkan minda sebelah lagi dengan daya visual yang ada untuk terus merasa TAHAP MAMPU yang aku perolehi. kalau kita katakan LEMAH pada Minda itu..maka lemahlah kita akhirnya.

4 hari berada di NEURO ACTION TECHNOLOGY PROGRAMME bersama SAM WITTEVEEN benar benar memperlihatkan aku peranan besar MINDA dan DERIA dalam menentukan apa yang kita MAHU. Selama 4 hari itu juga aku mempraktikkan pelbagai teknik dan kelas 4 hari itu cukup membuka mata ku untuk melihat aspek aspek kehidupan yang lebih LUAS. Ternyata kurniaan AKAL terlalu Istimewa buat kita dan kita perlu menentukan AKAL yang mengnakhodakan pergerakan tubuhbadan dan perbuatan dengan dilengkapi kekuatan 5 deria yang menyokong fungsi akal tersebut yang kita mementukan penggunaannya bukan sebaliknya.

Maklumat yang kita terima dari sekeliling kita menerusi 5 deria tersebut tidak semestinya betul kerana kita dilingkungi oleh set set pengalaman dan pembelajaran dalam kehidupan yang telah memebentuk sebahagian VALUE dan BELIEF pada diri. Belief dan VALUE ini telah menentukan arahkan kepada AKAL kita dan hasillah MINDA MAP kita yang tersendiri, kerana itulah setiap percakapan orang tidak semestinya betul malah setiap yang kita rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau tidak semestinya betul.

Ujian demi ujian diperlihatkan ternyata hilang kurang satu deria semkain kuranglah bukti kesahihan apa yang kita lihat. gabungan kelima lima deria memebrikan satu ruang hubungan yang MANTAP dengan OTAK dengan syarat letakan LESS LIMITED BELIEF. kerana itu dalam hidup TIADA yang MUSTAHIL.Inilah sudut yang dilihat oleh pakat NEURO ACTION ini dan tools ini sangat perlu untuk hidup.

Jangan kata dunia diluar sana, dalam kelas yang sebesar 30 org itu sudah memperlihatkan aku sekumpulan pelnbagai jenis manusia. Ada yang Diam ada yang bisisng, ada yang serious untuk menuntut ilmu ada yang sekadar datang atas suruhan Boss dan ada juga kerana sudah kosng dan tidak tahu mana arah tujuan hidup. Betul kata SAM, Cuba luaskan ruang WHY kerana semakin luas ruang tersebut semakin kuatlah daya penolah dan penarik kita untuk mengadakan sesuatu.

Dengan seribu kepayahan aku sudah menempuh cabaran COMFORT ZONE yang besar, pertama pengorbanan BAYARAN, RM5000 bukanlahs atu jumlah yang kecil untuk orang sepertii aku, tapi aku aku bertanya mengapa kita sanggup keluarkan sejumlah wang yang besar untuk membina comfort zone yang sedia ada. cabaran yang kedua menegenepikan keseronokan hujung minggu dan masa untuk anak anak yang merupakan inilah Ecology aku, dan aku sudah keluar dari keselesaan Ecology ini. Memang bukan senang, berkata pada diri weeknd 4 hari seperti kerja biasa, menepuh jarak jauh, meminta hubby hantar. Cua dalam usaha usaha ini cuma satu yang seakan menambah kepada comfort zone yang sedia ada iaitu MENEMUI ORANG BARU.

4 hari bersama 30 orang merupakan waktu yang sangat cukup untuk aku menegnali hampir semua mereka, hari pertama aku duduk dibarisan kedua dan aku sempat mengenali Kai, seorang remaja Cina yang pada hematku seorg anak orang kaya yang sedang disua dengan agenda bisness oleh keluarganya, Kei berada dlam keadaan blurrr dengan apa yang dia perlu cari dalam hidup dan apa yang dia sudah ada untuk terus dijuangkan. Aku sempat mendorongnya untuk mengaku dan menyuarakan persoalan pada SAM.Hari kedua aku duduk disebelah RON. Seorang pakar dalam latihan dan cukup berkemahiran dalam konsep Personality tapi dari caranya aku meliaht banyak Nilai Judgemental pada dirinya kerana ilmu personality tersebut. Aku sentiasa mencari peluang untuk melakukan aktiviti skill dengan Ron kerana ingin mellaui test yang mantap kerana RON bijak mengandilkannya berdasar pengalamannya dalam kerjaya.Hari ke3 aku dudk dengan Vanan, seorang lelkai India yang kelihatan agak pendiam tapi Bijak. Vanan kelihatan serious belajar dan sangat respect sesama kawan baru, bila diberikan peluang untuk membuat sesuatu yang kita suka vanan memilih Self Confident. dan hasil selepas itu memnag dia kelihatan lebih confident.Hari 4, merupakan hari terakhir dan aku duduk disebelah Segar seorg pemuda India dari bank Negara, Segar antara yang dihantar oleh companynya untuk upgarding skill for life and career, Segar begitu tekun mendengar dan mengajukan soalan soalan pada Sam.

Keempat empat hari tersebut aku makan tengahrai dengan orang orang berbeza dan semestinya perempuan, namun bukanlah aku kisah sangat sekiranya aku terdudk dan makan bersama kawan kawan lelaki tapi aku hanya tidak kisah as long as ada kawan. Pengalaman makan tengahri diThe Mall bersama kawan terutama kak su dan nadia membuka ruang friendship yang sungguh ajaib. Jen dan syarifah berklai kali mengajak aku makan bersama tapi setiap kali waktu rehat mereka sibuk berbual yang tidak habis habis dan aku terlalu berpegang pada tujuan aku mneyertai programme dan sebolehnya aku sedikit pun tidak mahu ketinggalan lantaran lewat kembali selepas rehat. Aku pasti menggunakan sepenuhnya peluang dari sacrifice wang yang telah aku keluarkan.

Semalam hari terakhir selepas kami melakukan aktiviti DOUBLE DETTACHING teknik yang sangat berkesan mengagani PHOBIA dan TRAUMA, ketika bersalaman dengan kawan kawan aku merasa satu perasaan sedih meninggalkan kumpulan yang banyak ENERGY ini..kumpulan yang empat hari mengajar aku erti keperluan pada kepelbagaian dan syrifah telah meingatkan untuk join group dlm facebook dan sam sendiri salah seorg daripadanya. Aku sebenarnya sangat Bangga berpeluang melalui semua ini dan sesungguhnya BETTER LATE THAN NEVER!!

Wednesday, March 23, 2011

ILHAM dan PERTOLONGAN Allah


Semalam dan hari ini dua hari permulaan aku beruasaha KERAS mengatakan pada DIRI ..STOP..GATE..BENTENG..PISAH..FORGET..MOVE dalam seribu rasa PAYAH. payah kerana aku memiliki hati yang tidak boleh dikikis TERAMAT MENYAYANGI mereka. Dua adikku menggigil menahan GERAM bila mereka diberi baca semua SMS yang penuh PENGHINAAN dan SMS terakhir meminta aku untuk memadam penulisan Tidak KESAl tapi TERKILAN. Mahu saja aku menjawab. lantik peguam..buat report polis..dapatkan waran mahkamah barulah aku akan PADAM..mau sahaja aku menjawab begitu tapi bila memikirkan kenapa menjadi begitu BODOH melayani KERENAH orang orang BODOH dan tidak cukup ILMU. Aku tahankan hati dan aku panajtkan DOA ya Allah kau lebih mengetahu DULU, KINI , AKAN DATANG dan SELAMANYA...aku tidak mahu menyesal kerana aku tahu aku sedang diduga aku sedang diuji dan aku masih mahukan ANUGERAH TERINDAH darimu walau dalam seribu CERCAAN mereka. TIDAK MENGAPA!!

Aku sukar menangis hanya bila aku mendengar SUARA MAK aku kalah. Tiba tiba datang satu rasa yang menggigil dan rasa itu menolak kekuatan aku. lantas keluarlah satu suara yang merintih MAKKK..saya anak Mak..saya minum susu mak..mak telah banyak susah besarkan saya..mak telah banyak susah bersengkang mata menemani perjuangan saya dulu kini dan mungkin akhir hayat mak. pejuangan saya melawan arus hidup yang hanyut dalam keluarga saya dan dalam keluarga kita.Itu yang aku ucap pada mak..mak saya tahu hati mak sangat TERLUKA dari dulu..hati mak sangat sedih atas kehilangan..kedegilan..sikap pelik anak dan cucu tapi siapalah saya mak..saya tidak mampu ..setakat ini saja yang saya mampu...betul kata mak..MEREKA TETAP BEGITU sampai bila bila kalau tidak masakan satu persatu orang adtang mengadu dan meminta hutang dengan mak. sayu suara ibuku yang semakin dimamah usia sesekali kedengaran suara bapak bertanya kenapa...mak dah kata ..mak dah kata..mak kenal anak mak..mana anak yang baik dan mana anak yang selalu buat mak sesak nafas...mana anak buat mak raja dan mana anak yang buat mak macam hamba...sedih aku dengar suara mak.

maafkan saya mak kalau saya katakan jalan terbaik seperti mana yang dinasihatkan kawan baik saya kita buat DASAR TUTUP PINTU. Kita lakarkan TITIK NOKTAH..mak bersetuju..kata mak dulu pun mereka sudah buang mak...angah yang nasihat mak..angah kata manusia berubah..anagh yang nak berusaha angah kata anagh sayang mereka sampai bila bila...ngah manusia ni tidaka kan sedar diri kalau tidak ingat TUHAN. Manusia ni akan terus GELAP HATI kalau tidak hormat ibu bapa...manusia ni akan terus sesat kalau hidup penuh DUSTA dan Lakunan yang MANTAP. Arghhh sukarnya menegnal pasti perasaaan aku ketika itu.

Mak..saya minta dari mak..doa mak sejuk..doa bak mujarab..saya minta dan saya merayu..KUATKAN hati saya...CEKALKAN jiwa saya...IKHLASKAN tujuan saya..mak kalau saya ini SILAP mak hukumlah saya..demi mak saya sanggup buat apa saja. ucapan aku bersedu sedan dengan airmata. Aku tidak pernah menangis ..merintih dan merayu begitu...inilah kali pertama aku merayu dalam telefon dengan ibuku kerana aku TERLALU FAHAM apa PERASAAN yang telah dirasai ibuku menghadapi semua ini. Bapak dan mak Bersolat HAJAT..Mak menangis dan merayu dengan bapak cerita mak..patutlah pagi semlam hati aku tenang dan aku terdorong untuk membuka mulut pada KAK NORLINA.

Kak Norlina adalah Senior Assistant Accountant yang baru. Aku baru berkawan dengannya dalam 2 bulan. Pertemuan maakn tengah hari itu membuatkan kak Norlina perasan dengan riak wajahku..lalu aku menjawab dengan SELAMBA..saya kena TEMBAK kak!..kiranya kena TEMBAK kali kedua dalam hidup selepas TEMBAKAN pertama dari keluarga mertua saya. What was the story?..tanya kak Lina..belum habis story ku kak Lina sudah mengagak endingnya melalui PENGALAMAN PERIBADINYA sendiri dan menggigil dia bercerita hingga aku menitiskan air mata...Allah Hu AKBAR..rupanya kau datangkan aku seorang kawan..yang senasib denganku..yang STRONG CHARACTER..yang sudah banyak melalui dan sudah LALI dengan suasana RELATIONSHIP dalam famili dan kak Lina sama bintang dengan ku tarikh lahirnya 23 April dan aku 21 April..Allah Hu AKBAR. Masa bercerita kami sama sama menangis..hingga aku ucapkan padanya Kak Allah hantar akak dipejabat ini untuk saya..Thanks Alot kak..syukur kupanjatkan pada Ilahi aku dihidangkan dengan sebuah pengajaran dari kisah kak Ina situasi yang hampir sama..dan Alhamdulilah kita terpilih oleh Allah sebagai orang yang berpeluang menimba ilmu dan berpleuang menjadi seorang yang menjaga dirinya kerana Ilmu.

Cepat dan sungguh mustajab DOA ibubapa...segera..hanya selepas beebrapa jam...Cepat dan mustajab doa orang yang teranaiya..doa orang yang inginkan kebenaran dan kebaikan tapi dibalas dengan tipu helah dan lakunan...Allah itu Adil...Allah lebih tahu...aku tidak takut dengan judgement manusia yang banyak KEPENTINGAN. Aku ingin terus menimati apa yang Allah datangkan Ilham..Peluang..Rezeki..persahabatan..kasih sayang..ketenagan dan garapan Impianku satu persatu...

ALHAMDULILAHHH...ALHAMDULILAHH...ALHAMDULILAH terbukalah pintu pintu rezekiku dilangit sana dengan penuh keajaiban..kerana seleuruh keajaiban itu adalah milik ALLAH dan Allah tahu siapa yang MEMUJINYA dan siapa yang MENUJU PADA JALANNYA..aminnnnnnnnnn Ya Rabbal Alamin...