Tuesday, December 7, 2010

Bisikan Luhur Kelukaan!!


Alhamdulilah, hari ini 2 Muharram, bermakna tahun baru bagi umat Islam. Istiqamah dan nafas baru patut dimulakan. Hari ini aku sudah begitu sihat, bila erlebih sihat, mulalah tidak boleh tidur kerana idea terlalu banyak hinggakan tidak tahu mana satu yang harus dimulai. Cuma satu saja janji ku pada diri bersempena tahun baru ini, aku ingin membudayakan solat duha dan solat tahajjud, selain membudayakan handy book at any waiting area !!!. handy book itu sudah seminggu aku praktiskan ..bila anak anak tiada disisi, sepi dan sunyi maya sekeliling kuisi dengan BUKU. Ahad lepas banyak buku buku baru yang diborong lagi....semuanya ada kegunaan jangka panjang buat diriku...

pagi ini segar minda kuisi dengan ritual reading ...Relationship book..selepas small discussion dengan Zul pembantuku...Zul pasti agak sibuk mengendali pelbagai bentuk appoinment untuk minggu ini dan minggu depan. puas membaca sekitar 2 jam, membawa aku ke ruang makan pagi kerana aku sedikit makanan untuk meneruskan pengambilan daily supplement...Evening Primrose Oil, Multivitamin dan B complex...B complex boleh menajamkan lagi daya tumpuan. Selepas itu barulah aku draftkan TO DO LIST. Ada 15 semuannya berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kerja. hari ini hari kerjaku panjang, 8.00 pagi hingga 10 malam. Banyak aku boleh laksana kan dan pastinya mana yang tidaks empat ditolak ke esok hari.

Dalam aku mengdraftkan To DO LIST, aku terpandang sususan handy dairy disebelah meja, lantas ku capai, dairy 2008, semestinya sudah tidak berguna, Ku selak helai demi helai mencari kalau kalau ada sesuatu yang berguna untuk diterima pakai hari ini dan seterusnya, lantas mata terpandang Coretan luahan hati...yang pasti sekarang aku tidak mapu meluahkan bisik suara hati sebegini..sebenarnay ini adalah kelebihan hati terluka...lantas aku koyakkan dan berhasrat untuk menulis balik diblog ini. Catatan ini dibuat pada tahun 2008, tahun yang aku terumbang ambing, nafas seaakn halus dan lemah...tahun yang kurasakan seakan air maat sudah kering..tahun yang saban malam tidurku tidak lena dan saingku sukar untuk melihat dan mendengar tawa...tahun ini juga membawa penghijrahan aku untuk memilih bekerja di Nilai...seakan membawa hati...aku perlukan perubahan walau hanay pada environment diketika itu.

catatannya berbunyi begini:-

dalam suka ada duka
dalam riang tawa ada airmata kecewa
dalam penuh kemanisan ada keperitan bagai jadam
Ada perit luka dihati ini..
dalam kemarau panjang, ada hujan yang menyegarkan
dalam kegelapan ada cahaya bersinar terang
gelapnya malam, cantik dihiasi bulan dan bintang walau cahayanya tidak cukup terang
dalam hujan dan panas yang silih berganti
kita bersua PELANGI INDAH berseri

dalam sebuah perjalanan hidup yang panjang
ada banyak persingahan lama atau sementara
bosan bertukar ceria
hujan bertukar panas
ada juga selekoh dan liku yang berbahaya
ada mula dan akhirnya
ada hidup dan kematian...

Allah menyusun segalanya begitu sempurna...cuma kita selaku hambanya begitu lambat untuk mengerti nilai kesempurnaaan itu....

Ada sekeping NOTA khas buat diri sendiri...inilah suara hatiku berpesan buat diri sendiri...:-

Za

tabahkan hati
Kuatkan semangat
bahagiakanlah diri
cerikanlah hari harimu
INGAT
Allah menentu segalannya
Allah memilih sesiapa dikehendakinya
Allah memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU
Allah MAHA mengetahui dan memahami
Berserahlah hanya kepadanya...
INGAT
Anak anak adalah tanggungjawab
Kerjaya adalah lubuk rezeki
kawan kawan bagaikan saudara sendiri
USAH TERLALU KECEWA
hanya kerana CINTA seakan telah pergi

Tegakakn KEBENARAN kerana Allah
walau dalam caci dan nista dari mereka yang diharapkan
setelah habis memberi peluang dan menerima segala kecaman
setelah ikhtiyarmu hinggga TITIS TERAKHIR..
kembalilah pada BATAS DIRI yang ada...
KERANA
Siapalah kita untuk merubah orang
Siapalah kita untuk sekadar berserah tanpa usaha dan tawakkal
sedang Alalh kurniakan Akal
Sedang Allah sisipkan peluang

TEKAD SEMANGATMU Za
Ayuh terus maju kedepan
lupakan hari hari gerimis semalam
tsumani kasih yang menjadi sejarah hidup
hingar bingar yang tiada kesudahan
KERANA masa itu EMAS
PELUANG itu bukan SELALU DATANG sifatnya
Ruang Bahgia terkadang PENDEK tempuhnya...
Hapuslah air mata sedih...tapaklah mencari bahgia yang tersisip disetiap penjutru hidupmu...


TERUSKAN MENAPAK!!!! langkah demi langkah....


Inilah aku...sedari dulu sebenarnya aku adalah seorang yang suka menulis dan meluahkan apa yang sedang bermain diMINDA.

BISIKAN LUHUR untuk mengarah HALA TUJU MINDA...percaya dengan positif ..HIDUP MASIH BELUM BERAKHIR!!!!

Friday, December 3, 2010

DIA perlu dibantu!!


Saturday yang merihatkan..seronoknya bermalas malasan dikatil sambil berfikir apa yang perlu dibuat hari ini walau sebenarnya TERLALU banyak dalam senarai tugasan hidup yang perlu dibuat terutama sepanjang Disember ini. Semalam yang ditinggalkan penuh pengajaran dan keinsafan apa lagi aku begitu banyak berpeluang berbicara tenang dengan suamiku Sani.

Di pagi hari ini juga, fikiranku tidak lari dari mengingati RIN, kat manalah Rin masa ni agaknya??..lantas aku mencapai iphone 3G ku dan menaip pantas text buatnya.."dah sampai ke Rin??..how was the journey??..Pantas juga Rin membalas...dah 1 jam dirumah selepas membuat report polis. Aku rasa itu keputusan yang bijak walau pun dia kepenatan dek perjalanan yang panjang dari KL ke penang dalam keadaan hati yang geram dan sakit. Negara kita ada undang undang!!!

Semalam juga aku akhirnya mendapat kereta yang sudah 3 hari berada diWORKSHOP AWWAI. Awwai mechanic yang aku percayai sejak dulu kerana mudah berkira dan profesional.Inilah kali pertama kerja menyiapkan keretaku agak leceh kerana melibatkan bengkel lain yang khusus membuat service wiring. Bermakna 3 hari juga aku balik seawal pukul 3 petang dari Nilai denagn bas Uia kerana cuba untuk stanby di area berdekatan untuk mengambil kereta. Termasuk hari isnin hari pertama aku diambil oleh DK dan kami pergi ke bengkel Awwai bersama dan aku sempat mengenalkan DK dengan Awwai. Kami Makan malam awal sementara menanti kereta siap dan akhirnya masih kecewa. DK juga menghantar aku ke one utama untuk meyelesaikan bayran bil credit card. Untung juga ada DK yang kebetulan sibuk bertanya kat mana dan kenapa?..dan aku tidak putus putus mengucapkan TERIMAKASIH padanya.

Semalam seharian Rin dipejabatku. Aku menjemput Rin ke rumah bila terbaca statusnya di KL di Facebook. Anak anak pun tiada dirumah, rumah agak lengang, apa salahnya aku memberi ruang buat dia menumpang dirumahku sehabis tugasnya di KL. Malam pertama Rin dirumah, kami membawa Rin makan Kerabu kaki Ayam, masakan Thailand...Rin tidak suka dan langsung tidak mencuba..Tak reti katanya...sambil seloroh aku berkata..satu nimat hidup ko sia siakan RIN...hahaha. Dimasa yangs ama kami singgah di hentain PUTRA untuk mebeli tiket basnya kembali ke Penang. Malamnya aku memrhati gelagat RIN...temanku ini tidak sedar apa yang sedang dia hadapi...dia sendiri agaknya keliru...aku diizinkannya untuk mendegar suara insan yang dikasihinya dan padaku budak itu tidaklah seperti yang diceritakan pada aku. banyak faktor faktor bercanggah tapi Rin masih ingin percaya..meletak harapan tinggi dan tidak memagari HATInya walau mulutnya berkata sebaliknya. Rin banyak melayani telefon..bergayut lagak seperti budak budak belasan tahun yang baru mengenali CINTA. Aku sedikit pun tidak Cuak..tapi meneruskan pemerhatian aku dan mencari ruang terbaik untuk aku meberitahu kebenaran yang aku nampak.

Menjelang pukul 1 pagi..Rin mengisyaratkan padaku...dia memerlukan Privacy dan meminta aku keluar bilik. Mereka meneruskan perbualan telefon.katanya dia yang menelefon kekasihnya itu di Holland , stranded penerbangan, using roaming number..aku cuba jelaskan roaming number tu tersangat mahal. Nombor oversea kalau call ke malaysia lagi murah. dan aku pelik bila Rin memerlukan privacy entah apa yang mereka ingin bualkan. Aku keluar dan meneruskan chatting ku dengan DK perihal projek business partnership kami. Sesekali dia mengusik aku dan cuba mengayat, aku memberikan amran padanya kalau ada unsur unsur hati , maka berlakulah penarikan diri dan kita tidak akan bertemu lagi. Pukul 3 pagi aku dan DK berhenti untuk tidur dan kedengaran sesekali ketawa Rin terkeluar dari bilik tengah yang berkunci itu.

Keesokannya, aku mengejut Rin pukul 6 pagi dan aku nampak rin terkial kial untuk solat pada pukul 6.30 pagi..aku tegaskan padanya aku perlu cepat kalau dia ingin mengikut aku kepejabat. bas ke pejabat pukul 7.30pagi on time. dalam bas, Rin kelihatan seperti tidak tidur sepanjang malam, namun aku masih bertanya, "ko tak tidur ke?".."aha..ntah pukul berapa aku terlelap jawabnya". "Rin aku faham ko seorang yang adventure. Orang adventure dia akan terus menerokai apa yang dia mahu. tapi aku ada alamat aku sendiri pada siapa yang ko sedang berdepan..dia adlah seorang perempuan bukan lelaki seperti yang engkau percaya...dan ko boleh cuba mmeinta bukti darinya..kenapa ko tidak web cam..berjumpa..mana ada hubungan istimewa ..memberi seluruh hati ..asyik masyuk sedangkan belum bersua muka...for me Rin this is nonsence"..penuh berhati hati aku mengeluarkan kenytaan dan perasaan untuk Rin renungi..selamba Rin menjawab.."Aku tahu za,..just wait and see". itulah akhiran ayat Rin untuk menutup percakapan aku. dan seterusnnya dia akan bercerita ..apa dan apa cerita tentang 'Lelaki' yang disayanginya itu.

Seharian aku dipejabat, agenda jumaat kali ini hanyalah meeting welfare fund. meeting yang tidak seperti meeting meeting lain. meeting yangs ering membekalkan aku sebaris nama pelajar yang perlu dipanggil untuk dibantu hidupnya dari sudut psychological supaya dia mampu menolong dirinya sendiri seterusnya. Sekembali aku ke bilikdari meeting room tepat 2.35 petang, rin kelihatan tidur di lap Top..dan dia terjaga bila aku masuk dan aku bertanya.."you tak keluar makan?"..tidak aku malas..aku khusyuk dengan Lap top ni dan FB ni"..ishhhh ..detik hatiku...dia mesti lapar..kesian pulak..tapi dia sendiri seakan tiada will power to be in a healthy way. kami sam sama pulang Ke PJ dans ampai diPJ tepat 4.00 petang dan aku terus mengambil teksi untuk ke Bengkel Awwai.

Selesai mebuat bayaran, aku bergegas kekereta ku yang 3 hari terpisah.Aku sayangkan GEN2 Balck ini selain kennagan aku dengan kak Umai, kereta ini adalah sejarah hidup aku meniti hari hari suka dan duka..dalam kereta inilah aku sering mecipta bahgia dengan kawan kawan dan anak anak. Aku membawa Rin ke Restaurant Kedondong, dalam 5 minit dari workshop dan berdekatan denga ARIANNI. Aku berhajat untuk singgah membeli beberapa helai tudung yang tengah murah gila sempena sale akhir tahun. Setiap langkah bergerak, setiap apa yang ditemuai, Rin pasti megambil gambar dan meletakkan di FB melalui Blackberrynya. Fahamlah aku mengapa kelihatan posting postingnya di Fb bertali arus. kalau boleh dia ingin memberitahu semua aktivitinya ..megambarkan kegembiraannya..dan secara terang pada firasatku sahabatku ini berada ditahap tersangat TIDAK BAHAGIA. Momentum lonjakan dan desakan sengsara itu menyebabkan dia hilang arah dan eprtimbanagan hingga sesuatu yang tidak logik pun dia tidak mampu untuk fikirkan apalagi semua kekaburan itu bersulamkan kemanisan cinta dan kasih sayang dari seseorang 'lelaki'. Inilah hasil pemerhatian aku pada Rin ujurlah aku buang jauh jauh rasa JEMU dan BENCI..rasa JELAK dan CEMBURU bila aku meilih TULUS untuk bersarang dihati sambil menolong penuh ikhlas mereka seperti Rin yang hampir dengan aku dan terus menyanyanginya sebagai sahabat.

Malamnya sedari pukul 6 petang sejurus kamis ampai dirumah, Rin berada dibilik dan mengunc=ikan dirinya..mungkin dis tidur dan merihatkan diri..dan pukul 9mlm aku mengetuk bilik itu untuk mengemas kain baju yang aku lipat sejurus lepas solat isyak. Aku emnenruskan kerja kerja ringan dirumah, sementara waktu untuk keluar menghantar Rin ke hentin bas Jln DUTA. Aku menunggu Hubbyku pulang, dan merancang selepas menghantar Rin kami akan menonton midnight sebagai weekend Couple threat buat kami berdua.

Kami keluar lebih awal dari waktu sepatutnya dari rumah semata mata untuk singgah makan malam atau supper untuk rin yang akan meneruskan perjalanan yang jauh. Aku memilih Old Town White Coffee ..selain berdekatan dengan rumah, juga kerana KEGILAAN ku pada Roti Prata yang kenyang dan menyegarkan minda seperti yang dikatakan DK. Bila makanan yang kami pesan sampai, Rin begiru teruja untuk megambil gambar setaip makanan tersebut dan dipostkan lagi ke FB..dengan selambanya Rin memperlihatkan dirinya pada suamiku tanpa segan dan silu. Aku cuba bertennag dan bertennag dengan gelagatnya, kalau suamiku bertanya terpaksalah aku bercerita MENGAPA dan aku yakin hubbyku ini mengenali insan yang dikahwininya ini luar dan dalam. Rin mula bergayut telefon sambil makan dan sesekali menguatkan speaker telefon maka aku dan hubbyku mendengar suara itu dan corak perbualan mereka..tapi kami tidak ambil pusing.

hampir satu jam menemani Rin di hentain bas, selepas sedikit kekecohan kerana Rin hampir tertinggal bas akhirnya Rin pulang dengan Teksi yang dibiayai oleh syarikat bas. sepanjang tempoh itu walau dalam kekecohan sekali pun Rin tidak lekang dari telefon. Suami juga hampir masuk campur untuk mengasari pihak bas yang tidak bertanggungjawab itu tapi aku mengtenteramkannya. nasib baiklah bukan Rin seorang yang begit nasibnya mlm itu. Aku melambaikan sahabat ku itu dan didalam hati aku berkata kata..KESIAN Rin...she is kind of SICK..dan sepanjang perjalanna pulang hati aku berdoa ..Ya Allah andai aku didengari permintaannya..kali ini aku ingin memohon padamu..selamatkan lah sahabatku itu..tunujkanlah padanya kebenaran yang lebih INDAH dari kepalsuan yang MANIS...hati aku tidak putus mengennagkan Rin hinggalah aku pejam mata sehabis perbincangan pendek dengn hubbyku yang sudah mula memnyuarakan kepelikan yang dilihatnya walau tidak lebih 3 jam bersama Rin....Dia perlu dibantu..itulah ayat terakhirku buat hubbyku dihujung keteranganku. Aku bukanlah terlalu pandai, jauh seklai bijak sana namun aku meminta pada Alalh pimpinlah sekeping hati yang ikhlas ini untuk membantu Rin membantu dirinya sendiri...

Tuhanku..diaperlu dibantu...Pertolonganmu terus terusan kupohan..amennn

Wednesday, December 1, 2010

Tangisan Dihatinya....


Hari ini kali kedua aku menulis disini untuk bulan December. penulisan semalam sekadar menyambung tulisan panjang terdahulu. hari ini 2 December, pagi yang INDAH...sejuk dan selesa, segar untuk membaca sebagai santapan MINDA. Agenda awal pagi ini meneruskan bab pertengahan BETTER RELATIONSHIP.

Sedari semalam aku terfikir untuk menulis pasal Adik Iparku. Raja Amparizan wajahnya dimataku persis Pretty Zinta yang arwah adikku mempunyai taste yang hebat memilih perempuan dalam hidupnya. Kuasa jodoh menjadikan segala galanya cepat dan barakah. Aku masih teringat betapa CANTIKnya dik iparku kali pertama bersolek cantik dikala jari manisnya disarung CINCIN TANDA oleh ibuku. Dalam persalaman kami semuanya dicium tangan walau pun berpangkat adik. Aku bangga menjadi antara orang orang penting mengatur majlis adik lelaki kesayanagnku dengan wanita pilihannya terutama setting keewangan.

Dia wanita sederhana. Tutur katanya lembut kalau dalam kemarahan cukup dengan jelingan dan nada sinis. Aku tidak pernah mendengar suara pekiknya kalau dia sakit hati dengana dikku dia hanya menangis. Aku pernah melihat airmata kecewanya kerana adikku seorang yang bersikap expressive dalam memperkatakan sesuatu orang expressive sering terlupa kaat kata itu sungguh sakit untuk diterima bagi seorang yang bukan expressive.

Kini kisah kisah mereka tinggal kenangan. Adikku telah hampir dua tahun mengadap Ilahi. Aku amsih teringat arwah adikku ini pernah berkata.."Angah tidak pernah jenguk rumah ayah man kalau balik Chalok barat..padahal lalu untuk kebandar" Azamn selamba memberikan komen pada cara aku..lalau aku menjawab selamba.."buat apa angah datang kalau man tiada kat rumah..man kan sellau offshore"..lalu dia dengan menyinga berkaat kembali" jadi kalau man mati...angah tak kisah lah dengan anak anak man" Tesentap darah aku...Aku akui ada benarnya kaat kata dia. Mulai dari hari itu rumah ibu mertua adikku dikampung Gemuruh sudah menjadi rumah ketiga aku bila pulang ke kampung.

Aku masih teringat, pada malam Izan melihat gambar Arwah difacebookku. gambar terakhir arwah dengan aku..kami berbual peristiwa peritiwa terakhir arwah, Air mata Izan bagai hujan. Aku tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Dia mnegaku dia amsih tidak mampu menerima kehilangan seorang suami yang cukup mebahagiakan seperti adikku itu terlalu cepat. kami tidur bersama malam itu..aku memelukknya kemas..menyapu air matanya..sambil berkata ..sabarlah sayang ..Zan bukan keseorangan. Angah berjanji angah berjanji angah bersatu dengan zan..anak anak zan juga anak anak angah. Dia merintih dalam pelukan kemasku. "Sedihnya angah!! ucapnya berklai kali..aku tahu betapa sukarnya untuk keluar dari kesedihan atas kehilangan kekasih dan suami serta ayah kepada anak anaknya.

Tidak siapa yang mampu menyeka air mata dihati Izan. Air mata abadi menangisi takdir ilahi yang lebih menyayangi suaminya. Kenapalah insan yang kita amat sayang diambil dulu..sedang mereka yang menyakitkan hati dan dibenci ramai terkadang panjang pula umurnya...terpancul kata kata begitu dari mulut seorang yangsa ngat kecewa hatinya. Aku akui aku juga terkadang terkeluar persoalan demi persoalan lantaran lemahnya IMAN. Aku pernah berkata..andai akudiberi peluang untuk bertnay satu soalan ada Allah...soalan kau ialah mengapa nyawa adikku ini dipinjamkan terlalu pendek dan ia diambil dalam keadaan anaknya sangat memerlukan dia..KALAU. tapi itulah hakikatnya..kita selamanya adalah HAMBA, kekuasaan dan kebebasan malahan segalanya terhad. Sebaliknya RHASIA ALLAH di Arash sana lebih tinggi sifat pengethauan yang diketahuinya...REDHAAAA lahhhhh dan taraf keredhaan itu lebih bererti bila berat untuk kita lakukan tapi kita berusaha keras untuk redha dan menerusakan hidup dalam himpitan redha dan sentiasa beringat wujudnya satu kuasa yang lebih besar milik pencipta Alam Allah subha nahu wataala.

Izan menempuh keseorangan bertarung melahirkan seorang anak perempaun yang diidamkan arwah suaminya. Dikala aku datang melawatnya..pelukan kami rapat dan aku terasa panasnya airmata Izan. Apalah yang mampu aku berikan pada Izan untuk menghentikan getaran duka dihatinya...siaplah aku. tapi aku ingin terus berdiri disampingnya. kini Alya hampir 2 tahun, mongel dan cute...pandai dan sangat memahami apa saja maklumat yang disampaikan padanya. inilah titip kasih cinta terakhir adikku buat Izan. Tiap kali izan memeluk Alya aku terlihat seluruh kasih Izan tertinggal buat anak itu. Itulah kenangan terakhir dari arwah azman.

Kenangan seminggu bercuti di Kuala Lumpur bersama kami...aku melihat ada sedikit sinar dimata Izan. Sinar yang pernah aku lihat dahulu ketika kami pernah ketawa bersama sama arwah. walau sinar itu tidak sepenuhnya. Aku menunggu baby Alya agak besar untuk aku menyiapkan pasport Izan dan Alya, aku berhajat untuk membawa mereka ke Bandung dan Umrah. Aku ingin menyusun sesuatu buat Izan..sesuatu yang meletakkan dia mampu berdiri semula dengan gembira demi anak anaknya dan menyimpan kemas kenangan CINTA AZMAN dihatinya. Aku ingin terus gembirakan dia at ANY COST. segalanya sudah tidak bermakna lagi buat aku tanpa Izan dan anak anak...entahlah jiwa aku sudah sebati dengan mereka.

Hari Ahad yang lepas, Izan dan anak anak menghantar aku ke station bas ditemani ayah dan ciknya. Bila kami berpisah sebelum tepat jam 10 pagi jadual bas berlepas, aku dan Izan berpeluk erat, dikala itu bukan ketawa yang kedengaran tapi esakan Izan untuk melepaskan aku pergi, aku menyapu air matanya lagi...hangat air mata itu...aku sendiri tidak mampu menahan air mataku dari jatuh dipipi ini..aku seka air mataku..pandanganku kabur dikala aku mencium anak anak saudaraku sambil berpesan..jangan nakal sayang..bagi kerjasama dengan ibu..ummi akan pulang lagi..kita akan berjumpa lagi..tunggu ummi. kalau aku ada permintaan istimewa buat Alalh..ku panjatkan doa..ya Alalh panjangkanlah umurku...murahkanlah rezekiku..aku ada mereka untuk terus dijuangkan bersama Izan tolonglak kami ya Allah.Lambaian kami kian jauh...bila aku mengesat air mataku...baru aku teringat aku perlu pulang...Nana, fayyadh dan harraz menunggu aku dirumah Mak.

Izan nama yang sering adlam mimpiku, tidur dan jagaku, top important list dalam telefon bimbitku bukan atas dasar sekadar kasih sayang...malah yang lebih penting rasa tanggunjawabku pada mereka dana pada ibu bapaku.

zan..angah ingin terus melihat senyum dan sinar matamu dik!!