Friday, November 12, 2010

Berbagi Peluang!!


Shahrin, Indah nama itu. Tuannya lembut dan ketakutan. Menghulurkan permohonan keewangan pelajar dengan tangan yang terketar ketar. Keadaannya mengundang rasa minat yang tinggi untuk bertanya secara menyeloroh..malu kat madam ke?..madam dah tua lah...tak payah malu malu..have your seat!!..dia duduk. rasa takutnya terpias dihatiku. rasa gusarnya menambah pelik dihatiku. dan keadaannya kelihatan agak lemah.

Seperti biasa aku akan menyemak pendapatan bapa dan bilangan adik beradaik dengan aturan umur. Dia anak pertama dari 6 adik beradik. tempat tinggal menjadi usul kedua, kawasan high kos atau rendah kos seperti dikelantan dan terengganu. satus ibu bekerja atau tidak dan sihat atau sakit. Ayah hanya seorang security yang tidak mampu bekerja lebih masa, aayh juga kerap kekelinik tapi dia taidak begitu pasti aapkah sebabnya. Ibu tidak bekerja adika dik ramai yang eprlukan perhatian dan jagaan. Ibu selalu semput bila keadaan semput yang sangat teruk barulah ke kelinik memandangkan setiap bil bukan murah.

Penampilan lemah dengan pakaian yang agak kusam cukup mengambarkan kebenran kata katanya. Lantas aku memujuknya untuk jangan seseklai merasa malu dan kami perlukan seperate session untuk aku menerokai kesan jatuhnya CGPAnya. Pencapaian 2.0 untuk jurusan Human science adalah satu alamat yang pelbagai telahan selain dari tidak serious belajar. tapi untuk pelajar ini aku rasakan ada sesuatu yang besar ditanggungnya seorang diri. hati aku begitu terpanggil untuk terus menggali kenapa , mengapa, bagaimana.

Pertemuan kedua diatur. pertemaun yang abakl mebincangkan lebih dari tujuan keewangan asal yang diajukannya seperti diborang permohonannya. Dia datang lebih awal dari biasa, agak tidak segan seperti semalam dan aad kuntuman senyum agak yakin untuk berdepan. Selepas dipersilakan duduk seklai lagi aku menerangkan padanya kenapa kita perlukan perbincangan. madam tidak suka membuang masa madam dan masa you. Bila keputusan exam you drop macam ni all boards of meeting want a quick feedback ...is theer anything pressure within your life. Dia seakan faham apa yang aku terangkan. You are in the right cahnnel , i am here solely to help you...but your cooperation in telling us the truth is most welcomed in order to understand your situation.

Datu demi satu baris kata kaat disusun.walau kedengaran agak berterabur , mungkin tidak tahu mana satu yang perlu dimulakan. Voucher Rm100 yang aku luluskan telah ditebusnya itu punca sedikit happynya dia. Buku masih belum dibeli entah bila, ada 2 biji buku yang mencecah ratus mesti dibeli sebelum terlambat. Saya tidak boleh meminta duit dari ayah saya katanya. gaji ayah saya RM600 malah sangat tidak cukup. Adik adik tidak pernah membawa wang saku ke sekolah. kali pertama dapat biasiswa, ibu meminta sebahagian duit itu untuk melangsaikan hutang makan dan minum keluarga yang dihutang dari kedai. Keadaan ini membuatkan saya merasa sangat rungsing dan risau terkadang saya terfikir untk berhenti belajar dan mencari kerja. katanya sambil mengeluh kecil.

Aku melihat maatnya, dia cuba tersenyum dan senyuman itu agak sukar kerana ada kepahitan didalam hati. pahit melalui liku liku hidup yang tidak terfikir dek akalnya yang muda belia itu. jadi dari wang yangs angat sedikit macam aman ianaya you gunakan untuk habis satu semester. dia menerangakn kalau makan tengahari tidak makan malam, kalau makan malam tidak makan tengahari. Patutpun dia kelihatan kurus dan lemah. Human science subject pembacaan. saya agak lemah bahasa inggeris segalanya berkecamuk. saya selalu menolong kawan membuat kira kira matematik dan accountingnya. kawan saya dibidang ekonomi. lantas aku bertanya..berapa math you dalam SPM?..A jawabnya dan Add math?..C+ jawabnya laju..Dia beberapa kali mengaku meminati bidang Ekonomi. kenapa tidak tukar programme?..saya terfikir untuk menukar programme, tapi saya kena bayar RM50, 2 minggu sebelum exam yang lepas saya hanya ada sedikit duit cukup untuk makan saya sekali sehari dan duit tambang balik. ceritanya ...dan aad sinar percakapan itu jujur.

aku menyeka air mata yang sedang bergenang. kesiannya masih ada lagi nasib anak bangsa seagamaku yang sebegini.Lantas aku menghubungi bahagian pertukaran programme bertanya bagaimana procedure pertukaran dan waktu terdekat daris ekarang dan bagaimana Pegawai Psychology boleh campur tangan. Ada banyak perkara yang bersarang dikepala anak remaja ini. Bearad dibidang yang ida agak tidak yakin. Dia memahami kelperluandan minatnya, dia memahami kekurangannya. dia tidak betah untuk berdepan subject yang memerlukan banyak pembacaan. apalagi masalah tekanan keluarga dari segi keewangan dan kesihatan ibu bapa. kemelut keperluan adik adik yang menghantuinya. semua itu dipendam seorang diri.

wajarkah kita hanya perlu berkata padanya ketepikan usuk adik beradik dan keluarga you?..rationalkah kita untuk berkata begitu padanya?. Bagaimana untuk kita anticipate memahamkannya dia tidak keseorangan?..bagaimana kita membantunya untuk menyenaraikan satu persatu kekusustan yang berasrang dimindanya dan mengusulkan alternatif satu persatu, walau tidak menjawab kepada keseluruhan permasalahan at least separuh dari masalahnya.Yang paling utama untuk dianticipatekan, peljaar ini inginkan satu jaminan peluang keewangan yang agak lega. itu yang aku nampak secara jelas. jaminan itu sudah cukup mebuat dia bernafas dan membantunya untuk usaha usaha lain termasuk membeli buku buku dan memohon pertukaran programme.

Dengan dada dan hati yang terbuka, atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. atas dasar memahami keperluan ihsan dan insan, aku bertanya apa kerja yang you boleh buat? bagaimana madam boleh membantu you untuk memberikan you kerja dihujung minggu? at least you aad wang saku yang agak lebih. At least masa you tidak terbuang at least madam ingin fahamkan you yang you tidak dibiarkan keseorangan. madam ingin melihat you sampai ke penghujung belajar disini pintaku bertalu talu. You boleh buat kerja kerja rumah seperti cuci tandas, mop lantai cuci dapur, kemas bilik aku cepat bertanya. saya biasa buat kerja tu madam. Kalau saya dirumah ibu pasti menyerahkan semua kerja kepada saya. kalau begitu bermula minggu ini you ikut madam balik paad petang jumaat, dan madam akan mengahntar you ke komuter stesen KL centarl pada petang ahad. you duduk rumah madam 2 haris atu malam untuk projek cleanliness dan madam baayr gaji you. dengan duit tu you ada lebihan wang saku untuk buku dan makan. Aku memberikan saranan yang panjang lebar padanya. rumah madam kecil sahaja, tapi madam tidak berdaya kami suami isteri kepenatan kerja. Kalau you boleh tolong madam, madam juga akan tolong you.

Aku terasa ingin membantunya. Aku ingin memberinya sokongan dan dorogan. Aku ingin membaiki esteem dirinya. Aku ingin meyakinkannya bukan semua amnusia disekeliling kita sibuk dengan urusan sendiri. tempat meberikan soul satisfaction buatku ialah mendekatkan diri dengan insan insan sepertinya dan aku bahagia berbuat begitu. mata nya bersinar menyambut offer dari aku. terimaksih yang tidak putus putus dari mulutnya. Aku minta dia pulang ke bilik dan bersiap seawal 5.30pm kami akan bertolak dari Nilai ke Petaling jaya. apa yang aku kagumi denagn pelajar ini ialah dia sanggup menerima kerja kerja yang selalunya dilakukan oleh perempuan. Disitu nampak kesungguhannya untuk berikhtiyar buat dirinya..disitulah ciri ciri positifnya terserlah.Aku tidak megagalakn pelajar meminjam duit pegawai, aku lebih seronok melihat pelajar mengenali erti budi dan hati. Kesempatan ini juga adalah medium terbaik buat aku untuk memahami insan sebegini.

Petang ini aku perlu siapkan senarai panjang tugasan Shahrin dirumahku. bayaran kerja adalh bayaran kerja..bahagian sedekah jariahku adlah sedekah jariahku kepadanya dan adik adiknya. banyak barang barang berupa buku, mainan, pakaian yang tersimpan dirumah dan mungkin baru kini aku menemui insan terbaik untuk mengambil semua itu. Aku akan buat satu sesi lawatan kerumah Shahrin untuk mengenali ibu bapanya. sekurang kurangnya aku perlu memberi sedikit khidmat ansihat perubatan Astma kepada ibunya dan aku akan bawakan ubat ubatan yang perlu sekali.

Bila aku menelefon hubby memberitahu actionku agak dia tidak terkejut melihat tetamu dirumah kami. Air maatku sudah tidak tertahan lagi. Aku merasa bersalah kita agak bermewah mewah sedang ada insan 10 ringgit terlalu bermakna buat mereka. Aku merasa amat rugi kalau menegenepikan peluang untuk aku menabur biji benih kebaktian pada insan yang betul betul memerlukan ini. Geatr suaraku dicorong telefon cukup membuka fikirin hubbyku dan seperti biasa dia tidak pernah mengahlang setiap kebaikan yang aku bawa pulang. Ya Alalh kau murahkanlah rezeki ku untuk aku lebih luas untuk berbagi peluang memberi kepada insan insan yang sangat memerlukan. Ameen

Thursday, November 11, 2010

cekalkan Aku..tabahkan dia...


Semalam sudah kulewati waktunya. rasanya seharian suntuk memerah otak dipejabat dan memandu pulang dijalan raya yang sangat sibuk. Bila ada pesanan untuk mengajak makan malam bersama sambil berbincang dan jalan menuju kesitu terlalu sibuk...hati terasa begitu malas untuk meneruskan perjalanan. Lantas tangan mendail laju nombor telefon berhajat untuk batalkan sahaja dan terus pulang kerumah. Ada seakan desakan, kedengaran terlalu berhajat untuk bertemu dan makan bersama lalu dalam mengeluh kaki terus menekan minyak beratur rapat menuju giliran untuk masuk kelaluan seterusnya. hampir satu jam akhirnyas ampai didepan Clinic keluarga Kota Damansara.

"I am here in fron of your clinic"..pantas jejariku menekan sms. Pantas juga balasan diterima,"Ok I am coming..tunggu". Sementara menanti, aku sempat menyemak leaders Small Book yang sentiasa aku cadang untuk dibaca sewaktu menunggu. menunggu satu aktiviti yang sangat tidak aku gemari.Dalam 15 minit kelihatan seseorang keluar dari Clinic bersaam sebuah buku...tu dia getus hatiku, lalu aku menutunkan tingkap untuk memanggilnya dan dia kelihatan liar mencari keretaku. mata kami berpandangan dan sama sama tersenyum lalu aku menghidupan enjin kereta tetapi dia memberikan isyarat hentikan enjin kereta lalu berkata...Here got one Jasima..we can take our dinner there. Ok jawabku spontan.

Lalu aku turun dari kereta dan menekan Alarm sambil berjalan dibelakangnya. seseklai dia beplain bertanya iu dan ini tentang perjalanan pulangku dari pejabat. dalam sepuluh langakh kami sampai di Jasima Restaurant, pantas dia memilih tempat duduk dan aku memerhati untuk tidak dudk direct didepannya, begitulah cara aku. Bila aku memilih temapt duduk yang selesa buatku, dia menukar tempat duduknya secepat kilat dan kami duduk berdepan. Aku cuba memnadang ke arah waiter yang menunggu, dia bertanya lembut apa makanan yang aku inginkan dan cadangakn Roti telur 2 teur tapi pantas aku menawab Tosey telur, dia pun terus mengikut turut memesan tosey telur, teh tarik dan mineral water. Soalan pertamanya seperti biasa ..how are you today..sambil senyum sikit aku menjawab selamba ..I am fine as you see kalau tak I tak datang. jalan jam you..runggutku. lalu dia berkata I am so sorry...tapi saya nak juga jumpa you hari ini ..makan malam dengan you.

Satu persatu topik keluar dari mulut kami berdua, dan aku tanpa segan bertanya actually what had happeend to you yesterday?..matanya bulat sambil menjawab yang memberikan aku sedikit rasa tidak boleh terima dari segi kebenarannya..actually her mum and dad kecoh sikit pasal adik dia...adik mau kahwin. No kataku dalam hati..this is not the answer this is his make up story. Aku hanya tersenyum..lalu berkata may be i should not know..sorry.kami teruskan pada topik topik culture, islamic society, perbezaan gestalt dan frued, dan islam hadhari...ada banyak persamaan fikiran dan ada banyak persamaan cara berfikir dan menilai. Selesai makan, telefonnya berbunyi, dan dia kelihatan bangun berjalan jauh agak 10 langah untuk mebuat pangillan semula. kelihatan dia berbual seketika dan datang semula duduk dan menyambung minumannya. Aku tidak bertanya apa apa. kami terus berbual dan akhir sekali aku nilaikan dia tidak serancak sebelum ini berbual dan memeprlihatkan ideanya yang bagus..kali ini dia banyak mendengar cerita cerita aku dan aku dapat rasakan dia tidak berada dalam happy mood.

Selesai makan dan minum bertepatan waktu dia sambung bertugas kami sama sama beredar dan tiba dikeretaku dia memberkan isyarat untuk aku mengerakkan kereta dan bila selesai reverse dia datang dekat kepintu sambil mengucapkan terimakasih kerana makan malam bersamanya. Aku hanya berkata bye enjoy your duty. Hati aku berat merasakan dia ada menyimpan satu rasa sakit dan tersiksa dihatinya. Apa yang dia rasa hanya dia yang tahu. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk bercerita dengan aku.Terpulanglah.
Seorang yang Briliant, banyak ideas, consider Leader...love and enjoy leading, enjoy social, dan sukakan discussion tiba tiba terjerat dalam situasi rumahtangga yang BOSAN bila siisteri bersikap tidak memahami keperluan suami malah teramat CEMBURU BUTA dan suka mengamuk tidak bertempat. Itu firasatku dari keluahan spontan yang terkeluar dari mulutnya. Nun disudut hatiaku amat merasa kesian pada dirinya dan aku percaya bila dia berkata pada malam aku berlepas ke UK dia menangis didalam kereta sambil berpusing pusing ditempat parking lot rumahnya, Ingin katanya menghantar aku di airport atau menejmput aku kembali dari UK, aku hanya tersenyum lantas berkata you are dengerous you sudah meletakkan gantungan emosi pada i sebagai kawan you. that is not good for you and for both of us. Dia hanya tersenyum sedikit dan mengelangkan kepala sambil berkata dia tidak tahu mengapa jadi begitu.

Aku ingin tegaskan pada hatiku sendiri dan pada dirinya beberapa kali telah aku ucapkan. Kita begitu sesuai menjadi kawan dan aku tidak ingin berkawan sia sia dan membuang masa. Let think about something together..such business or any ideas of venture, writing, programme...dan aku cuba menegur bila dia kelihatan banyak nilai perasaan yang beberapa kali sudah aku minta elakkan. Aku sudah tegaskan pada suami bahawa saya tidak ada perasaan untuk mengkhianati suami dan meletakkan dia dihati yang istimewa tapi menemuinya dan berbincang membuahkan otak saya hidup. dan aku pernah berkata padanya..I do believe if you plan to be good to do something good and to hope on god bless...dont betray your wife...as well as i cannot betray my husband. Dia sangat bersetuju dengan diriku.

Hari ini dia mendiamkan diri.Tidak mebalas smsku yang bertanya sudah makan?..lantas menutup telefonnya...adakah ini antara usaha usahanya untuk mengadakan sedikit gap pada hatinya dan dirinya. hati aku terasa begitu. Mungkin aku boleh bertanya..bercakap..berjumpa beberapa banyak yang aku mahu tanpa berbolak balik persoalan hati tapi mungkin tidak pada dia. Aku kena faham keadaannya dan aku kena biarkan dia meneruskan usaha usahanya...Aku yakin ini bukan penamat persahabatan, tapi keakraban kami menyentuh hatinya yang sedang digoncang keadaannya.Aku sudah berada ditahap selamat, hati aku bukan pualam yang bisa cair dengan mudah setelah kita melihat dengan celik rationaliti yang tersedia ada. Aku akan terus begini, aku akan terus berkawan dengannya tanpa berharap lebih dari yang aku perlukan sebagai kawan yang memepunyai hubungan jangka panjang dalam business. Aku tidak merinduinya sehinga terbuai didalam mimpi...sehingga mengganggu hubunganku dengan org lain. Dia membawa bahgia dan emnambah warna warna pelangi tapi bukan sebuah cahaya tunggal yang bisa gelap segelapnya bila dia pergi.

cekalkan aku ya tuhan...tabahkan dia sekali...ameeen

Tuesday, November 9, 2010

Bahagia yang dicari....


Seharian agak sibuk dipejabat hari ini...namun diwaktu senggang aku sempat menjengah facebook melihat sepintas lalu posting kawan kawan..ada yang emnarik, ada yang biasa , ada yang gembira ada yang berbau duka, tidak kurang juga ada yang sempat melepaskan geram pada seseorang. Terkadang posting posting kelakar itu mampu mebuat aku tersenyum sendirian mencuit hati, terkadang ada ilmu terselit secara halus disebalik lawak dan sinis tulisan kawan kawan. yang paling bermakna bagiku, facebook telah menemukan aku kembali dengan kawan kawan yang terpisah 10 hingga 20 tahun yang lalu...Alhamdulilah.

Indahnya dunia persahabatan terkadang melebihi hubungan adik beradik. Ada beberapa kwn kwnku yang aku seakan rasakan seolah olah dilahirkan oleh ibu yang sama. Terlalu sebati buah fikiran dan persefahaman kami. Persahabatan seperti inilah tempat suka dan duka. Anehnya walau 20 tahun yang lalu kami tidak pernah berpeluang tidur sebnatal dan makan sepinggan, siapa tahu ketika berjumpa selepas 20 tahun sebagai kawan yang kurang rapat akhirnya kami mampu makan sepingagn, tidur sebantal dan kembara bersama. Indahnya silaturrahim...redupnya kasih sayang yang Allah kirimkan sesama kita.

sepintas lalu difacebook juga memepelihatkan aku pelbagai kisah kawan kawan, aad yang sibuk fikir hal kerja, ada yang bertanya khabar kawan, ada yang seakan emmendam rasa. Aku sendiri menggunakan facebook dengan pelbagai wadah adn tujuan. Antaranya menghilangkan rasa sepi dan boring ketika dipejabat dan dirumah. Semakin berusia kita semkain kita perlukan kelompok sahabat sebenarnya dalam cerita mereka ada kekuatan buat kita. Hari ini mata terdorong untuk mebaca beberapa statement kawan kawan yang statusnya its complicated. status yang sama dengan diriku sendiri. Mungkin sebagaimana aku begitu juga tuan punya badan yang menulis status yang sama sukar untuk mebohongi diri sendiri dan sukar jugak untuk menerangkan kepada orang lain apa kemelut yang dihadapi.

Terkadang yang aku pasti mengenali mereka mereka yang berstatus demikaina bila aku kenlai isteri mahu pun husbandnya seakan terkejut, apalah susahnya hidup dalam serba kemewahan malah sang sumai biak budi bahasanya. terkadang juga hati aku berbisik apa manusia tidak pernah ebrsyukur dengan apa yang ada dikelilingnya dan sentiasa mahukan yang lebih dan idamkan yang bukan miliknya...entahlah...mungkin juga begitu. namun sebagai pesanan buat mereka yang aku tidak mapu teka apa bentuk persoalannya, sempat aku kirimkan dipostingku...janganlah sesuatu yang senang kita sukar sukarkan ..buang tenaga...lebih baik tenaga itu disadurkan ketempat yang lebih baik. Aku melihat ramai dikalangan kawan kawan yang suka menunding jari mencari silap pasanagan. memburu bahagia meminta pasanagan yang menyediakan..sedang kita hidup disatu bumbung tapi bercharacter tersendiri sampai kiammat pun matlamat itu tidak akan mampu ditemui kalau tidak diperhalusi tjuan dan kemewahan hikmah yang Allah suratkan disebalik yang bernama JODOH.

barangkali ada waktunya kita terlupa, ada banyak benda atas dunia ini tidak ada penyelesaian..Allah sedang memperlihatkan kita keagungan kuasanya. namun kita diberi pilihan untuk meneroka banyak peluang peluang menjadi bahagia lebih dari hanya menumpu pada pasangan kita. itulah erti bahagia sebenarnya, bila kita bahagia kita akan ceria bila kita ceria secara langsung corak perbualan dan airmuka kita menarik dan pasangan kita hilang stress dengan kita. ada ketikanya ketepika mereka, anggap mereka pasangan hidup yang ditakdirkan Alalh buat kita letaknya ditepi bukan diatas..diatas temaptnya hanya Allah...jangan berhenti meminta ..jangan berhenti berusaha...bahagia ada dimana mana tidak semestinya segala bahagia ada pada insan yang kita sayang, ada pada insan yang kita kahwini...beginilah LUASnya scope kehidupan yang cuma dilihat dari tingkap PERHUBUNGAN.

Tuhanku..aku terus berdiri disini teguh demi kerana mu untuk BAHAGIAKAN anak anakku..ameeenn