Wednesday, October 13, 2010

SIAPALAH aku!!


Siapalah aku ini
yang ingin menegemis cinta mu
siapalah seadanya diriku disisimu

Kau punya segalanya
sedangkan aku INSAN hina
hidupku penuh dengan kisah duka
antara kita jurangnya berbeza

Biarlah Usahlah Bermain dengan API
Kelaknya terbakar SENDIRI
Biarkan kusimpan segala perasaan
KASIHKu..CINTAku
terhadapmu
SIAPALAH AKUUUUUUUU


Inilah lagu Amy Mastura yang terngiang ngiang ditelinga ku seharian. Ada rasa pilu bercampur resah dengan sms yang diterima semlm. Aku hanya mampu lelap sekejap mata ini selewat 4 pagi. pagi ini Nelli menjengah diruang tingkap maya...Nelli sempat mengingatkan aku untuk BERTINDAK.

Ya..aku berkata pada Nelli sahabat yang aku kira dia cukup mengenali hati dan budi aku sebagai kwn rapatnya. Siapalah aku ni NEll!!..aku tak ada apa apa yang boleh dibanggakan, yang boleh diperhitungkan. Yang pasti banyak tanggung jawab dan tugasan sebagai keluarga, profesion yang terbentang. Kenpalah hati ini DEGIL. Hati ini seakan melawan satu rasa, ada satu rasa SERI yang singgah dibirai hati...Ohh Tuhan janganlah diuji lagi hati ini.

Saban petang selewat pukul 8pm, sms mesti berbunyi. Hye apa khabar? Ada kat mana?..dalam seminggu mengundang aku minum paling kurang 3 kali yang aku terpaksa menolak dengan pelbagai alasan yang MUNASABAH. Soalan mengapa aku diam mebisu..tidak sms...bila selesai minum selamba berpesan sms saya!!. Arghhhhhh aku TAKUT!!!! Bila Nelli mengesahkan maksud sms terakhir semlm aku jadi lagi takut. Kalau ternyata dia tidak berniat jahat selepas pelbagai helah dan siasatan, kini ada satu persoalan mengapa aku ingin didampinginya.

Aku sudah malas meneka. jawapannya TERANG. Cuma ada waktunya melemaskan...nak kawan lagi takut tersangkut hati parah.tak nak kawan...org seakan nak cari ketenangan dgn kita..adussss gi mana ya!!! Mengapa hati aku sekarang menjadi takut...kerana aku rasai getarnya..dan dia mnegakui getar itu. Dia suami orang yang aku tidak tahu cerita rumahtangganya cuma gambar kecantikan anaknya yang dikongsi bersama aku Liza Khan. Aku, hari hari yang aku lalui sering lewat batas kesunyian. Sehari terkadang 2 patah pun tidak kedengaran. Seminggu seklai sahaja ada gelak ketawa nyaman itu pun berkisar pada cerita orang. Ruang sunyi ini terlalu getir, walau penuh kuisi dengan aktiviti dengan kawan kawan. dan kenyataannya mengapalah ada sebuah PERTEMUAN. Sapaan mesra seorg Dr dan pesakitnya. Mengapa ada susulan email dan sms. Lemasssssssssssss.

yang pasti jangan membiarkan seseorang bermain dgn perasaan kita...dia tidak ada hak untuk menyentuh hati kita, menerima segala keistimewaan dari kita, kita juga tidak berhak untuk menjadi terlalu istimewa dengannya....

Ada kalanya aku tidak berdaya dan aku meohon pada tuhan...awasilah gerak geriku ya Allah sebgaimana kau telah memeliharaku dari cerita yag sudah sudah...hanya perlindunganmu segala perlindungan yang aku perlukan.


Amin

Wednesday, October 6, 2010

A step ahead!!


Hari ini mungkin hari yang dinantikan oleh sesetengah orang dipejabatku. hari ini adalah jamuan raya CFS Nilai, acara makan makan percuma memnag digemari oleh kebanyakan orang haha. Mungkin untuk sesetengah kawan, yang trepenting disebalik acar makan makan percuma ialah bersilaturrahim, kerana itulah walau pun berpuasa enam, masih mengimarahkan majlis dan bersungguh menyalami semua para hadirin disekeliling...aku perhatikan semua itu pada seorang senior merangkap boss yang aku kenali Mdm Norliza.

Aku cuma berperasaan biasa. Pemilihan baju pun baju biasa, tapi aku amat mengerti perlu menghadiri majlis ini awal seperti yang dijadualkan kerana ada bacaan tahlil. seperti biasa, seronok bersalaman, ringankan tangan menghulur salam. Tiada rasa ingin riak apa apa. handbeg ke, gelang ke, baju baru berlabuci ke, haha bagis esetengah orang itulah bahan pandangannya. Aku pasti emncari tempat duduk yang paling low profile, dikalangan supporting staff pejabat. Aku agak gembira melihat hidangan nasi Arab kambing dngan acar Tomato, sesuatu yang aku sangat suka tapi tidak reti untuk menyediakannya.

Aku bersama Azzu..pergi dan pulang sekali setelah dipesan oleh Izuan, accountant muda pejabatku. Izuan selalu kusapa seperti adik sendiri dan aku sedikit pun tidak merasa cuak malah kerja kerjaku dengan Izuan sangat lancar. Aku tahu akus eorang yang sangat senang difahami. Aku sedaya upaya memudahkan kerja yang melibatkan orang lain agar tidak timbul rasa gelisah atau tidak puas hati orang lain. Alhamdulilah aku gembira dengan cara mereka terhadap aku. mereka diberi lebih satu marjah dari 100 markah yang dimiliki oleh semua orang disekelilingku. Aku mengguna pakai teori penerimaan yang diajar Dr Khan.

Aku banyak membaca journal khas 101 suite. banyak yang sangat releven dengan kerja kerja ku dan usaha usaha penulisanku. Idea seakan makin bertambah, aku perlu garapkan frame blog baru yang didasarkan pada PERHUBUNGAN. Asas positive melihat dan mengendalikan perhubungan. Aku perlu dekatkan diri dengan source source utama dengan teknik bab ke bab yang menarik. semua rangka rangka itu kemas dalam fikiran, aku perlukan lakaran dikertas agak step tidak hilang.

Ada kalanya boring melanda diri bercampur mengantuk. Aku tinjau chat room. Bersembang dengans eseorang yang aku tidak mahu tahu siapa tapi englishnya berterabur. Bila dia bertanya pasal aku dengan sennag dan mudah aku jelaskan sekaligus memberikan aku rasa lega.Aku memerlukan tempat untuk aku meluahkan apa yang aku pegang pada diriku bagi mengutkan lagi self konsep yang terbentuk selepas sebuah TRAUMA dalam perhubungan.

Aku tidak menganggap aku GAGAL tapi aku juga tidak mengatakan aku terlalu berjaya, tapi aku berada diambang boleh Cope.Cuma ad waktu waktunya bila trigger tertentu datang, aku menjadi terlalu lemah dan cepat lemas dan berserabut. Bila aku merenung jauh jauh, keadaan seakan meminta aku untuk tetap seperti dulu ligat, ada perancanagn diri sendiri yang kemas, ada seseorang lelaki dan perempuan yang aku boleh berkongsi semuanya then aku akan maintain cool. Aku harap tuhan temukan aku seorang yang bernama sahabat, seorang yang tidak mementingkan dirinya sahaja, seorang yang tidak menggunakan aku dan yang teramat penting seorang yang tidak memainkan perasaan aku.

Hari ini juga 1 sms yang istimewa dihantar kepada Dr Khan. Aku tahu dia menunggu sms sebegitu dari aku, terpulanglah apa yang dia anggap, yang pasti aku telah menghulurkan salam TRUE FRIENDSHIP dan menolak gurauan nakal yang telah dihantarkannya. Dunia sekarang padaku amat mustahil untuk tidak berhubung. lebih lebih lagi orang yang bercirikan SOSIAL seperti aku. Aku rasa buntu bila ruang perhubunganku dihadkan.

Aku perlu kembali aktif, membuat senarai happy to do list untuk sendiri dan family. keluar bersama angah dan anak anak. dan yang paling penting projek diri sendiri kena ada anjakan perubahan dari masa kesemasa. Yessssss...kita perlu banyak senyum dan ketawa...kerana senyum dan ketawa mengkinkan positive yang ada dalam diri. take it easy itu yangs ellau dipesan pada wahida anak sulungku yang sellau pulang dengan muka saratd engan masalah dari Asrama. hidup menag banyak dugaan, tapi Alalh tidak tinggalkan kita sendirian ..dibekalkannya kita ketajaman akal dan fikiran ...jadilah seorang yang mengsyukuri nikmat dengan menggunakan peluang akal dan fikiran itu dari membiarkan segala nya seakan semaunay boleh diharapakan turun dari Langit seperti Hujan!! haha


Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee for Now!!!

Tuesday, October 5, 2010

Menyusul CURIOUSITY!!


Hampir satu jam lagi masa untuk aku beransur dari pejabat yang memberikan aku ketenangan dan kepuasan berfikir dan mencari maklumat. Hari ini banyak bahan bahan pembacaan RELATIONSHIP yang aku terokai..ada pelbagai terma dan istilah yang menjrus kepada maksud maksud yang tertentu.

Namun ada sesuatu yang masih TERTINGGAL bermain main difikiran. Satu pertanyaan bagaimana dan kenapa.Aku tahu jawapan sebenar bukanlah mudah untuk aku dapatkan dari sebuah kotak berskreen nipis didepanku ini, malah mungkin jawapan juga akan hadir setelah melalui satu tempoh bukan sedikit. Bila uusl masa terlibat, disinilah terkadang kesabaran TERUJI. Aku satu rasa desakan untuk mengambil jalan pintas. Namun sedari dulu jalan pintas banyak dirumuskan dari JUDGEMENTAL yang tidak berkesudahan. Aku inginkan jawapan yang betul dan aku ingin menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh HATI ini.

Menunggu sesuatu datang bergolek bukanlah RASMI aku. Terkadang tidak tersedar Allah permudahkan keadaan. Kunci dasar telah berada ditangan bila aku memiliki PASSWORD atas dasar percayakan aku BLINDLY. Persaan ingin tahu aku berapi api untuk memahami bukan untuk mebocorkan kepada sesiapa tapi sekadar untuk menjaga diri dan hati sendiri. The same password juga membolehkan aku menembusi email dan yahoo messanger. Ternyata ada nilai nilai PLAYFUL TYPE.

Langkah seterusnya, aku ciptakan satu profile bernama menarik dan bergambar cantik. MIA KIRANA. cukup sekadar beberapa orang kawan sebgai umpan. dan Yessssss aku berjaya meyakinkannya yang profile ini wujud. hampir saban hari dia menghubungi profile ini tapi seakan TIDAK MAHU PERGI JAUH. Apalah kemelut yangs dang bersarang dihatinya arghhhhh.

Langkah aku yang seterusnya juga, aku deletekan nombor telefonnya ditelefon peribadiku sebagai tanda amaran pada DIRI SENDIRI...STOP hubungi dia.Biarkan masa berlalu usah cuba mencarinya. Tapi saban hari juga sms darinya menjengah bertanya how are you dan ada kat mana?..berbalas 2 ke 3 sms dan undangan minum tea tarik. Aku masih keluar minum teh tarik yang dibelanjakannya sambil berbual perkara perkara yang wajar dibualkan. Aku perasan Dia tidak mampu memandang MATA aku...kenapa?..terkadang aku juga perasan dia KEGELISAHAN, mengapa. Dia masih spontan memujiku pada riak wajah yang ceria dan penampilanku. Aku sudah lali dengan pujian manis lelaki sebegini...dan cukup pandai aku menunjukkan memek muka..for me semua kata kata tu NOTHING!!!

Mungkin dia kesunyian, mengkin dia kegelisahan atas sesuatu perkara tapi amat rumit untuk disuarakan memandangkan EGO seorang lelakinya. Mungkin juga dia cuba TRY LUCK tapi takut takut kerana yakin orang seperti aku sama seklai tidak akan melakukan perkara yang tidak PATUT. Entahlah....apa yang pasti dia masih meletakkan keperluan pada persahabatan ini dan dia cuba menari mengikut rentak tarianku. TRUE FRIEND!!!.
Aku ingin mengetahui semua nya hanya kerana inginkan maklumat agar aku BERHATI HATI. memnag aku tidak perlu mengambil tahu urusan peribadinya, siapa kawannya, bagaimana urusannya...tidak perlu kecuali dengan rela hati dia ingin bercerita. Setiap kali didepanku dia cuba mmeperlihatkan kehebatan dirinya, ideas, paperwork, proposal...aku tidak tahu mengapa..dan kenapa.

Kalau dulu mungkin aku senang percayakan MANUSIA..sekarang tidak lagi. Aku perlu bertanya apas ebab di sebaliknya dan aku perlu meletakkan satu jarak yang KHAS antara hati aku dengan mereka. Aku tidak harapkan apa apa..alau baik tujuan aku sokong, kalau tidak baik tujuan aku pasti akan mengusul kenapa ini pilihannya.Aku juga terkadang KELIRU..dan ada ketikanya aku menyiapkan alasan untuk menolak ajakannya.

Setelah segalanya hampir selesai, aku perlukan TIME FRAME!!! aku lemas berada di suasana berteka teki. Aku letih untuk cuba percaya, cukup sekadar apa yang aku tahu dan alami sebagai pengajaran...bukan semua manusia SEPERTIMANA KITA!!!!