Monday, September 6, 2010

Ke mana SABARKU!!!


Pagi ini kepalaku RINGAN. Semalam tidurku TENANG...sahur walau sendirian masih mampu kutelan walau tidak seghairah biasa bila melihat makanan. Arghhh mana ada org bersahur begitu ghairah...time sahur adalah time yangs angat seronok tidur. Aku tidak pernah terfikir..akhirnya aku berada di ALLSON KELANA NILAI...berbuka, bersahur , tidur dan termenung sorang sorang.

Semalam dan hari ini..ada satu perasaan yangs angat KUAT...aku tidak mahu pulang!!! pulang untuk mendengar ucapan alasan yang sama..pulang untuk melihat gelagat dan lakonan yang sama...aku tidak mahu melihat benda yang sama dan meminta aku faham. Akus angat terlebih FAHAM malah mampu predict apa yang akan terjadi kerana itulah saranan positif dan ikhlas sering keluar dari mulut aku. Bagaimana hidup seklai tapi tidak mahu terlibat?..adakah istilah ISTIMEWA untuk kita gunakan supaya barain kita menerima...Ohh nothing got to do with me...pada aku tidak ada melainkan aku perlu mengalihkan pandanagan seketika dari melihat, mendengar...walau minda tidak sepenuhnya berhenti dari memikirkannya.

Semalam keputusan untuk stay away seakan NEKAD. Aku memang tidak menjawab sebarang telefon walau dari sesiapa pun. Sahabat baik ada offerkan aku untuk stay dirumahnya...terimakasihlah NEL...aku perlu sendirian. Hari ini baru aku rasa bila SABAR itu telah TIADA lagi...diri rasa kosong sekosongnya. Aku check in di Allson Kelana tepat jam 5 petang...aku belum pasti berapa hari aku perlu berada di situ...lalu recepeptionist buat open stay dan swipe credit card aku. Aku tidak rasa apa apa selain dari nekad untuk duduk tenang SENDIRIAN.

Aku percaya kalau anak anak ada dirumah memang aku agak berat mengambil keputusan begini. Senyum, tawa dan gelagat mereka terlalu sukar untuk aku ketepikan dari kehidupan seharianku. Bila hati walang...pulang ketawa secara paksa bersama mereka membuatkan aku LUPA segala beban perasaan. kini mereka tida..aku tidak melihat dalam situasi ini untuk apa aku PULANG. Aku sedikit pun tidak rasa sunyi...rancangan NATINAL GEOGRAPHY menemani aku sampai pagi...sangat menarik!!...buku dan majalah aku tinjau sedikit lantaran mata begitu cepat mengantuk bila selesai solat isyak dan mengaji Quran. Aku nekad untuk Qiyamulail sebelum sahur. dan Alhamdulilah aku berjaya. Tiada apa yang aku minta dari Allahs elain aku pasti Allah emmahami situasi aku. Kenapa tiba tiba seakan kesabaran ini HABIS...aku minta bekalkan lagi kesabaran buat aku.

Sebelum aku melelapkan mata. Aku sempat menjawab message hubby yang sudah tidak tentu ARAH...ahhh mengapa ada mansuia tidak mampu fikir sedari awal..menagapa asyik kita sahaja kena memahami..menerima..percaya semula...bina segala gala...aku seakan kepenatan memikirkannya. Message ringaks yang memberitahu dimana aku..usah risaukan aku...aku tidak memilih untuk marah..aku tidak memilih untuk berarguement sebab semua itu sudah berlalu...aku meilih untuk damaikan hati sendiri kerana aku pasti aku tidak ampu merubah manusia walau sayangnya pada aku menggunung...sukar sebenarnya bila kita berada dengan INSAN YANG TERLALU BERBEZA DENGAN CARA KITA BERFIKIR.

Tidak perlulah aku jelaskan mengapa dan apa ceritanya disni....cukup aku nyatakan ini bukan kali pertama..malah sedari awal kahwin lagi.dan aku jelak untuk mendengar cara menjawab yang sama...drama kemaafaan yang sama...aku tidak perlukan semua itu lagi..kerana aku TERLALU FAHAM sedang hati tidak boleh terima. Keraskah hati ini?..kurang didikan kah ahti ini? aku bertanya sendiri. Apa yang ada didepan mataku sekarang walau mahal harganya...walau semua orang mengejar ngejar untuk memilikinya..tapi nun disudut hati aku..bukan ini yang aku cari. Apa manusia tidak pernah puas...atau tuhan sengaja menguji kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan?
. sebaliknya sesuatu yang kita tidak mencari datang seolah olah bergolek didepan mata. Terkadang aku berfikir, aku sudah mals untuk berfikir pasal orang yang tidak mahu berubah hidupnya. Cukup kita fikir diri kita..ketenangan kita..keredhaan Alalh pada kita. tapi KETREIKATAN aku dengan kebahagiaan anak anak terlalu menebal. Sukarnya untuk meleraikan...apa lagi bila seseklai dilanda perasaan sudah hilang rasa SABAR.

pada hari baik dan bulan baik ini ramai yang berkata alah lupalah. buang yang keruh ambil yang jernih. aku anggap orang yang bercakap begitu dia tidak faham, malah tidak pernah mengalaminya. Sesuatu yang bersifat situational mungkin seklai ebrlaku dan akan hilang selepas itu..tetapi sesuatu yang bersifat attitude akan kekal begitu sampai bila bila. Adakah selama ini aku berlakon? ada yang mengatakan aku kelihatan senyum diluaran..kebahagiaan hanya pada surface sahaja..itulah kenyatan dari orang yang memahami hati aku. namun kalaulah itu lakonan ..ya aku berlakon demi anak anak..dan ada kalanya aku LETIH dan ingin berihat beberapa hari untuk mengumpul TENAGA untuk menyambung tugas lakunan ini kalau inilah yang ditakdirkan oleh Alalh pada aku.

Terkadang aku bertanyas endiri...menagpalah aku berada di satu persimpanagn...persimpangan yang sering mengelirukan..apakah yang datang ini sering membawa kebaikan atau sebaliknya. Semalam tenang yang tiba bila ada seseotrang menyapa dengan penuh serious MENGAPA dan MENGAPA. Aku cuma cut dan mengatakan its complicated...i am too tired to begin this story...this never ending story....dan aku meminta untuk berihat...tidur awal dan bangun mengadap tuhan yang maha agung..diketika ini biarlah dia tempat aku mengadu walau apapun permintaan aku...tempat yang plaing tepat yang bukan sementara sifatnya. Aku tidak pernah merancang..akan berada disebauh HOTEl hanya kerana untuk mencari ketenagan sambil menyerah diri pada tuhan...BERILAH AKU sedikit cahaya..apakahw ajah hati aku seterusnya...Amin!!!

Wednesday, September 1, 2010

Epilog CINTA sekeping HATI


Cinta...arghhh terlalu manis untuk dikenang. Terlalu bahagia bila memilikinya...asyik seakan sebuah dunia ini kita yang punya. Aku seakan malas untuk menulis pasal Cinta dek kerana akhir akhir ini sibuk melayani minda orang BERCINTA...aku akui kebutaan cinta mereka. Mereka berada didalam sebuah dunia yang agak terasing dari kita yang tidak bercinta. Apa pun perasaan sentiasa didahulukan oleh mereka yang sedang BERCINTA.

Seorang Insan yang tidak pernah mencari Cinta Malah baru kecewa kerana CInta hatinya telah dikhianati. Bukan mudah untuk melihat kembali babak babak yang ada dipersekitaran orang bercinta. Apakan daya...Dugaan Cinta datang kembali. Sehabis daya menolak tapi hakikat Cinta itu telah memberi sedikit ketenang hati dan ketenteraman jiwa tidak mampu disangkal lagi. Pertemuan saban hari, begitu manis, setiap isi percakapan tersimpan kemas disanubari, bila tiba tiba ketenteramn itu hilang, walang dihati mula timbul ...keman ,,di mana?? kenapa??.

kebahgaiaan terasa hanya dengan perbualan. Pelbagai bahan dibualkan, hampir saban hari, berserta gurauan penuh kemanisan walau tidak pernah bersua cukup hati terubat dari cengkeman jiwa. Hingga satu ketika, sang kekasih baru yang dipuja mengakui hakikat umurnya yang sudah jauh lebih tua. Umur bukanlah pengantara antara dua hati. hati itu sendiri yang berbicara. Jiwa itu sendiri yang sebati. tanpa sedikit resah dijiwa, tanpa sedikit rasa hiba, pengakuan umur bukan satu bahan yang memadam api cinta yang sudah terpasang.

Dengan CINTA, hidup seakan sempurna walau CINTA bukanlah segala galanya.walau kerja sesukar mana pun, walau kemelut harian sehebat mana pun dalam hati masih bisa tersenyum kerana disuatu sudut hati terisi dengan CINTA. Cinta dikala begini tidak seperti cinta remaja, yang sering ingin bersama, yang berani mengharungi segala gala kerana diketika ini kewarasan fikiran cukup membritahu dan mengingatkan CINTA bukan segala galanya.Hampir setahun, bicara penuh bersambut, kemesraan berpadu teguh keserasian tercipta, usah disebuat usaha usaha mnegambil tahu dan mengambil berat sesama sendiri, kalaulah dunia ini kecil, sekelip mata pasti berdiri didepan mata...wajarlah cinta ini berjarak.

Selepas setahun juga, hati bergegar bila sebuah hakikat tersirat, rupanya dia memiliki seorang ISTERI dan anak perempuan. Permainan penipuan apakah semua ini. Dengan seribu daya kekuatan, tetap bertahan kesabaran dengan penuh yakin mesti ada sebab disebalik semua ini. bagai sebuah kisah yang tidak sudah, keserasian hubungan perasaan menjadi penawar diri disituasinya. Cinta melahirkan rasa belas dan simpati walau hati sendiri terguris LUKA. Masih berdiri sebagai kawan setia mendengar segala luahan walau dihati sungguh terkilan. Di kemelut yang sukar untuk difaham, hati dan perasaan sendiri terpaksa diketepikan. Sapaan semakin tawar, berita dan kemesraan semkain berkurangan namun hati tetap seperti dulu terasa kehadirannya disuatu sudut yang sunyi namun akal membatasi untuk terus merasai suatu kekuraangan dalam arus hubungan baru ini. Akal berkata ada atau tiada hidup tetpai perlu diteruskan. Kagembiraan masih banyak diluar sana. satu titis air mata pun tidak pernah gugur mengiringi kepiluan hati, cuma sesekali ada keluahn yang panajng melawan rasa hiba dan sunyi seketika.

Apakah usaha untuk melupakan seseorang itu mudah?..kalau tempatnya disuatu sudut yang istimewa, apakah cukup temph waktu setahun dua untuk mengenali ciri seseorang bersama rasa cintanya. walau prsoalan sedemikian tidak pernah terfikir dikala mengendong cinta diusia remaja. Perasaan dan hati sentiasa didahulukan. Kini agak berbeza, aakl begitu bijak mengolah kesabaran buat bekalna hati yang walang lagi. Kalau kita walang jiwanya, bertemu dengan oarang yang senasib dengan kita barulah kita mampu meletakkan rasa yang lebih TEPAT, sakit kita tidak seteruk mana berbanding apa yang mereka alami. walau apa pun kegembiraan dicipta walau kemana pun arah yang dituju walau siapa pun yang datang dan pergi...hati tetap teguh menjawab DIA TETAP DIHATI. Seketika merenung segala kenangan kenangan lama gambar, email dan perbualan serasa semalam baru bersua, bila ternampak email terbarunya walau tiada lagi bicara rindu...tiada lagi sapaan hati cukup dengan MAKLUMAT DIRI. kemana ..bagaimana dan mengapa..puas mendengar perkembangan yang TERKINI.

Duhai Hati...kesabaranmu teruji lagi!! secara tidak sengaja terpandang sekeping gambar. hati menjadi luluh ...akhirnya inilah JAWAPAN yang dicari selama ini. gambar kemesraanya bersama insan lain...hati ingin mencari kepastian walau dalam sedikit keterlukaan berlandaskan sebuah rasa SABAR yang TINGGI...inilah HAKIKAT..perangai dan kerenah manusia. Apa salahnya cuba memhami dan mengahyati keperluan dan kemelut mereka. Persoalan terjawab..jawapan yang membawa rasa seolah jatuh dilurah. Jawapan yang diberi dengan gembira walau dalam seribu rasa SEGAN ...dan Agak bersalah...hati REDHA menerima jawapan IKHLAS itu. Biarlah jika itu KEBAHGIAANNYA. Senyum dalam tangis gerimis..semuanya seakan bakal BERAKHIR. Orang bahagia mana bisa diganggu gugat.Bersama sebuah email, rasa hati diluahkan, PENARIKAN DIRI dengan hormat bersama kemaafan dimohon, dengan harapan dan doa semoga dia berbahagia. Maafkan hati ini kerana memerlukan sedikit masa untuk melupakan segalanya.

Hari terus berlalu, serancak hari serancak minda mengatur hidup penuh optimis, penuh harapan..sekurang kurangnya HIDUP UNTUK ORANG ORANG TERSAYANG. dalam tengah tengah rancak mengatur langkah langkah sendiri, satu EMAIL menceritakan segalanya secara PASTI. 3 tahun dalam ketidak pastian, 3 tahun dalam keraguan 3 tahun dlaam penantian terjawab segalanya pada pertemuan ini. Bermula dari situlah pernaan kawan sejati, sahabat yang memahami lebih didahulukan dengan mengunci terus hati sendiri. 3 penjuru kini bertemu dalam DIAM demi mebantunya berdepan dengan KEMELUT penantian dan kekeliruan. Dalam sasar kemelut ini jugalah aturan pertemuan menjadi kenyataan. PERTEMUAN PERSAHABATAN bila akal diketengahkan ihsan menjadi sampingan pertolonagn IKHLAS tidak pernah mengenal siapa. 20 AUGUST 2010 The Coffee Bean LCCT airport menjadi saksi 4 mata bertemu sebagi sahabat namun daalm hati saiapalah yang tahu GETARNYA. 4 mata menatap satu sama lain selama 4 jam, kepala memikirkan bagaimana, hati kemas mengunci perasaan, DIA BUKAN MILIKKKU. renungan, kerdipan, jelingan senyuman semuanya bersifat PERSAHABATAN. Namun ada kalanya lirikan mata seakan memperlihatkan perasaan istimewa itu...lantas mata tidak sangup untuk mengamatinya...pandangan segera dialihkan ke merata penjuru. Hati kemas ditenangkan dengan pujukan AKAL.

Ruang persahabatan semakin rancak bila ada keperluan kepada buah fikiran yang telus dan natural. Keikhlasan adalah wadah yang senang dirasai oleh meraka yang menemuinya. dalam kerancaakn persahabatan, daalm usaha dan bantuan yang dihulurkan segalanya menjadi bertambah JELAS Siapa yang akan MENANG dan siapa yang akan KALAH.Cinta itu adakah sejati kalau sekadar pada RASA sedang tidak mampu MEMPERTAHANKANNYA. Cinta itu hanyalah rasa sementara bila hakikatnya tidak tercapai, destinasinya tidak PASTI. CINTA itu hanya akan jadi kenangan jika tidak sanggup di perjuangkan. CINTA bukan segala galanya untuk diletakakn dipenjuru UTAMA sebuah kehidupan. Sebuah keputusan ke arah memeratabtkan CINTA kini GAGAL disaksikan penuh rasa kesian dan TERKILAN. Cinta tidak aakn bersatu bila menemukan 2 insan yang tidak SEHALUAN atau tidak saling melengkapi. Akhirnya 3 September cinta yang pernah dirahsiakan, cinta yang pernah diagungkan , cinta yang diibaratkan BUTA tealk tersungkur HAMPA....kedua duanya kahirnya dengan haluan masing masing.


Ada kemenangan dalam DIAM. Kemenagan pada persahabatan yang masih bersisa PERASAAN. Pengakuan terbukti tidak hairanlah mengapa masih ada GETAR yang KUAT. mengapa masih ada sinar dimata itu. CiNTA hati ini aakn terus tersadur dalam persahabatan yang sifatnya lebih terbuka dan KEKAL walau bagaimana akhirnya. yang pasti TIADA SIAPA LAGI yang akan TERLUKA....siapa tahu segalanya ini adalah sebuah ATURAN penuh MISTERI...yang pasti aku tidak percaya hati ini mampu melauinya denga begitu CEKAL....walau apa pun sudahnya...inilah EPLILOG CINTA sekeping hati ...hati ini yang lebih tahu apa yang TEPAT, hati ini akur dengan pnemeuan penemuan AKAL yang bantu mengaturnya...HATI ini tidak pernah PUTUS ASA...kerana semuanya BERSEBAB...dalam hati ini sentiasa ada CINTA walau sakit bagaimana seklai pun CINTA itu tetap SEGAR BERKEMBANG!!!! Ohhhh Cintaaaaaaaa.....disuatu sudut dihati terlalu ISTIMEWA!!!!

Tuesday, August 31, 2010

Sayangi DIRI SENDIRI!!!


Hari ini idea bagai mencurah curah. Selepas bercakap dengan Jimmy, Idea bertambah mencurah curah. Kami agreed dalam banyak perkara dan aku sedari Jimmy sukakan personaliti aku. Aku sebanrnya juga sukakan personalitinya. Orang capricorn, selama ini Azman ialah capricorn, begitu juga Izan...keduanya akus angat akrab kerana ada nilai nilai sehati dan sejiwa...senang berbincang dan berpandangan ke hadapan.

Aku terhidu rasa tidak puas hati Jimmy dalam perbualan kami. Apa yang dihrapaknnya tidak berlaku dan dia berada diambang GAVE UP. Aku usulkan perlbagai jalan keluar sebelum noktah time frame terjadi. tapi dia seakan sudah mengagak...ceriat sama pasti berulang. Apa rasanya bila kita berada disituasi kita sudah pasti sesuatu yang kita sayang terpaksa KITA LEPASKAN. itulah situasi Jimmy. dia perbandingkan aku dengan PUM. Ya antara kami sangat jauh perbezaan. Jimmy berada diambang konflik diri bilamana cintanya terjatuh pada orang yang bercirikan opposite dari ciri ciri yang disukainya. tapi siapalah aku untuk mengatakan Hubungan you dengan Dia sangat FRAGILE!!..kenyataan itu agak keterlaluan walaupun ada bukti yang sudah diusulkan di kajian bintang kelahiran..
Hubungan Jimmy dengan PUM sama seperti hubungan aku dengan Sani Suamiku..cuma bezanya aku taurus yang banyak mengalah dengan orang disekeling aku kerana itulah aku ramai kawan. Sedang capricorn terlalu mengidolakan seorang yang aktif dan bijak dalam mengatur hidupnya.

Jimmy tidak habis habis mengatakan kalau dia macam you mesti masalah ini tidak stuck disini. Aku akui soalnya sekarang..usah berharap apa yang memang tidak mungkin. Dia tidak akan menjadi seperti saya sebab kami dua manusia yang sangat berbeza.Aku seorang extrivert, Pum introvert. Pum adalah seorang follwer by nature sama dengan suami aku. kalau kita hendakkan sesuatu kita ken amemberitahunya kerana dia terlalu senseless untuk memahami dan membaca reaksi kita.Sedang Jimmy seorang yang berharap sesuatu untuk meyejukan hatinya selain dari hatinya telah TERSUKA pada perempuan itu. Pada aku terang dan jelas...LOVE sahaja tidak CUKUP. CINTA jimmy terlalu buta dan menyusahkan dirinya sendiri.

Aku tegaskan pada Jimmy..terpulanglah untuk dirinya atau untuk PUM. yang pasti aku sampaikan mesej, kita perlu sayangkan diri kita sebelum kita mampu memnbahaikan aksih pada orang lain. Kita kena beritahu yang kita berada ditahap CAPABLE...kuasa ditangan sendiri..kalau kuasa itu tidak ada FIGHT for that walau dengan apa cara sekali pun. Dek kerana sayangkan dirilah, aku tidak mahu jatuh KALI KEDUA, apalagi BERULANG ULANG. cukup sekali untuk aku pelajari apa itu hidup sebenarnya. Hidup ini adalah bahan pilihan. Kita akan gagal kalau kita memilih gagal. Kita sepatutnya sudah mampu melihat dan menilai sebuah keputusan yang bakal terjadi dan merumuskan dengan bijak untuk mengambil TINDAKAN. mengapa perlu tunggu untuk menjadi lebih parah. Hidup ini banyak alternatif...CINTA bukan segalanya untuk mencapai kebahgiaan. zaman berkorban demi cinta ..hingga sanggup tinggal segala galanya adalah TREND yang sudah lapuk. Dunia hari ini sepatutnya membentuk kita menjdi seorang yang lebih pandai, lebih productif.

Dia suka cara aku bila aku tegaskan padanya dalam kepala aku aku ingin buat macam macam kerana akus ayangkan hidup aku. algi banyak skills yang kita adapt, lebih banyak peluang kita bertemu orang, lebih banyak peluang lebih bertambah pengetahuan, lebih sennag kehidupan lebih enjoy kita meneruskan hidup. Janganlah sesekali meletakkan hanya satu perkara, CINTA sebagai tempat teratas hingga kita tinggalkan segala gala kerana kita tidak pasti apakah hati orang yang kita cinta itu TIDAK BERUBAH. Dunia cinta tanpa hidup sekali berbeza bebanding dengan dunia hidup seklai. Hidup seklai banyak mengajak kita melihat tanggungjawab dan tugasan yang kadang kadang boleh membosankan. kerana itulah KUFU pasanagn sangat penting atau saling lengkap melengkapi untuk kesempurnaan bersama.

Aku seorang yang sangat berhati hati untuk kembali meletakkan TRUST pada seseorang yang pernah menghancurkannya. Dek kerana tidak mengharap itulah, aku membentuk hidup aku tersendiri disebalik ikatan perkahwinan yang perlu diteruskan demi kebahgiaan anak anak.Aku bahagia dengan dunia Sendiri..dunia aku difahami suamiku dan dunia kami memang berbeza..sesekali sahaja kami berada didunai yang sama bila melakukan aktiviti untuk anak anak. Aku dan kawan kawan. Aset aku komunikasi, berhubung, buat hati orang gembira pengaruhi orang. Sedang suamiku dunianya muzik dan anak anak. padaku dunianya terlalu SUNYI..kalau tiada aku..lagi bertambah SUNYI.aku tidak meletakkan perkara remeh temeh sebagai bahan penting. Aku sentiasa besikap positif...Tidak mengapa..terima seadanya dengan syarat improve waalu pun lambat. Aku tidak GOAL oriented.

Selain dari berjinak dengan bisness sendiri yang tidak bermatlamatkan DUIT tapi SHARING, aku berpeluang keluar melihat dunia disetiap perjalanan itu seolah ada satu nafas yang panjang. Aku juga menulis mengahrgai detik detik waktu dan insan insan yang terlibat untuk diabadikan. Penulisan itu teraphy minda. Aku puas mendengar kemelut dan persoalan yang dihadapi orang lain yang memberi banayak maklumat perhal hakikat hidup yang bernama manusia sekali gus memberikan banyak asas penulisan aku. Aku amalkan komunikasi yang terbuka menjuhi hukuman, mengambil risiko dan meletakakn nilai perubahan sebagai asas yang sangat berharga. Ada beberapa perkara yang aku INGIN lakukan...aku ingin pelajari PENULISAN SKRIP, PENCIPTAAN LAGU, BAKING dan Photo Shoot. Dunia ini luas, usah berenang disungai yang keruh, carilah ruang yang lebih tenag , luas dan mendamaikan. Ubah cara minda kita berfikir ingat kita diduga untuk lebih berguna...bukan lemah dan hanya mampu menyerah. Tuhan beriakn kita usaha dan iktiyar melalui konsep akal dan fikiran, barulah tawakkal menyusuli doa.

sayangi diri kita, usah disempitkan dengan mengenepikan nikmat yang Alalh kirimkan selagi hayat dikandung badan. Hidup untuk dinikmati...hidup untuk berbakti...kerana yang pasti kita tidak KEKAL disini. Adillah pada Diri sendiri.......baru kita mampu menjadi kuat untuk mendokong keadilan orang lain.