Monday, July 26, 2010

Rezeki Nisfu Syaaban


Semalam NISFU SYAABAN..kebetulan aku berpuasa..Alalh meberikan aku peluang mengahayti Nisfu syaaban maalm dimana buku baru catatan diri dibuka setelah buku lama di angkat ke langit. Paginya aku mebaca emial kiriman kawan akwan...untuk memeprbanaykkan amalan bacaan yasin bagi memeriahkan nisfu syaaban.

Seharian berpuasa...tenang saja hati...minda seakan tajam untuk mebuat sesuatu dengan jayanya.. alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar melainkan report programme. Petang sebagaimana yang dijanjikan aku dihubungi kawan lama yang aku panggil dia Zila. Aku memang tahu apa yang sedang diusahakan zila itu sungguh bagus kerana anak sulungku sudah menggunakannya SCORA A. Ternyata sistem latihan latih tubi mengguna kan soalan solan yang sudah biasa keluar akan menambah lagi daya ingatan sianak. 3 bulan Nana menggunakan programme latih tubi melalui score A dan aku melihat peningkatan akademik yang sangat drastik pada anakku itu. Dengan score A, bukan susah lagi untuk mencapai kecemrlangan akdemik yang sukarnya ialah untuk memnatapkan sahsiyah diri si anak dari masa kesemasa.

Zila melangkah masuk ke pejabatku tepat pukul 6 petang, kemas peluakn kami semenjak
15 tahun tidak bersua terasa rindu yang lama tidak melihatnya terungkai dan pelukan ku padanya terasa agak longgar terasa dia kurus tidak seperti teman teman lain. Sedari awal aku perasan Zila ketawa dalam kesedihan..aku boleh melihat sedih itu pada anak matanya. Bila dia bertanya khabar kehidupan aku...aku bersuara terbuka...yang aku tekankan ialah perjalanan yang kita lalui ada lesson tersendiri tiada sebab untuk aku berahsia kini aku kembali BAHAGIA dengan hidupku.Dari raut wajahnya sedaya upaya dia mengelak dari membuka topik hidupnya dan aku sama sekali tidak suka mengorek rahsia orang selama mana tuan punya badan tidak secaar sukarela membukannya. Aku memang menanti peluang untuk menyertai satu team yang boleh membuat kerja all out untuk mencari peluang hidup. Tenaga aku jadi banyak bila aku membuat kerja kerja bersama team.

Selepas mendengar keterangan Zila, aku merasa yakin dengan team ini tapi aku perlu melihat preview programme terlebih dahulu bagaimana mereka bergerak. dan Zila berjanji akan memberi nomborku pada seseorang yang aakn menghubungi aku untuk tujuan preview.Selepas kami berborak aku persan jam sudah 7.15 petang aku mengajak mereka bergegas ke cafe berdekatan untuk berbuka puasa. Aku memesan jus buah dan spagetti cream souce with mushroom.. aku suka sesuatu yang simple..dan sambil makan Zila mula membuka cerita.

Kisah zila menjadikan hatiku rawan. Benar kata Zila bukan tidak mahu bercerita tapi bila bercerita tidak boleh mengelak terbuka keburukan orang lain yang sudah bukan suaminya tapi tetap bapak kepada anak anaknya. Aku kaget mendengar seluruh hidup wanita ini sudah didambakan pada sang suami di rumah, dipejabat dan rumah mak mertua. Gaji yang sepatutnya dapat selayak seorang yang memegang segulung ijazah hanyalah duit makan anak anak dengan alasan bika kaya nanti baru kita berbagi. Dek kerana mendengar kata suami, hidup diteruskan dari seorang anak hingga 4 orang hinggalah tiba tiba suami terjatuh ketangan wanita lain. Berpoligami itu suruhan Alalh itulah hujah bila diminta alasan, bila hidup bermadu segala masalah tempias juga kepada hamba Allah ini. Hidup sudah tidak lagi aman. Dipendekkan cerita sang madu jatuh sakit setelah beranak seorang, demi kemanusiaan, masih berbuat baik dan membantu dan dalam diam diam suami seklai lagi mencekup peluang beristeri isteri no 3. Isteri kedua meninggal dalam derita setelah sempat mengamanahkan anaknya kepada Zila. kini zila bukan lagi seorang isteri tapi seorang ibu tunggal yang berkhidmat kepada 4 anak sendiri dan seorang anak tiri. pada aku Zila bukan manusia tapi MALAIKAT...aku berdoa didepannya ya Alalh ko bahagiakanlahs ahabatku ini...sungguh mulia hatinya..sungguh sabar jiwanya.

kami berbual kecil sambil meneruskan makan dan dalam hati ku tiba tiba rindukan suamiku dirumah. Aku diam diam berkata setiap kali aku mendengar cerita luka hidup orang lain setiap kali itulah aku emlihat suamiku sebagai sebaik baik manusia yang pernah berbuat salah dan ingin kembali mebahagiakan keluarganya. Selesai maakn kami bersurai kali ini kami bayar masing masing...sepanjang pemanduan ke rumah hati aku menangis kecil bertakbir pada Alalh kerana aku melihat sebuah kekusutan perjalaann hidup insan lain yang sudah hampir putus asa dan sedang berenang mencari jalan keluar dan aku melihat apa yang aku alami cuma sedikit dati kelukaan kelukaan itu. Ya Allah hanya kaulah tuhan yang maha pengampun dan maha penyayang...aku percaya kau tuhan yang maha ADIL..bantulah aku bantulah sahabat sahabatku Amin.

Inilah rezekiku menjelang nisfu syaaban...rezeki bebuka puasa..rezeki pertemuan seorang kawan dan rezeki sebuah pengajaran hidup. Terkadang hidup idak selalunya INDAH...mohonlah pada Allah untuk diberi keindahan dan dikekalkan sifatnya buat kita menikmati.

Saturday, July 24, 2010

What A Beautiful Sunday!!!!!


Today is Sunday...jarang aku mampu menulis di pagi ahad dirumah apalagi akhir akhir ini jadula hujung minggu memang penuh. Pagi ahad ini ada kelainan yang memberi banyak ketenangan jiwa...what a beautiful Sunday!!.

Biasanya dari hari ke sehari...berkejaran dengan waktu, tugasan, waktu untuk ornag lain..anak anak, sumai , kawan kawan yang kesempitan..keluarga dan saudara mara malah kekadang KERJA...tapi hari ini bila aku menetapkan NO OTHERS dalam fikiran...yohooooo sunday is so great time for me. Apa yang GREATNYA!!!

Di pagi hari selepas bangaun tidu...kita mempunyai rehat yang panjang...baring baring dikatil sambail emmeluk dan bercakap cakap dengan anak anak...kososngkan minda dari T DO LISt at home atau At the office. Apa lagi pagi Ahad ini kebetulan sang suami bekerja...mata boleh disambung untuk pejam...bukan tidur tapi mencari KEREHATAN MINDA...Bila bangaun bertanya pada diri apa yang paling bahagia untuk dibuat???...mestilah membaca HER WORLD yang dibeli semalam ketika rushing hours membeli IPHONE dengan sang suami...MAgezine hanya dibeli bila melihat ada article yang menambah pengetahuan dan memberi inspirasi yang berkebetulan dengan situasi semasa...BUSINESS. her world keluaran July banyak memaparkan MINDA yang dimiliki wanita wanita HEBAT...Setakat ini selepas breakfast sudah mebaca hampir separuh uasaha usaha dan inspirasi yang terkandung dalam cerita DAto Siti Nurhaliza...MENARIK!!! itulah cara dia mengembangkan empayar hidupnya selepas bakat dan pengaruhnya sudah bertapak kemas. Sukaaaaa...dan very inspiring!!!! late breakfast seronok seseklai di Kopitiam bawah rumah sahaja.

ketenangan yang masih BERBAKI menjelang tengahhari sambil menyelesaikan tugasan kecil DOMESTIK...apalagi kalau tidak menunggu waktu SOLAt Zuhur bersolat dengan anak anak..dan mengaji surah yang khas untuk hari Ahad yang tenang...Surah Sejadah....seseklai iantara waktu waktu itu membaca email dan kiriman kwn kwn sekadar mencuit hati...MINDA TERASA SUNGGUH TERAWAT DAN REHAT.

Menjelang petang nanti...akan memasak sesimplenya makanan keluarga. semalam waktu keluar sudah menjamus elera dengan pelbagai makanan sedap..tekak sudah muak dengan makana laut, ikan , dan ayam kali ini dirumah seseklai memasak sardine dan telur goreng begitu mendamaikan. Aku tidak akan masak beriya tanpa kehadiran anak perempuanku NANA...kalau dia balik dari asrama barulah agenda makan tengahari dari salah satu harii menajdi hebat dari dapur ku...kalau aku memasak pun..aku tidaks eronok makan mengenangkan beliau yang tinggal di Asrama....ternampak nampak dia yang sentiasa bersungguh makan masakan aku ibunya.

Sekarang sudah pukul 2 petang...perut masih lagi terasa kenyang lantaran late breakfast....dua anak lelakiku masih tidak berganjak menonton DVD cartoon pilihan mereka dan sesekali aku menyertai mereka untuk melihat apa yang di TERTAWAKAN hehe. Dunia kanak kanak mereka akan dipastikan banyak unsur yang membantu untuk mereka melihat aspek kehidupan dan memahami sekeliling..itu peranan aku...Insya Allah..kami mepunyai runag komunikasi yangs angat rapat...TIADA RAHSIA..kalau seseklai mereka buat salah aku tidak akan mengamuk sebaliknya cUBA memahami mengapa dari fikiran mereka sendiri dan aku akan offerkan mereka BINCANG....sekarang emreka pun sudah pandai menggunakan istilah BINCANg atau DEAl meniru gaya aku...MAMA boleh kita BINCANG ..hehe itulah gayanya!!!

Antara ekbesaran Alalh itu ialah diberikannya rezeki keseluruh manusia dimuka bumi ini....walau siapa pun mereka walau bagaimana pun mereka...dan sebaik baik rezeki dalam hidup ialah KETENANGAN....Ciptalah ketenagan dari pelbagai source disekeliling kita agar kita akan merasai nikmat dan syukur yang berpanjangan....Alhamdulilah.....jangan berhenti bersyukur dan jangan berhenti untuk TERUS MELANGKAH!!!!!

Wednesday, July 21, 2010

Aku BEBAS....


Pagi ini hujan masih renyai..aku suka hujan tapi dadaku tidak begitu tahan...mula rasa terbatuk batuk. Sedari malam kepala mengingati tugas pagi ini dikampus Petaling Jaya. Awal aku sampai..masih sunyi pejabat lamaku ini..dan aku teringat untuk breakfast bersama sahabat baik yang agak lama tidak bersapa lantaran kesibukan..Kak Noni.

Sarapan pagi yang ala kadar...bersama Nescafe tarik..semoga segar minda pagi ini...apa pun hidup mesti gembira...gembira dengan sekeliling teman teman..anak anak..kasih sayang suami yang tidak berbelah bagi...Ya hati begitu TENANG..lepas sarapan aku terus menyelesaikan hutangku pada Kak Noni. Kerja di Situ tidak begitu banyak...tapi penting untuk aku menghadirkan diri, lantaran itu aku kemukakan tawaran kepada kawan kawanku yang ramai dikalangan mereka PENGEMAR KAIN..hehe bisness sikit sesambil bertanya khabar...aku memunggah beberapa helai kain kain yang mereka suka...Alhamdulilah...kalau niat kita baik rezeki pasti mendatang. Inilah gerakan hasil idea Little Asia antara aku dan Nelli...

Pulang ke Ofice Nilai..seperti biasa..langkah pertamaku ialah UPDATE EMAIL. Arghhh email Jimmy lagi aku sebenarnya tidak berharap untuk berfikir pasal dia. Tapi aku terusakan juga membaca emailnya..semuanya pasal kerjanya dan ceritanya yang tidak lama lagi akan kembali ke Australia. Disertakan bersama itenary penerbangannya dengan harapan aku akan menunggunya untuk secawan kopi..aku menarik nafas...entahlah..dan tiba tiba dia menegurku di talian yahoo messsenger..Hi you!! lalu aku menjawab seketika...lalu dia bertanya...Ok I will put it in my schedule...aku kira waktu yang diberikan padaku itu tidak memaksa aku untuk mengambil cuti. Dia bertanya dengan lemah lembut tentang satu lagi soalan...seolah ketakutan. Adakah aku Add Urai difacebook...aku jawab yesss..any problem??..for what??..just for friends...we chat about 30 minutes yesterday. aku dengan terbuka memberitahu...ko lelaki suka berahsia..hehe. Aku faham perasaan dia..lalu aku janjikan padanya...you dont worry..I will not mention about US..she will never know I promise you...hehe...nampak dia lega!! dan aku katakan padanya..dia seorang yang baik dan peramah..semoga dia mampu menjadi wanita yang mampu menjaganya seumur hidup...HAPPY DIA!!!..aku tidak rasa apa apa lagi hari ini...semalam sudah berlalu tapi terlalu sukar untuk aku ignore segala permintaannya...senang CERITA... I know what I am doing...I am happy here when I feel that you will be so happy with her. Alhamdulilah..

Aku sudah faham aturan perjalanan ini. Satu ketika kita diketemukan atas satu sebab yang bernama tekanan...sudah tiada arah lain lagi selain mencari seseorang yang tidak dikenali untuk berkongsi..dan perkenalan itu membawa rasa sayang kerana saling memahami apa yang dinamakan KEMELUT. Apa pun kami sama sama memegang rahsia..rahsia hidup ku dan rahsia hidupnya...aku tidak akan sesekali membuka segala cerita yang aku tahu...aku sajalah tempat dia bercerita segalanya...aku bangga tempat itu masih tidak boleh diberi pada orang yang baru dianggap ISTIMEWA dalam hidupnya. Begitulah lumrah hidup, kekadang kita serasi dari segi keseronokan tapi bukanlah senang untuk menjadi seseorang yang boleh menerima apa saja keadaan hidup orang lain. Aku memainkan peranan itu untuk sesiapa saja yang mengenali aku..kerana aku yakin semua manusia dilahirkan bersama keunikan tersendiri...dalam jangka waktu menyelesaikan kemelut hidup..menempuh gelombang hidup..keunikan itu juga terserlah pada cara mereka mneyelesaikannya. Janganlah kita menambah luka dan susah mereka...berilah mereka sokongan...berilah mereka RUANG. Setiap ruang yang kita beri kepada orang lain akan memulangkan rasa tenang dan bahagia yang Allah titipkan sejak azali pada kita sebagai hambanya dimuka bumi ini.

Aku bahagia berada dikalangan orang orang yang sedang derita...Ada pelbagai wajah derita yang dihadapi manusia...ada yang boleh dirawat, ada yang terpaksa terima seadanya...apa pun kadar derita itu sudah diukur Allah sebelum dicampak derita itu pada kita. Setiap mereka yang mampu keluar dari DERITA dengan seribu usaha dan tawakkal...Allah menjanjikannya kebijaksanaan...melalui kekuatan hati dan ketajaman minda. kerana itulah kalau kita melihat mereka mereka yang hebat kebanyakannya pernah DERITA TERSUNGKUR...

Hari pun sudah merangkak senja....tugasku pada anak anak sedang menanti..hatiku tenang dan jiwaku bebas...aku ingin terus BERANI, POSITIVE dan THINKING BIG...jalan untuk bahagia itu terlalu banyak ..jangan kita sempitkan dengan ukuran minda kita lantas mengenepikan nikmat nikmat yang Allah sediakan untuk kita meneruskan hidup...I BELIEVE IN LOVE..just because of YOU...my GOD!!!!