Wednesday, July 21, 2010

Aku BEBAS....


Pagi ini hujan masih renyai..aku suka hujan tapi dadaku tidak begitu tahan...mula rasa terbatuk batuk. Sedari malam kepala mengingati tugas pagi ini dikampus Petaling Jaya. Awal aku sampai..masih sunyi pejabat lamaku ini..dan aku teringat untuk breakfast bersama sahabat baik yang agak lama tidak bersapa lantaran kesibukan..Kak Noni.

Sarapan pagi yang ala kadar...bersama Nescafe tarik..semoga segar minda pagi ini...apa pun hidup mesti gembira...gembira dengan sekeliling teman teman..anak anak..kasih sayang suami yang tidak berbelah bagi...Ya hati begitu TENANG..lepas sarapan aku terus menyelesaikan hutangku pada Kak Noni. Kerja di Situ tidak begitu banyak...tapi penting untuk aku menghadirkan diri, lantaran itu aku kemukakan tawaran kepada kawan kawanku yang ramai dikalangan mereka PENGEMAR KAIN..hehe bisness sikit sesambil bertanya khabar...aku memunggah beberapa helai kain kain yang mereka suka...Alhamdulilah...kalau niat kita baik rezeki pasti mendatang. Inilah gerakan hasil idea Little Asia antara aku dan Nelli...

Pulang ke Ofice Nilai..seperti biasa..langkah pertamaku ialah UPDATE EMAIL. Arghhh email Jimmy lagi aku sebenarnya tidak berharap untuk berfikir pasal dia. Tapi aku terusakan juga membaca emailnya..semuanya pasal kerjanya dan ceritanya yang tidak lama lagi akan kembali ke Australia. Disertakan bersama itenary penerbangannya dengan harapan aku akan menunggunya untuk secawan kopi..aku menarik nafas...entahlah..dan tiba tiba dia menegurku di talian yahoo messsenger..Hi you!! lalu aku menjawab seketika...lalu dia bertanya...Ok I will put it in my schedule...aku kira waktu yang diberikan padaku itu tidak memaksa aku untuk mengambil cuti. Dia bertanya dengan lemah lembut tentang satu lagi soalan...seolah ketakutan. Adakah aku Add Urai difacebook...aku jawab yesss..any problem??..for what??..just for friends...we chat about 30 minutes yesterday. aku dengan terbuka memberitahu...ko lelaki suka berahsia..hehe. Aku faham perasaan dia..lalu aku janjikan padanya...you dont worry..I will not mention about US..she will never know I promise you...hehe...nampak dia lega!! dan aku katakan padanya..dia seorang yang baik dan peramah..semoga dia mampu menjadi wanita yang mampu menjaganya seumur hidup...HAPPY DIA!!!..aku tidak rasa apa apa lagi hari ini...semalam sudah berlalu tapi terlalu sukar untuk aku ignore segala permintaannya...senang CERITA... I know what I am doing...I am happy here when I feel that you will be so happy with her. Alhamdulilah..

Aku sudah faham aturan perjalanan ini. Satu ketika kita diketemukan atas satu sebab yang bernama tekanan...sudah tiada arah lain lagi selain mencari seseorang yang tidak dikenali untuk berkongsi..dan perkenalan itu membawa rasa sayang kerana saling memahami apa yang dinamakan KEMELUT. Apa pun kami sama sama memegang rahsia..rahsia hidup ku dan rahsia hidupnya...aku tidak akan sesekali membuka segala cerita yang aku tahu...aku sajalah tempat dia bercerita segalanya...aku bangga tempat itu masih tidak boleh diberi pada orang yang baru dianggap ISTIMEWA dalam hidupnya. Begitulah lumrah hidup, kekadang kita serasi dari segi keseronokan tapi bukanlah senang untuk menjadi seseorang yang boleh menerima apa saja keadaan hidup orang lain. Aku memainkan peranan itu untuk sesiapa saja yang mengenali aku..kerana aku yakin semua manusia dilahirkan bersama keunikan tersendiri...dalam jangka waktu menyelesaikan kemelut hidup..menempuh gelombang hidup..keunikan itu juga terserlah pada cara mereka mneyelesaikannya. Janganlah kita menambah luka dan susah mereka...berilah mereka sokongan...berilah mereka RUANG. Setiap ruang yang kita beri kepada orang lain akan memulangkan rasa tenang dan bahagia yang Allah titipkan sejak azali pada kita sebagai hambanya dimuka bumi ini.

Aku bahagia berada dikalangan orang orang yang sedang derita...Ada pelbagai wajah derita yang dihadapi manusia...ada yang boleh dirawat, ada yang terpaksa terima seadanya...apa pun kadar derita itu sudah diukur Allah sebelum dicampak derita itu pada kita. Setiap mereka yang mampu keluar dari DERITA dengan seribu usaha dan tawakkal...Allah menjanjikannya kebijaksanaan...melalui kekuatan hati dan ketajaman minda. kerana itulah kalau kita melihat mereka mereka yang hebat kebanyakannya pernah DERITA TERSUNGKUR...

Hari pun sudah merangkak senja....tugasku pada anak anak sedang menanti..hatiku tenang dan jiwaku bebas...aku ingin terus BERANI, POSITIVE dan THINKING BIG...jalan untuk bahagia itu terlalu banyak ..jangan kita sempitkan dengan ukuran minda kita lantas mengenepikan nikmat nikmat yang Allah sediakan untuk kita meneruskan hidup...I BELIEVE IN LOVE..just because of YOU...my GOD!!!!

Monday, July 19, 2010

Belajar menerima....


Hari ini selasa...semalam aku terpaksa berjumpa Doktor ekoran dari jetleg. Penerbangan dari Vietnam agak lewat sampai ke KL...penat dan mengantuk usah ceritalah....benar sekali bukan senang untuk senang... aku masih berada di ambang penerokaan awal...ada satu perasaan seronok dan excited. Semoga perasaan ini kekal sifatnya untuk aku memulakan sesuatu yg penting dlm hidup aku sekeluarga.

Dua tiga malam ini...ada mimpi...mimpi yang sukar untuk ditafsirkan. Tapi mengenang mimpi itu hati terasa agak sayu. Seakan ada sesuatu yang akan aku alami....hari ini hati mengingatkan aku tentang mimpi itu. Seram sejuk tangan dan kaki bila aku terpandang sekeping gambar ini. Ini lah jawapannya...inilah penentuannya setakat ini. Bodohnya kita manusia kerana terkadang memenangkan perasaan sedang akal sememngnya sudah pasti pada sesuatu yang dinamakan Realistik. Inilah realitinya, sedikit sebnayak walau mind setting aku kukuh...rasa seram sejuk melewati hati bila terjumpa satu maklumat jelas ini.

Aku mengambil sedikit masa menghubunginya. Aku ajukan beberpaa soalan dan aku declare beberapa pengakuan. Ada resah dalam tenang...ada sedih dalam bahagia. Sedih kerana dia sudah menjadi seseorang yang lain dan aku perlu menghormatinya...gembira kerana ada peluang bagi dia bertemu CINTA..semoga cinta ini suatu yang sejati yang mampu membahagiakan dan menjaga seumur hidupnya. Memang kami sama sama akui...kisah kami tiada penghujung...aku memilih untuk memberi laluan kepada insan insan yang memerlukan aku. Sedang dia memerlukan seseorang yang setia disampingnya...untuk segalanya. Dia sempat berkata...we are friends Za!!! ya ....yesss we are...tapi aku perlukan sedikit masa untuk merombak segala nostalgia manis yang menjadi penawar ketika aku berduka.

Beginilah hidup!!! aku sedikit pun tidak menduga waktu yang aku tunggu tunggu untuk melihat kisah terakhir kami ialah hari ini..takdirnya hari ini wahal terlalu banyak kisah yang ingin aku coretkan disini semenjak perjalanan pergi ke Vietnam tersimpan kemas di benak ini...rupanya inilah kisah pertama hari ini mendahului kisah kisah lain. Dia masih memangil aku sayang...masih mengharap untuk menemui aku walau hanya untuk secawan kopi...sekarang aku yang agak rasa kebeberatan...TENGOLAH...apa yang Allah gerakan hati ini...kalau pergi pergilah kalau tidak tidaklah. Aku percaya Allah menemukan aku dan dia pun di ketika selekoh duka yang terlalu parah aku alami...dialah seorang yang memberikan penawar. Dia saban waktu menghubungi aku dengan email tanpa jemu dan aku memang TERUJA...Walau dalam getir rasa ini aku masih mendokaan yang TERBAIK buat dia..sesuatu yang terbaik buat dia tidak mampu aku adakan...aku perlu akur dengan situasi aku...aku perlu fahami keadaan dan keperluannya.

Aku menghubungi Nelli..antara kami tiada rahsia lagi...inilah rasanya kata Nelli...sehingga aku mencoretkan disini...barulah aku merasa tenang. Aku kembali pada track asalku...waalaus ebelum ini aku merasa aku seakan bebas seperti burung...tiada apa pun yang mengganggu dan mengawal mindaku...tapi hari ini lagi penentu agak aku lebih fokus pada kehidupanku dengan kerjaya, keluarga dan bisness. Memang ada cinta baru sedang perputik kembali antara aku dan suamiku...walau amat perlahan pertumbuhannya...dia sedaya upaya menyuburkannya semula dan aku hargai usahanya itu.

Allah tidak memberi apa yang aku pinta...Allah memberi apa yang aku perlukan begitu juga perancanagn Allah pada kehidupan orang lain kerana itulah kita harus REDHA menerimanya....

Semoga kebahgiaan milik kita bersama sahabatku DAVE...all the best!!!! kita akn terus bersahabat selama ada hayat...

Wednesday, July 14, 2010

Rezeki kebahgiaan ....


Besok Jumaat datang lagi, Hari ini petang khamis menjelang Jumaat seperti biasa bacaan yasin dan AlKahfi harus dibuat. Tapi ternyata hari ini perlu dilewatkan lantaran pertemuan yang sudah diatur dengan Ja sepupuku yang hanya beberapa hari di Malaysia ini bagi menyiapkan keperluan thesis PHDnya. Aku memang excited untuk bertemu dengan Ja.

Baru selesai meeting, Hari ini serasa segar kesan SPA yang dibuat di Prasanti semlm...pada aku murah saja belanjanya berbanding sakit yang bakal menjengah kalau di biarkan. Bila minda segar, idea pun jelas...menghadap kerja pun dengan tenang walau kerja bertimbun. Kerja sifatnya memang tidak pernah habis...aku sukaaa hehe.

Badan terasa ringan, kulit terasa halus mulus lantaran rendaman air bunga bungaan semlm selama 25 minit, dan scrub kopi dan lumuran coklat dan susu sejurus selepas itu. Bila mengurut, bahagian badan banyak yang sakit sakit terasa banyaknya angin didalam badan. Sedapnyeee bila diurut begitu sesekali...KALAULAH sesekali duit boleh membeli ketenagan dan kebahagiaan walau seketika...beli saja..agar kita tidak terkilan..agak kita tidak tertekan. Aku terfikir untuk membeli pakej rawatan badan dan rambut di SPA ini...sekembali dari Viatnam..aku pasti mengunjunginya lagi. kalau bukan kerna iktiyar semlm, hari ini belum pasti adakah aku tenang dan seronok bermeeting. Kepala seakan faham apa kerja seterusnya yang perlu dibuat. pekerja SPA itu berpesan kepadaku supaya elakan mandi malam dan makan sebelum pukul 7.00pm. Bagaimana harus aku mengejar masa untuk keduanya..paling awal boleh sampai dirumah hanyalah pukul 6.30pm. Aku kena menyusun jadual yang termasuk sama waktu mandi dan makan aku serta fikirkan bekalan baju anak anak di dalam boot kereta untuk memudahkan keadaan. Mungkin inilah dikatakan sebahagian dari kehidupan yang bahagia.

BAHAGIAKAH aku??..aku berani menjawab...ya aku semakin bahagia. Bahagia setelah aku lebih matang. Bahagia setelah melalui pelbagai ujian. bahagia setelah aku memahami hakikat insan insan disekeliling aku dan keperluan mereka. Ya aku bahagia dan aku ingin terus mengumpul peluang peluang kebahgiaan walau dimata orang lain berbeza nilainnya yang pasti aku lebih faham konteks bahagia dalam hidup yang sebenarnya. bahagia aku kerana aku melihat kebenaran. Bahagia aku kerana aku melihat peluang, bahagia aku kerana aku ada kebebasan. kebebsan berfikir, kebebasan bertindak, kebebasan melangkah. Aku ibarat burung...jasad dan mindaku tidak lagi terkurung. Aku melihat dunia ini terbentang luas penuh nikmat, aku melihat rahsia disebalik jerat kedukaan kehidupan. Aku bahagia rupanya inilah yang Allah janjikan buat aku...dan aku ingin terus membahagiakan orang orang yang kesempitan dan tekanan..keluarkan mereka dari belengu yang menyusahkan dengan penuh keyakinan mendekatkan diri pada Allah ialah ubat segala tujuan.

Diluar sana masih ramai mereka yang meratap hiba, malah bertambah ramai mereka yang membiarkan minda dikongkong, masih banyak yang bersandar pada bahagia sementara, bangga dengan pujian, seronok dengan pengiktirafan, sedang segalanya itu hanyalah sementara. Kerana aku insan yang bahagia...aku kini melangkah tanpa berharap apa apa selain dari peluang mendekatkan diri pada Allah, melihat kebesaran Allah, mencari redha Allah, merendahkan diri dan peribadi, meyelamatkan hati hati yang dizalimi, memberikan senyuman semula kepada orang lain...Alhamdulilah. memang inilah acuan kebahgaiaan aku...aku sebenarnya sudah berubah 360 darjah dari kedudukan asalku. siapa sangak..siapa menduga semuanya adalah aturan Allah. kerana itulah..air mata ini sudah tiada untuk kutangisi pada sebuah ujian hebat yang aku lalui kerana aku hargai diriku sekarang dan aku bersyukur kerana Allah memilih aku...Aku terbayangkan gambaran Kaabah didepan mata..aku ingin menagis di Raudhahnya...aku ingin bersujud dan bersyukur...Allah memberi lebih dari yang aku minta.

Tiada semulia kalimah syukur selain ALHAMDULILAH...