Monday, July 19, 2010

Belajar menerima....


Hari ini selasa...semalam aku terpaksa berjumpa Doktor ekoran dari jetleg. Penerbangan dari Vietnam agak lewat sampai ke KL...penat dan mengantuk usah ceritalah....benar sekali bukan senang untuk senang... aku masih berada di ambang penerokaan awal...ada satu perasaan seronok dan excited. Semoga perasaan ini kekal sifatnya untuk aku memulakan sesuatu yg penting dlm hidup aku sekeluarga.

Dua tiga malam ini...ada mimpi...mimpi yang sukar untuk ditafsirkan. Tapi mengenang mimpi itu hati terasa agak sayu. Seakan ada sesuatu yang akan aku alami....hari ini hati mengingatkan aku tentang mimpi itu. Seram sejuk tangan dan kaki bila aku terpandang sekeping gambar ini. Ini lah jawapannya...inilah penentuannya setakat ini. Bodohnya kita manusia kerana terkadang memenangkan perasaan sedang akal sememngnya sudah pasti pada sesuatu yang dinamakan Realistik. Inilah realitinya, sedikit sebnayak walau mind setting aku kukuh...rasa seram sejuk melewati hati bila terjumpa satu maklumat jelas ini.

Aku mengambil sedikit masa menghubunginya. Aku ajukan beberpaa soalan dan aku declare beberapa pengakuan. Ada resah dalam tenang...ada sedih dalam bahagia. Sedih kerana dia sudah menjadi seseorang yang lain dan aku perlu menghormatinya...gembira kerana ada peluang bagi dia bertemu CINTA..semoga cinta ini suatu yang sejati yang mampu membahagiakan dan menjaga seumur hidupnya. Memang kami sama sama akui...kisah kami tiada penghujung...aku memilih untuk memberi laluan kepada insan insan yang memerlukan aku. Sedang dia memerlukan seseorang yang setia disampingnya...untuk segalanya. Dia sempat berkata...we are friends Za!!! ya ....yesss we are...tapi aku perlukan sedikit masa untuk merombak segala nostalgia manis yang menjadi penawar ketika aku berduka.

Beginilah hidup!!! aku sedikit pun tidak menduga waktu yang aku tunggu tunggu untuk melihat kisah terakhir kami ialah hari ini..takdirnya hari ini wahal terlalu banyak kisah yang ingin aku coretkan disini semenjak perjalanan pergi ke Vietnam tersimpan kemas di benak ini...rupanya inilah kisah pertama hari ini mendahului kisah kisah lain. Dia masih memangil aku sayang...masih mengharap untuk menemui aku walau hanya untuk secawan kopi...sekarang aku yang agak rasa kebeberatan...TENGOLAH...apa yang Allah gerakan hati ini...kalau pergi pergilah kalau tidak tidaklah. Aku percaya Allah menemukan aku dan dia pun di ketika selekoh duka yang terlalu parah aku alami...dialah seorang yang memberikan penawar. Dia saban waktu menghubungi aku dengan email tanpa jemu dan aku memang TERUJA...Walau dalam getir rasa ini aku masih mendokaan yang TERBAIK buat dia..sesuatu yang terbaik buat dia tidak mampu aku adakan...aku perlu akur dengan situasi aku...aku perlu fahami keadaan dan keperluannya.

Aku menghubungi Nelli..antara kami tiada rahsia lagi...inilah rasanya kata Nelli...sehingga aku mencoretkan disini...barulah aku merasa tenang. Aku kembali pada track asalku...waalaus ebelum ini aku merasa aku seakan bebas seperti burung...tiada apa pun yang mengganggu dan mengawal mindaku...tapi hari ini lagi penentu agak aku lebih fokus pada kehidupanku dengan kerjaya, keluarga dan bisness. Memang ada cinta baru sedang perputik kembali antara aku dan suamiku...walau amat perlahan pertumbuhannya...dia sedaya upaya menyuburkannya semula dan aku hargai usahanya itu.

Allah tidak memberi apa yang aku pinta...Allah memberi apa yang aku perlukan begitu juga perancanagn Allah pada kehidupan orang lain kerana itulah kita harus REDHA menerimanya....

Semoga kebahgiaan milik kita bersama sahabatku DAVE...all the best!!!! kita akn terus bersahabat selama ada hayat...

Wednesday, July 14, 2010

Rezeki kebahgiaan ....


Besok Jumaat datang lagi, Hari ini petang khamis menjelang Jumaat seperti biasa bacaan yasin dan AlKahfi harus dibuat. Tapi ternyata hari ini perlu dilewatkan lantaran pertemuan yang sudah diatur dengan Ja sepupuku yang hanya beberapa hari di Malaysia ini bagi menyiapkan keperluan thesis PHDnya. Aku memang excited untuk bertemu dengan Ja.

Baru selesai meeting, Hari ini serasa segar kesan SPA yang dibuat di Prasanti semlm...pada aku murah saja belanjanya berbanding sakit yang bakal menjengah kalau di biarkan. Bila minda segar, idea pun jelas...menghadap kerja pun dengan tenang walau kerja bertimbun. Kerja sifatnya memang tidak pernah habis...aku sukaaa hehe.

Badan terasa ringan, kulit terasa halus mulus lantaran rendaman air bunga bungaan semlm selama 25 minit, dan scrub kopi dan lumuran coklat dan susu sejurus selepas itu. Bila mengurut, bahagian badan banyak yang sakit sakit terasa banyaknya angin didalam badan. Sedapnyeee bila diurut begitu sesekali...KALAULAH sesekali duit boleh membeli ketenagan dan kebahagiaan walau seketika...beli saja..agar kita tidak terkilan..agak kita tidak tertekan. Aku terfikir untuk membeli pakej rawatan badan dan rambut di SPA ini...sekembali dari Viatnam..aku pasti mengunjunginya lagi. kalau bukan kerna iktiyar semlm, hari ini belum pasti adakah aku tenang dan seronok bermeeting. Kepala seakan faham apa kerja seterusnya yang perlu dibuat. pekerja SPA itu berpesan kepadaku supaya elakan mandi malam dan makan sebelum pukul 7.00pm. Bagaimana harus aku mengejar masa untuk keduanya..paling awal boleh sampai dirumah hanyalah pukul 6.30pm. Aku kena menyusun jadual yang termasuk sama waktu mandi dan makan aku serta fikirkan bekalan baju anak anak di dalam boot kereta untuk memudahkan keadaan. Mungkin inilah dikatakan sebahagian dari kehidupan yang bahagia.

BAHAGIAKAH aku??..aku berani menjawab...ya aku semakin bahagia. Bahagia setelah aku lebih matang. Bahagia setelah melalui pelbagai ujian. bahagia setelah aku memahami hakikat insan insan disekeliling aku dan keperluan mereka. Ya aku bahagia dan aku ingin terus mengumpul peluang peluang kebahgiaan walau dimata orang lain berbeza nilainnya yang pasti aku lebih faham konteks bahagia dalam hidup yang sebenarnya. bahagia aku kerana aku melihat kebenaran. Bahagia aku kerana aku melihat peluang, bahagia aku kerana aku ada kebebasan. kebebsan berfikir, kebebasan bertindak, kebebasan melangkah. Aku ibarat burung...jasad dan mindaku tidak lagi terkurung. Aku melihat dunia ini terbentang luas penuh nikmat, aku melihat rahsia disebalik jerat kedukaan kehidupan. Aku bahagia rupanya inilah yang Allah janjikan buat aku...dan aku ingin terus membahagiakan orang orang yang kesempitan dan tekanan..keluarkan mereka dari belengu yang menyusahkan dengan penuh keyakinan mendekatkan diri pada Allah ialah ubat segala tujuan.

Diluar sana masih ramai mereka yang meratap hiba, malah bertambah ramai mereka yang membiarkan minda dikongkong, masih banyak yang bersandar pada bahagia sementara, bangga dengan pujian, seronok dengan pengiktirafan, sedang segalanya itu hanyalah sementara. Kerana aku insan yang bahagia...aku kini melangkah tanpa berharap apa apa selain dari peluang mendekatkan diri pada Allah, melihat kebesaran Allah, mencari redha Allah, merendahkan diri dan peribadi, meyelamatkan hati hati yang dizalimi, memberikan senyuman semula kepada orang lain...Alhamdulilah. memang inilah acuan kebahgaiaan aku...aku sebenarnya sudah berubah 360 darjah dari kedudukan asalku. siapa sangak..siapa menduga semuanya adalah aturan Allah. kerana itulah..air mata ini sudah tiada untuk kutangisi pada sebuah ujian hebat yang aku lalui kerana aku hargai diriku sekarang dan aku bersyukur kerana Allah memilih aku...Aku terbayangkan gambaran Kaabah didepan mata..aku ingin menagis di Raudhahnya...aku ingin bersujud dan bersyukur...Allah memberi lebih dari yang aku minta.

Tiada semulia kalimah syukur selain ALHAMDULILAH...

Tuesday, July 13, 2010

DEALOVA.....

Minggu ini fikiran seakan buntu...namun tugas seharian hidup sebagai wanita bekerja berjalan seperti biasa. Inilah untungnya bila kita sudah ada planning ...harian, mingguan dan bulanan. Minggu ini adalah minggu menyiapkan report programme sambil menunggu kedatang pelajar pelajar untuk interview penyertaan GROUP PEERS 2010. Aku tahu kenapa aku buntu. Aku sebenarnya tidak cukup rehat bila hujung minggu yang llau aku pulang ke kampung bersama Nelli. Pemanduan yangs angat panjang menegangkan urat leherku...beberapa kali nelli ingin membantu memandu tetapi aku tidak izinkan hanya kerana aku tidak percayakan dia dikala baru memegang stereng GEN 2.

walau pun penat...pulang kali ini aku PUAS. kebetulan Nelli bayar hutang...bolehlah aku berlebih lebih sedikit menghulur. Aku tenguk wajah mak tersenyum riang dengan duit RM500. ya lah aku pulang untuk bawa mak ke kenduri rumah Syamsawal. Mesti mak kena memberi sedikit. Bila di Kuala Berang, kami pulang seketika rumah Ummi...bak mengirimnya durian yang elok isinya. Aku tidak membawa apa apa buah tangan. Biasalah kalau pulang terkejar kejar. namun aku sempat menghulur Ummi RM200...bangga senyuman dia sambil aku berbisik tak payah lah kerja teruk teruk. Dari Kuala Berang aku memandu ke Seberang Takir kira kira satu jam perjalanan. Menziarahi anak anak saudaraku anak arwah Azman yang merupakan sebahagian tanggung jawabku. Alya sudah boleh bertatih...cantik langkah langkahnya...sempatlah aku melihat gelagat Alya yang tidak kedekut persis ayahnya. semua benda ingin dikongsi tapi dia suka menonton aktiviti lasak di TV dan dia akan ketawa mcm lagak ayahnya. Aku tersenyum bangga melihat telatah anak anak saudaraku itu. Bila tiba masa untuk pulang, Adi berkata..Ummi tidur kat sinilah!!! aku membantu Adi memakai baju sambil menjawab...Ummi datang lagi sayang...ummi janji!!! pujukku pada Adi yang nama sebenarnya Ashraf Wajdi...nama yang aku bagi pada dia selepas diminta bapanya Azman.

Bila kami bersalaman dikereta, Alya menangis sambil menghulurkan tangan ...aku faham Alya nak ikut...mungkin dia ingat kami sekadar keluar berjalan jalan...lalau aku memegenag Alya...mengciumnya dan berkata Ummi datang semula....sayu hati aku melihat telataha dik beradik yatim itu....itulah anak anak saudaraku yang aku rasa seperti anak aku sendiri. Aku memandu dengan tennag bersama mak, Nelli dan anak lelaki ku Fayaydh dan Harraz menuju ke rumah mak di Bandar Cheneh Baru. Keesokannya selepas urusan Nelli selesai kami kembali ke Kuala Lumpur.

Semalam leher aku masih terasa tegang kesan keletihan ini. Tapi aku masih memerah otak menerima ajakan seorang kakak yang aku kenal sedari dulu untuk meluahkan isihati nya. Aku kira sebahagian ibadat dalam hidup aku berjumpanya di Nandos jaya One. Ini bukan cerita pertama yang aku dengar berkisah kepada cerita rumah tangga. kita semua perlukan RUANG. Lebih lebih lagi apa bila situasi amat menekan. Banyak yang kami bualkan...banyak yang aku pelajari tentang hakikat perasaan. Kalau dulu, dapat melihat atap rumah pun jadilah untuk melepas rindu...sekarang selepas 20 tahun kahwin sesenang je ayat ..GO TO HELL...boleh terkeluar dari mulut orang orang yang kita sayang. |Inilah hakikatnya...masa berubah..kasih berubah...dari sayang boleh jadi benci...dari benci boleh bertukar sayang. Apapun kami sama sama akui...sebaagi perempuan walau terpelajar macam aman seklai pun kami perlukan support group. Untuk berpeluang sama sama melahirkan rasa hati melihat pengajaran kembali bangun untuk belajar berdiri di atas kaki sendiri..hakikat jodoh di tangan tuhan memang tidak mampu disangkal sedari dulu. Dalam perjalana pulang kerumah...nun di sudut hati aku merasa INSAF...ternyata apalah sangat kasih sesama manusia...tidak payah lah meletakkannya terlalu tinggi..Allah berikan kita rasa kurang dan kecewa untuk kita cari jalan pasti menemuinya.

Sesungguhnya aku seronok BERBAKTI dengan caraku sendiri....tidak mengapa kalau kita tidak berada di sisi seseorang di kala bahgianya..tetapi pada ku HARUS aku berada di sisi seseorang di kala DUKA hatinya....Padaku ini satu KEPUASAN DIRI.

Biarlah...aku mengarap mimpi indah disebalik cerita duka orang lain...meyapu air matanya..mengembalikan senyum manis mereka....|Terimakasih tuhan atas anugerah ini..aku ingin terus menjadi mimpi indah dalam hidup semua orang disekelilingku....DEALOVA