Wednesday, June 30, 2010

Mum Tuna Sandwich


Hari ini sudah 1st July 2010....lantaran dek kesibukan yang memenuhi benak kepala, aku tertepi keinginan untuk menulis. Pagi ini terasa janggal kalau tidak meneruskan hasrat dihati untuk menulis. Kepalaku teringat ingat pada MUM SANDWICH TUNA.

Aku biasa makan sandwich sejak kecil...tapi masa tu aku lihat mak menggunakan sardin dan mak memotong bawang. Aku makan tetapi tidaklaha sampai menjadi makanan kegemaranku. Mak aku moden...kalau disurau ada makan makan selepas sembahyang, mak aku pasti menhantar sandwich yang agak kurang sambutan dikalangan orang kampung. Selalunya yang tidak habis tu akulah yang habiskan.

Semasa aku tingal di Damansara. Adik angkat ku yang sudah hampir sekian lama tidak berjumpa pernah membuat sandwich menggunakan sardin. Bezanya dia meletakkan cili api potong halus halus dan mememrah limau kasturi serta sedikit mayonaise. Sedap rasanya lebih sedap dari mak punya. Mungkin kerana aku sukakan sesuatu yang pedas pedas.

Bila Adik Linda habis belajar tingkatan 5, dia datang tinggal bersamaku di Damansara. kami menyewa rumah sepupu Faisal, Kartini Sapawi...mereka orang serawak. Sementara mennati peluang sambung belajar, adik bekerja di La Bagutte sebuah kedai makanan ala Prancis. Adik aku bermula hanya sebagai Cleaner dan lama kelanmaan dia mengendalikan kitchen dan chasier. Rahsia sandwich La Bagutte dibawanya pulang dan dia mengajar kami. Bila aku makan sandwich adik memang sedap tetapi ada sesuatu yang kurang pada aku. Ya aku alter citarasa La bagutte dengan menambah lebih mayonaise dan cili Api. Wahhhhh terlahirlah resepi sandwich aku sendiri yang bila aku buat bawa ke pejabat ramai yang tidak kecukupan...dan selalu jugak kawan baik memesan untuk dibawa meeting dan bila ramai bertanya mana dapat sandwich sedap ini...dia hanya DIAM...takut aku terkenal lah tu...hehe.

Walau adik Linda pun pandai buat sandwich tapi dia akn rakus makan sandwich aku. Bila fatin mengandung, dia ingin makan sandwich aku...kiranya aku ada citarasa dan hasil tersendiri aku namakan MUM TUNA SANDWICH. Inilah branding aku dan specialty aku. ramai yang tidak tahu walau hanya untuk memilih Tuna chunks atau Tuna Spread...hehe...kerana aku ada hajat pengenamaan sendiri untuk nilai kommersial yang panajng aku perlu berahsia kecuali pada closed persaon bagaimana membuatnya.

MUM TUNA SANDWICH akan menjadi menu pertama yang masuk dalam training anak anakku. Memmandangkan ia sennag disediakan di pack dan dikelasikan untuk dijual. Satu bungkus hanya RM2.00 sampai bila bila. MUM TUNA SANDWICh akan mengingatkan aku pada mak yang suka memasak dan mencuba resepi moden, pada Linda yang pernah hidup dengan aku, pada Faisal yang pernah menjadi adik angkat lelakiku yang UNIK personalitinya...ada sumbangan mereka dalam aku cuba mengadaptasikan citarasaku ini. Di sebalik menu ada kenangan insan insan tertentu yang bakal aku warisi pada anak anak. Aku akan pastikan, Wahida akan menjadi orang pertama yang akan mahir menyediakan MUM TUNA SANDWICH selepas aku, kemudian barulah adik adiknya. Sempena 1 july ini, rasmilah aku membrandingkan MUM TUNA SANDWICH...3 July akan memulakan jualannya kalau tidak 50 pieces, 30 pieces sahaja. jadual Julaan hanya dihujung minggu bila tiada urusan diluar. Product tidak perlu banyak untuk sepanjang July kerana ini baru percubaan sempena latihan untuk anak anak.

Sebagai langkah permulaan, hari ini sangat diperlukan sandwich packing yang boleh didapati di GIANT NILAI. Besok petang, aku perlu membeli bahan bahan sandwich.Pagi Sabtu kena bangun awal untuk menyiapkan sandwich dan nasi lemak sambal udang. Minggu ini wahida balik, kami perlu menjamu selera dengan airtangan kasih sayang, makan di luar dan aktiviti kegemaran Wahida antaranya menonton wayang, ke kedai buku dan Bowling.

Here we Goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Friday, June 18, 2010

Meaning of SERVIVAL at Ho Chi Min City..



Ho Chi Min City adalah ibu negara vietnam yang dulunya dikenali sebagai Saigon. Aku tidak pernah terlintas akan menjejaki negara ini dalam tempoh sedekat ini, tetpai benrlah kata orang kalau sudah menjadi rezeki , peluang pasti datang bergolek. dalam aku sibuk berbincang untuk ke Chiang Mai dengan Neli...tiba tiba kak noni menawarkan aku ke Hi Chi Min mengikut group kak Rospita.

Demi menjayakan hasrat aku ingin menjelajah ke semua city dunia terutama asia, aku menyelamatkan sedikit wang dari budget ke London untuk membayar pakej Hi Chi Min ini yang nilainya RM1200. Sebenarnya memang jarak waktu antar pulang dari London dengan sessi lawatan ke Ho Chi Min ini agak dekat dan aku masih penat berjalan. tetapi entah apa yang memanggil aku untuk tidak melepas peluang.

Pagi khamis 10 June, seawal pukul 5 pagi aku sudah bangun dan bersiap, pukul 6 pagi menjemput kak noni di rumahnya...mengantuk usak ceritalah...tersangat mengantuk kerana pada malamnya aku tidak begitu melepakan mata. Sesampai di airport,bersalaman dengan suami dan aku sempat berpesan "sepeninggalan saya..jangan bawa kereta laju laju". aku dengan kak noni menunggu kelibat orang lain, aku terpaksa mendengar segala cerita pejabat yang diluahkan kak Noni..hehe biasalah kak noni kalau tidak bercerita tidak cukup lega agaknya.

kami agak terkejar kejar untuk melepasi crowd yang terlalu ramai memnadangkan waktu penerbangan sudah hampir. Aku sama seklai tidak meyangka sistem MAS jauh lebih leceh berbanding air asia. Akhirnya tepat 9.05 kami terbang ke HoChi Min City. penerbangan mengambil masa 2 jam dan kami sampai tepat pukul 10 pagi waktu Vietnam. Aku tidak lagi cuak melepasi para imigresen semenjak kembali dari London seorang diri..hehe dan setiba kami di pintu ketibaan kami telah disambut oleh pemandu pelancung yang bernam Cristine.

Aku terpegun melihat bandar yang jauh lebih kecil dari bandaraya Kuala Lumpur ini dengan kepesatannya tersendiri. rata rata penduduknya menggunakan motosikal sebagai kenderaan rasmi seharian nampak ringkas dan senang. Acar kami pertama ialah sesi bergambar di emnara arca sibol Ho Chi min dan pejabat pos besarnya. Seterusnya kami makan tengahari di Restauran Shamsuddin..restauran muslim melayu champa..sedap masakannya ada kelainan tapi tidak lari dari ciri kemelayuan. kami dibawa melawat kilang kraftangan yang diusahakan masyarakat cacat mangsa perang...tersentuh naluriku..melihat hidup mereka. tidak hairanlah kesenian mereka terserlah kerana itu saja kegembiraan yang mereka ada...mereka ini kebanyakannya adalah mangsa sejenis bahan yang dinamakan OREN yang diletakan oleh tentera US ke sungai mekong..dan sesiapa yang meminum airnya selama 3 generasi akan tersu cacat. Ada yang bongkok..ada yang tiada kaki..ada yang mata nay senget..ada yang mukanya kecil..ada yang tangannya satu...begitulah hidup...rupanya masih ramai yang MALANG..

Memasuki hotel untuk berihat adalah sesuatu yangs angat dinantikan. cantik hotelnya apalagi ada jacuzi...seronok acar mandiku...tetapi kepala sudah mula tidak selesa akibat cuaca panas dan kekurangan air mineral. malamnya kami keluar makan malam di restauran Tandoori dan berjalan jaalan di Ban Than market.

Aku pada mulanya memang tidak berhasrat untuk berbelanja. Apalagi aku hanya membawa USD200 sahaja. Melihat longgokan telekung yang hanya berharga USD10 dan sutera Vietnam USD10...ohhh ohhh aku kena berbelanja untuk dijual semula kepada kwn kwn. Bukan sennag untuk mencari materials ebegini di Kuala Lumpur . ternyata modalnya rendah sangat dan tiba tiba terlintas sesuatu difikiranku. balik kebilik tersedar aku sudah habis USD100. malam itu kami tidur kepenatan. Keesokannya..acara pagi dimulakan dengan sarapan pagi yang amat menegecewakan. Pihak hotel tidak mengutamakan makanan untuk Muslim yangs angat majoriti dihotel itu. terpakslah kami menelan roti sahaja dan aku memilih telur rebus. kami menuju ke CHU CHI. inailah satus atunya tempat pertempuran tentera gerila vietnam dengan US. kami melihat segala stragtegi dan kemmapuan tentera tersebut..dahsyat..tidak hiranlah Amerika KALAH TERUK.

Aku melahap ubu kayu rebus yang dihidangkan di camp itu kerana terlalu lapar. badan pula sudah terasa seram sejuknya. pulang dari camp yang 4 jam perjalanan pergi dan balik, kami terus mebawa haluan masing masing selepas makan di kedai shamsuddin untuk kali kedua. Aku membeli serba sedikit barang dan petangnya kami ke tempat supplier tudung muslim champa..Ustazah Bashirah. kainnya cantik cantik dan mungkin lebih original. kami keluar makan malam di Cruise sambil berlayar sepanjang sungai mekong. Acara makan yangs angat aku tidak gembira kerana makanannya tidak begitu bagus. Pengalaman sajalah yang agak lain naik cruise waktu malam sambil sempat melihat acara acara hiburan di atas cruise. balik ke bilik aku tersu tertidur keletihan.

keesokannay, kami ada masa separuh hari sebelum check out. Aku berjaklan dgn kak Ros ke Ben than market. buah buah begitu mahal untuk dibeli lagi pun aku malas untuk membawa. Akus empat mebelikan Alya baju tidur cotton yangs enada dengan wahida..inilah 2 orang anak perempuanku..hehe seterusnya aku meninjua ninjau...memang di sana lagi murah kain kain untuk di buat berniaga. Aku berazam pasti datang lagi untuk membeli kain dan telekung. kami pulang dan bersiap..ada sedikit incident kommunikasi dan aku dan kak noni terlepas mkn tengahrai..laparrrnyeeee...tapi sabarrr dan sabar lagi mendengar leteran kak Noni...hehe.Akhirnya kami pulang ke Kuala Lumpur tepat 7 petang dan sampai 9 mlm. Aku melahap nasi goreng didalam kapal terbang...Apa yang dapat aku katakan..Ho Chi Min tempat peningalan semnagat servivor yang tinggi...kalau kita tenguk tiada yang msutahil baila kita terlalu ingin lakukan kerana sudah penat berada dalam tekanan...PEACE VIETNAM!!!!!

Lakaran keinginan diMINDA...


Minda kita memainkan peranan yang sangat besar. kalau minda kita menyatakan sesuatu ada aura positive yang akan menjadikan tingkahlaku sokongan bagi menjayakannya. Aku yakin dengan kenyatan ini malah bertambah yakin bila aku mendengar pengucapan Bro osman di pagi sabtu yang letih ini....Garapan matlamat dari minda kita.

Dalam masa setahun ini, hari ini June 2010...kalau aku ingin membuat 10 senarai secra spesifik apa yang aku ingin lakukan.aku perlu nyatakan sekarang..kerana antara rahsia kejayaan orang orang yang telah berjaya ialah dia menulis apa yang diingininya.

1. Aku ingin membudayakan bangun seawal 4.30am untuk menunaikan solat tahjud, taubat, dan hajat, dan untuk aku senang bersahur bila ingin menyempurnakan puasa ganti dan sunat. Aku ingin merasakan masa yang panjang, idea dan keinginan yang lebih bernas terhasil dan ada masa dan kesempatan untuk aku menyediakan serbasedikit keperluan rumah sebelum ke pejabat dan aku sempat membaca setiap hari.

2. Aku ingin memmulakan Bisness little asean dengan neli dan Kak Ogy...aku akan berusaha untuk berkongsi kebaikan dan keselesaan telekung sembahyang dari vietnam...dengan niat memeriahlkan lagi solat sesama islam. Bersama itu juga bisness kain kain yang kadar harga mampu.

3. Aku ingin membuat 2 kertas cadangan travel bersama kawan kawan dalam jangka masa setahun july ini hingga july tahun depan bersempena aku telah menjadi frelancer vacation counselor.

4. Aku ingin membudayakan flash card buat fayyadh dan harraz dalam pembelajaran dia..bermula dengan subject sains dan matematik.

5. Aku ingin mendengar peluang bisness na dan melihat bagaimana teamshipnya bergerak..apa kelebihan aku..peluang aku disitu.

6.Aku ingin merangka jadual programme untuk campus nilai untuk sepanjang tahun dari july hingga july tahun depan dan programme ini akan sama setiap tahun.

7. Aku ingin membawa bak dan mak menunaikan umrah sekaligus menyambut hari lahir aku didepan kaabah baitulah.

8. Aku ingin memberikan kemudah kereta wira wjg252 secara ansuran pada along dan aku menukarkan kereta yang lagi sesuai dengan keperluan pengelibatan aku.

9. Aku ingin menyiapkan satu penulisan bernilaikan kaunseling dari pemerhatian dan pengalaman...

10. Aku ingin menyediakan quatation baik pulih rumah mak sebahgaiannya terutama dapur dan bilik mandi.

Inilah keinginan keinginan yang aku garap dan tetapkan pada dasar minda....akan aku alunkan doa semoga Alalh membuka pintu...mempermudahkan jalan jalan kearahnya....


INSYA ALLAH