Thursday, April 1, 2010

A date to remember.....


Hari ini 2nd April 2010..pantasnya masa berlalu...semlam 1st April...April fool..satu satunya hari yang sellau ada kelucuan dikalangan adik beradik dan teman teman. tapi April fool tahun ini aku berada dikatil tidak bermaya kesan tidak tidur semlaman. Doktor kata aku stress...mungkin ya...apakan aday ada banyak stress dalam hidup yang tidak mampu kita lari atau hilangkan...dari masa kesemasa adalah baiknya kita beljar untuk rilex dan cope...

Bila aku membelek belek gambar pagi ini...aku terjumpa gambar yang pernah aku ambil di january lepas bila aku terlihat Fayaydh membulatkan kelender 2010 untuk memperingati HARIJADI MAMA. Aku senyum sendirian....hati ibu mana yang tidak gembira melihat ada nilai nilai usaha untuk membuktikan kasih sayangnya pada ibunya. lantas aku teringat untuk mengambil gambarnya. Ya harijadiku jatuh pada 21 April 2010. menjadikan aku seorang TAURIAN...hehe better than Aries!!!. Asalnya aku Aries..ntah banyak cerita disebalik kelhairanku yang aku mals untuk meikirkannya. Aku sentiasa terima seadanya aku.

Aku sudah mengumumkan pada Linda adikku yang aku akan membawa semua mereka ke satu tempat makan yang aku baru jumpa dan memang susah nak cari menua yang tersendiri yang dihidangkan ..standard dan tidak keterllauan MAHALnya...iaitu ICE ROOM. Gathering kami hanya boleh dibuat pada hujung minggu...memandangkan semuanya kerja..dan aku memilih 24 April semata mata memberi laluan kepada majlis kawin adik ZAm pada minggu sebelumnya dan Gathering peers counselor dengan kawan kawan satu group Peers 2nd batch. Malangnya bila aku melihat jadual pulang kerumah Nana...ya masa tu Nana tidak akan turut serta...jadi terlebih awal atau lewat aku kena keluar berdua dengan nana...mungkin ke Cozy Corner...sebelum aku terbang ke LONDON. memang kalau aku ada waktu berdua duan dengan Nana ...sangat menyeronokan...dua dua suka makan..dua dua suka merasai menu baru dari masa kesemasa. Dua dua suka bebrincang pasal pengajaran hidup dan masa depan yang optimistic...SERONOK..anakku itu dewasa mindanya...dan antara kami tidak ada rahsia.

Hari ini aku ditempat kerja. tapi tidak boleh bekerja seserius yang aku inginkan memandangkan aku terpaksa membawa kedua anak lelakiku...mereka tidak kesekolah hari ini..dan aku tidak suka sepanjang hari kerisauan mereka dirumah lebih baik stress dengan mereka depan mata. Kekadang kita tidak ada banyak pilihan yang baik sebaliknya better worst among the most worst..hehe. mereka didepan mata aku memang mengacau pemustan fikiran tetapi hati aku tenang. kerana itulah kerja kerja paper work yang serius terpaksa dilakukan Isnin depan.

Benarlah..dalam suka duka hidup walau bagaimana kelam kabut seklaipun anak anaklah penawar hati dan peneman jiwa. bayangkan orang yang tidak ada anak..bayangkan orang yang kesunyian selamanya tanpa anak. dan bayangkan juga nasib sahabat sahabat yang langsung tidak bersuami hingga sekarang. Bukan saja kesunyian malah tertanya tanya bagaimana rasanra nikmatnya bersuami dan beranak pinak. itulah kuasa Allah...diberinya sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan jika tidak diberikan digantikan dengan keistimewaan yang lain..cuma kita manusia yang sering merasa tidak puas dan selalu saja tamak dan ingin ada segala galanya tanpa terfikir bertapa timpang hidup didunia ini kerana segalanya hanya SEMENTARA....Teruslah mensyukuri apa yanag kita ada... hargai kehadiaran amnah allah setiap masa...janagn berhenti meminta kerana Alalh maha mendengar dan maha pengasih...kasihanilah aku ya Allah..kasihilah aku ya Tuhan...Amin

Tuesday, March 30, 2010

Saling Bantu Membantu..manisnya hidup!!!



Hari ini hari terakhir untuk bulan March 2010. Semalam aku tidur dipejabat ekoran menjayakan program Inspirational talk yang ke6. 5 daripadanya telah berlalu pada tahun 2009. Ini antara siri talk yang sentiasa diadakan buat pelajar pelajar CFS melihat rempah ratus dalam mengharungi hidup untuk memburu kejayaan. Semalam merupakan sessi pertama bagi tahun 2010 yang telah diberikan oleh Dr Firdaus Ujang..seorang Praktis Dr yang juga merupakan anak didik aku dalam kempulan pembimbing rakan sebaya 2004.

Dr Firdaus Ujang pada asalnya adalah client aku. Seorang yang sangat ambitious dan brilliant. sentiasa menghubungi aku sepanjang pembelajarannya untuk bertukar tukar pendapat dan idea. Seorang anak bongsu dari keluarga yang besar yang baru sahaj kehilangan ayanhanda tercinta. Sempat si ayah mengecapi hasil kejayan anaknnya sebgai seorang Doktor muda. Belaiu kini bertugas di hospital serdang..penamppilan gaya dan pertuturannya masih tidak berubah. tiada langsung kesombongan malah penuh sopan. berjaya betul ibubapa dan adik beradiknya membentu dia sebagai seorang yang bernama Dr Firdaus.

Dari perluahan pengalaman penuh ikhlas beliau menyampaikan tajuk yang aku tugakan kepdannya. dare to take Challenge. itulah tajuknya. Sesuai dengan attitude, pekerjaan dan dirinya, presentationnya cukup kemas, menarik dan factual. dari belakang aku bangga melihat perkembangannya..kalaulah anak anak aku begini satu hari nanti...inyaAllah. moga Allah menganugerahkan sebegitu. Diakhir presentationnya ditunjukan gambarnya bersma ibunya merawat kesedihan hati ibu selepas kehilanagn ayahnya dengan berholiday di LONDON. Bukan semua anak anak zaman sekarang seperti Dr Firdaus...aku meujinya dalam hati. dan dikesempatan itu belaiu berkongsi..ibu bapa kita hanya satu didunia dan akhirat. usahalah terlalu gopoh gapah mencari pasangan hidup hingga tiada haluan dan tujuan bila ditimpa kekecewaan. Ambillah masa mengecapi usaha gigih kita bersama insan yang sedari kita kecil berbakti pada kita malah tidak terbayar dengan apa pun yang kita berikan. Itulah ucapan keramatnya yang mengakhiri presentationnya semlam. ya tepat dengan INSPIRATIONAL purpose yang aku gariskan dalam kertas kerja project. Dia membantuku..selepas satu ketika dulu aku membantunya.

Selepas sessi talk, kami berbincang di meja refreshment sebelum pulang. banyak yang aku highlightkan antara pendedahan yang sangat fresh buat para pelajar yang baru masuk university. Inilah pendedahan yang perlu diberikan agar mereka faham apa itu perjuangan yang berbaloi dicari ketika dimenara gading yang akhirnnya menjadi kenagan paling manis seumur hidup. lantas aku berjanji untuk slot adjustment to campus life dalam programme Counseling awareness..dia bakal dipanggil sekali lagi. Pendiriannya terlalu kemas. Bilau berkongsi bagaimana mendahulukan matlamat hidup itu yang perlu diberikan kepada pelajar pelajar baru..dan HIDUP INI UNTUK BERBAKTI...motto ini perlu dibudayakan..diwar warkan.


Aku akan terus memberi laluan kepada Dr muda ini untuk berkembang. malah aku plan dalam diam diam dia akan menjadi mentor anak anakku. dia seorang yang sangat suka kan kanak kanak. tidak sia sia satu ketika dulu aku mendengar tangisnya dan rintihnnya..hari ini belaiu berdiri sebagai seorang yang berjaya dan sangat berwibawa...sanggup turun padang dan mendalami lembah dan lurah. terimaksaih Firdau..semoga umurmu dipanjangkan..usaha usaha mu sampai ke akhirat. kami berucap selmaat malam dan jaga diri sebelum sama sama bersurai lewat malm semalam.


Pssttt..sebenarnya banyak bekas bekas pelajarku..hebat hebat tapi tidak ramai yang mahu tampil membantu tempat yang telah ditinggalkannya. terimakasih Allah dengan rezeki pertemuan ini...sesungguhnya usaha usaha yang dipermudahkan olehmu terlalu indah untuk dikenang. Alhamdulilah.

Sunday, March 28, 2010

KEJAMMMMMnye aku!!!!


Di awal minggu telah kuumumkan pada anak anak dan semua ahli keluarga minggu ini sabtu sibuk berseminar dan Ahad adalah hari untuk hanya beraktiviti didalam rumah. Membasuh..mencuci..melipat..mengosok..memasak...cuma mengenangkan hujung minggu bolehlah segalanya bermula agak lewat dari kebiasaan hari hari kerja.

Kiranya Ahad ini adalah ahad terakhir bulan March 2010. Aku memulakan hari dengan memberitahu senarai keperluan barang barang dipasar kepada sang hubby ynag lebih dahulu begitu cergas pagi ahad itu kerana rehat dan tidurnnya yang panjang. ya senarai keperluan masakan untuk makan pagi ..tengahri dan malam. Sebelum barang barang pesananku sampai..aku terlebih dahulu bergegas mencuci dapur menyusun atur kembali segala yang lintang pukang dengan gelas dan cawan cawan yag diletakakn anak anak sesuka hati mereka. tidak lebih setengah jam kembalinya pesanan..yesssss sardine roll ku siap untuk menjadi hidanagn makan pagi hujung minggu bersama. dalam aku berkira kira dan bercongak congak agak lama aku tidak memasak gulai ikan tongkol ala ala makan nasi berlauk. Mengingatinya meleh air liurku..hehe

lantas tangan dengan pantas mendailkan nombor emak...merujuk resepi..namapak sangat lamanya tidak ebrgulai..hehe..dan sebelum mak memberitahu dengan terperinci apa yang tidak ditanya..aku cepat cepat memotong...demi menjayakan misi dirumah hari itu...hehe lain kali ya mak!!! dan lepas bercakapd engan mak tiba tiba hati aku TERINGATKAN UMMI..ibu saudaraku.

Aku ada menghubungi Ummi 2 kali pada 2 minggu yang lepas memang kuakui aku agak jarang cuba menghubunginya..bermanja dan bersaul mate seperti selalu...lantas aku mencuba nasib kali ini..kerana ada panggilan RINDU...siapani...jauh bunyi suaranya....angah ni ummi..jawab ku....hehe ohhh anagahhh lamanye angah tak telefon ummi...keciknye hati ummi..kalau anak saudara lain ummi mungkin tidak kisah tapi kalau anagh lama tak teelfon ummi...ummi sangat kecil hati...ohhhhh kesiannya..kenpalah aku mebiarkan hati yang menyayangi aku ini tertunggu tunggu dalam penuh sepi dan keseorangan..KEJAMNYAAAAA AKU!!!! Aku cepat cepat minta maaf dan aku mengaku aku memang bersalah...maaflah ummi..beranya khabar...buatnya..jirannya yangs akit..aktivitinya..dia bertanya khabar aku dan anak anak terutama kakak ( Anak sulungku) memanglah kakak lebih dari mamanya..mantap dan pintar ucapku...dia berkirim salam. Kemana pergi tidak balik usulnya??..sebenarnay balik tapi ada agenda menghiburkan anak saudara...anak anak arwah..baguslah katanya..dan tiba tiba aku menjadi begitu sentimental...kini angah sedar mengapa Alah hanya bagi 3 anak buat angah...anagh perlu kasihi 3 anak saudara yang Alalh akan yatimkan. dan anagh merasai..bagaimana sucinya kasih ibu saudar pada nak saudaranya..anagh merasai bagaimana kasih ummi pada anagh...bETULAH tu sayang katanya..aku menangis dan ummi menagis..kami sebenarnya berjanji tidak mahu menangis.

Sesungguhnya aku tidak boleh merubah kenyataan yang telah tertulis buat diri ini..INSAn pertama yang meyelam dan menyentuh hati aku..yang begitu banyak mebenttuk aku menjadi pendengar yang baik ialah INSAn ini yang ku panggil UMMi..dia mempercayai aku disaat org lain tidak namapak apa yang ada pada aku. dia memasanga harapan masa depan padaku kerana dia yakin dengan kelebihan aku disaat tiada insan lain yang memeperlihatkan kelebihan itu. Dia sentiasa menyokong keputusan dalam setiap langkahku..susah dan walangku...dia sering menyapu airmataku...temmpatnya terlalu istimewa disudut hati ini. Cuma aku tidak mahu mengaku pada kenyataan kekadang aku lebih merinduinya dari emak sendiri. CUMA satu yang dihalangnya..PERKAHWINANku dulu...seakan dia merasai apa yang bakal aku lalui..kata orang kalau hati kita sebati..kita ada hubungan telepathy...

Aku memang KEJAM...meninggalkan dia seorang diri sepi dihujung kampung sana..cuma adik rashidy yang sellau pulang ..tetapi dia mengakui padaku TIDAK SAMA dengan aku adikku itu...memang aku akui..aku lebih memahaminya dan menaganinya....apa cakapku pujukku pasti diturutinya....Kesian dia..mengisi hari hari tuanya sendirian dengan mengenagkan aku..terdengar dengar bicaraku yang melembutkan hatinya...semlm akus eolah tidak boleh memaafkan diriku bila mendengar tangisnya dicorong telefon...MAAFKAN AKU UMMI!!! aku manusia biasa kesibukan dan keasyikanku pada kes kes sekeliling mengalpakan aku pada kasih sayang mu masaku buat mu....namun hati ini tidak eprnah berubah..kenyataan dihati ini tidak pernah bertukar ..sedari dulu Ummilah penghuninya...bicara hati kita serupa...harapan kita sama...lamunan kita sehaluan...corak gasgasan kita berpadu....aku sebghagian hasil didikanmu ummi..itulah hakikatnya!!!!. Minggud epan aku berjanji untuk menghubunginya bersama kakak...dia ingin tahu perkembangan sekolah kakak..ingin mendengar suara manja kakak...

MAAFKAN aku....padahal menghubunginya begitu menenangkan...kesibukan terkadang seakan hasutan kedegilan...arghhhh aku perlu beringat hati insan ini janagan sesekali dikecewakan..mungkin bukanlah panjang sangat waktu yang ada untuk aku menghiburkannya....kejarilah waktu itu selagi ada....Sayang Ummi...