Sunday, January 24, 2010

Bermulalah Sebuah Episode Baru......


Hari ini 12 things to do ...arghhhh melihat senarai dan menjaalaninya satu persatu mmebuatkan kita merasa kita bergerak mengikut masa. Kalau tidak kita akan terasa seolah ketinggalan dengan kelajuan masa yang terlalu ketara akhir akhir ini. hampir 5 list telah selesai dan mengunji blog untuk satu penulisan baru juga dalam list yang keenam sementara menanti kerja kerja yang dihantar untuk disiapka pembantu.

Semalam sekali lagi terlalu manis dalam sejarah. Setelah berusia 38 tahun ini barulah benar benar berpeluang dengan sebuah cabaran memandu kereta ke KL SENTRAL. Tempat itu menag agak familiar tapi tidak pernah berpeluang mengujunginnya. Bila seorang teman miminta untuk mengambilnnya disitu, lantas seruannya disahut penuh cabaran sambil terus minda menetapkan satu harapan...harapan pembelajaran baru dengan pemanduan ketempat baru KL SENTRAL. Biasalah pagi Ahad, pagi yang sellau kelam kabut dengan urusan rumahtangga dan kerenah anak anak yang meminta itu ini dalam hidangan mereka.Kuih dadar berlauk kegemaran mereka siap terhidang dimeja dan sepat dimakan sekeping dua sebelum memulakan perjalanan.

Menyusur keluar lebuhraya Damansara, inilah laluan biasa setiap hari. Seterusnya merentasi seksyen 17 dan kelaur susur ke Lebuhraya Persekutuan. Mata meninjau mencari sign board KL SENTRAL dan arah susur keluarnya hinggalah hampir susur keluar ke Mid valley Megamall. hati tertanya tanya...Mana ya susr keluarnnya...Apa selama ini aku sudah tersalah sangka dimana letaknnya KL SENTRAL ternyata buka dipinggir Lebuhraya Persekutuan, aku sudah keliru dengan Plaza Pantai...arghhhh. hati sudah yakin kesilapan diri selama ini kerana ternyata tidak begitu mengambil kisah secara serious apa dan dimana. Perjalaanan diteruskan susur kelaur ke bangsar dar Mid valley terus ke pantai dan mengambil arah ke Kuala Lumpur. disatu persimpanagn pantai dalam dan Bangsar...hati meinta untuk terus kedepan mencari pertolongan. jalan kedepan kelihatan seperti jalan sempit dan melintasi sebuah kedai kelihatan beberapa orang lelaki sedang minum. Memberhentikan kereta ketepi jalan dengan senyum dan memberi salam terus bertanya...Boleh tolong saya...mana arahnya hendak Ke KL SENTRAL...saya tidak biasa memandu sendiri kesana...dengan senyum ada getir malu...hehe lalu jawab salah seorang mereka. Senang je Kak dari sini..akak keluar semula ambil kanan jumpa Plaza May Bank pergi terus hingga jumpa trafic light dan masuk kanan terus KL Sentral..Ada Hilton dan Le Meridian kat situ...ohhhh senangnya arah jalan yang diberitahu. selepas mengucap terimakasih , kereta terus meluncur dengan lancarnya masuk ke KL Sentral dan menuju ke tempat menunggu yang dipenuhi taxi untuk menjemput seorang kawan yang setai menunggu.

Ada rasa getar, ada rasa takut, ada rasa berdebar...ditambah lagi janji kami untuk ke Bengkel penulisan bersama sudah meleihi waktunya...arghhh sudah tersangat lambat...tapi perjuangan untuk pengisian hari ini perlu diteruskan. tetapi setelah terlihat kelibat kawan yangs edang kusyuk dengan fonnya bersms...perasaan gembira terus mengilangkan resah dan gundah ynag dibawa sepanjang pencarian KL SENTRAL tadi. dari situ kami memulakan perjalanan seterusnya mencari Taman Permata. warga petaling jaya seperti aku bila masuk Kuala Lumpur dan Gombak terasa seperti orang buta. Kini proses pembelajaran sedang berjalan untuk merasai nikmat serba tahu lalu senag menuju dimasa masa akan datang. memang beebrpa kali lagi kami tersesat. namun masih mmapu ketawa terbahak bahak dan sama sama mempelajari kesilapan mengambil arah jalan tapi akhirnya tepat jam 12 tengahrai kami selmaat sampai dan tersedia sebuah parking rezeki kepayahan kami. Alhamdulilah. sementara menanti sesi petang bermula, kami sempat dudk bersembang, makan tengahhari dan berkongsi ilmu sebelumnnya dengan salah seorang peserta yang menjadi kenalan baru kami...maha hebat takdir pertemuan dan rezeki Allah sebenarnya...rupa rupannya yang dianggap kenalan baru itu ialah seorang kawan yang sama sama belajar diUIA satu ketika dulu...betapa sempitnya dunia dan betapa manisnnya silaturrahim dan perkongsian...kami dapat segalanya pada hari ahad yang tidak terduga begitu banyak peluang dan menefaat yang Allah perturunkan sebagai rezeki...itu belum diambil kira teknik penulisan dan bagaimana meletakkan diri disituasi yang peka untuk menulis....Alhamdulilah terimakasih Pn Ainon...Terimakasih Shahrina...Terimkasih Danial...dan sujud syukurku...padamu rab Ilahi...Alhamdulilah...Nikmatnya!!!!!! Dari sini..bermulalah episod baru trekking penulisan dalam kehidupan seharian kearah pengisian yang bermakna, perkongsian untuk semua..perkembangan ilmu dunia...dalam mencetus perkembanagn diri untuk akhirat.Berani tampil untuk lebih banyak memberi pada masyarat tanpa berharap apa apa balasan pun. Terbukti kasih Allah tidak pernah bertepi...tidak pernah berhenti....Nikmatnya....

Tuesday, January 19, 2010

For better or worst.....



Hari ini aku tidak begitu sihat. Tiba tiba sedari semalam badanku seram sejuk dan tekak terasa sakit. Bila meletakkan kepala dibantal terasa berat sanagt dan pejamku terasa tidak cup...ya..aku tidak sihat. Perasaan meluap luap hendak menyegerakan kerja kerja rumah yang tertunda...arghhhh kerja kerjaku...zikir zikirku demi hisup berumahtangga. Aku tiada pilihan melainkan berjumpa Dr sekali lagi dan memulak makan anti biotik baru dengan cuti rehat sekali. Aku singgah dicafe sambil mekan pagi lewatku dan melayari internet untuk melihat incox yahooku.

Ada bermacam macam berita disitu. senyum sendiri membaca berita yang mengelikan hati dan terkejut dengan beberapa email aduan kwn kwn secara rahsia dari laamn facebook. Setakat ini secara tidak langsung aku bergerak senyap senyap sebaagi kaunselor sukarela kepada kwn kwn network ku dilaman FB kegemaran ramai itu. Aku segera menjawab email yang dikirim. Kelihatan penulisnya terlalu resah dan berada didalam keadaan serba salah dengan permasalahannya. Aku menyuntik sedikit keterbukaan minda padanya, tidak salah berkongsi untuk lebih kuat...selamat berjuang mempertahankan bahtera impian..gesaku pada pengirim sambil mengalu alukan perkongsian dan berterimakasih atas sebuah kepercayaan.

Aku terfikir, kita mungkin banyak sahabat disekeliling kita tetapi kita saban kali mencari cari sahabat yang sejati yang boleh berkongsi suka duka dihati. Sesungguhnya ketulusan dan keihlasan manusia sukar diukur dan dikenal pasti. Aku amat bersykur, perawakan diri, kata kata dan pengucapkanku membuka hati mereka disekeliling untuk terbuka hati mereka berkongsi denganku melaui proses inilah aku mebantu mereka. Aku bukanlah seorang yang sangat pandai, bukan juga ilmuan terhebat jauh sekali pakar motivasi tersohor tetapi menyelami hati dan kemelut seorang insan yang dalam kelemasan ialah specialtyku. Aku puas jika berada bersama mereka melihat sebuah kemelut dan kekaburan. dari sebuah pengembaraan perluahan disitulah aku memahami penerimaan, tafsiran dan fikiran kelayan. Kita sebenarnya menjadi sempit sesempitnya bila kita menghadkan batas komunikasi dan perkongsian.

Akhir akhir ini juga kes yang banyak medatangi aku ialah kes rumahtangga. dilema kehidupan berumatangga, baru terasa mengenali pasangan selepas 5 tahun tinggal sebumbung. Soalnya saru ketika dulu hampir semua kita membuat keputusan berkahwin kerana cinta dan cinta membuat hati kita menerima segala kelemahan ternampak dimata juga kerana cinta kita menyembunyikan kekurangan yang ada. Cinta datang dari hati, sifatnya suci dan dengan izin Ilahi. Buktinya bukan mudah untuk kita melupakan cinta yang hadir. Kiat bejuang mementerai cinta dengan ikatan suci...kita berkahwin. Sebuah perjalanan indah dari cinat ke alam perkahwinan dan menjadi iguan semua yang bernama INSAN.

Hidup memang banyak dugaan. Nama pun hidup dan tujuan kehidupan sebenranya untuk kita mecari ruang diri disisi Allah. Terkadang kita lupa bila kita berjumpa cinta manusia. Dihati kita dialah segalanya. Sedang dia tidak lebih dan kurang hanya seperti kita...tidak begitu sempurna sifatnnya. perlahan lahan dalam mahligai cinta kita sering melihat gerhana. merasa bahang gerhana. Seringkali berhempas pulas menghentikan gerhana dan ada kalanya kita hampit tewas. Mengaku kalah ..lantas memilih jalan mudah dan meletakkan sudah tiada jodoh diantara kita. Dalam pelbagai perkongsian yang aku temuai sepanjang aku melibatkan diri dengan kes kes rumahtangga. bermacam macam...saban waktu juga aku melihat ada yang menyalahkan pasangannya seratus peratus dan dari perluahannya dia amat mengdambakan pasangan yang sangat sempurna. cerita kehadiran Prince Charming sebenarnya ialah cerita fairy tales yang banyak mebgelirukan minda kita. malah bila kita berpijak dibumi nyata, kita sendiri tidak mudah untuk mejadi seorang heroine yang sanggup berjuang mmepertahankan hero kita sendiri. Semua kita mendambakan kehadiran seorang HERO. Lagi jauh dari realiti sebenarnya.

Bila kita berkahwin, Ijab berlafazkan kalimah Allah kerana Allah dan bersaksikan kedua orang tua yang dikasihi. Kalau orang putih, depa menjawan..I DO...pernyataan sebelumnya for better or worst...for rich and poor.. Kita berjanji dengan Alah untuk hidup bersama tanpa merubah minda kita untuk menerima pasangan kita seadanya. Semakin lama kita tinggal bersama, semakin banyak kekurang terserlah didepan mata. sikap dan tinghlaku juga semakin membuatkan kesegaran cinta itu hilang. Terutama menjelang 10 tahun bersama. tanyalah pada hati sendiri mengapa hati kita senang berubah..jawapannya ialah kita tidak ada istiqamah. Di maan istqmaah itu kalau bukan perlu diminta dari Allah melaui solat dan doa kita.

Tahun ini masuk 13 tahun usia perkahwinanku dengan suami. Aku tidak berani mebanggakan diri dengan angka itu dan hati ini sentaisa dengan rendahnya memohon Ya Allah jika bersamanya mmebawa kebaikan..panjangkanlah jodohku dengannya. mengharungi hidup 13 tahun berasma bukan semudah membuat kira kira walau apa pun formula. Semuanya belum pasti, kita boleh menjadi yang terbaik dan membuat yang terbaik tetapi takdir rezeki, jodoh, kelahiran dan ajal di tangan Allah. Namun nun disudut hati sebaagi seorang isteri walau hati terluka aku masih tidak puas menjadi seorang isteri disisinya. Melayani anak anak, melihat tumbesaran anak anak ...senyum mereka..sdiah mereka..konflik mereka. masih tidak puas mengabadikan diri melayani makan minum, pakaian, percutian, menyaipkan mereka kesekolah. segalanya berlaku begitu pantas dan serasa sekelip mata sahaja. dan ya...belum puas nelaluinya. lantaran itu, aku sering mendambakan peluang untuk berbakti lebih sempurna denagan kadar rezeki yang semakin Allah lipat gandakan. Terus membaiki kelemahan yang ada. Terus berkomunikasi dalam kelembutan dan kasih sayang kerana inilah asas kebahgiaan walau siapapu kita dan suami kita.

Aku sedih melihat kehancuran. Apapun bentuk kehancuran. Apa lagi kehancuran mahligai yang dibina kerana cinta dan kasih sayang. Aku melihat bagaimana kecewanya hati anak anak yang terpaksa melalui perubahan besar yang melibatkan emosi mereka. walau baik bagaimana pun orang baru tetap tidak sama dengan bapa nereka sendiri. Apalagi kalau bapa mereka itu hanya ada satu kekurangan yang ketara dan selebihnya lebih sepuluh kebikan terserlah. Menyesal tidak pernah datang dahulu, menyesal datang setelah kita mebuat keputusan yang tidak mampu diundur lagi. Bersabarlah melangkah sambil mengutip cebis cebis harapan yang sudah hampir musnah dengan doa dan kesungguhan berserta keteguhan istqamah yang dipohon dari Allah cebis cebis harapan itu tidak mustahil mampu dirawat..dicantum semula sebagai sebuah ikrar cinta kita sampai ke syurga dan dekatilah diri hanya pada yang esa dengan hati suci penuh kemaafan, keikhlasan dan kasih sayang.


Bahagia masih boleh di cipta....percayalah!!!!

Sunday, January 17, 2010

Perjalanan dengan teman


Agak jauh rasanya aku dengan blog ini seketika. Namun di fikiranku, tergerak gerak rasa dan keinginan menulis secepat mungkin agak idea yang datang tidak hilang begitu saja. tapi kali ini mana mungkin idea ini hilang...bukannya sellau aku berkorban mencari idea disebalik keperitan hidup orang lain. Terllau tragis dan terlalu menghiris hatiku sendiri. lantaran itu kusemat kemas kemas didalam hati untuk sebuah pengabadian diri satu hari nanti. semoga sedikit sebnayak menyumbang kepada keperihatinan orang disekelilingku.

Jummat yang Indah memperdengarkan aku pada deringan telefon seorang sahabat. lama tidak kedengaran suara manja itu, ya masih manja seperti dulu. namun ada getar berbicara bila aku bertanyakan...ko apa khabar?..sekaligus kedengaran helaan nafas yang panajng dan kleuhan perasaan yang amat berat. hatiku tersentuh, aku tersangat faham perasaan sebegitu, lantas aku menyeka airmata sendiri...hidup penuh suka dan duka berganti..tetapi sahabatku ini sedang sarat memikul bebanan derita seorang diri. Sepantas kilat perasaanku membuak buak untuk mendapatkan sahabatku itu...USM Penang..oh Air Asia penerbangannya tidak berapa sen getus hatiku...dikala begini..anatar minatku...rasa sayangku...keinginnaku untuk menolong...peluang baikku untuk bertemu dan memeluk sahabatku...arghhhh dikala ini..duit bukan segalanya..usah terlalu berkira..usah terlalu berhitung...peluang daalm banyak banyak pelaung bukan datang selalu berkebetulan khamis depan adalah cuti umum pejabatku. Setelah gengam telefonku letak dengan sebuah janji...tunggu aku disana!..ucapku..lantas aku sepantas kilat menyambar lap top dan mmabuat tempahan tiket direct payment ke Penang pagi Khamis dan pulangnya pada sabtu tengahahri dengan harga RM222.00.

Rina...begitulah nama sahabatku. kami tidak pernah tidur sebantal...tidak pernah makan sepinggan tapi semenjak aku berkecimpung dibumi Peers ahli ahli didalamnay semuanya kuanggap adik beradik. Pertemuan semula didalam facebook banyak membuat hati aku tertanya tanya...is there something wrog with her?..hinggalah aku meninggalkan no telefon aku di messagenya. Tepat sekali!. Rina seorang yang lincah..aktif..berprinsip..kuat pegangan dan penuh ketegasan. Dia amat dikenali dikalangan kami, terserlah kepimpinannya, bakatnya dan aku antara orang yang banyak merujuk padanya. Cuma aku persaaan kami kehilangannya disaat saat kemuncak kumpulan kami dan bumi Australia kami pijak tanpa Rina. Rupanya Rina berkahwin dengan jejaka yang menghilangakn tumpuannya pada pergerakakn kumpulan kami...apa boleh buat kalau kuasa jodoh telah tiba. Aku kedengaran sebuah majlis akad nikah ketika itu, tetapi kesibukan masa mengalangku untuk memriahkan suasana majlisnya.

Perjalanan penerbanganku ke Penang pagi khamis itu tenang. walau aku agak terlewat turun mendapatkan taxi, masaku masih banyak dan aku bergegas mendapatkan sarapan selepas check in. Selama satu jam, dalam kapal terbang ynag terkenal dengan tambang murahnya itu, akhirnya aku sampai dan menapak keluar dari lapangan terbang Pennag. Dari jauh aku nampak sahabatku duduk dibangku berhadapan dengan pintu keluar, lanats aku menjerit kecil Hiii Rin!..bila aku berdiri didepannya..kami berpelukan dan Rin menangis dibahuku. basah matanya aku sapukan...lanats aku berkata.. i am here for you Rin...for you!...thanks Za! ucap Rin dalam nada gementar tangisannya belum padam. Kulihat resah diwajahnya, kulihat kerutan didahinya dan dengan keberatan dia menajukan aku untuk mengikutnya ke sekolah anaknya di Perak kiranya 2 jam perjalanan dan patah balik kePenang dua jam semula. satu cabaran bagiku...apa sebenarnya yang Allah ingin perlihatkan padaku..lalau aku menjawan Yessss no problem! I will follow you.

Sepanjang perjalanan kami, aku gengam tangan Rin...sambil mendengar cerita cerita lukanya. Aku sapu airmatanya yang mengalir, aku turut sama mendengus resah pada keterlaluan perbuatan insan yang kejam bernama suami. layakkah mereka digelar suami?...Rin bercerita segalanya, dari perkahwinannya pertama, hingga ke perkahwinan keduannya. masa berllau begitu pantas aku rasakan. 4 jam perjalanna kami pergi balik penuh pengisian. Aku bangga berada didepan Rin ketika itu..aku bangga aku mendengar suara hatinnya. Aku bangga melihat segala kekalautan dan keersahan hatinya yang malang itu. Allah begitu adil sifatnya. Rin sahabatku yang kuat rupanya kuat juga dugaan yang didatangkan buat dia. Semaki banyak aku mendengar, semakin aku mengenali hatinya, jiwanya, pengorbanannya, harapannya. Aku melihat bagaimana sabarnya Rin memujuk anaknya. naaknya yang sudah trauma didera bapa tiridan dipisahkan pula darinya. Aku menagis didalam hati..ya Allah apalah dayaku untuk membantu mereka. Bila aku bebrual mesra dengan kanak kanak lain, rupannya nasib mereka hampir sama. ditinggalkan diasrama dusia ynag sangat muda ketika masih merelukan kedua ibubapa hnay kerana kedua ibu bapa megalamai masalah rumahtangg , berantakan lalu meberi llauan pada kehidupan baru dan anak ditinggalkan disitu. Arghhhh hati aku tidak bersetuju. mengapa anak jadi korban buta mata dan hati org tua. Aku berbisik pada Rin...bawa pulang anak you Rin, dia sudah terlalu derita, kita bincang nanti..apa dan dimana keperluannya. dalam perjalanan pulang aku lihat anak Rin lena dalam pelukan ibunya penuh rindu.

Kami sampai ke USM agak lewat malam, lantas aku mengambil taxi untuk Rin mmeudahkan kami dan anaknya yang sakit itu. Aku dan Rin tidur kepenatan malam itu dan dalam hati kecilku aku bangga anak itu boleh memluk ibunya malam ini. Tidurlah sayang...tidurlah lena tnap ketakutan...dakaplah mamamu sepuas hati...moga kalian tidak terpisah lagi. Aku tertidur dalam menegnang anak anakku dirumah. dalam hati aku berbisik...nasib kita lebih baik nak!..kita perlu bersyukur...selesai kerja ini.mama pasti pulang. rin abangun lebih dahulu dariku..bila aku selesai solat subuh, air minumanku sudah tersedia. Sambil minum aku menekan inbox mesejku di yahoo lap topnya. aku meneruskan minum sambil merancang dengan Rin agendanya untuk mebawa aku. Rin ingin menemukan aku dengan Dr Adawiyah. Selesai bersiap kami keluar menuju ke pejabat Dr Adawiyah. Aku tidak begitu familiar dengan nama itu. sesampai saja dimuka pintu bilinya..barulah kepala aku tersu mengiyakan ...ya aku kenal orangnya..cuma tidak hafal namannya. lantas kami berpelukan dan bersalamamn.

sambil bertanya khabar aku mebelek surat khabar dan meyentuh buah buah jeruk yang dihidangkan Dr Adawiyah. Tiba tiba aku teringat6 seorang kawan lama yang sangat akrab denganku dulu. seingat aku dia juga di USM. lalau aku bertanya pada Dr Adawiyah dan mmeintanya menyambungkan ke biliknya Dr Ratna. Bila aku mebuka mulut memberitahu Asniza is here!...aku terdengar jeritan yang kaut kegembiraan kawanku itu, za nak jumpa za mlm ni! beriya iya dia menyarakan keinginannya, lantas kami bertukar no telefon dan dia berjanji mengambilku selepas maghrib. Aku meneruskan perjalanan dengan Rin ke Penang Hill. satu satunya tempat aku tak pernah pergi. dan atu satunya tempat yang sangat sesuai buat kami duduk dan bercerita suka dan duka. dalam banayk perkara, Rin banyak memperlihatkan aku nasib aku lebih baik dari dia. Katanya aku ada segalannya, anak masih dedepan mata, harta bendaku semuanya milkiku dan tiada siapa yang membolotnnya, adik beradik dan sudara mara semuannya perihatin berbanding dirinnya, walau semuanya bergelar graduate hampir separuhnnya bergelar Doctorate tapi seorang pun tiada yang sanggup sekurang kurangnnya mendengar memahami jangan menyalahkan, apalagi mengeluarkan wang ringgit, mengorbankan masa, merendahkan diri cuba berada ditempatnya. ku akur dengan kenyatan Rin. begitu sempurna dugaan itu buatnnya, siapa pun adik beradiknnya tetap diadakan juga keadaan yang tiada siapa membantu.

Kami pulang semula ke USM dengan hati yang masing masing sarat, sarat dengan pengajaran kehidupan, sarat dengan rasa bersyukur, sarat dengan rasa akur ketentuan Allah itu terlalu misteri sifatnnya. Banyak kali Rin berpesan padaku, setakat makanan kita terlebih garam ok lagi za, janagn makanan kita basi, waalu kita kelaparan, memakan makanan basi boleh lebih memudaratkan. hidupnya lagi tersepit ..terhimpit terlalu sedikit pilihan..terlalu terhad ruangan...arghhh bagaimana dia melalui malam malam tanpa anak yang saban hari bersamnnya selama ini. Bagaimana dia melalui detik detik keseorangan yang penuh dengan iguan hentaman , herdikan dan pukulan sang suami yang kejam. aku tidak putus putus melirik pandang pada wajah yang tetap ceria itu, badannya susut kerana makan hati, tidurnya tidak pernah lena, siangnya bagai berpijak dibumi yang tidak pernah pasti, dalam pengabadian pada Ilahi dihadapnya kerinduan kasih abadi buat anak anaknnya. Penuh harapan bermohon moga kasih keibuannya disatukan semula dengan anak anaknya. Hati keibuanku sendiri merintih bila aku meribanya menangis...merenung foto anak anaknya sendiri...bangga hati ibu ini mengandungkan mereka...melahirkan mereka kedunia tapi ada hati yang sangat durjana..sudah hati ditoreh luka, sudah kasih dihancur kecaikan, dirobek pula kasih anak anak dengan perpisahan. layakkah menjadi seorang bapa...mengikut dendam sendiri..mengikut sakit hati sendiri...hati yang terlalu banyak membuat kemungkaran, terlalu banyak hidup dalam bayangan syaitan.

Malam itu aku hanay keluar berdua dengan Dr Ratna. Rin terpaksa menemani anaknnya tidur dibilik. sempat berpesan membelikannya Char Kuey teaw...lebihkan togeh katannya..hehe. Kami berjalan peluk bahu ke bahu lantaran kerinduan persahabatan selepas hampir 15 tahun terpisah. sahabatku Ratna seorang Doctorate yang langsung tidak berubah, gelaknya , tawanya, riangnya, pekiknya masih sama..aku merenung sepasang mata cendikiawan itu..arghhh terllau hebat kawanku yang low profile ini satu ketiak dulu. dan Ratna mengusulkan tujuan kedatangan ku ke Penang. 'za orderlah apa saja! malam ni apa saja za minta semua Ratna bayar!..ucap ratna lagi aku tersenyum...Padaku it is not the food it is more about with whom i have the food...hehe. Aku memesan makanan ala kadar, aku lebih puas makan dengan biayaan sendiri..hehe. kami bercerita cerita ku..ceritannya...dan sedikit cerita Rin. ratna mmebuka cermin matanya.. za it is not you should help her. It is my duty to help her...I am here ..ohhh apalah maknanya pertemuan ini. manisnya jalinan persahabatan bila dari sahabat ke sahabat kita boleh membina kubu ynag lebih kuat. Rtna mempelawa diri untuk membantu Rin terutama urusan anak Rin. Kami berbual hingga agak larut malam tanpa sedar, seringkali aku melihat Ratna menagis bila aku berkongsi...za Allah memberi laluan yang berbeza pada hambannya untuk membentuk hambannya mendekatkan diri mencari Rabbinya...hari ni hari Rin...hari za...esok lusa hari Ratna pula...Banyak kali sahabatku ini menyebut perihal spiritual capacity...arghhh pengucapannnya mengagumkan aku...itulah ilmunya. kami sempat melepak bersama sama Rin dibilik. Ratna menyuarakan bantuannya...dan aku bangga sekali menemukan Rin dan Ratna di saat saat begini. Hanya Allah saja yang tahu semoga pertemuan ini membuka barakah dalam khidupan masing masing..kehidupanku kehidupan Ratna dan kehidupan Rin. Keesokannya Ratna berjanji menghantarku ke Airport.

Aku bersedia pulang. Pulang dengan hati yang puas, ada rindu sarat yang terlerai. ada kasih penuh harap yang aku pertemukan. yang paling penting dalam kita meberi sebenarnya kita banayk sekali menerima. hati aku tenang setenangnya. Selepas kami minum dan sessi bergambar, aku dakap Rin kemas sambil berbisik thanks for everything my dear...kekuatanmu menemani aku...dan Rin sekali lagi menyapu airmata...sambil berkata padaku I will love you forever Za...ku cium pipinya..pipi anaknya. lalu aku memeluk kemas sahabatku Ratna..aku berpesan tolong tenguk tengukkan Rin..dan jumpa lagi bil ada umur dan rezeki...Ratna mencium pipiku...sayang za...aku meneyka airmata..lalau memberikan mereka flying kiss dan aku cepat cepat masuk ke boarding area. dalam hati aku berkata...ya Allah kau tautakan lah hati hati yang boleh menolong dengan hati hati yang inginkan pertolongan..mencari redha mu Ya Allah..hambamu ini hanya mmapu meminta dari mu. Amin. Bila aku duduk di kerusiku..terus aku tertidur hinggalah pengumman dibuat, kalapl terbang telah selamat mendarat di Kuala Lumpur dan aku tidak sabar untuk memeluk anak anakku semula. Aku teringatkan Rin dan Ratna..kini dua duanya sahabatku yang makan sepinggan..tidur sebantal...seiya sekata sehati sejiwa semoga waktu menemukan kita semula.