Sunday, January 10, 2010

Gembira dan derita..ada dimana mana..


Arghhh rindu pada blog ini dan rindu untuk meluah dan menulis segaal bahasa hati dan perasaan ...apakan daya masa tidak begitu mengizinkan apalagi dengan masalah teknikal broadband dan note book dirumah. Hinggalah terbit peluang pagi ini.

Semlm buat kali pertama menghantar kembali Nana pulang ke Asrama. Tekun aku duduk dibangku asramanya menjahit lencana nya yang tertinggal...tidaks ampai satu jam selesai. dan sempat berkenal kenalan dengan kawan sebilik nana dan ibu bapa mereka. Very interesting!!! Nana berjaya mengharungi waktu waktu sukar begitu dengan mudah sekali hanya satu minggu adjustment time frame...she is really great girl!!! so proud of her. di petang itu juga, semmpat aku meyorot runggutan ibu bapa kawan kawan nana menurut pandangan anak mereka, dari sekecil kecil isu hingg sebesar besar isu yang mana langsung tidak menjadi isu pada anakku Nana. rahsianya ialah nana seorang yang berfikiran positive dan bersedia mengahadapi apa saja susah senang dan lebih mengutamakan tujuan dari halangan. syabas sayang...dalam diam diam aku amat bersyukur dengan Nana dan aku sempat berbisik padanya tolonglah kawan kawan yang masih lemas dengan perubahan dan terkial kial meyesuaikan diri...nana senyum sambil berjanji ok ma...lantas kucium pipinya sambil menyatakan selamat berpisah lagi untuk bertemu kembali.

Dalam perjalaanan pulang kerumah...kami menempuh waktu maghrib dijalanan entah mengapa tiba tiba aku menjadi seram sejuk..loya ..kepala berdenyut denyut..jantung dan hati terasa sakit bagai ada sembilu menikam nikam...terasa seolah olah mau terkeluar semua isi perut....aku berzikir tanpa henti hanya itu termampu dalam keadaan diri keuzuran. Aku mengerang kesakitan tearsa bisa bisa badan menghiris...bahana apa ini aku tertanya didalam hati. Aku cuba melawan dengan megatakan sakit dan sihat kuasa Allah..banayk kali sambil berzikir semampunya. Lantas aku menelefon adikku fatin dan memberitahunya...dan fatin menelefon bapakku.Sesamapi dirumah..sebagai mana dipesan bapakku..ambil sebaldi air dan duduk meghadap kiblat di depan baldi tersebut. Melalui telefon bapakku membaca surah surah yang sangat panjang termasuk ayat ayat lazim dan meminta aku menghembus pada air lalu diminum 3 teguk dan dibawa mandi. lalau aku terasa lega dan baring keletihan dan beransur pulih cuma sakit kepala menyebabkan aku terpaksa ambil panadol. Aku selalu rasa beart seluruh anggota badan..tapi aku kuatkan hati dan aku ingatkan ini semua hanya sekadar keletihan dan kesan tekanan yang aku hadapi. Bila aku cuba berurut 2 hari lepas barulah aku tahu bila mak cik urut memegang kaki dan tanganku dia membaca ayat menghalau syaitan dan aku termuntah. Perut terus bergelora....dan mak cik urut minta aku datang buat kali kedua dan minta aku ikhtiyarkan buang sesuatu yang telah melekat pada badanku...entahlah...aku akan cuba mengikut nasihatnya.

Hingga pagi ini, sengal sengal badan masih terasa..seram sejuk masih ketara..tetapi keyakinan dan keberanian hati yang membawa aku untuk terus menuju ke tempat kerja. Aku tidak mahu kalah dengan cabaran, aku tidak mahu rebah dengan kesakitan..aku perlu melawan dari dalam sambil mecari penawar yang termampu. Alhamdulilah pagi ni aku telah boleh bersuci dan Surah Albaqarah ialah assaranku waktu rehat nanti. Aku terus niat berpuasa sunat untuk hari ini sebagai jihad untuk melawan sesuatu yang cuba datang. Apa ..mengapa ..bagaimana..tidak perlu aku ketahui...bukankah takdir hidup kita ini terkandung masih banayak perkara dibawah pengeliahatn Allah sahaja..jadi aku akur..sesuatu yang aku tidak perlu tahu...aku tidak ingin mengusulkannya. Tugasku hanay melawan agak aku tidak terlalu lemah dan menjadi mangsa syaitan.

dalam sekelip mata ada bahagia..dalam sekelaip mata juga ada derita...hidup perlu diteruskan...hayati derita itu dengan tabah sakit yang datang pasti menguatkan lagi diri ni bila tiba masanya...semalaman aku hanya mampu merasai air mata yang berterabur dibantal...aku tidak tahu apa yang aku rasa cuma aku akur aku tidak laayak mepersoalkan sampai bila derita ini..sampai bila sengasra ini....sedang insan yang paling derita ialah rasululah...siapalah aku untuk meminta dikurangi sengsara....Aku Rehdha!!!!

Wednesday, January 6, 2010

Buatmu Nana.....Rindunyaaaa


Sedari pagi lagi...fikiranku kosong sekosongnya. Tiada apa yang terlalu ku fikirkan dan tiada apa yang terlalu aku inginkan. Aku hnaya mengikuti jadual temujanji pelajar seramai 4 orang pada sebelah pagi dan dua orang pada sebelah petangnya. Akhir akhir ini kepala menjadi terlalu tidak productive. Entah mengapa. Sesekali idea datang untuk menulis juga terputus dan tergantung arahnya. Adakah aku stress??...mungkin ya!!! semenjak tiga hari ketiadaan Nana...aku tenang tapi kosong. Tennag kerana aku yakin nana sedang melalui hidup yang bermakna disana...kosong kerana aku kehilangan Nana buat seketika...dan kami hanya mampu bertemu dihujung minggu.

Aku tidak pasti adakah semua ibu ibu yang ditinggalkan anak ke asrama merasai sama seperti yang aku rasakan. Aku merenung gambar gambar Nana. Tulisan tulisan Nana...lukisan lukisan cartoonnya..memang anakku ini berbakat! sangat berbakat! darah seni mengalir dalam dirinya. Dia sangat bijak mendengar bunyi muzik dan mempertikaikan bunyi lagu. Dia sangat bijak menilai sesebuah lukisan dan potreat. Dia sangat mudah memahami dunia abstract...ahhhh Nana anakku....buah hati dan teman sejatiku. kesepian aku dirumah dan dipejabat menghimpit diri menjelang tahun baru. Tahun inilah tahun baru yang bermula dengan tekanan perasaan buatku. Aku ternampak senyumnya, aku terdengar gelak besarnya mengusik adik adik dan aku tercuit dengan rajuknya sesekali bila guruanku menyentuh hatinya. Semuannya ini menyebabbkan aku hilang seri dan keceriaan walau disisi teman teman . Ketawaku sudah tidak panjang kerana ada rindu yang sarat didalam.

Kita baru berjauhan dengan anak. Anak yang selalu bersama berbicara bahasa hati ketika sama sama mengharungi pahitnya realiti. Belum lagi berdepan dengan perpisahan abadi...perpisahan ke alam barzakh...pergi tidak kembali...arghhhhh tuhan janganlah aku diduga ketika ini. Aku tidak berdaya menempuhnya. Biginilah rasanya hati ibu yang kehilangan anak. rasa yang lagi berat bila kehilangan itu abadi dan secara tiba tiba. menangislah keluar air mata darah sekali pun waktu tidak akan terpusing kembali. Aku yakin saat dan ketika ini, anakku Nana juga sedang memendam rasa rindunya. Dia sedang berjuang demi masa depannya demi membina keperluan sahsiyah dirinya. Aku redha...dia anak yang sangat sennag dididik. sangat memahami suasana cuaca perhubungan ibu bapanya. Ada waktunya tegas dengan peraturan. Ada waktunya nakal memecah kesunyian bersama adik adiknya.

Lekaslah masa berlalu....pulangkan anak yang kurindui itu...aku masih tidak puas memeluknya...menghiburkannya...menghabiskan masa suka duka bersamanya...tuhanku panjangkan umurku untuk berbakti buat anakku ini sehingga dirinya kukuh terdidik dan kuat pegangannya...Amin!

Tuesday, January 5, 2010

Perubahan baru...pemangkin semangat !!!


Sekian lama tidak menjenguk blog ini. Sempena tahun baru, terpaksa bercuti menyambung tugas keibubapaan menyediakan persekolahan yang sempurna buat anak anak. dan melaluinya selama 3 hari...kepenatannya masih terasa hingga pagi ini setelah kemabli bertugas.Pagi yang kosong..walau didalam kepala teringat ingat beberapa mesej appoinmnet yang telah dihantar pelajar. semalaman puasnya tidur dari seawal pukul 10 mlm lantaran kepenatan tidak terkira. Walau bagaimana Penat bekerja penat lagi megurus kehidupan berumahtangga sebenarnya. Kekadang bila kita bercuti untuk menumpukan rumahtangga...dapat kita rasakan kepenatan mental dan physikal dan tiada ruang mengintai rehat seketika..Justeru itu jangan lah kita memandang surirumah itu sebagai perkara remeh...sebenarnya mereka mempunyai daya kawalan emosi yang sangat tinggi.

Selepas sehari tahun baru, urusan pembelian keperluan Nana bersambung pada hari sabtunya disamping kami berkumpul ahli keluarga. Ahadnya kami berkonvoi menuju ke Sabak bernam. Hampir 1 jam setengah perjalanan...sangat jauh dirasakan. akhirnya kami sampai ke tempat yang bernama Simpang Lima. Suasana kampung ynag permai memang sesuai dengan jiwa Nana..tepat sekali rezekinya kali ini. Menunggu pendaftaran yang hanya dibuat pada pukul 2 petang, kami menghabiskan masa di pekan Sungai Besar. Cuacanya panas terik..seakan tepi pantai. sangat bahang rasanya. Selepas makan tengahari, barulah kami kembali untuk menyelesaikan pendaftaran.

Sedari dulu, aku cukup teror melalui ombak manusia...sekejap saja Nana sudah selesai pendaftarannya. hehe ..ada counter yang tidak penting aku cilok supaya Nana cepat dapat naik ke Asrama untuk mendapatkan katil bawah dan almari yang agak elok. Untung, sesudah meletakkkan barang barang Nana di asrama , baru aku turun semula menyelesaikan counter yang ditinggal untuk persatuan dan kelab yang bakal disertainya. Tepat pukul 3.30pm sejurus kami selesai segalanya melawan arus manusia yang sama sama mengdaftarkan anak, kami mendengar taklimat dari para guru dan guru besar.

Tibalah masa untuk berpisah dengan Nana untuk memberi laluannya sembahyang Asar berjemaah dan makan malam seawal pukul 6 petang. Kelihatan Nana begitu kuat semangat, memeluk semua ahli keluarga dan yang terakhirnya aku menarik bahu Nana ketepi, ku sangga air matanya..dan kucium pipi gebunya sambil berbisik....ingat pesan mama...hambakan diri pada tuhan...sayangi dan dahului harapan mama dan ayah...itu saja kunci ketulusan hati dan keluhuran budi ..dan ketenangan akan datang sendiri...tugas kakak hanya untuk belajar...bila cuti mama akan datang kesini mengambil kakak...cekalkan semangat ..kuatkan hati...kita sama sama akan saling merindui...lalu aku sendiri meyangkal air mataku...


Dalam perjalanan pulang, hatiku tenang setenangnya...mungkin kerana segalanya telah kubuat buat Nana dan aku percaya tempat itu cukup baik untuk membantunya membina diri. Dalam hati aku berbisik....sayang mama memang terasa kehilanganmu...tapi demi kebaikanmu...hati kita perlu berkorban sedikit. Masa memang akan pantas berlalu untuk menemukan kita kembali anakku.


Semenjak Nana di Asrama, terasa aku sekan timpang dirumah. segalanya terpaksa ku fikirkan dan lakukan sendiri. Biasanya sekurang kurangnya Nana boleh bantu. Aku sedaya upaya cuba meminta bantuan dua anak lelakiku...apalah sangat bantuan mereka. segalanya seolah olah memulai sebuah kehidupan yang baru dan proses latihan bermula dari ziro kembali buat fayyadh dan Harraz. Diam diam, rupanya fayyadh menyimpan niat untuk ke Asrama. Dia menyuarakan hatinya ketika didalam kereta hari pertama persekolahan baru 2010 Isnin. "Ma..nak belajar betul betullah..nak dapatkan 5A nak masuk Asrama macam kakak..." Alhamdulilah sapaku...lantas aku memberitahu bahawa fayyadh seorang yang pandai kalau belajar lebih sikit terus cemerlang. Ayat ayat galakanku dan aku melihat semangatnya seawal pagi dialah orang pertama yang bangkit awal dan terus segera mencari uniform sekolahnya tanpa disuruh. menyegerakan keperluan paginya beg, kasut, baju sekolah agama dan sesekali mengingatkan adiknya harraz beberapa perkara. dua anak lelakiku sedang melihar realiti...realiti menghambat kejayaan ...tugasku seterusnya meyokong semangat mereka dan mempertahankan agar tidak mudah roboh begitu saja.

Benar sekali...DALAM KESUKARAN ADA KEMUDAHAN...terlalu mengambil mudah dalam banyak perkara seringkali mebawa kesukaran dalam hidup...Semoga bantuan Allah tetap menyinari hari hari kami....syukur!