Saturday, January 2, 2010

Tangisan diambang tahun baru 2010...




Untung bila mata tidak mahu lelap. Khasiat Roibos tea memang mujarab selepas tiga hari diminum diwaktu pagi...menjadikan kita segar..bertenaga dan beridea. Selepas mengemas, jam hampir satu pagi tapi mata masih segar, tenaga masih bersisa dan sedang berputar putar dengan idea dikepala satu persatu. Ada satu pengalaman sempena tahun baru ingin dikongsi disini. Menjelang tahun baru, aku bergegas pulang ke rumah dari pejabat memberi laluan janji dengan kak noni utk makan bersama termasuk anak anak dan suamiku. Sungguh berselera masakan sahabatku ini dan seperti biasa lepas makan malam agenda berkopi kami dan suamiku pulang dengan anak anak kecuali nana yang setia berkawan dengan Girl anak kak Noni. Mata makin berat, jam hampir pukul sepuluh malam, aku pun risau kalau ada road block polis malam malam begini..lalu aku segera minta diri walau beberapa kali ditahan kak noni. Benar sekali satu jam sangkut ditempat road block dan didepan rumah lantaran jam yang panjang berjela. sampai dirumah letih tidak terkira.Lalu aku mematikan hajat untuk melihat pesta Bunga api di Curve...dan niatku hanya satu...TIDUR sepuasnya....

Tetiba talianku berbunyi dan tertera diskrinku nombor luar negeri yang berpangkal 61...siapa lagi kalau bukan Jimmy, lalu aku menjawab dengan nada riang walau pun letih dan dari corong telefon aku mendengar permintaannya untuk bercakap panjang. Ok jawabku selamba sambil menyejukkan penghawa dingin bilikku menghilang kepanasan dan kepenatan diri sambil berbaring. Bermula dari ucapan selamat happy new year hingga lah keperasaannya. bagaimana pilu hatinya dikala waktu senja sebegitu tiada anak dan isteri disisi dan terpaksa berdepan dengan hidup yang komplikated. banyak yang dikongsinya...tertawa juga aku pada bab bab yang lucu dan pada bab bab yang sedih aku terdengar esakan panjang jimmy. Kesian jugak aku rasakan, terbayang aku pada orang orang tua dalam keluargaku..inilah nasib mereka kalau anak dan isteri tidak pedulikan mereka. Aku merasa terharu bila dia bertalu talu mengucapkan terimkasih dan menghargaiku sebagai sahabatnya dikala dia tersepit dengan diri sendiri...dikala dia buntu..dikala dia terlalu rasa keseorangan...arghhhhh Jimmy sukar untuk aku meminjamkan nikmatnya ajaran ugamaku dikala dihimpit hidup begitu...selain sekadar mendengar dan mengiyakan buat masa ini...terluka dan melukai adalah asam garam hidup yang memberi ruang pada kita untuk lebih mengenali kekuasaan yang esa.

Aku hanya mampu berkata pada Jimmy, jangan menangis...aku disini setia sebagai kawan dan pendengar...tiada istilah betul dan salah terhadap apa yang dirasaannya...justeru jangan berhenti meluahkan segala sakit dan seksanya perasaan. Panas corong telingaku dek power telefon ..seingat aku aku bertelefon begini masa bercinta dengan suamiku dulu...kini demi kemanusiaan, aku tidak jadi hati menafikan keperluannya pada diriku. Dia berjanji padaku..menemuiku suatu hari nanti adalah agenda terpentingnya..untuk apa aku tidak pasti..dan menjelang teriakan di TV..SELAMAT TAHUN BARU 2010...kami sama sama mengucapkannya ditelefon walaupun dia sudah 3 jam berada ditahun baru...Di hujung suara sebelum telefon diletakkan, aku mendengar suara getarnya berbisik ...LOVE YOU ZA. Aku tersenyum dan telefon berhenti disitu. Aku tidak pasti apa perasaanku cuma ada satu rasa puas kerana mendengar luahan dan tangisan yang panjang dari seorang lelaki penyayang dan berpengalaman tetapi masih meniti hari hari penuh duri sebuah realiti kehidupan....Aku hanya mampu berharap yang terbaik buatmu sahabatku Jimmy....ikhlas seikhlasnya....

Semoga detik ini adalah sejarah permulaan terbaik persahabatan kita untuk tahun 2010....SELAMAT TAHUN BARU 2010

Tuesday, December 29, 2009

Kisah Mertuaku.....sekadar berkongsi...




Ibu mertuaku…itulah tajuk cerita yang menjadi kegemaran kebanyakan kita yang mengikuti filem filem seniman agung P Ramlee. Cerita kekejaman ibu mertua yang sanggup memisahkan kasih anak sendiri kerana pangkat dan harta. Kisah itu ada kebenarannya dalam masyarakat kita. Walau bukan semua ibu mertua sebegitu, tapi sedikit sebanyak cerita itu menyumbang kepada penghukuman masyarakat kepada yang bergelar ibu mertua.

Kata orang, kalau kita suka anaknya..kita mesti suka juga ibunya. Kalau kita sayangi ibu kita, kita juga perlu sayangi ibu suami kita. Menyayangi ibu kita tidak sukar tetapi membina kasih sayang ibu mertua bukanlah mudah. Mendapat ibu mertua yang membahagiakan sebenarnya adalah rezeki. Takdir dan rezeki manusia memang tidak sama, itulah hakikatnya. Sebelum aku berkahwin, isu ibu mertua tidak pernah terlintas sebagai satu fenomena yang penting dan bisa mempengaruhi situasi rumahtangga, dalam mindaku. Aku anggap kalau kita baik insya Allah semuanya menjadi mudah. Kalau kita menerima apa saja sikap orang Insya Allah orang juga boleh menerima kita. Apa lagi semenjak kecil aku memang suka mendampingi orang tua, menghormati mereka, mengikut kehendak mereka adalah satu keseronokan buatku. Apalagi bila aku sering menerima undangan ceramah di hulu kampung, orang orang tua menciumi pipiku kiri dan kanan sebagai tanda terimaksih dan terharu dengan perkongsian kami. Sering kali aku tidak tertolak perlawaan mereka untuk menjamah masakan istimewa mereka buatku.Arghhh terlalu manis kenangan bersama mak cik mak cik di Batu Pahat Johor.

Tapi hakikat yang kita terima dan lalui seringkali bertentangan dengan apa yang kita jangkakan. Walau pada awalnya sudah ada bau bau yang tidak manis antara aku dan keluarga suamiku, aku masih mencuba menerima seadanya mereka. Apalagi menghormati mereka sebagai kawan ibubapaku. Namun semakin lama semakin ketara keperbezaan kami yang seringkali menjadi belati tajam yang perlahan lahan mengenakan hati ini. Dari pelbagai segi, sehingga aku cukup memberitahu diriku aku hanya berada disisi mereka kerana suamiku tidak lebih dari itu. Setiap kali bertemu, pasti ada cerita cerita masam akan sampai ketelinga ku. Makanan ku buat dan kuhidang tidak pernah diambil kisah walau sekadar mengambil hatiku. Kalau aku membuat perancangan pergi kemana mana, seringkali agenda ku ditolak atau tidak mahu turut serta apalagi kalau cadangan itu membabitkan singgah dirumah sepupuku dimana mana.

Aku dahulukan mereka dalam banyak segi terutama hadiah baju raya. Ibuku sendiri aku kemudiankan. Aku dahulukan mereka dalam bilangan hari bercuti, sehari dua dirumah ibuku dan hanya singgah dirumah ibu saudaraku dan beberapa hari malah lebih dari 4 hari dirumah mertua. Itulah kebiasaannya. Hingga seringkali saudara maraku menimbulkan persoalan...sejak kahwin mereka seakan kehilangan aku..sukar menjejaki bayang aku..arghhhh susahnya memuaskan hati semua orang. Seringkali juga aku mendengar mereka berpesan kepada suamiku kalau balik balik lah lama lama...buat apa balik sekejap sekejap. Aku akur semua orang sayangkan anak mereka tetapi meghabiskan masa bersama ialah satu keseronokan. Kami pulang agak lama tapi masa kami bersama mereka agak terhad kerana mereka tetap dengan kesibukan mereka saban hari walau pun kami pulang bercuti. Arghhh manusia sedapnya komplen itu dan ini...

Aku sangat seronok bila mertuaku datang kerumah. Walau aku terpaksa terlari lari mengejar masa waktu makan tengahari menghantar lauk dan memasak nasi. Untuk mereka makan. Walau aku terboyot boyot memasak dalam keadaan sarat megandung walau tiada siapa pun menolong untuk menjamu mereka. Aku seronok. Dan aku seronok membawa mereka berjalan jalan, menjamu mereka di restauran mewah mewah kegemaranku..itulah aku walau dengan siapa dan di mana. Dalam kita susah melayani mereka , dalam kita begitu seronok..rupanya tidak bagi mereka. Aku terdengar suara suara sinis dibelakang tidak henti henti mengkritik caraku. Sedang kita ingin menyeronokkkan mereka. Hingga aku buntu. Dan pernah aku beritahu suami, “jangan pelawa keluarga awak datang kesini, kecuali mereka nak datang sangat. Saya tidak suka menyusahkan orang dan saya lagi tidak suka mendengar perkara perkara yang menyakitkan hati dibelakang” arghhhh pelik tapi benar...

Sejarah hidup ini mengisahkan aku hanya mampu bersalin 3 kali. Itulah rezekiku, semasa mengandung anak ketiga aku tertunggu tunggu bila mertuaku menawarkan dirinya untuk menjaga aku sebagai peluang yang terakhir. Dari mengandung sampai bersalin, sampai anakku besar..tidak ada sekali pun tawaran darinya malah ajakkan ku ditolak dengan pelbagai alasan. Sekali lagi aku mencuba dengan mengcadangkan kenduri akikah anakku dibuat dirumah mertua. Mereka menerima tetapi aku mendengar dibelakang pelbagai komplen yang tidak sedap didengari dan aku seakan menyesal. Setiap kali pulang ke kampung mertua, aku sering meghidu udara konflik kekeluargaan yang tidak selesa tetapi aku mengenepikan semua deria rasaku. Malah aku mengajukan cadangan yang mendamaikan mereka semua, seperti makan bersama, berkumpul dan aku belanja makanan yang dibeli banyak dari pasar. Dan setiap kali cerita cerita negetif yang diberitahu aku, aku sering menafikan kesahihan konflik bagi pihak yang diperkatakan. Malah aku meminta mereka bersabar...si polan masih muda tak matang berfikir. Aku tidak mahu melihat mereka anak beranak berantakan Jauh sekali untuk mengapi apikan lagi keadaan dan situasi.

Kemuncak kemelut rumahtanggaku berlaku, disitulah aku melihat aku tiada sesiapa disisi untuk membantuku walau hanya sokongan moral. Bila aku merayu pada mertuaku tentang apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku agar beliau berbuat sesuatu sekurang kurangnya nasihat...setelah aku sudah putus asa dan penuh kebuntuan. Mereka hanya manjawab selamba dan sinis...biasalah lelaki begitu!!!!luluhnya hati...seakan mahu tumbang didepan mereka. Aku menarik nafas dalam dalam, dan baru aku sedar mereka tidak bersama aku semenjak dulu lagi. Aku terlalu dan tersangat kecewa bila rahsia sebenarnya punca permasalahan ini mereka tahu sebulan lebih awal dan mereka diamkan saja. Mereka boleh tidur lena, berprogram di mana mana sedang aku tidak tentu arah, kusut masai fikiranku, berterabur rumahtangga dan anak anakku, ribuan ringgit habis berikhtiyar. Ibubapaku sendiri tidak tidur malam. Sehingga akhirnya aku tahu sendiri..dan aku tahu mereka sudah tahu lebih dulu....ohhhh sampainya hati mereka membiarkan kami anak beranak terkontang kanting tanpa ada sedikit pun rasa bersalah..rasa tanggung jawab..sekurang kurang rasa sayangkan rumahtangga ini...Ya Allah..kenapalah ini takdirku...

Apa yang ada pada aku hanya Air mata...Kebaikan dan kesabaran kita tiada nilai dimata mereka. Biarlah. Aku maafkan mereka tetapi dihatiku ada satu perasaan takut yang teramat sangat takut dilukai lagi. Menemui mereka terasa menguris hati sendiri. Tidak habis disitu, satu lagi dugaan selepas 3 bulan aku menenangkan hati dengan semua yang terjadi. Terlalu banyak airmata keluar..terlalu banyak juga airmata ibubapaku dan adik beradikku keluar. Dugaan sekali lagi datang Suami ku ditahan BPR. Pulang kerumah tangan bergari melindungi gari dengan baju lokap dari dipandang anak anak. Allah menyisihkan aku dari melihat sumaiku ketika itu, sejurus aku sampai BPR yang datang mengeledah rumah berlalu. Dan Anak sulungku menagis teresak esak. Dua minggu aku tidak tentu arah mencari duit jaminan, naik turuk KL seremban berbincang dengan BPR dan Peguam. Telefon kesana sini menghubungi kawan kawan dan majikan suamiku. Alhamdulilah ramai yang membantu. Pada malam penangkapan suamiku, aku bertafakur disejadah meminta kekuatan dari Allah kukuatkan hati mungkin cabaran ini untuk merapatkan aku dan keluarga mertuaku. Lantas aku kuatkan semangat dan menelefon mereka. Seperti biasa mereka terkejut tapi masih lagi sinis bersahaja seolah olah punca suamiku begitu kerana aku. Anak mereka baik sebenarnya. Lantaran kerana satu smsku yang berpesan jangan hebohkan pada pihak tertentu kerana segalanya dalam siasatan dan kuakui record peribadi suamiku pun bukan terbaik aku terus diserang bertubi tubi dengans sms yang meyakitkan hati hingga megaitkan AKU SEORANG COUNSELOR YANG HANYA PANDAI MENASIHATKAN ORANG TAPI MULUT JAHAT. Ibarat belati tajam menusuk kehati. Aku tidak kisah dikatakan jahat sekalipun tapi disituasi begitu dikaitkan pulak dengan kerjaya aku sedang kerana kerjaya inilah rezeki buat anak anakku ..inayah buatku untuk terus kuat walau diduga ...arghhh aku menggigil didepan pegawai BPR ketika membawa penjamin membawa keluar suamiku dengan jaminan wang tanpa bantuan sesiapa pun. Ketika itulah kuketuk hati ini dan terus bertanya siapa aku dan siapa mereka walau jawapannya hanya hamba Allah yang suatu hari nanti sama sama akan mati mengadap ilahi tapi untuk aku tersu hidup ...hidup demi anak anakku aku tidak perlukan orang lain lagi aku cuma perlukan suamiku sebagai syarat kebahagiaan anak anakku.

Itulah kisah mertua berakhir dalam hidupku, semenjak itu aku maafkan mereka dan aku berjanji untuk tidak melibatkan diri dengan mereka lagi. Biarlah aku sendiri meghabiskan masa. Menantu mereka sudah mati ditembak mereka sendiri. Aku selalu berpesan pada suamiku bahagiakan ibu bapa awak...kalau mereka memilih calon yang lain terimalah saya akan tandatangan membenarkan awak kahwin lagi dan saya akan berundur diri bila anak anak saya mengerti erti kemelut yang dihadapi bonda mereka. Sesungguhnya kuterus melangkah untuk hidup bersama anak mereka demi anak anakku dan aku ingin melupakan mereka kerana mengingati mereka seolah aku mengingati belati belati tajam yang pedih menghiris hati dan yang terakhir sebuah bom yang menghancurkan segalanya tak bersiasa lagi...Inilah kisah Mertuakuuu.


Tidak sayang tidak mengapa, tidak memuji tidak megapa. Tidak peduli tidak mengapa...tapi jangan ditambah sakit hati ini dalam kemelut yang terlalu sukar untuk diharungi...Kita semua INSAN BIASA.....dan bertuhankan Allah yang satu...mengapa harus saling meyakiti dan memusuhi sedangkan darah daging sendiri....Berhentilah mezalimi diri sendiri...hidup ini SINGKAT untuk dinikmati....

Pengalaman Baru Nana..mengamit Nostalgia lalu...




Cuti Jumaat sempena perayaan Krismas disambut gembira oleh semua yang berkerja tidak terkecuali aku. Cuti kali inilah jugalah aku memenefaatkan waktu untuk menyediakan persiapan persiapan anak perempaunku Nana yang sudah ditawarkan ke Sekolah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Ramai memberitahu sekolah itu bagus, aku tidak kisah sangat apa apa sekolahs ekali pun tapi sebenarnya nun disusut hati aku terlalu tidak mahu berpisah dengannya. Satu satunya anak perempuan...satu satunya kawan yang paling rapat dirumah..satu satunya teman bicara tengah malamkuku dimalam minggu. Arghhh tapi apakan daya, Nana berhak melalui dan merasai nikmat perpisahan sementara desebalik anugerah kejayaannya. Inilah juga sejarah yang pernah aku lalui 20 tahun yang lalu.

Aku meyiapkan satu senarai panjang sehinggga 30 senarai segala keperluan jelas dan tidak jelas. Bermula sekecil kecil Seluar dalam dan deodorant hingga sebesar besar kamus bahsa Inggeris. Aku menunjukan senarai itu pada suamiku dan Nana sendiri. Arghhh demi mengejar masa, pertama yang dituju ialah kedai kain untuk beli kain baju sekolah dan kain baju basahan hariannya. Aku memang tidak mengira mahal atau murah janji material bagus dan anakku tidak kepanasan memakainya. Sekali bayar mungkin agak keterlaluan dan kemudian dihantar ke Tylor Chew untuk disiapkan. We are sorry Chew..hehe. Teringat aku bagaimana bangganya hati seorang ibu ini bila mampu menyediakan keperluan anak yang akan menjadi kenangan terindah seumur hidupnya. Hati kecilku berkata bertuahnya anakku segalanya pilih dan bayar sahaja dan mamanya mementingkan kualiti. Teringat aku masa aku ke Asrama dulu, mak berusaha keras meneydiakan kelengkapan seorang diri berfikir bagaimana menjadikan semuanya cukup. Aku juga merasa baju mahal …bila aku Tanya mak mengapa beli yang mahal ..mak kata mahal selesa material bagus…BETUL SEKALI cakap mak…tapi mak bersusah payah mendapatkannya walau dengan cara berhutang. Menitik air mata aku mengenangkannya.

Barang barang sekarang mana ada yang murah. Barang barang aku dulu semuanya mak beli dipasar minggu. Kampungku yang jauh dipedalaman, pasar minggulah tempat segala bekalan. Pakaian tidur, pakaian dalam, renda renda sangat cantik dan menjadikan budaya pergi ke Asrama sangat seronok. Berbanding dengan anakku hari ini…semuanya dibeli di One utama. Bra pertamanya jenama Be Dees…segalanya berjumlah seratus….sekali gus keperluannya cecah hampir seribu. Aku bukan riak tapi inilah hakikatnya dan aku bersyukur kerana sabarnya aku menekuni Ilmu satu ketika dulu inilah masa tuaianku. Senang menunaikan tanggungjawab hidup yang seterusnya. Alhamdulilah.

Aku tenguk Nana sangat puas hati, walau anankku itu bukanlah jenis yang tinggi selera nya. Dia tidak kisah apa saja yang diberikan padanya. Sangat bersederhana orangnya. Aku banyak berpesan pada Nana, sekali seumur hidup keperluan Asrama disediakan sebegini. Jaga barang baik baik biar berbaloi pengorbanan ibubapa kita. Aku juga sempat memberitahu Nana, tugasnya seterusnya sebagai anak meneruskan tmpuan pembelajaran seterusnya, menekuni sepenuh hati, bulatkan tekad dan azam, cipta kejayaan tiga tahun lagi bukan buat orang lain tapi yang penting buat diri sendiri. Nana tersenyum dan aku faham senyuman itulah senyuman bangga yang pernah aku miliki satu ketika dulu.

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum Nana pergi. Aku terigau igau perasaan yang bakal dihadapi anakku nanti ditempat baru. Nana sudah mula meinta untuk tidur denganku sepanjang minggu ini. Berpeluk dan bercerita....sudah semestinya dan aku mesti membudayakannya bila beliau pulang sekali sekala dirumah. Aku perlu meyediakan satu senarai pengurusan barangan sendiri buat Nana as a guideline...nan banyak ciri ciri ayahnya..seorang lelaki yang tidak kisah jadi aku kena ingatkan dia dengan bertulis bagi mengingatinya sebelum dia kehilangan barangan yang disediakan. Semoga ini akan banyak membantunya di peringkat awal kehidupan barunya.

Kalau dulu, kesusuhan orang tuaku yang sebenarnya banyak mendorong aku untuk serius menumpukan pelajaran. Hari ini aku harap selain dari kecerdikan yang diwariskan Nana, keakraban kami satu keluarga akan memotivasikan dirinya mengejar kejayaan demi kejayaan. Aku pernah mengingkatnya…”mama tidak kisah dilanda taufan sekalipun, asalkan tukarannya ialah kejayaan anak anak mama termasuk kakak…” Nana seorang yang sangat mengerti apa yang dialami keluarganya dan segalanya itu mematangkan dirinya. Aku panjatkan kesyukuran …BENARlah Allah itu adil sifatnya, kita kehilangan satu kawan …kita diganti 3 kawan yang lebih bermakna….SABAR itu sungguh manis sifatnya…..Semoga Nana sentiasa dilindungi dan kuat pendirian sekuat Ibunya….Terimkasih tuhanku kusyukuri nikmatmu yang sentiasa melimpah ruah buat kami….Alhamdulilah.